Saturday, 18 October 2014

Makanan sunnah punca penyakit?

Assalamualaikum semua!

Pagi ni nak kupas pasal isu makanan sunnah punca penyakit. Wow. Kang ada yg marah2. Jangan marah2 k. Baca dengan hati yg terbuka. Lepas tu ustazah nak bebel pasal sifat bersederhana atau wasatiah dalam kehidupan. Hehe. Islam sendiri galakkan kita untuk bersederhana.

Yang saya nak ceritakan kat sini pasal ex office mate saya tu. Aritu ada saya cerita yg saraf kiri otaknya putus dan ada darah beku dalam otaknya. Kalau tengok memang macam normal. Tapi sebenarnya bila dah start bercakap baru kita tau ada something wrong somewhere. 

Puncanya memang tak dapat diketahui. Di samping ada tekanan darah tinggi sikit, suspect nya dia ada ambik madu & habbatussauda'dalam dos yg tinggi. Overdose la kiranya.

Tapi itulah. Bila cakap pasal madu dan habbatussauda' ni org tak nak percaya. Sebabnya dua2 ni makanan sunnah. Malah habbatussauda' ubat segalanya kecuali mati. Betul dik non. Mak buyung mengaku memang dua2 makanan sunnah. Tp kan Islam sendiri dah ajar untuk kita bersederhana dalam semua perkara. Kalau berlebihan kan tak baik jugak.
Bila isu ni timbul, ada jugak member yg terkenang balik disebabkan madu jugak kencing manis dia boleh naik. See. Berlebihan pon tak baik. Walaupon itu makanan sunnah.
Gini lah. Makan lah semua benda sekalipon selagimana ianya halal. Bukankah mencari yg halal itu pon dikira sunnah? Tapi jangan overdose. Boleh?

Dan dah jadi resmi kita manusia biasa. Ada yg prefer makan makanan sunnah. Ada yg prefer makan suplemen moden. Pendek kata, semua ada hala tuju yg sama iaitu semua nak jaga kesihatan jugak. Mana ada org amik suplemen sebab nak cepat mati ye tak? Dan siapa sangka ambil madu boleh sebabkan penyakit jugak?
Cuma pegang satu benda je la. Jangan berlebihan. Moderate. Wasatiah. Mudah je.
Itu la bebelan mak buyung pagi ni. Mak2 ni kalau membebel sebab sayang. Jangan ingat sebab benci. Jangan skeptikal ok. 

Mak buyung pon makan makanan sunnah. Shaklee pon mak buyung sebat sekali. Tujuan satu je. Nak kesihatan yg baik. Itu je.

So spread love. Jangan ada benci. Banyak sangat ke masa kita kat dunia ni sampai nak membenci? Hehe. Hormati kehendak dan pendapat orang lain. Yg penting, BERSEDERHANALAH!

Ok, dhuha dulu jom. Sempat lagi kan?

Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor with 1st Class Consultafion for sure!

No comments:

Post a Comment