Friday, 21 November 2014

Anak : Cerminan diri kita


Assalamualaikum semua!

Akhir2 pregnancy ni, selain cakap2 pasal kehamilan, tips dan sebagainya, nak jugak cerita pasal anak2. Hehe.

Saya suka baca apa2 info mengenai parenting skills. Seronok sangat. Lebih2 lagi sejak ada Zidane. Bukan apa. Ilmu ni berkembang. Kadang2 apa yg kita ingat dah pandai sebenarnya lebih luas daripada apa yg kita sangka. 

Sebab tu pada saya, pengalaman makan garam sebelum orang lain tidak relevan lagi. In fact pada saya, sejauh mana kita dapat terima ilmu baru itu lebih penting daripada segalanya. Kadang2 orang ego dan tak nak terima. Padahal benda tu betul. Tapi takpela. Dah ego nak wat acaner kan.

Long story short.

Meh nak kongsi hadith Nabi sket.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapa org yg mandul? Berkata para sahabat : Orang yg mandul ialah org yg tidak mempunyai anak. Lalu Rasulullah SAW berkata orang yg mandul itu ialah orang yg mempunyai ramai anak tetapi anak2nya itu tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia."

Tu dia. Ramai anak tapi tak bermanfaat sebab bila dah meninggal apa pon tak boleh buat. Tau kan yg bila kita dah meninggal nanti, terputus semua amalan kita melainkan 3 perkara. Dan salah satu perkara tu adalah doa anak yg soleh yg mendoakan kita.

Apa guna ramai anak kalau nak mendoakan kita pon tidak gamak?

Sinis bunyinya. Tapi betul. Mengasuh anak2 bukan sekadar memberi makan minum, pakai, pelajaran dan sebagainya. 

Berapa kali saya ingatkan diri supaya saya sendiri tidak mengungkit tanggungjawab saya membesarkan anak. Dan berapa kali saya ikhlaskan diri yg saya membesarkan anak kerana Allah. =)

Anak2 ni memang cerminan diri kita sebenarnya. Sebab kalau anak nakal, muhasabah diri. Anak akan tiru apa yg kita buat dan tidak selain itu. Jangan sampai satu masa nanti kita fikir kalau la kita dapat mengundurkan masa. Semuanya dah terlambat. 

Anyway, nak share kesilapan2 yg kita biasa lakukan dalam mendidik anak. Rasanya perkongsian daripada Prof Muhaya. Tak sure. Hehe. 


KESILAPAN PERTAMA : KURANG BERDOA

Masa mengandung kurang berdoa, masa membesarkan anak pon kurang berdoa. Bukan susah pon sebenarnya. Dan tak ambil masa yg lama pon untuk berdoa. Tapi tak tau la kenapa. Nak berdoa ni cukup malas. Kalau kita dah biasa, bukan ambik masa pon nak berdoa ni. Kalau dah biasa siap boleh hafal dan sebut doa yg sama tiap kali lepas solat. Lepas ni boleh la rajin2kan berdoa.

Antara doa yg baik diamalkan semasa mengandung adalah :
  • Istighfar
  • Doa memohon rahmat : Al-Imran : 8-9
  • Doa mohon zuriat yg baik : Al-Imran : 38
  • Doa agar anak mengerjakan solat : Ibrahim : 40-41

Doa yg elok diamalkan masa membesarkan anak pulak adalah :
  • Doa agar anak patuh kepada Allah : Al-Baqarah : 128
  • Doa diberi zuriat yg menyejukkan hati : Al-Furqan : 74
  • Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.


KESILAPAN KEDUA : BANYAK MEMBERI BELAIAN TARHIB (MENAKUTKAN) DARIPADA TARGHIB (DIDIKAN ATAU MOTIVASI)

Perbuatan menakut2kan anak ni memang tak bagus sebenarnya. Contohnya kita takutkan anak dengan tempat gelap, takutkan dengan hantu etc. 

Saya sendiri tak pernah takutkan Zidane dengan hantu. Malah perkataan momok atau hantu tak pernah saya ajarkan. Tapi biasala. Bila kita hantarkan pada orang untuk dijaga, anak kita pon terpengaruh juga. Hehe. Takpe2. Kena explain betul2 dengan anak2 ni.


KESILAPAN KETIGA : TAK TEGAS DALAM MENDIDIK ANAK2

Tak menjadualkan kegiatan harian anak2 dan terlalu fokus pada satu2 aktiviti pon tak bagus jugak. Sebab kadang2 diorang pandai boring. Sebab tu la kena banyakkan aktiviti. Dan kena buat jadual. Jadual tak semestinya ditulis pon. Lebih2 lagi kalau diorang belum tau membaca. Hehe. Yg penting bila jadual tu dijadikan rutin, lama2 diorang akan terbiasa.


KESILAPAN KEEMPAT : MENEGUR ANAK SECARA NEGATIF

Tak digalakkan untuk kita keluarkan kata2 kesat dan maki hamun anak2 lebih2 lagi bila kita marah. Tercalar emosi diorang. Huhu. Bila dah tercalar susah tau. Tinggikan suara tu boleh tapi jangan sampai maki hamun dan sumpah seranah pulak. Dan tak digalakkan langsung untuk kita bandingkan anak2 kita dengan anak2 orang lain. Hatta kalau bandingkan sesama adik beradik pon tak boleh. Nanti akan timbul perasaan nak bersaing dan dengki mendengki. Lama2 boleh jadi parah sampai gaduh satu famili.


KESILAPAN KELIMA : MEMBERI DIDIKAN TAK SEIMBANG ANTARA JASMANI, ROHANI DAN MINDA

Kat sini la kita mainkan peranan. Kalau kita kurang aspek rohani misalnya, hantar anak2 belajar ke kelas agama. Dalam masa yg sama kita gali ilmu jugak. Jangan sampai anak lebih tahu daripada kita. Dan jangan pentingkan satu aspek dan kemudian meninggalkan aspek yg lain pulak. Bila tak balance memang akan jadi kepincangan. 


KESILAPAN KEENAM : KURANG MEMBERIKAN SENTUHAN KEPADA SEMUA ANAK SEDANGKAN RASULULLAH KERAP DILIHAT MENDUKUNG CUCUNYA DAN MENCIUM MEREKA

Diriwayatkan oleh Aisyah R.A : Pada suatu hari, Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussein Bin Ali R.A. Ketika itu Aqra Bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra : Ya Rasulullah! Aku mempunyai 10 orang anak tetapi aku belum pernah mencium seorang pon daripada mereka. Rasulullah melihat kepada Aqra kemudian berkata : Siapa yg tidak mengasihi tidak akan dikasihi. (Maksud Hadith Riwayat Bukhari & Muslim).

Nah. Tengok. Betapa pentingnya belaian kasih sayang ibu bapa kat sini. Anak yg kurang dibelai akan rasa diri tak dihargai. Balik nanti nak peluk Zidane kuat2 sampai dia rimas. Haha. Ayah Zidane suka sakat dia sampai dia cakap "Apa la ayah ni". Geram oi. Anak dah pandai bercakap memang selayaknya dipeluk kuat2. Haha.


KESILAPAN KETUJUH : PENAMPILAN DIRI YG KURANG ANGGUN DAN KURANG KEMAS

Ibu bapa kena tunjukkan cara berpakaian yg kemas dan menepati kehendak syarak bila berada di rumah. Jangan selekeh dan jangan seksi. Lagi2 bila anak2 dah membesar. 


KESILAPAN KELAPAN : SUSUNAN RUMAHTANGGA YG TIDAK KEMAS

Camna tu? Ibu kena mainkan peranan sebagai ibu dengan baik. Sama jugaklah dengan ayahnya. Kena berakhlak dengan akhlak Islam. Kalau nak gaduh ada caranya. Jangan depan anak2. Kang bila ibu membebel lebih dan tinggikan suara pada ayah, anak2 ingat macam tu la ibu sepatutnya. Maka bila dah besar, diorang akan jadi macam mana ibu2 kita jadi. Akibatnya, anak2 akan terikut2 cara salah seorang daripada ibu dan ayahnya.


KESILAPAN KETIGA BELAS : KURANG MENGAWASI RANCANGAN YG DITONTON

Kena ingat sekarang ni zaman dunia tanpa sempadan. Sebab tu kena banyak awasi rancangan yg kita tengok dengan keluarga sebab banyak cerita yg menonjolkan akhlak yg kurang baik macam pergaulan bebas, pakaian yg tak menepati syarak dan perbualan yg boleh merosakkan pemikiran anak2.


KESILAPAN KEEMPAT BELAS : MEMBENARKAN ORANG YG TAK ELOK SAHSIAHNYA MASUK KE DALAM RUMAH

Kalau boleh janganla benarkan orang yg tak elok akhlaknya masuk dalam rumah kita. Sama ada dari kalangan sahabat kita sendiri atau sahabat anak2 sebab risau jadi contoh yg tak baik kepada anak2 yg baru nak membesar ni.


KESILAPAN KELIMA BELAS : TERLALU BERGANTUNG KEPADA PEMBANTU RUMAH

Anyway, yg ni bukan sekadar pembantu rumah je. Ada ibu ayah yg jenis lepas tangan jugak menyerahkan anak2 untuk dijaga oleh nenek atau pon datuk mereka. Sebaiknya, sebagai ibu ayah, kitalah yg patut membesarkan anak dan didik anak2 sendiri. Sebab nanti di akhirat, kita akan disoal balik nanti. Sebab tu kalau boleh jadikanlah 'program' membesarkan anak dan mendidik anak ni sebagai program bersama suami isteri.


Banyak lagi benda nak kongsi sebenarnya. Tapi cukuplah kali ni kita cakap2 pasal kesilapan dalam mendidik anak2.

Nanti esok lusa ada lagi masa kita boleh cerita bab lain pulak.

Ingat ye. Anak2 ni cerminan kita. Kalau ada yg kita tak suka pada anak2, seelok2nya muhasabah la diri kita dulu sebelum nak tuding jari pada anak2.


Nak beli produk Shaklee meh roger mak buyung ok!

Dah bersalin nanti pon kedai kami bukak 24 jam. Hehe.


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!





3 comments:

  1. teringat salah satu amalan yg tak putus lepas seseorang tu meninggal dunia ialah doa dari anak yg soleh :)

    ReplyDelete
  2. handsome ur hubby putih x sesuai dgn u.... geram tgk, rasa mcm nk rampas plak

    ReplyDelete