Friday, 28 November 2014

Kucing Baru Zidane!

Assalamualaikum semua!

Arini nak tunjuk gamba kucing yg kami sekeluarga bela. Baru je jumpa semalam. Haha.
Sebelum ni kitorang pernah bela sampai 13 ekor kucing. Masa tu dok apartment. Susah sangat nak jaga kucing yg banyak kat apartment. So kitorang pon cari la rumah kat area Sg Buloh. Kebetulan masa tu suami dah pindah keje kat area Ara Damansara. Kalau diikutkan memang kat tengah2 la. Saya pulak di Kuala Selangor kan. Masa tu hidup berdua. Boleh la nak bela banyak. Hehe.


Ni antaranya yg sibuk bersantai. Rumah kecik masa tu. 


Ni stok makanan & pasir masa dulu. Hehe. 



Kemudian entah kenapa ada 3 beradik kucing yg 1 ibu ni mati satu demi satu. Masa tu saya dah pregnantkan Zidane.

Dalam banyak2 kucing masa tu, yg paling rapat dengan saya "otong" namanya. Memang rapat sangat. Dia pon baik aje. Takde buat hal. Cuma memang dia ni tak sihat sangat. Ada sakit F.I.V tak silap saya. Kata doktor jangka hayat dia pon selalunya takkan hidup lama. Mungkin dalam setahun. Tapi Alhamdulillah, otong hidup lebih lama daripada yg dijangka. Dalam 2 tahun jugak. Doktor pon heran. Kata doktor maybe sebab dia hepi. Huhu. Masa dia mati tu, Zidane 8 bulan kandungan. Mungkin sebab dia pon tau yg saya akan ada Zidane, maka dia undurkan diri. Sedih sangat. Bila pikir balik rasa kelakar. Hehe. Sebab nangis meraung2. Tunggu suami balik keje untuk kebumikan dia. Dah la kebetulan suami keje malam. Balik rumah pon dah nak dekat kul 1. Memang dah macam apa je tengah2 malam mencangkul. Macam saiko kan. Haha. Tapi suami pon sedih tau masa tu. Menitis air mata kitorang.



Ni haa. Otong kami tu. Dipanggil otong sebab kaler dia macam lotong. Kah kah. 


Tak lama lepas tu Zidane pon lahir.

Dan dek kerana terasa sedih atas kehilangan otong, kami pon mula distribute kucing yg kami ada pada org. Tapi kami pilih gak org. Bukan pakai bagi je. Kami bg pada org yg kami kenal dan kami tau boleh jaga kucing dengan full love & affection. Eceh.
Kami tinggalkan 3 ekor je kucing masa tu. Tapi dalam 3 yg tinggal ni. 2 mati. Sekor mati sebab anak dalam kandungannya mati. Tak sempat diselamatkan. Sekor lg mati sebab gaduh. Luka2 teruk. Balik rumah masa tu dah teruk. Padahal dah kena kasi tu. Bukannya berebut pempuan pon. Huhu. Sekor lagi hilang dikebas org. Dah la odd eyed. Gemuk. Hilang pulak. Semoga org yg songlap dia tu jaga dia elok2.


Odd eyed sebab kaler mata tu. Sebelah biru sebelah kuning. 

So kami hidup tanpa kucing agak lama. Sampaila kami pindah ke Kuala Selangor tahun ni. Tapi itu lah. Mungkin dek kerana gen. Haha. Zidane cukup suka kucing. Kalau jumpe kat mana2 memang dipeluknya kucing. Tak kira la kotor ke tidak. Kita ni kadang2 protective sgt kan. Tak nak bagi anak pegang kucing. Risau. Tapi insya Allah takde pape punya. Hehe.


Semalam bawak Zidane naik kereta control kat "mini funfair" kat depan Tesco. Tu yg jumpa kucing ni. Suami cakap nak bagi nama Gator. Haha. Karakter dalam Thomas & Friends tu.

Malam semalam terus beli makanan, suami mandikan, saya potong kuku. Maka kucing tu dah officially bersih dan boleh dipeluk oleh Zidane.

Zidane memang suka. Tak menyabo kekdahnya.

Lepas ni kena rajin bersihkan rumah. Jangan risau. Basic H kan ada. Haha.

Nah tengok gambo Zidane pencinta kucing. Daripada kecik dah suka. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi ye tak? Dah ibu dgn ayah suka. 


Tengok. Kucing org pon jadik. 


Tak reti duduk lagi pon sibuk nak cium kucing. 


Pinjam kucing jiran lama. Haha. 


Ni kucing kami yg hilang. 


Tengok. Tak pernah takut. Hehe. 

So kita jumpa esok ye. Ada entri lain menanti.


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!

1 comment: