Friday, 17 October 2014

Mimpi : Sekadar mainan tidur ke?





Assalamualaikum semua. Selamat petang. Kita jumpe kembali dalam hapdet seterusnya. Kang petang kang dah nak balik Ipoh. Risau sampai lambat. So kena la update siap2. Hehe.

Apa hal plak letak gamba rimau ngan singa ni kan? Haha. Sebenanye tengah sakit kepala ni. Dari semalam sakit kepala ni. Sebab tu semalam lena awal. Mujur sedar bangun buat qiam sket. Kul 7.10 pagi Zidane dah bangun ajak pegi opis ibu. Apa yg best sangat kat opis ibu dia entah la. Haha.

Sebenarnya semalam dok mimpi rimau. Haa. Maklumla bonus shaklee dah masuk dalam maybank. =P

Yang saya ingat saya nampak harimau. Pastu kitorang takut. Dah tentula takut kan sebab nampak rimau pastu yang datang menerkam tu singa. Muka macam kucing kitorang dulu. Ada ke logik? Haha. Kitorang pulun nak cuba bunuh singa tu. Tak dapat bunuh tapi dapatla tikam n lemahkan singa tu.

So arini dek kerana rehat hari Jumaat panjang, saje je saya google tafsir mimpi. Ni pon takde keje sebenanye. Kalau buat benda lebih berfaedah kan bagus. =P

Yang saya jumpe antaranya gambar2 kat bawah ni.





Ada gak yg berpendapat:
  • Kalau mimpi dikejar harimau maka mimpi tu petanda kita akan dapat pasangan hidup yg setia.
  • Kalau kita mimpi menembak harimau, maka mimpi itu merupakan tanda bahawa kita akan mendapat rezeki yg banyak.
  • Dan bila kita mimpi harimau masuk ke rumah dan kemudiannya dia keluar, maka mimpi tu petanda bahawa kita akan merasakan kesusahan sebab kebahagiaan selama ni akan hilang.
  • Kalau mimpu singa, maka mimpi itu merupakan suatu petanda bahawa kita akan mendapat kedudukan yang tinggi.


Dalam artikel lain pulak, ada yang berpendapat mimpi tentang singa ni, tak kiralah sama ada melihat singa atau memelihara singa atau apa2 berkaitan singa, dikatakan petandanya ialah orang yg mimpi tu akan mendapat kedudukan yang tinggi. Mungkin akan dilantik memegang sesuatu jawatan dan dihormati dalam komuniti, mungkin juga akan dilantik menjadi ketua atau boss dalam organisasi.


Komen saya? Wallahu a'lam.

Ada yg cakap mimpi ni mainan tidur. Dan bukan semua keadaan boleh diambil kira mimpinya tu. Kalau tido jenis tak amik wudhu dengan tak baca doa memang jangan pernah bermimpi yg tafsir mimpi ni betul.

Apa pon tak payah la sakit2 kepala pikir pasal mimpi ye tak? Sebab hidup kita di alam realiti ni. Orangnya, musuhnya, sahabatnya semua di alam realiti. Takde pon yg dari mimpi.

Cuma ambilla sikit peringatan. Mana tau kadang2 mimpi ni sebagai peringatan kita jugak kan. Hati2 je dengan kehidupan. Banyakkan amalan, ingat Allah, buat baik dengan orang insya Allah selamat. Sebab kalau orang nak benci tak payah tunggu kita baik dan kalau orang nak mengata pon tak tunggu kita jahat.

Yang penting, hidup biar bertuhan. Insya Allah selamat. =)

Ok, doakan kami dua beranak sampai Ipoh dengan selamat. Tak pernah dibuat dek orang ibu mengandung yg dah sarat berulang alik dari KL ke Ipoh tiap minggu. Tabah sungguh kan? Hehe.

Nak order vitamin Shaklee roger saya.

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor with 1st Class Consultation for sure!!


2 comments:

  1. hehe.. pndapat sy pn mcm akk.. mmpi mainan tidur.. cuma blh tersenyum sndiri :)

    ReplyDelete
  2. Macam saya kalau tengok TV cerita yang mengerikan memang terbawa-bawa dalam mimpi . Dalam erti kata yang lain mimpi itu memang mainan tidur.. : )

    ReplyDelete