Saturday, 25 October 2014

Penyakit surprise ketika hamil

Assalamualaikum semua!

Selamat hari Sabtu & Selamat 1 Muharram!

Tajuk macam gempak je kan? Penyakit surprise tu apa ye? Hehe. Tu la penyakit tiba2 yang sebelum ni kita tak pernah kena pon. Tetiba masa pregnant kena pulak. Tu istilah yg saya guna la.

So arini saya nak sentuh 4 jenis penyakit common yg mungkin kita tak pernah ada tapi time pregnant kita ada dan apa kesannya pada kita ataupon baby kita.

1. Anemia

Anemia ni keadaan di mana berlakunya kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Hemoglobin ni la yg angkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Bila kita terkena anemia waktu hamil, tisu seluruh badan menjadi hipoksia - kurang kandungan oksigen dan kurang tenaga. Bila hemoglobin dalam darah bawah 11gm/dl maka automatiknya kita anemia.

Efeknya pada kita, mungkin akan berlaku keguguran, tumpah darah semasa dan selepas bersalin ataupon kematian. Bahaya ok.

Efek pada anak pulak, tumbesaran dan perkembangan bayi terbantut, kelahiran bayi kurang berat badan, kelahiran tidak cukup bulan ataupon bayi meninggal dalam kandungan. Pon bahaya jugak kan. Zidane dulu lahir 2.28kg. Lahir plak ngam2 36 minggu. Dikira borderline premature. Semua salah ibu. Hb rendah. Huhu.

2. Diabetis

Diabetis pulak keadaan di mana badan tak dapat mengawal kandungan glukos dalam darah. Ada diabetis Jenis 1, Jenis 2 dan Gestational Diabetes atau Diabetis ketika hamil.
Jaga2 la untuk mereka yg ada diabetis ni sebabnya nanti kena minum air gula. Ada beberapa situasi yg memungkinkan kita terpaksa minum air gula. Contohnya masa daftar buku pink tu kita punye BMI overweight. Kalau pernah lahirkan anak yg beratnya 4kg ke atas atau masa daftar buku tu umur 35 tahun ke atas pon kena jugak. Dan dah tentu kalau ada keturunan yg ada kencing manis, maka dengan segala hormatnya minumla air gula nanti. Alhamdulillah saya tak pernah kena. Semoga tak kena la. Lainla kalau ada rezeki pregnant lepas umo 35 tahun nanti. Hehe.

Efeknya diabetis pada ibu akan menyebabkan kita hyper atau hypoglycaemia - kandungan glukos lebih atau kurang dalam darah, jangkitan kuman di bahagian sulit yg kerap, keguguran, polihydramnios @ air ketuban berlebihan, pre eklampsia kesan hypertensi yg teruk, komplikasi diabetis seperti retinopati dan kegagalan buah pinggang dan mengalami komplikasi disebabkan diabetis yg tak terkawal macam sakit buah pinggang.

Untuk baby plak, kesannya mungkin anak akan lahir 4kg atau lebih, kecacatan pada saraf tunjang dan jantung, mati dalam kandungan, hypoglycaemia (kurang glukos dalam darah), lemas semasa lahir dan kecederaan pada saraf di bahagian bahu.

3. Hipertensi

Hipertensi ni tekanan darah tinggi. Keadaannya di mana tekanan darah wanita hamil meningkat lebih daripada paras normal. Selalunya mereka yg 1st time pregnant, berumur kurang dr 20 tahun atau lebih dari 35 tahun, ada sejarah hipertensi dalam previous pregnancy, mengandung kembar, obes sebelum hamil atau wanita yg menghidap hipertensi dengan diabetis akan berisiko dapat hipertensi masa hamil ni.

Efek kepada ibu mungkin boleh mengakibatkan sawan kalau tekanan darah tinggi tak terkawal, strok, tekanan darah semakin meningkat, sesak nafas, fungsi buah pinggang dan hati terjejas menyebabkan protein terdapat dalam air kencing - air kencing kelihatan kotor, uri terpisah daripada rahim dan boleh mengakibatkan bayi mati dalam kandungan dan mungkin darah gagal membeku.

Untuk bayi plak tumbesaran mungkin terbantut dalam kandungan, bayi meninggal dalam kandungan, kelahiran bayi kurang berat dan kelahiran tak cukup bulan.

4. Penyakit jantung

Dianggarkan hampir 30% ibu hamil menghidap penyakit jantung. Dan in fact penyakit jantung adalah salah satu penyebab utama kematian ibu. Penyakit jantung yg kerap terjadi di Malaysia adalah masalah injap jantung dengan masalah jantung congenital.

Efek pada ibu pulak dah tentulah kegagalan fungsi jantung, lemah jantung dan kematian.

Manakala efek pada bayi pulak tumbesaran terbantut dalam kandungan, mati dalam kandungan, kelahiran pramtang dan kecacatan pada bayi.

Itu dia antara penyakit surprise ibu hamil. Sebab tu la penting sangat bg ibu hamil untuk jaga kesihatan sebab kalau kita jaga kesihatan kita bukan takat jaga kesihatan diri sendiri, malah kita menjaga nyawa anak sekali.

Kalau tak dapat makan makanan berkhasiat dengan sempurna, penuhila keperluan nutrisi harian kita dengan suplemen pulak. Jangan pulak dek kerana malas, ataupon disebabkan alahan melampau, kesihatan kita abaikan. No no no ok!

So kalau nak cuba suplemen Shaklee untuk ibu hamil boleh roger saya. Testimoni sendiri bila pregnancy sebelum ni siap kena cucuk inferon, pregnancy kali ni Alhamdulillah takde kena. In fact hb naik kali ni. Alahan? Takde dalam kamus hidup mak buyung setakat ni. Alhamdulillah. Hehe.


Roger naa!


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with  1st Class Consultation for sure!!

1 comment:

  1. Banyak juga ya penyakit surprise ketika hamil patutlah kena jaga kesihatan lebih dari biasa selain sebab baby :D

    :: anmashealthcare.blogspot.com ::

    ReplyDelete