Sunday, 19 October 2014

RUMAHAPI Satay Celup & Grill is moving!

Assalamualaikum semua!



Nak bgtau je. Hehe. Sementelah pernah cerita pasal Rumahapi Satay Celup & Grill dulu dalam blog ni kan.

Ni kedai suami sebenarnye. Share dengan 2 org lagi partner. Tapi so far suami yg manage kedai. Setelah bukak kedai selama 8 bulan kami semua sepakat untuk bawak Rumahapi balik ke kampung suami di Parit Buntar. Banyak sebabnya. Antaranya kat sana ada org yg boleh bantu tengokkan kedai. Takdela suami sorang je. Penat woo jaga kedai sorang. Memangla ada staf. Tapi yg pening kepala pasal semua benda kita je.

Mula2 memang suami dengan saya tak setuju untuk pindahkan. Tapi bila pikir2 balik mungkin ini yg Allah nak. Supaya kami ringan kepala sikit. Kalau nak tau sewa kedai skang ni 3k. Ye. Mahal. Dah macam sewa kat KL. Kalau pindah area Ipoh jugak pon kitorang yg sakit kepala pikir pasal semua benda. Dek kerana ada yg sudi nak ringankan sakit kepala kami ni maka kami pon setuju la untuk pindah ke Parit Buntar.

So lepas ni orang2 utara bolehla singgah Rumahapi kat sana. Lokasi dan tarikh pembukaan akan dimaklumkan kemudian ok!

Nak bawak kedai ke tempat lain memang bukanlah pilihan sebenar tapi kalau dah betul itu yg Allah tentukan maka kami redha. Rumahapi tu dah satu jiwa dengan kami. Kami yg berkorban bersusah payah berulang alik tiap minggu nak hidupkan kedai. Yg duduk PJJ tu kami. Yg berubah life tu kami. Yg dulu selesa kemudian sanggup hadapi onak duri dalam meniaga itu pon kami. Orang lain tak tahu pon dan orang lain tak rasa macam mana.

So lepas ni bolehla bagi peluang pada kami untuk lapang sikit. Berhenti berniaga tu tidak. Sebab ada projek baik punye dengan suami. Kah kah. Doakan aje. Dan yang pasti. Whatever happens, happens for a reason. Takkan takde sebab kan? 

Itu kalau nak meniaga dengan modal besarla. Kalau nak meniaga modal kecik meh roger mak buyung. Shaklee la bisnes terbaik. Hehe. Tak perlu nak melabur ribu riban pon.

Ok. Kalau nak join Shaklee roger naa.


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with  1st Class Consultation for sure!

1 comment: