Sunday, 16 November 2014

Assam Laksa : checked!

Assalamualaikum semua!

Baru je balik dari midvalley. Hajat di hati sebelum ni nak makan assam laksa pappa rich kan. Tapi dek kerana nak ke sri rampai tu malas, so arini tetiba terliur nak makan assam laksa kat garden cafe aeon midvalley.

Dulu masa belajar, masa suami keje manager kat coffee bean selalu gak la menyinggah situ. Tapi since pindah keje dah lama dah tak ke midvalley. Last ke midvalley around 2011 kot. Ke tahun 2012 camtu. Kalau pegi pon xsempat singgah pon pekena assam laksa.
Arini lepas je COD barang kat skypark subang kami terus ke stesen komuter sg buloh. Dari sana pegi la ke midvalley.

Sempat solat maghrib kat stesen komuter. Tapi tak tau nape rasa macam seram semacam. Zidane selalunya kalau saya solat dia diam. Dan yg paling scary tu bila rasa macam ada org lalu lalang kat belakang. Take note surau kat stesen komuter tu guna cabin je. So macam rasa ada bunyi tapak kaki berjalan ke hulu ke hilir. Zidane nangis hoi. Seram tetiba. Jarangla zidane nangis time saya solat. Memang scary. Huhu. Bila cakap kat suami, dia sedapkan hati cakap maybe sebab tren komuter lalu so terasa la macam hentak2 tu. Tapi dia sempat cakap dia ingat tapak kaki zidane yg jalan sebenarnya. Padahal zidane duduk je kat tepi saya. Siap nak nangis gitu. 1st time rasa scary gitu. Pasni takmola solat situ. Solat siap2 kat memana. Huhu.

Bercerita kembali pasal assam laksa tadi, nak review sket. Rasanya dah tak serupa dulu. Mujurla sebab teringin punya pasal. Maka pegi la jugak. Kalau tahu rasa camtu takde mak buyung nak menapak pegi sana. Haha. Baiklah makan kat little penang je. :P
Tapi takpela. Lepas ni dah tau. Kalau ada yg terliur nak makan assam laksa kat situ bolehla pikir dua tiga kali. Atau try la semangkuk dulu sebab mungkin tergoda dgn bau bila lalu. Kalo tak rentikan la. Hehe.

Enjoy sket gambo assam laksa yg tak berapa nak mengancam tu. Sekeping cukup. Cukupla melepaskan teringin sebelum bersalin ni. Hehe.


Satgi roger lain ok. Nak gerak balik kuala selangor ni.

Walau tak sedap, sendawa kekenyangan jugak. Haha.

Kelako sangat zidane nampak tumbler tupperware dalam komuter dia cakap ibu punye. Yolah nak. Macam ibu sorang ada tumbler tu. Haha.

Ok. Jumpe jap lagi. Kita sembang pasal shaklee satgi k.

Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!

No comments:

Post a Comment