Wednesday, 5 November 2014

Air Gula : Not bad!

Assalamualaikum semua!

Hari ni nak hapdet pasal pengalaman minum air gula kat klinik kesihatan pagi tadi. Weeehuu. Ye. Mak buyung dah selamat minum dengan jayanya. 2 kali teguk je hokey. Haha.

Pagi tadi kul 5.30 pagi dah bangun. Zidane pon bangun awal. Hadoi. Dah start puasa kul 12 tengah malam semalam. Boleh minum air je. Bertabah sungguh. Masa nak kena puasa makan ni la, selera mak buyung macam membela. Rasa nak makan aje. Rasa lapo je. Haha. Kelako btol. Semua sebab otak asyik fokus nak puasa sampai pikir lapo je. 

So tadi lepas subuh siap2. Hantar Zidane kat umah pengasuh kul 7.10 pagi. Zidane punye la meraung2 ko. Mana taknya. Biasa bawak ke opis dulu. Main puas2, bagi makan baru hantar ke rumah pengasuh. Sian dia. Meleleh2 air mata dia. Tapi biasa la. Drama. Kejap je.

Check up kat klinik desa area rumah lama. So terpaksa la travel sket. Sampai klinik dalam kul 7.50 pagi. Kat buku dah tulis kena sampai sebelum kul 8.00 pagi. Kalau tak, diorang akan bagi tarikh lain. So tunggu aje la dengan tabahnye.

Dalam kul 9 pagi jugak la baru dipanggil. Amik darah untuk anemia check up. 10 ml plak. Tutup mata je la. Sedekah darah sket. Pastu sister yg amik darah tu suruh tunggu 2 jam sebab lepas 2 jam nak amik darah lagi. Sister siap pesan amikla air gula yg dah siap dibancuh tu. Haha.

Air gula tu lebih kurang gini la.


Ni gamba amik kat google je. Gamba sendiri malas nak amik. Lagi2 sorang diri. Takde sape nak tolong amik gamba. Haha.

Betulla orang cakap. Jangan dengar cakap orang lain until kita sendiri yg experience benda tu. Majoriti cakap nak muntah la pening la apa la. Benda ni case to case basis sebenarnya. Mungkin ada yg rasa camtu. Mungkin tidak. Tapi bila ramai yg bagi komen negatif, otak mestila amik yg negatif kan. Hehe.

So lepas try sendiri pada saya air gula ni not bad. Air gula ni ibarat air yg terlebih manis. Cuma takde rasa la. Kalau teh sedap la jugak kan. Hehe. Kesimpulannya, jangan la percaya pada kata2 orang. Apa yg buruk kat orang lain tak semestinya buruk pada kita jugak. =)

2 jam saya menunggu. Dalam kul 11 pagi saya dipanggil untuk amik darah. So amik lagi darah. Redha je. Lepas ke amik darah baru boleh balik.

Sepanjang jalan dah terbayang2 makanan2 sedap2. Lapo la hoi. Dari kul 12 tengah malam semalam ke 12 tengah hari arini. 

Sampai je Kuala Selangor terus pegi kedai makan, isi nasik penuh2. Bawak balik opis, makan dengan seleranya. Haha.

Result darah bukan dapat hari ni. Kita tunggu next week. Harapnya takde pape. Saya rasa macam takde pape. Sebab apa tau? Sebab masa timbang last week berat 63.2kg. Arini timbang 61kg. Takkan la berat boleh turun dalam 2kg seminggu kan? Mesti kesilapan penimbang ni. So saya simpulkan dek kerana penimbang salah, sepatutnya saya tak perlu minum air gula at the 1st place. Haha. Takpela. Air gula kali ni ibarat macam saje nak bagi try. Sebab sebelum ni tertanya2 sangat rasa air gula kan. So nah, rasakan! Haha.

Semoga result ok! Doa2. Hehe.

Itu la dia pengalaman minum air gula. 1st time tau! So untuk sesape yg nak minum air gula tu BE POSITIVE! 

Nak beli suplemen Shaklee roger mak buyung ok!

Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!

5 comments:

  1. wah .. first time saya bca org ckp air gula not bad.. sblm ni baca semua ckp ngeri je.. tuka mindset.. hehe
    CARA HILANGKAN BINTIK HITAM DI WAJAH

    ReplyDelete
  2. Aaa first time ada orang kata minum air gula not bad.. Apa pun memang terbaikla....

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..setakat 3 org anak ni..blum pernah doktor sh minum air gula
    jom baca:Cara Nak Susu Badan Meriah

    ReplyDelete
  4. Skrg kalau umo 25 thn ke atas mmg kene minum air gula 2x..Kalu ade family history 3x...
    Saya pregnant anak dua2 kene 2x...Ok je minum...Tp org sebelah saya siap muntah atas lantai..Huhu..Nasib baik tk kene kaki ku..Hahah

    KENCING MANIS SEMASA HAMIL

    ReplyDelete