Saturday, 15 November 2014

Bengkak kaki ketika hamil : Bahaya ke?

Assalamualaikum semua!

Entri hari ni terpaksa dibuat lewat. Huhu. Kami sekeluarga dari Kuala Selangor ke Ipoh menyelesaikan urusan Rumahapi dan kemudian amik masa sehari membersihkan kedai lagi. Malam kami terus balik dari Ipoh ke Kuala Selangor. Tak singgah ke mana walaupon ke rumah sendiri sebab rindukan bantal busuk kat Kuala Selangor. Haha.

Yolah tu. Banyak urusan nak disesaikan sebenarnya. Kena terus balik Kuala Selangor. Dah la Isnin sampai rabu depan ada bengkel lagi. Mak buyung tak lalu sebenanye. Tapi dek kerana tuntutan kerja kugagahi jua.

Orang tanya bila due date. Bila saya bgtau 26hb 12 responnya : "oh, bulan depan". Tapi org tak tau history previous pregnancy kita macam mana. 34 minggu dah admitted. Kena habiskan dexa. Zidane borderline premature. Ahhhh. Pedulikan.

Betul kata akak sorang ni. Biarlah kita selfish sket time pregnant ni. Sebab yg membawak budak tu kita. Kalau jadi pape pon kita jugak yg menanggungnya. Bukan org lain.

Nways, sepanjang arini banyak buat kerja. Walau dah sarat, nak membiarkan suami buat kerja seorang diri bukanlah cara saya sebenarnya. Maka kuatkan jugak kudrat untuk cuci kedai. Hehe. Org nampak macam sengsara. Tapi hoi, ni suami kita tau tak. Kita kongsi susah senang bersama. Hehe.

Arini jugak banyak drive & duduk dalam kereta. Nampak macam mendera biarkan isteri bawak kereta kan? Tapi lebih baik la jadi pemandu daripada perut memboyot ni dipanjat abang zidane. Haha. Tak larat nak meriba zidane sebenarnya. Setakat memandu tu apa lah sangat kalau dibandingkan dengan dipanjay Zidane. Haha. Tapi dah pesan dengan zidane, kalau adik ada nanti, zidane duduk belakang dengan adiknya. Zidane macam faham. :)

Dek kerana kerja2 di atas, maka malam ni kaki den membengkak. Hehe. Jarangla kaki membengkak masa pregnant nu sebenarnya. Melainkan kalau travel jauh atau berada dalam satu2 posisi terlalu lama, barula kaki ni membengkak.

Biasa ke kaki membengkak masa pregnant ni?

Jangan risau ok! Bila baby kita makin membesar, rahim memberi tekanan kepada salurah darah di pelvis. Akibatnya, salur darah besar yg menerima darah darilada anggota badan bahagian bawah akan terjejas. Salur darah yg dipanggil vena kava bawah ni terletak pada bahagian kanan badan. Selalunya wanita hamil akan mengalami tekanan dan menyebabkan peredaran darah kat bahagian tu jadi lerlahan dan darah pon terkumpul.
Tekanan daripada darah yg terkumpul ni memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil ataupon kapilari kemudian masum me dalam tisu2 pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya air ni akan diserap oleh badan. Dan kadang2 kita yg pregnant ni menyimpan lebih banyak  air daripada biasa. Akibatnya, bertambahla bengkak tu. Bengkak ni lebih teruk pada waktu petang dan malam sebelum lega sket pada waktu pagi lepas kita tido sepanjang malam.

Sembap atau bengkak ni akan menjadi2 bila di akhir pregnancy. Kadang2 sampai ke tangan sekali. Cincin yg dulu ok tiba2 jd ketat. Haha. Perasan x?

Sebab tu saya cakap yg sembap masa hamil ni perkara biasa. Lebih2 lg masa trimester ketiga. 50% hingga 80% wanita hamil yg sihat akan mengalaminya. So janganla risau ok.

TAPI.

Kalau kita mengalami bengkak yg teruk pada muka, tangan atau tapak kami, kena consult dgn doktor ok. Sebab takut jadi simptom praeklampsia. Sebab tu kalau perasan tiap kali check up misi akan cek kaki kita bengkak ke tidak.

Macam mana nak kurangkan bengkak ni?

  • Elakkan daripada mengambil ubat2an jenis  diuretik. Sebab masa ham ni ubat2an jenis tu akan membuatkan buah pinggang mengeluarkan air dan garam sodium supaya kita kerap buang air dan menghapuskan cecair berlebihan dengan cara tu.
  • Cuba naikkan kaki atau tinggikan kaki untuk bantu lancarkan peredaran darah. Kalau kita kat tempat kerja, letakkan bangku kecil atau kotak kat bawah meja. Kalau kat rumah, cubalah baring mengiring ke kiri sebab cara ni boleh mengurangkan tekanan.
  • Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat.
  • Jangan silangkan kaki semasa duduk.
  • Pakai support tights sebelum kita bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tak berkumpul kat sekeliling buku lali.
  • Pakai compression stokings sekiranya perlu. Boleh tanya pharmacist atau doktor ok.
  • Minum air yg cukup.
  • Bersenam kerap terutamanya berjalan, berenang atau gunakan basikal senaman.
  • Kalau travel macam saya tadi, berhentila dengan kerap untuk regangkan kaki.
  • Makan makanan berkhasiat dan elakkan makanan yg tinggi kandungan sodium dan garam macam jeruk sayuran, telur masin dan ikan masin.


So kesimpulannya, jangan risau sebab benda ni perkara biasa.

Enjoy every single moment sebab once lepas kita melahirkan, bengkak ni akan hilang. Semua masalah masa pregnant akan hilang dan kita akan rindu semua moment indah masa pregnant ni daripada tendangan anak dalam perut sampaila urutan suami sepanjang pregnant. Haha.

So enjoy!

Satgi saya hapdet satu lagi entri naa. Tunggu!


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!

3 comments:

  1. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tanda Bahaya Kehamilan. Pengetahuan yang sangat penting untuk ibu yang sedang hamil.

    ReplyDelete