Thursday, 30 October 2014

Posisi Tidur Ibu Hamil




Assalamualaikum ibu2 hamil semua!

Hari ni nak sembang pasal posisi tidur yang sesuai untuk kita ni. Lately semenjak masuk 32 minggu ni kan, rasa macam tidur tak cukup aje. Tak selesa tu satu hal la. Bantal memang sendal kiri kanan badan ni haa. Nak menelentang sakit. Nak meniarap jangan mimpi la. So sebenarnya apa posisi tidur yang sesuai untuk kita yg pregnant ni? 

Bila dah masuk trimester ke tiga dan di akhir kehamilan ni, memang faktanya tidur yg nyenyak tu hanya kenangan dan sejarah semata. Tapi no worries. Sebabnya lepas bersalin nanti, tidurla nyenyak balik. Hehe. Diikutkan masalah tidur yg tak nyenyak ni dialami oleh lebih separuh wanita mengandung.

Kenapa susah nak tidur?

Sebabnya, menjelang trimester ketiga, perut kita dah jadi terlalu besar sampai susah untuk kita baring dengan selesa. Cubalah mengiring ke kiri. Kemudian sendalkan beberapa biji bantal kat celah kaki dengan belakang badan kita.

Ada kajian yg mengatakan kemungkinan bayi yg dilahirkan mati adalah KURANG bagi wanita yg tidur mengiring ke kiri berbanding wanita yg tidur dalam posisi lain. Ada jugak yg cakap sebenarnya kalau kita tidur mengiring ke kiri maka lebih banyak nutrisi sampai kepada baby. Wallahu A'lam.

Macam biasa la kan. Tidur kita sering terganggu dengan rasa keinginan nak ke tandas. Kalau boleh, kurangkan minum lewat petang dan malam. Sebab walau kita minum sikit pon, dah tentu dek kerana baby yg makin membesar dalam perut kita ni pundi kencing akan ditekan2. Haha. Pastikan kita kosongkan pundi kencing tiap kali ke tandas. Nak tau caranya? Bongkok ke depan bila kita buang air kecil tu. Cubalah. Insya Allah berjaya kosongkan pundi kencing. =)

Antara perkara lain yg mengganggu tidur kita dalam trimester ketiga ni adalah:

  • Kaki lenguh. Betul. Lebih2 lagi kalau tidur dalam keadaan sejuk.
  • Sakit belakang.
  • Kejang kaki. 
  • Berdengkur.
  • Kegatalan.
  • Pedih ulu hati.
  • Mimpi ngeri.
  • Pergerakan baby.
Tapi tak perlula nak risau. Sebab tidur yg tak nyenyak ni takkan membahayakan baby kita. Cuma mungkin kita akan rasa letih keesokan harinya. Bercakap pasal letih, memang ye pon. Skang ni kan, waktu lunch saya dipenuhi dengan tidur lepas solat zohor. Huhu. Ngantok punye pasal. Tido awal pon ngantok. 

Kalau boleh, dapatkan tidur yg cukup bila2 ada masa terluang. Sebabnya risau nanti kita tak bermaya masa proses melahirkan. Cara saya mudah je. Listen to your own body. Berehat bila ada masa. Lagi satu, fikir positif sebab lepas bersalin nanti, kita akan kurang tidur jugak dek kerana menjaga baby pulak. Hehe. Training la siap2 kan. 

Kalau ikutkan zaman sekarang ni banyak dah ada jual bantal ibu hamil ni. Tapi pada saya tak perlu la. Mahal satu hal jugak. Dan benda ni bukanlah satu keperluan. Lebih2 lagi kalau yg jenis banyak bantal macam saya! Haha. Tapi kalau nak beli pon bukanlah satu kesalahan jugak. Boleh je. Cuma jangan sampai nanti masuk dalam mana2 letgo group untuk jual balik pulak. Hehe.

So arini kita cakap pasal tidur je. Cuaca dah la mendung2. Ekon sejuk. Memang mengundang. Nak minum kopi kena kontrol diri. So sabar aje lah. Hehe.

Jangan lupa, esok last day promo ESP dengan Meal Shakes Shaklee. Kalau nak boleh cepat2 roger saya ok!!

Apa bagusnya ESP? Boleh tengok kebaikan ESP Shaklee dan Siapa perlukan ESP?

Kalau nak tau apa best sangat Meal Shakes ni? Boleh baca Siapa perlukan Meal Shakes? dan Apa bestnya Meal Shakes?

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!!





1 comment: