Tuesday, 28 October 2014

Pre natal massage : Selamat ke?

Assalamualaikum korang!

Malam ni nak cerita pasal urutan ketika hamil atau pre natal massage. Al maklumla tengah sakit badan ni. Huhu. Sakit ooo. Semua serba tak kena. Dah duduk lama bila bangun lenguh plak. Dah baring lama nak pusingkan badan pon masalah jugak. Abis acaner? Memang kalau dapat mengurut lega sangat la.

So sebenarnya boleh ke mengurut waktu hamil ni? Kalau ikutkan nasihat doktor, tak perlu. Mintak je suami urutkan sket. Tak payah sampai jumpe bidan semua. Tapi ada jugak yg cakap mengurut masa hamil ni tak salah. Asalkan kena gayanya.

Ada pantang larang ke? 

Sebenarnya urutan tak digalakkan di awal kehamilan. Kalau 12 minggu pertama tu elakkan la ye. Biasala awal2 hamil ni kita risau gugur plak. 

Urutan yg bagus dah tentu dapat merehatkan otot dan melancarkan peredaran darah.  Bila otot dan darah tak mengalir dengan lancar, pembentukan darah beku pada otot peha dan betis mungkin boleh berlaku. Sebab tu la tak digalakkan untuk urut terlalu kuat mat bahagian otot peha dan betis. Risau kalau darah beku yg dah memang terbentuk kat situ tertanggal dan masuk dalam saluran darah. Serpihan darah beku ni boleh membentuk thrombus dan boleh menyebabkan strok. 

Di samping dapat melancarkan darah, berurut ni jugak akan mengurangkan sakit2 badan dan dalam masa yg sama boleh tingkatkan imun badan kita. Tak pernah tau kan? So sekarang dah tau la kan? Hehe. Lepas berurut, insya Allah bengkak2 pada sendi kan surut. Tido pon nyenyak. Konfem! 

Urutan yg dibenarkan pulak seluruh tubuh kecuali abdomen. Sebabnya mengikut kajian, urutan pada abdomen boleh merangsang pengecutan rahim. Bila rahim mengecut takut berlakunya keguguran. Selain abdomen, tempat lain yg sensitif macam pergelangan tangan dan pergelangan kaki. Sebabnya urutan pada bahagian ni boleh merangsang otot pada abdomen dengan pelvik mengecut. Takut2 terjadinya keguguran. So kalau boleh elakkan ye. 

Siapa yg tak digalakkan untuk dapatkan pre natal massage ni? Maklumla. Bukan semua orang sama. 

So golongan berikut ni memang tak sesuai untuk urut masa hamil. 

Wanita hamil yg ada masalah hypertension dan pre eklampsia
Pernah ada sejarah kelahiran bayi pra matang
Pernah keguguran
Kehamilan bawah 12 minggu

So hati2 la ok! 

Nway, selain kebaikan yg saya dah sebut kat atas tadi, ada jugak kebaikan pre natal massage ni. 

Kalau nak tau, urutan akan mengurangkan kepekatan norepinephrine dan cortisol yg menyebabkan badan jadi stress. Bila pompuan hamil ni stress banyakla masalahnya. Hehe. So apa kata pegi pre natal massage. Insya Allah lega! 

Dalam masa yg sama jugak, urutan juga akan meningkatkan kepekatan hormon yg dopamine dan serotonin yg menyebabkan badan akan tenang dan bersemangat. Hormon ni jugakla yg mengurangkan masalah dan komplikasi masa bersalin nanti. 

Bestnya kalau dapat urut 2 kali seminggu 5 minggu berturut2. Mesti senang bersalin nanti. Hehe. 

Kredit pada blog Dr Zubaidi pasal kebaikan berurut dari segi saintifik di atas. Hehe. 

So jom carik tukang urut jom! Hehe. Satgi saya share cara nak legakan sakit2 badan dengan Shaklee cara saya ok! 

Regards, 
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor with 1st Class Consultation for sure!! 





No comments:

Post a Comment