Sunday, 30 November 2014

Berpantang sendiri : Susah tak?

Assalamualaikum semua! 

Arini mak buyung dah masuk 36 minggu 4 hari. Alhamdulillah. Takde lagi tanda nak bersalin. Hehe. Harapnya lepas 37 minggu la baru bersalin. Dup dap jugak sebab Zidane dulu ngam2 36 minggu dah tak menyabo nak keluar. So sebab tu la arini nak bincangkan pasal berpantang sendiri ni susah ke tidak. 

Dan even dah nak masuk 37 minggu ni, kitorang masih belum decide nak berpantang kat mana. Memandangkan suami nak bekerja balik kat sini, maka kitorang pon tengah terpikir2 kat mana yg bagus untuk berpantang. Sementara saya nak bersalin ni suami takleh la nak masuk keje lagi. Sebab kalau masuk keje nanti saya bersalin dah nak kena mintak cuti pulak. Tak seronokla baru masuk keje dah nak mintak cuti plaks kan. 

Oh ye. Kedai kitorang Rumahapi Satay Celup & Grill tu sedang bercuti sebab dah berpindah ke Parit Buntar. Memandangkan kedai yg nak disewa tu di bawah pemantauan Majlis Perbandaran, maka kena la ikut prosedur. Tunggu tender dibuka. Masuk tender, interview etc etc. Standardla kan. Hehe. Sebab tu suami ada di sisi. Tolong jagakan Zidane. Tolong buat kerja rumah. Okla kan. Sebab nak dekat 9 bulan pregnant, masa ni la yg ada untuk suami tolong apa yg patut. Zidane pon kemain suka. Mana taknya. Melepas geram nak berbonding dgn ayah dia. Memang gembira sgt dia tu. Dalam keadaan camni, kadang2 muhasabah diri jugak. Kesian kat anak2 yg takde ibu ayah. Atau yg dalam broken family. Kesian tau. Sebab anak2 yg membesar perlukan kedua2 org tua diorang. Alhamdulillah. Kitorang masih boleh jaga Zidane depan mata kitorang. Tapi Zidane semakin banyak akalnya. Sabo aje lah. Haha. 

Kalau nak berpantang sendiri, maka ada beberapa perkara yg perlu dipikirkan. Confinement lady misalnya. Tp bak kata polis yg keje kat mahkamah kan. Dia sendiri jaga isteri dia masa isteri dia berpantang aritu. Kata dia, biar suami tau cara nak jaga isteri berpantang. Cara nak masak etc. Tapi tukang urut kena carik org gak la. Harapkan suami, diurut thai la jawabnya. Haha. 

So apa yg kena take into consideration sebelum kita bercadang nak berpangang sendiri ni? Jom cekidaut! 

  • Dedahkan suami dengan masakan untuk org berpantang. Kena ajar suami masak singgang, masak asam, sup, bakar. Pilih ikan yg mudah disiang supaya dalam masa yg sama kita mudahkan suami jugak. Ala, tp skang pegi je beli kat Giant. Suruh diorang siangkan. Senang. 
  • Sediakan perkakas masakan yg sesuai. Mujur ada periuk ajaib. Nak kena amik kat Ipoh nanti. Nak bakar, panggang, kukus, semua dalam tu. Tinggal nak campak2 je bahan2 masakan. 
  • Set berpantang yg friendly user. Haha. Dah macam hp kan. Rasa kali ni nak pakai NR. Take note. Saya amalkan dua2 jenis set berpantang. Moden & tradisional. Moden dah tentu Shaklee. NR pulak yg tradisional. Set Shaklee dah ready u olls. Yg NR tu nak beli lepas dapat bonus nanti. Hehe. 
  • Sarung tungku herba. Kalau nak pantang sendiri kat rumah sendiri memang jenuh sketla nak mencari daun mengkudu bagai untuk lapikkan tungku. Unless kalau kita ada confinement lady. Kalau yg jaga tu suami mithali kita, maka kita beli aje la sarung tungku herba yg dah ada di pasaran tu. Senang. Katanya RM45. Ok la tu. 
  • Sediakan jadual untuk suami prepare nak buat setiap hari. Keje yg kita tak boleh buat misalnya yg perlu gunakan kudrat, yg perlu bermain dengan air atau yg perlu jalan2 keluar rumah. Kalau ada kerja yg rasanya suami takleh nak buat, maka boleh la amik part time maid.
  • Sediakan jadual untuk diri sendiri. Just to ensure yg kita disiplin dan ikut apa yg perlu kita buat. Misalnya mandi pagi jam berapa, bertungku bila, berbengkung bila, berurut bila etc etc. Kalau rasa takleh disiplin maka hire la confinement lady. 
  • Prepare suami untuk mandikan dan siapkan anak. Sama ada si abang atau si adik. Saya dah tanya suami berani ke mandikan anak yg baby ni nanti. Katanya boleh kot. Haha. We'll see. Kalau tak saya dapatkan confinement lady. Last minute kena baya lebih. Tapi takpela. Bab uruskan anak & siapkan kita boleh la lepas tangan kat confinement lady. Suami siapkan makan minum. Hehe. 

Rasanya itu antara benda yg kita kena take into consideration sebelum berpantang sendiri. On my part plak, kalau last minute rasa takleh nak berpantang sendiri, maka memang nak dapatkan confinement lady. Keluarkan duit sket la tapi. 

Tapi apa ada hal kan. Masa berpantang ni la kita kena betul2 jaga diri. Im gonna rock this confinement. Betul. I will. Haha. 

Esok mak buyung share set bersalin Shaklee apa yg mak buyung guna ok! 

Jumpe esok! 


Regards, 
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure! 



Saturday, 29 November 2014

Jalan-Jalan Kuala Selangor

Assalamualikum semua! 

Hari ni nak cerita santai2 aje. Hehe. Maklumla hari Sabtu. 

Kelmarin akak opis ada bgtau kat saya yg hari Sabtu Ahad ada trem yg naik ke Bukit Malawati. Memandangkan Zidane memang kaki keretapi maka ini memang peluang terbaik untuk kami anak beranak spend sket quality time bersama. Amik kesempatan sebelum bersalin ni. Padahal mak buyung dah sarat beno kekdahnya. Huhu. 

Kitorang sampai kat bawah Bukit Malawati dalam kul 10 pagi. Jarak Bukit Malawati dengan rumah tak sampai 5km. Haha. Tak sampai 10 minit dah sampai. Kalau rumah ke opis dalam 6 minit. Dekat je. 

Sampai2 je ramaila jugak pelancong cina dengan melayu yg dtg. Yg cina tu memang dari tanah besar China kot sebab 1 bas ramainya. Pegi bayar RM5 untuk tiket trem. Sorang RM5. So 2 orang dewasa RM10. Zidane free. Sebab umo 1 ke 2 tahun free of charge. 

Pas bayar, trem pon sampai. Maka menapakla kami naik trem tu. Oh ye, kat bawah tu ada tempat untuk amik gamba dengan burung kakak tua. Kalau nak amik gamba, sekor RM10. Ada 5 ekor semuanya. Ada lotong jugak kat bawah tu. Hati2 la kalau bawak beg plastik. Kang lotong tu kejar kita sebab nak amik beg plastik kita tu. Takut jugak. Tapi lotong ok sket daripada kera. Hehe. 

Kat atas Bukit Malawati tu ada muzium permainan tradisional, ada makam, ada rumah api. Meh saya belanja gamba sket. 










Tu gambo2nya. Gamba mak buyung takde sebab jadi tukang snap je. Hehe. Malas la nak amik gambo arini. Dah panas lagipon. So my advice is kalau nak pegi elokla pegi lg awal. Kalau boleh 8.30 pg tu dah ada beratur beli tiket trem. 

Lepas turun daripada Bukit Malawati tu, trem tu bawak pegi taman ikan air tawar. Kat bawah bukit je. Tapi kitorang tak turun. Malasla. Lagi2 Zidane sebenanye dah memerut masa sampai tadi. Abis pampers. Haha. Kat umah tak nak plak memerut. 

Sampai je kat tempat trem tu kitorg pon lunch pastu balik. Tu je la aktivitinya. Sampai rumah dalam kul 12 tengah hari. Pastu masing2 tido kepenatan. Bukan penat sangat pon. Panas je lebih. 

Kalau jalan2 ke Kuala Selangor, singgahla ke Bukit Malawati. Pastu boleh singgah cendol Bakar. Makan cendol plak. Nah gambo cendol. 


Ok. Tu je cite hari Sabtu kitorg. 

Jumpe esok plak ye! 

Jangan lupa. Esok final day untuk dapatkan Omega Guard dengan harga berbaloi2 ok! Beli 6 Free 1. Beli 2 dapat 5% off. Apa tunggu lagi kan? 

Kalau nak boleh PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797. Prefer WhatsApp ye semua! 

Regards, 
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure! 




Friday, 28 November 2014

Kucing Baru Zidane!

Assalamualaikum semua!

Arini nak tunjuk gamba kucing yg kami sekeluarga bela. Baru je jumpa semalam. Haha.
Sebelum ni kitorang pernah bela sampai 13 ekor kucing. Masa tu dok apartment. Susah sangat nak jaga kucing yg banyak kat apartment. So kitorang pon cari la rumah kat area Sg Buloh. Kebetulan masa tu suami dah pindah keje kat area Ara Damansara. Kalau diikutkan memang kat tengah2 la. Saya pulak di Kuala Selangor kan. Masa tu hidup berdua. Boleh la nak bela banyak. Hehe.


Ni antaranya yg sibuk bersantai. Rumah kecik masa tu. 


Ni stok makanan & pasir masa dulu. Hehe. 



Kemudian entah kenapa ada 3 beradik kucing yg 1 ibu ni mati satu demi satu. Masa tu saya dah pregnantkan Zidane.

Dalam banyak2 kucing masa tu, yg paling rapat dengan saya "otong" namanya. Memang rapat sangat. Dia pon baik aje. Takde buat hal. Cuma memang dia ni tak sihat sangat. Ada sakit F.I.V tak silap saya. Kata doktor jangka hayat dia pon selalunya takkan hidup lama. Mungkin dalam setahun. Tapi Alhamdulillah, otong hidup lebih lama daripada yg dijangka. Dalam 2 tahun jugak. Doktor pon heran. Kata doktor maybe sebab dia hepi. Huhu. Masa dia mati tu, Zidane 8 bulan kandungan. Mungkin sebab dia pon tau yg saya akan ada Zidane, maka dia undurkan diri. Sedih sangat. Bila pikir balik rasa kelakar. Hehe. Sebab nangis meraung2. Tunggu suami balik keje untuk kebumikan dia. Dah la kebetulan suami keje malam. Balik rumah pon dah nak dekat kul 1. Memang dah macam apa je tengah2 malam mencangkul. Macam saiko kan. Haha. Tapi suami pon sedih tau masa tu. Menitis air mata kitorang.



Ni haa. Otong kami tu. Dipanggil otong sebab kaler dia macam lotong. Kah kah. 


Tak lama lepas tu Zidane pon lahir.

Dan dek kerana terasa sedih atas kehilangan otong, kami pon mula distribute kucing yg kami ada pada org. Tapi kami pilih gak org. Bukan pakai bagi je. Kami bg pada org yg kami kenal dan kami tau boleh jaga kucing dengan full love & affection. Eceh.
Kami tinggalkan 3 ekor je kucing masa tu. Tapi dalam 3 yg tinggal ni. 2 mati. Sekor mati sebab anak dalam kandungannya mati. Tak sempat diselamatkan. Sekor lg mati sebab gaduh. Luka2 teruk. Balik rumah masa tu dah teruk. Padahal dah kena kasi tu. Bukannya berebut pempuan pon. Huhu. Sekor lagi hilang dikebas org. Dah la odd eyed. Gemuk. Hilang pulak. Semoga org yg songlap dia tu jaga dia elok2.


Odd eyed sebab kaler mata tu. Sebelah biru sebelah kuning. 

So kami hidup tanpa kucing agak lama. Sampaila kami pindah ke Kuala Selangor tahun ni. Tapi itu lah. Mungkin dek kerana gen. Haha. Zidane cukup suka kucing. Kalau jumpe kat mana2 memang dipeluknya kucing. Tak kira la kotor ke tidak. Kita ni kadang2 protective sgt kan. Tak nak bagi anak pegang kucing. Risau. Tapi insya Allah takde pape punya. Hehe.


Semalam bawak Zidane naik kereta control kat "mini funfair" kat depan Tesco. Tu yg jumpa kucing ni. Suami cakap nak bagi nama Gator. Haha. Karakter dalam Thomas & Friends tu.

Malam semalam terus beli makanan, suami mandikan, saya potong kuku. Maka kucing tu dah officially bersih dan boleh dipeluk oleh Zidane.

Zidane memang suka. Tak menyabo kekdahnya.

Lepas ni kena rajin bersihkan rumah. Jangan risau. Basic H kan ada. Haha.

Nah tengok gambo Zidane pencinta kucing. Daripada kecik dah suka. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi ye tak? Dah ibu dgn ayah suka. 


Tengok. Kucing org pon jadik. 


Tak reti duduk lagi pon sibuk nak cium kucing. 


Pinjam kucing jiran lama. Haha. 


Ni kucing kami yg hilang. 


Tengok. Tak pernah takut. Hehe. 

So kita jumpa esok ye. Ada entri lain menanti.


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!

Thursday, 27 November 2014

Fungsi Omega 3 untuk badan anda!

Assalamualaikum semua!

Arini dah 27hb kan. Ada lagi 3 hari untuk kita habiskan November ni. Dan tinggal 3 hari jugakla promo Omega bakal berakhir. Promo apa?

Laa. Tak tau ke? Ni meh mak buyung bgtau promo apa.




Beli 6 PERCUMA 1






Beli 2 dapat 5% OFF


Haaa. Best kan? Boleh dapat free membership lagi. Tak payah nak bayar RM75 untuk jadi ahli Shaklee.

Memandangkan promo ni dah nak berakhir, maka eloklah saya ingatkan balik kat kawan2 tentang kebaikan Omega 3 yg ada dalam Omega Guard ni.

Sebenarnya Omega 3 ni adalah sejenis lemak baik untuk badan kita. Biasanya kita dengar lemak tu tak bagus kan? Tapi lain halnya dengan Omega 3. Apa fungsi Omega 3 ni untuk badan kita?

Pengambilan Omega 3 sangat penting. Sama pentingnya dengan vitamin dan zat yg lain. Kalau kita kurang Omega 3, kulit kita akan jadi kering. So kalau nak tau kurang ke tak Omega 3 dalam badan kita, cek2 la keadaan kulit kita ni haa. Kalau kering petanda kurang Omega 3. Kadang2 sampai jadi ekzema. Huhu.

Omega 3 membantu mengawal kadar lemak jahat dalam badan. Dalam masa yg sama, Omega 3 ni membantu kita untuk memecahkan lemak jahat tadi. Lebih2 lagi kalau kita rajin bersenam. Kalau yg jenis metabolisme rendah, dah bersenam tapi masih tak turun berat badan, cuba tambah pengambilan Omega 3 dalam diet seharian kita.

Dalam Omega 3 ni sebenarnya ada EFA. Fungsi EFA ni untuk keluarkan hormon untuk kawal pencernaan dan pengeluaran insulin dalam badan. Bila karbohidrat ditukarkan kepada lemak masa proses metabolisme, insulin akan mengurangkan jumlah lemak yang digunakan untuk tenaga, sebaliknya lemak tersebut akan disimpan dalam tubuh. Pengambilan Omega 3 ni la yg membantu mengurangkan pengeluaran insulin dan membolehkan lemak yg tersimpan ditukarkan kepada tenaga.

Itu kalau kita bercakap pasal nak kurus la kan.

Kalau untuk perkembangan otak pulak, kita sedia maklum yg Omega 3 ni mengandungi DHA. Untuk ibu2 yg ada anak yg masih belajar, masih menyusu, bolehlah tambahkan pengambilan Omega 3 ni dalam diet seharian diorang. Untuk anak menyusu tu pulak, ibu2 boleh la amik Omega 3 supaya khasiatnya dikongsi bersama dengan anak yg disusukan. DHA ni memang penting untuk otak dan daya tumpuan semasa belajar. Bagi orang dewasa pon sama untuk memastikan otak kita berfungsi dengan baik untuk kita melakukan kerja harian dengan lebih baik tanpa rasa cepat letih.


Siapa cakap Omega 3 ni takde fungsinya untuk kecantikan? Salah ok!

Kalau nak dapatkan kulit yg flawless dan glowing, amalkanla pengambilan Omega 3 ni. Sebab Omega 3 sebenarnya mengurangkan masalah jerawat, keradangan kulit, mengurangkan masalah kulit kering dan kedutan di awal usia. Kalau ambik Omega 3, insya Allah kulit jadi lebih anjal, lembut dan lembap.

Omega 3 pon membantu selesaikan masalah stretch mark juga tau. Kalau tak caya boleh rujuk entri Atasi Stretch Mark gaya Shaklee ni.

Selain daripada tu, Omega 3 jugak mengurangkan keradangan pada sendi, mengurangkan kolesterol dalam badan, membantu masalah jantung dan membantu mengelakkan penuaan awal.


Cara mudah nak dapatkan Omega 3 ni dah tentu daripada real food. Boleh la tambah ikan salmon, kekacang macam badam, telur dan sayuran hijau seperti bayam, brokoli dan salad.

Tapi kalau nak dapatkan Omega 3 gaya Shaklee, boleh la dapatkan Omega Guard Shaklee! Dalam Omega Guard Shaklee ada 330mg Omega 3, 180mg EPA dan 120mg DHA.

1 botol Omega Guard Shaklee boleh tahan hingga sebulan. Maknanya kita spend dalam RM4.53 sehari untuk dapatkan nutrisi Omega 3, DHA dan EPA ni. Lagi murah kalau dibandingkan dengan salmon setiap hari kan??


So apa tunggu lagi? Jom cuba sementara ada promo ni.

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!

Saya prefer WhatsApp sebab ada masalah dengan incoming message & call saya. Outgoing calls & messages takde masalah pulak. Huhu.

Jumpe esok k!


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!

Wednesday, 26 November 2014

Atasi stretch mark gaya Shaklee

Assalamualaikum semua!

Kelmarin saya ada buat entri pasal cara nak hilangkan stretch mark ketika hamil secara alami kan? Sape tak baca lagi boleh la pegi melawat cara atasi stretch mark ketika hamil ni.

Pastu saya janji nak buat entri cara atasi stretch mark gaya Shaklee semalam kan? Tapi dek kerana semalam anniversary saya dan suami, saya pon postpone ke arini. Hehe. So arini saya nak tunaikan janji yg telah saya taburkan. Haha.

Ingat tak, dalam entri sebelum ni saya ada sebut yg cara nak atasi stretch mark ketika hamil ni kena:

  • Makan makanan yg ada Omega 3
  • Kekal hydrated

So kena la kenal pasti apa dia produk Shaklee yg ada Omega 3 dan boleh menyebabkan kita kekal hydrated.



Omega Guard Shaklee



Macam yg kita sedia maklum, Omega Guard Shaklee memang minyak ikan Shaklee. Dalam minyak ikan ada Omega 3 kan? Pengambilan Omega 3 yg cukup dapat membantu mengekalkan sel membran yg sihat dan menjadikan kulit kita cantik berseri2. Eceh.

Selalunya stretch mark terjadi bila kulit kita meregang. Bila meregang, jadi kering. Disebabkan kering pulak kita menggaru. Tu yg jadi bertambah masalah parut stretch mark tu. Pengambilan Omega 3 yg cukup jugak memastikan kelembapan kulit kita terjaga. Bila kulit kita lembap2 gitu, takdela kering dan bersisik. Takdela nak gatal tangan menggaru.

Kalau nak tau Omega 3 ni jugak bertindak sebagai antioksidan yg melindungi kulit.

Dah la tengah promo bulan ni. Jom la rebut peluang sementara ada masa lagi ni. Beli 6 Free 1. Beli 2 dapat diskaun. Siap dapat free keahlian lagi. Rugi tak rebut peluang ni. =)

Itu produk yg pertama.

Yang kedua apa pulak?


Performance Drink Shaklee




Kenapa performance drink pulak?

Kan saya dah bgtau awal2 tadi, kalau nak kulit cantik kena pastikan bekalan bendalir dalam badan kita cukup. Kena pastikan kita tak dehidrasi pulak. Sebab air bantu kita untuk detoks badan kita dan dalam masa yg sama memastikan sel kulit kita sentiasa sihat.

Sel kulit yang mengandungi cukup air akan menjadikan kulit sentiasa sihat dan halus. Sebaliknya kalau kita kurang air dalam badan, kulit akan kelihatan letih dan dehidrasi. Akhirnya, kulit akan nampak kusam dan tak bermaya. Sebab tu kena minum air cukup. Kalau ambil performance drink ni at least kita boleh pastikan bendalir dalam badan kita cukup. Takdelah dehydrate nanti. =)

Nak awet muda? Minumla air cukup2 ok!

Itu yang kedua. Ada lagi ke?

Dah tentu ada!



ESP Shaklee


Sebagaimana yg kita sedia maklum, ESP ni adalah makanan tambahan bersumberkan soya. Soya kan kaya dengan protein.

Tahukah korang yg protein membantu meremajakan kulit? Haaaaa.

ESP ni serbuk protein dari Non GMO soya yg mengandungi protein untuk membina blok2 asas sel2 badan untuk menghasilkan dan memelihara agar kulit tiada cela. Protein kan diperlukan untuk memperbaiki tisu dan pembinaan tisu baru. Setiap sel dalam badan kita memerlukan protein untuk mengekalkan kehidupan. Protein jugak bahan utama yg digunakan untuk menggantikan sel2 mati. Jadinya, sel2 mati kat bahagian perut yg menimbulkan stretch mark dapat dibuang dengan lebih berkesan.

Fakta mengenai protein yg saya baru tahu:
  • Protein membantu menghasilkan sel kulit yg lebih cantik. Setiap 21 hari sel kulit kita akan mati.
  • Sel yg mati akan diganti dengan sel kulit yg baru. Dan kalau nak tau, sel kulit yg baru akan 'copy' rupa sel kulit yg lama.
  • Jadi, kalau sel kulit lama ni tak cantik, maka sel kulit yg baru akan copy sel kulit tu jugak walaupon sel tu sel baru tapi buruk. Kih kih.
  • Di sini la protein berfungsi untuk membantu memperbaiki sel kulit yg baru tu untuk jadi cantik dan lebih sihat.

Sebab tu la kalau kita ambil makanan tambahan untuk kecantikan kulit, digalakkan untuk cuba 2 ke 3 bulan dulu. Jangan baru pakai seminggu tak nampak perubahan, terus tukar yg lain.

Sebab apa? Sebab badan kita pon ambik masa untuk adapt dengan benda baru ni. Saba la sket. Kalau tetiba dari dayang senandung nak jadi neelofa memang takkan dapat la. Kalau dapat pon mesti something wrong somewhere pada produk tu. Tak gitu?

Ok, itu dia 3 produk yg boleh bantu atasi masalah stretch mark ketika hamil.

Yang bestnya ketiga2 ni boleh kita consume masa hamil. No worries!

Esok saya cerita produk yg boleh atasi stretch mark SELEPAS kita bersalin pulak ok!

Nak cuba?

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!



Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!



Tuesday, 25 November 2014

Happy Anniversary B!

Assalamualaikum semua!

Saya tahu saya ada janji nak share pasal cara hilangkan stretch mark gaya Shaklee arini. Tapi apakan daya. Kih kih.

Memandangkan arini adalah 3rd anniversary kami, maka saya ambil keputusan untuk postpone entri tu ke esok hari. Jangan marah naaaaaa. Saje nak kongsi kegembiraan sket arini. Hehe.

25.11.2011. 

Tarikh itu la yg menyatukan kami, saya dan suami sebagai suami isteri. Saya kenal suami masa kami sama2 kerja part time di Kenny Rogers Kinta City masa tahun 2008. Memang mula2 berkawan. Dan saya tak malu nak cakap, saya yg mulakan perkenalan. Eceh. Sebab masa tu saya senior sket daripada dia. Saya masuk keje sana awal setahun daripada suami. Hehe. Dek kerana suami jenis yang kurang bercakap, maka saya la yg bercakap dulu. Memang betul, dari dulu sampai sekarang, itu la sifat dia. Tak bercakap banyak.


Daripada kerja part time, suami naik jadi supervisor di Kenny Rogers. Saya masih belajar masa tu. Amik LLBS. Kemudian disebabkan takde career development, yakni masih berada di takuk supervisor hampir setahun, maka suami mohon kerja di Coffee Bean Tea & Leaf sebagai manager. 

Macam biasa. Mula dari bawah. Dari Training manager kemudian ke assistant manager. Rezeki dia untuk naik tu agak cepat jugak la. Tak sampai 3 bulan tak silap saya. Suami keje kat CBTL Midvalley. Tahu2 aje lah midvalley tu macam mana. Tapi disebabkan training di tempat2 sibuk la saya rasa dia jadi cool dan tak cepat melatah. Penyabar orangnya dia ni. Hehe.




Gambo masa dia jadi manager kat CBTL Midvalley. Kurus sangat. Kah kah. =P

Suami saya ni jenis peramah dengan customer. In fact kalau regular customer tu dia tau dah apa yg diorang nak. Dek kerana perangai menjaga customer itu jugakla masa dia keje kat CBTL, ada orang ajak dia jadi manager kat Chilli's pulak. Masa tu dah kawin dah. So setelah berbincang, maka suami tender resignation letter. CBTL counter offer tapi tak berjaya.

Mula dari tahun 2011 tu la suami keje kat Chilli's. Midvalley lagi. Kah kah. Bz memanjang. Kemudian baru ditransfer ke Citta Mall yg masa tu lebih dekat dengan rumah. Alhamdulillah.

Nak cite nye kat sini la kan, lepas kawin, rezeki cukup. Melimpah ruah. Lepas Zidane lahir, rezeki bertambah sebab ada increment etc etc. Alhamdulillah.

Sebab tu nasihat saya, kepada sesiapa yg masih bujang tapi dah ada pilihan hati, jangan la risau dan takut rezeki tak cukup. Allah dah tulis rezeki yg kita akan dapat sampai la kita mati nanti. Kenapa nak risau? Segerakan aje benda wajib, Insya Allah, Allah bantu kita. =)

Tu al-kesah sebahagian perjalanan hidup kami sekeluarga la. Daripada macam mana kami kenal sampai la lepas kawin.

So arini, setelah 3 tahun kami diijab qabulkan, Alhamdulillah, kami masih teguh berdiri di belakang masing2, Di sebalik jatuh bangun, kami bertatih. Memang betul, mesti ada dugaan. Tapi dugaan tu lah yg menjadikan kita sebaik2 insan. Sebab kalau tak tahan, memang akan jadi la pergaduhan, perceraian. Saya menghadap muka orang bercerai setiap hari. Mujur kerja bahagian syariah ni. Banyak belajar. Kalau kita rasa masalah kita dah cukup besar, masalah orang lain kadang2 lebih besar daripada yg kita rasakan. 

Semalam masa beli barang dapur, dia offer nak masakkan chicken chop dengan chilli tuna pasta. Pagi tadi lepas solat subuh dia tanya saya nak ke tidak bawak sarapan chilli tuna pasta pagi ni. Saya cakap tak payah. Last2 menyesal sebab berlapo sampai lunch. Haha.

Banyak improvement saya nampak pada suami. Ini ikhlas daripada sanubari ni. Eceh. Suami saya bukan jenis yg rajin mengemas. Tapi skang dah pandai tolong. Kalau dulu semua benda nak kena suruh, skang nak cuci punggung zidane, nak tukar pampers, dah boleh harap. Hehe. Kalau dulu masa kerja partime kat Ipoh kerja main2. Tapi sekarang dah serius. Sebab bila dah kawin, dah berkeluarga, mestila ada tanggungjawab sama. Banyak yg dah berubah. Alhamdulillah. 

Walau apa pon orang cakap, walau  ada kekurangan pada suami kita, pada saya, little things yg dia buat tu la yg jadikan saya appreciate dia sangat. Saya tak expect dia terus pandai buat semua benda, semua kerja. Tapi bila ada effort untuk sama2 bantu, memang saya cukup terharu. 

Anyways, ni baru fasa awal lagi. Baru 3 tahun. Tapi untuk bertahan 3 tahun ni pon dah satu achievement rasanya. Berapa banyak kes depan saya yg kadang2 tak sampai setahun. So kalau compare dengan diri sendiri, memang Alhamdulillah sangat.

Sebab tu kena belajar bersyukur. Bersyukur aje la dengan semua yg ada. Sekurang2nya, walau suami kita ni suka tido, suka tengok bola, suka main futsal, tapi at least dia bukan kaki pukul, bukan kaki perempuan, bukan kaki botol. Tengok benda positif pada pasangan. Jangan tengok apa yg takde. Tengok apa yg ada. Jangan nak jadi perfectionist sangat. Kita sendiri pon belum tentu perfect. Sebab tu kita perlukan pasangan. We complete each other. As for me, i am blessed.

So di kesempatan ni, saya nak ucapkan Happy Anniversary kepada suami tercinta. I'm not very sure dia baca ke tidak, tapi aritu bila saya nak tunjuk entri warkah untuk anak dia kata dia baca. Haha. Itu lah suami saya. My favourite stalker. =P



Semoga impian kami nak berkeluarga hingga ke syurga ditemani anak2 akan tercapai. Insya Allah.

Oh ye, ada pesanan penaja sebelum berpisah. Pasangan kita ni pinjaman saja. Sebab tu kalau boleh sama2 la hidup bermatlamatkan akhirat. Semoga dapat berjumpa di syurga sana. Dan andai dia pergi dulu, maka bersabarla. Boleh tengok gamba kat bawah ni. Persiapan untuk saya jugak. =)



I love u b. My love for u grows every single day. =)



Regards,
Marina, The Good Wife of Yours =P

(Arini lain sket sebab mood anniversary) Haha. Jangan marah. =P





Monday, 24 November 2014

Cara atasi stretch mark ketika hamil

Assalamualaikum semua!

Arini mak buyung nak cite pasal cara atasi stretch mark masa hamil. Stretch mark kat bahagian abdomen tu biasa terjadi pada ibu hamil. Lebih2 lagi bila dah memboyot. Perut dah besar kan. Kulit tak dapat nak tampung berat perut. Tapi takdela sampai terkoyak plak. Hehe. Indahnya ciptaan Allah. Sebab kulit sekadar meregang. =)


Seram tak? Hehe. Pengorbanan seorang ibu dan isteri tau. 


Arini jugak mak buyung kejenya dok menggaru perut. Gatai la hoi. Orang lain yg pernah pregnant pon mesti pernah rasa gitu kan. Kulit kering la ni. Pastu takde inisiatif nak sapu krim ke minyak ke apa ke. Hehe.

Tapi takpela. Ape pon, jomla kita sama2 belajar cara nak hilangkan atau kurangkan stretch mark pada kulit kita ni. 


Cara pertama : Buat perubahan pada gaya hidup untuk mengelakkan stretch mark. Macam mana?

Makan makanan yg berkhasiat untuk kulit.

Mungkin kebanyakan kita dah makan makanan yg seimbang untuk memastikan baby kita dapat vitamin dan nutrisi yg cukup. Sambil2 tu masukkan sekali dalam diet harian kita makanan yg boleh menyebabkan kulit kita lebih anjal  dan elastik supaya dapat mengelakkan stretch mark ni. Makanan apa yg boleh bantu? 

  • Makanan yg kaya dengan anti oksidan yg menyuburkan kulit dan melindungi kulit. Makan banyak bayam, blueberry, strawberry dan buah2an dan sayuran segar. 
  • Makan makanan yg ada Vitamin E yg membantu melindungi sel dan membran kulit. Makan kekacang, avocados, brokoli.
  • Makan makanan yg ada Vitamin A yg memperbaiki tisu kulit. Makan lobak, ubi keledek, mangga, squash dan lada benggala merah. Lada benggala ke nama dia? Haha. Alah, red bell peppers tu.
  • Makan makanan yg ada Omega 3 yg membantu mengekalkan sel membran yg sihat dan menjadikan kulit kita berseri2. Boleh makan ikan, minyak ikan, walnuts, telur dan tiram.

Kekal hydrated.

Air membantu untuk detoks badan kita dan memastikan sel kulit kita sihat. Sebab tu kita digalakkan minum air secukupnya dengan cara:
  • Minum 8 gelas air setiap hari. Cuba bawa 1 botol yg boleh isi 2 gelas air. Refill 4 kali setiap hari supaya kita dapat minum 8 gelas sehari. Takde la rasa susah sangat nak minum air. Hehe.
  • Minum air teh herba. Pilih teh tanpa kafein yg bantu badan untuk kekal hydrated. Dalam masa yg sama boleh menghilangkan bosan minum air kosong je.
  • Makan sayuran atau buah2an yg jenis berjus banyak. Ni macam salah satu cara untuk pastikan badan kita cukup air. Makan salad dengan timun, lada benggala dan saderi. Pilih tembikai, strawberry, tembikai susu etc


Bersenam ketika hamil.

Bersenam sebenarnya membantu kulit kita lebih elastik dan anjal. Dalam masa yg sama jugak, senaman membantu kita untuk mengelakkan berat badan yg terlalu banyak dan mendadak. Rasa sibuk sangat? Cuba cara ni:
  • Bersenam sebenarnya memudahkan badan kita untuk terima kehamilan. Buatla senaman ringkas supaya darah boleh circulate dengan baik dan membuatkan kita selesa jugak. 
  • Sape yg pandai beryoga bolehla buat yoga. Yoga kan lembut2 gitu. Banyak fokus jugak kan. 

Tambah berat secara berperingkat. 

Tahukah korang yg stretch mark terjadi bila kita tambah berat badan dengan banyak dan mendadak. Sebab tu kalau boleh dapatkan berat secara beransur. Jangan mendadak sangat. Macam mana nak elakkan berat naik mendadak? 
  • Jangan makan macam makan untuk 2 orang. Makan lebih banyak kalori daripada masa sebelum hamil. Bukan makan 2 kali ganda banyaknya. 
  • Kalau teringin makan pape, rasa sikit je. Jangan melantak plak. Hehe. 

Cara Kedua : Mulakan regim penjagaan kulit yg baru untuk elakkan stretch mark. Acaner tu? 

Berus badan setiap hari.

Gunakan berus kering untuk meningkatkan pengaliran darah demi memastikan kulit kita sihat. Kalau boleh gunakanla berus yg diperbuat drpd natural fibers. Jangan berus yg keras sgt.  Mula berus dari kaki ke atas. Fokus pada kawasan yg stretch mark mungkin terjadi. Misalnya kat bahagian pinggul dan abdomen. Lepas berus, mandi la untuk buang sel kulit mati. Dalam gosok2 tu jangan gosok bahagian payudara sebab kulit di bahagian tu lebih sensitif dan boleh terjejas bila diberus.


Jangan guna mandian yg ada bahan kimia pada kulit.

Banyak sabun badan yg ada sulfates yg boleh menyebabkan kulit kering. Bila kulit kering, maka kulit akan jadi kurang anjal dan kurang elastik. Gunakanla sabun yg menggunakan minyak semulajadi yg boleh memastikan kulit kita lembap dan terhidrat daripada sabun yg menjadikan kulit kita hilang kelembapan. Boleh jugak cuba : 
  • Minyak kelapa sebagai cleanser yg lebih sihat. Sapu ke seluruh kulit, bilas dengan air suam lepas tu lap dengan tuala lembut. Macam kat spa plak. Hehe. 
  • Kalau kulit kering, tak perlu pakai sabun pon takpe. Gunakan je air suam pastu lap je. Sebab sabun ni kadang2 mengeringkan aje. 

Gunakan pelembap.

Penting untuk kita gunakan pelembap untuk pastikan kulit kita terhidrat. Lebih2 lagi kulit kat bawah perut, bahagian tepi perut, belakang, peha dan kaki. Penggunaan losyen yg kerap takkan menyerap terus ke dalam kulit untuk pastikan kulit kita terhidrat. Sebab tu la untuk wanita hamil, lebih elok ambik produk khas untuk ibu hamil atau gunakan minyak semulajadi. Apa yg ibu hamil boleh guna untuk pastikan kulit terhidrat? 

  • Bio oil, cocoa butter, minyak almind, shea butter dan minyak wheatgerm adalah antara minyak yg popular dan efektif untuk melembapkan kulit masa hamil ni. Minyak yg dihasilkan darilada kambing biri2 ataupon pure lanolin pon elok digunakan oleh ibu hamil. 
  • Lembapkan kulit di waktu pagi dan malam selepas kita mandi. Kalau ada rasa gatal2 tu maknanya kena tambah pelembap la kat area tu. 
  • Gunakan pelindung matahari kalau kita keluar pegi berenang atau kalau kita terdedah dengan matahari.

Cara Ketiga : Kekalkan rutin yg sihat dan baik selepas melahirkan anak. 

Teruskan makan makanan yg sihat.

Teruskan makan makanan yg baik untuk kulit. Jangan tinggalkan buah2an dan sayur2an segar, kekacang, ikan dan avokado selepas kita lahirkan baby. Waktu selepas melahirkan anak tu la yg paling sesuai untuk memastikan kulit kita terus dapat vitamin yg secukupnya untuk renew sendiri dan kemudian recover daripada meregang. Jangan terus diet dengan cara yg tak sihat semata2 untuk dapatkan bentuk badan yg slim mlim. Macam mana kita dapat berat badan secara berperingkat masa hamil aritu, maka sama jugakla kalau kita nak kurangkan berat badan lepas bersalin. Kemudian pastikan kita terus terhidrat untuk bantu kulit kita jadi anjal dan elastik. 

Teruskan bersenam.

Lepas bersalin ni la masa yg sesuai untuk bersenam tanpa limit. Sebab sebelum ni kena jaga2 gak sebab pregnant kan. Bersenam 4 ke 5 hari seminggu dan fokus pada kawasan berikut:
  • Latihan kekuatan. Bina otot yg kuat memang membantu kita untuk menganjalkan kulit. Boleh cuba angkat berat dan bekerjasama dengan trainer untum pastikan senaman yg sesuai untuk kita. 
  • Workout kardio macam berenang, berlari dan berbasikal memastikan kita terus sihat dan kemudiannya mengembalikan bentuk badan kita ke bentuk badan asal.

Rawat stretch mark.

Kalau la stretch  mark tu susah sangat nak hilang, maka kita kenala rawat sementara masih baru. Gunakan stretch mark salve yg mengandungi glycolic acid pada abdomen dan tempat2 yg ada stretch mark tu. Bolehla gunakan krim yg mengandungi retinoids. Dikatakan kalau guna krim yg ada 2 benda ni boleh mempercepatkan proses merawat stretch mark tu. Tp kalau menyusukan anak kalau boleh elakkan krim yg ada retinoid ni. Kalau tak boleh jugak, guna laser je. Hehe. Tapi takkan la sampai ke tahap tu kot. Tp tak taula kan. Org ni macam2.


Itu antara cara nak rawat stretch mark. Esok saya kongsi cara rawat stretch mark dengan Shaklee. Berbaloi sangat. Sihat dalam. Sihat luar. 

Tunggu esok ok! 


Regards, 
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure! 


Sunday, 23 November 2014

Masalah sembelit hilang dengan Herblax Shaklee!

Assalamualaikum semua!

Setelah beberapa hari bercerita kisah lain, maka hari ini saya nak cerita pasal Herb Lax Shaklee yg boleh bantu menghilangkan masalah sembelit pulak. 

Dulu masa Zidane dah 6 bulan lebih, baru la saya ambil peluang nak cuba Herb Lax ni. Kalau tak cukup sekadar ambil Ostematrix dengan Alfalfa. Sebab lepas bersalin aritu fokus untuk susukan Zidane. Dan kalau ambik Herb Lax awal2 risaula pulak terlebih lawas. Hik hik. Lagipon pada saya, kalau nak kembalikan bentuk badan dan berat badan sebelum hamil bolehla nak start lepas anak2 dah mula amik solid food. Sebelum tu jangan la tergesa2 sangat.

Kita ambik masa 9 bulan untuk bawak baby. So janganla nak cepat sangat. Sabar2 ok. :)
So aritu lepas je 6 bulan barula mak buyung berani amik Herb Lax. Zidane pon dah start solid food. Amik peluang la apa lagi.

Apa bezanya Herb Lax Shaklee ni?



Ramuan asas produk ni terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ada 9 herba semulajadi dalam Herb Lax ni.

Apa 9 herba semulajadi dalam Herb Lax ni?

  • Alfalfa leaves : Bagus untuk membersihkan usus, darah dan hati.
  • Senna leaves : Merangsang tindakan pembersihan yg lembut pada usus dan perut, mempercepatkan detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.
  • Anise seed : Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.
  • Blue malva flower : Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.
  • Buckhorn bark : Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.
  • Licorice root : Membantu proses detoksifikasi.
  • Rhubarb root : Herba yg banyak digunakan dalam perubatan cina untuk digunakan sebagai antibiotik.
  • Fennel seed : Mengeluarkan toksin yg terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut atau usus.
  • Culver's root : Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.

Dek kerana 9 herba ni la berbezanya Herb Lax Shaklee dengan pelawas yg lain. Hehe. Sifat2 herba yg menggalakkan tindakan pembersihan yg lembut memang terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Kalau pelawas yg lain tak elok amalkan selalu. Sebab takut nanti bila terlampau bergantung dengan pelawas nanti badan kita sampai tak tahu nak 'membuang' secara semulajadi. Tapi Herb Lax Shaklee lain ok!

Kita yg ada sistem penghadaman yg lemah akan mengalami cirit birit pada peringkat awal pengambilan Herb Lax ni. Tapi jangan risau la ye. Biasanya Herb Lax akan ambik masa 8 ke 12 jam untuk menunjukkan kesan. Sebab tu kalau saya, saya telan waktu malam. Pagi esok dah tentu zasss ke toilet. Dan saya tak ambil kerap. Saya ambik seminggu sekali je. Sebab tu sebotol Herb Lax boleh tahan 4 bulan. Hoho. Jimat ooo.

Pada yg ambik set kuruskan badan boleh la ambik Herb Lax ni sekali. Sebab selain melawaskan, Herb Lax boleh bantu kita kempiskan perut. Kadang2 perut buncit bukannya sebab apa. Sebab banyak bahan buangan yg tak dibuang. Betul. Tak caya sudah. Hehe.

Ingat ye. Dalam Shaklee ada 3B.

  • Bakar
  • Buang
  • Bina Otot

Dan Herb Lax ni masuk dalam kategori B yg kedua tu. BUANG.

Memang terbaiklah!

Nak cuba?

Meh PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!

Jom kempiskan perut jom! Mak buyung kena tunggu bersalin dulu. Hehe. Pastu pasang badan la den. Haha.


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!

Saturday, 22 November 2014

Kelahiran pramatang vs Kelahiran matang

Assalamualaikum semua!



Hari ni tetiba nak cerita pasal kelahiran matang & pramatang. Kenapa? Sebab kalau masa saya hamilkan Zidane dulu, minggu 35 ke minggu ke 36 ni memang crucial sgt.

Hari ni 35 minggu 4 hari saya mengandung. Kalau dulu minggu ke 36 dah bersalin. Hehe. Cepat sgt Zidane nak keluar. Tp sakit contraction ya Rabbi. Lama nye. Sakit nye. Tuhan aje yg tau. Sakit dr kul 12 tgh malam. Lepas subuh pegi spital dah dilated 4cm. Nak tunggu 10cm sampai kul 3 ptg. Lebih 12 jam tahu. Seksa. Akhirnya Zidane keluar kul 3.26ptg. Ayah Zidane tak sempat tengok proses meneran keluar Zidane sbb kul 3.24ptg misi call dia suruh masuk labour room. Sementara nak jalan tu amik masa 2 minit Zidane dah selamat diteran. Haha. Tp takpela. Ade la jugak husband. Boleh temankan jap. Pastu azankan. Alhamdulillah. Sebab tu skang dok standby je. Risau terbersalin sensorang.

Bila dikatakan kelahiran tu kelahiran pramatang?

Kalau baby dilahirkan sebelum minggu ke 37 kehamilan, maka masa tu la kita anggap kelahiran tu pramatang.

Bayi matang kebanyakannya dilahirkan masa masuk minggu 37 ke minggu ke 42 kehamilan. Due date pulak pada minggu ke 40 usia kandungan.

Di Malaysia hanya 8% bayi yg dilahirkan pramatang. Zidane masuk dalam 8% tu lah. Cuma zidane dianggap borderline premature sbb 36 minggu tu masih dianggap selamat untuk dilahirkan.

Macam mana kelahiran pramatang ni boleh berlaku?

Takde sebab tertentu sebenarnya. Tp tanda2 kelahiran pramatang tu boleh dikatakan berpunca daripada perkara2 berikut:
  • Pecah ketuban awal disebabkan jangkitan kuman pada air ketuban dan selaput ketuban. Pernah dengar tak ada pendapat yg mengatakan once air ketuban keluar tak kira banyak atau sikit, ambikla vitamin C. Untuk elakkan jangkitan kuman pada baby. Bagus gak amalan ni. Sebab nak pastikan baby tak kena jangkitan. Sebab ketuban tu kan ibarat perisai. :)
  • Pernah alami kelahiran pramatang. Walaupon anak ni pengalamannya lain2,tapi baiklah kita ambik pre caution steps. Kot la anak yg berikutnya ikut perangai abang dgn kakak dia. Hehe.
  • Kandungan lebih daripada 1. Dalam kes ni kembarlah.
  • Uterus & serviks yg luar biasa.
  • Kandungan yg ada komplikasi misalnya tekanan darah tinggi masa hamil atau pon uri ke bawah.
  • Kurang sokongan sosial. 
  • Pengambilan alkohol, dadah berbahaya dan merokok masa hamil. 
  • Jangkitan pada salur kencing. 
  • Jangkitan sejak lahir dari dalam uterus. 
  • Kecacatan semulajadi sejak lahir.

Baby pramatang ni biasanya dilahirkan kecil dan ada sifat2 pramatang bergantung pada usia kandungan.

Contohnya kalau lahir pada minggu ke 22 ke minggu ke 28, biasanya beratnya antara 500gm hingga 1000gm. Masuk minggu ke 32 berat baby tu mungkin mencecah 1500gm. Kalau normal nya 37 minggu ke atas tu biasanya 2.5kg ke atas.
Macam Zidane, lahir masa minggu ke 36. Berat Zidane hanya 2.28kg. Hehe. Kecik aje. Macam ibu dia. Kah kah. :P

Boleh ke anak2 pramatang ni survive?

Dah tentu boleh! Ibu2 kena kuat ok! Kalau kita tak bg sokongan pada baby kita sape lagi. Dalam masa yg sama, masyarakat sekeliling pon kena la bg semangat sama. Ibu2 lepas bersalin ni dah penat. Bawak perut hampir 9 bulan. Pastu  kalau ada masalah pape pada baby lepas bersalin dah tentu down sket. Macam saya dulu, Zidane kuning je. Tp risaunya saya teruk jugak. Haha. Sampai lari2 daripada misi yg buat lawatan ke rumah. Bila pikir balik mmg karut. Tapi itu pengalaman la. 1st time ibu. Memang gitu. Hehe.

Anak2 pramatang ni kena ada extra care sket. Sebab kadang2 ada gejala atau tanda2 yg baby ni tak berapa sihat depends on apa komplikasinya.

Contohnya maybe ada yg ada masalah pernafasan. Kena cek la baby tu kot2 ada nafas berbunyi, hhdung kembang kempis, nafas kencang, kulit warna biru dan suhu badan tak stabil.

Kena cek jugak kalau ada komplikasi lain macam sindrom kesesakan nafas disebabkan kekurangan cecair yg dipanggil serakan dalam paru2 atau pendarahan dalam otak yg melibatkan kapilari darah di sekitar vertikal dalam otak.

Antara komplikasi lain termasuklah jaundis. Macam Zidane la ni. Sebab sistem metabolismr bilirubin yg tak matang. Lama gak la Zidane kuning dulu. Huhu.
Masalah dan kesukaran penyusuan disebabkan usus pramatang, jangkitan dalam darah, paru2, selaput di sekeliling otak dan saraf tunjang dan pereputan usus pon antara komplikasi yg mungkin akan dialami oleh baby pramatang ni.

Selain daripada tu, komplikasi lain termasuklah penyakit retina yg tak matang, penyakit paru2 yg kronik hasil daripada kerosakan paru2 disebabkan pramatang, penggunaan oksigen dan terapi ventilasi. Salur darah yg menyambung antara jantung dan paru2 tak tertutup yg mana boleh menyebabkan kesesakan dalam pernafasan atau kegagalan jantung berfungsi dan inguinal hernia disebabman kelemahan otot2 di pelipat peha pon antara komplikasi awal dan pertengahan yg mungkin dialami oleh baby pramatang ni.

Antara komplikasi lewat pulak:
  • Serebral palsi
  • Kecacatan otak
  • Sawan
  • Buta
  • Pekak
  • Ketidakupayaan untuk belajar
  • Perkembangan lambat 
  • Tumbesaran yg perlahan

Kadar kematian baby pramatang ni adalah tinggi walaupon mendapat rawatan rapi. Baby yg lahir pada minggu 26 hingga 28 minggu mengalami kadar kematian antara 30% -  50% manakala baby yg lahir sebekum 26 minggu mempunyai kadar kematian antara 80%-100%. 

Baby yg lahir melebihi 34 minggu pulak biasanya mempunyai 90% peluang untuk hidup.

Macam mana nak jaga baby pramatang ni?
Kena ada penjagaan khas ke?

Keperluan penjagaan bergantung kepada keadaan dan tahap keseriusan pramatang baby tu sendiri.

Biasanya di hospital, diorang akan cek:
  • Suhu badan baby
  • Tahap gula dalam badan
  • Bekalan nutrisi yg diperlukan

Dan kalau perlu perlulah dirawat dalam inkubator. Baby yg hampir matang iaitu lebih dari 35 minggu yg lahir dalam keadaan sihat boleh diberikan penyusuan eksklusif.
Macam Zidane dulu boleh dok dengan saya dalam wad macam baby lain jugak. Dan selalunya baby pramatang ni perlukan susu formula sbg tambahan pada peringkat awal umurnya. Zidane dulu camtula. Tapi tak lama pon. Abis setin dua jugak. Sumpah mak buyung insaf pastu. Hehe.

Boleh ke kita elakkan kelahiran pramatang ni?

Ibu hamil tak digalakkan mengambil rokok, dadah dan alkohol. Jagaan pra kehamilan utk yg ada masalah perubatan kronik macam diabetis pon perlu dititik beratkan. Penjagaan awal antenatal dan berkala pon boleh mencegah komplikasi kehamilan supaya kelahiran pramatang ni dielakkan.

Apepon kan, sebenarnya semua tu kalau nak jadi, jadi jugak. Cuma bila dah ikhtiar, kita doa la semoga baby lahir setelah matang. Insya Allah semuanya selamat.
Tadi ada cakap kalau nak elakkan komplikasi semasa hamil kena buat penjagaan antenatal awal dan berkala kan?

Jangan lupa ambil suplemen jugak. Kalau nak cuba Shaklee bole roger saya ok.

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!

Jumpe esok!


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!

 

Friday, 21 November 2014

Anak : Cerminan diri kita


Assalamualaikum semua!

Akhir2 pregnancy ni, selain cakap2 pasal kehamilan, tips dan sebagainya, nak jugak cerita pasal anak2. Hehe.

Saya suka baca apa2 info mengenai parenting skills. Seronok sangat. Lebih2 lagi sejak ada Zidane. Bukan apa. Ilmu ni berkembang. Kadang2 apa yg kita ingat dah pandai sebenarnya lebih luas daripada apa yg kita sangka. 

Sebab tu pada saya, pengalaman makan garam sebelum orang lain tidak relevan lagi. In fact pada saya, sejauh mana kita dapat terima ilmu baru itu lebih penting daripada segalanya. Kadang2 orang ego dan tak nak terima. Padahal benda tu betul. Tapi takpela. Dah ego nak wat acaner kan.

Long story short.

Meh nak kongsi hadith Nabi sket.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapa org yg mandul? Berkata para sahabat : Orang yg mandul ialah org yg tidak mempunyai anak. Lalu Rasulullah SAW berkata orang yg mandul itu ialah orang yg mempunyai ramai anak tetapi anak2nya itu tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia."

Tu dia. Ramai anak tapi tak bermanfaat sebab bila dah meninggal apa pon tak boleh buat. Tau kan yg bila kita dah meninggal nanti, terputus semua amalan kita melainkan 3 perkara. Dan salah satu perkara tu adalah doa anak yg soleh yg mendoakan kita.

Apa guna ramai anak kalau nak mendoakan kita pon tidak gamak?

Sinis bunyinya. Tapi betul. Mengasuh anak2 bukan sekadar memberi makan minum, pakai, pelajaran dan sebagainya. 

Berapa kali saya ingatkan diri supaya saya sendiri tidak mengungkit tanggungjawab saya membesarkan anak. Dan berapa kali saya ikhlaskan diri yg saya membesarkan anak kerana Allah. =)

Anak2 ni memang cerminan diri kita sebenarnya. Sebab kalau anak nakal, muhasabah diri. Anak akan tiru apa yg kita buat dan tidak selain itu. Jangan sampai satu masa nanti kita fikir kalau la kita dapat mengundurkan masa. Semuanya dah terlambat. 

Anyway, nak share kesilapan2 yg kita biasa lakukan dalam mendidik anak. Rasanya perkongsian daripada Prof Muhaya. Tak sure. Hehe. 


KESILAPAN PERTAMA : KURANG BERDOA

Masa mengandung kurang berdoa, masa membesarkan anak pon kurang berdoa. Bukan susah pon sebenarnya. Dan tak ambil masa yg lama pon untuk berdoa. Tapi tak tau la kenapa. Nak berdoa ni cukup malas. Kalau kita dah biasa, bukan ambik masa pon nak berdoa ni. Kalau dah biasa siap boleh hafal dan sebut doa yg sama tiap kali lepas solat. Lepas ni boleh la rajin2kan berdoa.

Antara doa yg baik diamalkan semasa mengandung adalah :
  • Istighfar
  • Doa memohon rahmat : Al-Imran : 8-9
  • Doa mohon zuriat yg baik : Al-Imran : 38
  • Doa agar anak mengerjakan solat : Ibrahim : 40-41

Doa yg elok diamalkan masa membesarkan anak pulak adalah :
  • Doa agar anak patuh kepada Allah : Al-Baqarah : 128
  • Doa diberi zuriat yg menyejukkan hati : Al-Furqan : 74
  • Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.


KESILAPAN KEDUA : BANYAK MEMBERI BELAIAN TARHIB (MENAKUTKAN) DARIPADA TARGHIB (DIDIKAN ATAU MOTIVASI)

Perbuatan menakut2kan anak ni memang tak bagus sebenarnya. Contohnya kita takutkan anak dengan tempat gelap, takutkan dengan hantu etc. 

Saya sendiri tak pernah takutkan Zidane dengan hantu. Malah perkataan momok atau hantu tak pernah saya ajarkan. Tapi biasala. Bila kita hantarkan pada orang untuk dijaga, anak kita pon terpengaruh juga. Hehe. Takpe2. Kena explain betul2 dengan anak2 ni.


KESILAPAN KETIGA : TAK TEGAS DALAM MENDIDIK ANAK2

Tak menjadualkan kegiatan harian anak2 dan terlalu fokus pada satu2 aktiviti pon tak bagus jugak. Sebab kadang2 diorang pandai boring. Sebab tu la kena banyakkan aktiviti. Dan kena buat jadual. Jadual tak semestinya ditulis pon. Lebih2 lagi kalau diorang belum tau membaca. Hehe. Yg penting bila jadual tu dijadikan rutin, lama2 diorang akan terbiasa.


KESILAPAN KEEMPAT : MENEGUR ANAK SECARA NEGATIF

Tak digalakkan untuk kita keluarkan kata2 kesat dan maki hamun anak2 lebih2 lagi bila kita marah. Tercalar emosi diorang. Huhu. Bila dah tercalar susah tau. Tinggikan suara tu boleh tapi jangan sampai maki hamun dan sumpah seranah pulak. Dan tak digalakkan langsung untuk kita bandingkan anak2 kita dengan anak2 orang lain. Hatta kalau bandingkan sesama adik beradik pon tak boleh. Nanti akan timbul perasaan nak bersaing dan dengki mendengki. Lama2 boleh jadi parah sampai gaduh satu famili.


KESILAPAN KELIMA : MEMBERI DIDIKAN TAK SEIMBANG ANTARA JASMANI, ROHANI DAN MINDA

Kat sini la kita mainkan peranan. Kalau kita kurang aspek rohani misalnya, hantar anak2 belajar ke kelas agama. Dalam masa yg sama kita gali ilmu jugak. Jangan sampai anak lebih tahu daripada kita. Dan jangan pentingkan satu aspek dan kemudian meninggalkan aspek yg lain pulak. Bila tak balance memang akan jadi kepincangan. 


KESILAPAN KEENAM : KURANG MEMBERIKAN SENTUHAN KEPADA SEMUA ANAK SEDANGKAN RASULULLAH KERAP DILIHAT MENDUKUNG CUCUNYA DAN MENCIUM MEREKA

Diriwayatkan oleh Aisyah R.A : Pada suatu hari, Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussein Bin Ali R.A. Ketika itu Aqra Bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra : Ya Rasulullah! Aku mempunyai 10 orang anak tetapi aku belum pernah mencium seorang pon daripada mereka. Rasulullah melihat kepada Aqra kemudian berkata : Siapa yg tidak mengasihi tidak akan dikasihi. (Maksud Hadith Riwayat Bukhari & Muslim).

Nah. Tengok. Betapa pentingnya belaian kasih sayang ibu bapa kat sini. Anak yg kurang dibelai akan rasa diri tak dihargai. Balik nanti nak peluk Zidane kuat2 sampai dia rimas. Haha. Ayah Zidane suka sakat dia sampai dia cakap "Apa la ayah ni". Geram oi. Anak dah pandai bercakap memang selayaknya dipeluk kuat2. Haha.


KESILAPAN KETUJUH : PENAMPILAN DIRI YG KURANG ANGGUN DAN KURANG KEMAS

Ibu bapa kena tunjukkan cara berpakaian yg kemas dan menepati kehendak syarak bila berada di rumah. Jangan selekeh dan jangan seksi. Lagi2 bila anak2 dah membesar. 


KESILAPAN KELAPAN : SUSUNAN RUMAHTANGGA YG TIDAK KEMAS

Camna tu? Ibu kena mainkan peranan sebagai ibu dengan baik. Sama jugaklah dengan ayahnya. Kena berakhlak dengan akhlak Islam. Kalau nak gaduh ada caranya. Jangan depan anak2. Kang bila ibu membebel lebih dan tinggikan suara pada ayah, anak2 ingat macam tu la ibu sepatutnya. Maka bila dah besar, diorang akan jadi macam mana ibu2 kita jadi. Akibatnya, anak2 akan terikut2 cara salah seorang daripada ibu dan ayahnya.


KESILAPAN KETIGA BELAS : KURANG MENGAWASI RANCANGAN YG DITONTON

Kena ingat sekarang ni zaman dunia tanpa sempadan. Sebab tu kena banyak awasi rancangan yg kita tengok dengan keluarga sebab banyak cerita yg menonjolkan akhlak yg kurang baik macam pergaulan bebas, pakaian yg tak menepati syarak dan perbualan yg boleh merosakkan pemikiran anak2.


KESILAPAN KEEMPAT BELAS : MEMBENARKAN ORANG YG TAK ELOK SAHSIAHNYA MASUK KE DALAM RUMAH

Kalau boleh janganla benarkan orang yg tak elok akhlaknya masuk dalam rumah kita. Sama ada dari kalangan sahabat kita sendiri atau sahabat anak2 sebab risau jadi contoh yg tak baik kepada anak2 yg baru nak membesar ni.


KESILAPAN KELIMA BELAS : TERLALU BERGANTUNG KEPADA PEMBANTU RUMAH

Anyway, yg ni bukan sekadar pembantu rumah je. Ada ibu ayah yg jenis lepas tangan jugak menyerahkan anak2 untuk dijaga oleh nenek atau pon datuk mereka. Sebaiknya, sebagai ibu ayah, kitalah yg patut membesarkan anak dan didik anak2 sendiri. Sebab nanti di akhirat, kita akan disoal balik nanti. Sebab tu kalau boleh jadikanlah 'program' membesarkan anak dan mendidik anak ni sebagai program bersama suami isteri.


Banyak lagi benda nak kongsi sebenarnya. Tapi cukuplah kali ni kita cakap2 pasal kesilapan dalam mendidik anak2.

Nanti esok lusa ada lagi masa kita boleh cerita bab lain pulak.

Ingat ye. Anak2 ni cerminan kita. Kalau ada yg kita tak suka pada anak2, seelok2nya muhasabah la diri kita dulu sebelum nak tuding jari pada anak2.


Nak beli produk Shaklee meh roger mak buyung ok!

Dah bersalin nanti pon kedai kami bukak 24 jam. Hehe.


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!