Sunday, 26 October 2014

Lawatan ke klinik

Assalamualaikum semua dan selamat hari minggu.

Esok dah nak mula kerja. Mak buyung cuti lama dari Deepavali. Bila nak masuk keje balik bercinta rasanya. Tambah2 dah nak masuk minggu ke 32 ni. Alhamdulillah, dah nak masuk 8 bulan. Mak buyung dan adik Zidane sihat walafiat. Cuma sakit2 badan tu. Biasa la kan.
 
Ape pon, hari ni nak cite pasal lawatan ke klinik. Apa yg misi akan buat tiap kali kita pegi klinik. Take note yg ni utk klinik kerajaan aje ye. Klinik swasta mak buyung kurang arif sebab since 1st pregnancy memang ke klinik kerajaan aje. Ye la. Sebab nanti nak bersalin pon kat spital kerajaan. Sakit bersalin ni sama je kot kalau bersalin kat swasta atau kat kerajaan kan. Ke acaner? Haha.


1. Perbincangan pertama

Masa 1st visit kita nak bukak buku pink tu , misi atau doktor akan soal kita pasal diri kita sendiri dan pasangan. Biasa la tu. Nak tau medical background kita. In case kalau ada pape yg serius takut pengaruhi kandungan kan. So masa 1st visit ni diorang akan tanya sejarah perubatan kita dengan keluarga kita dan bila last kita period etc etc utk tahu bila due date kita plak. Layankan aje. Saya aritu siap bawak buku pink zidane. Ye la. Mana tau ada info penting. Memang diorang take note pon sbb zidane borderline prem n lahir tak sampai 2.5kg. So catat la apa yg patut. Kemudian kita akan dapat buku pink.

2. Ukur ketinggian

Yg ni masa 1st visit je. Kalau dah tau tinggi berapa tak perlu ukur pon. Lagi mudahkan kerja misi. Sebabnya mengikut ketinggian ni la akan jadi panduan kepada saiz pelvic kita. Biasanya kalau ketinggian lebih 152cm maka insya Allah kita takkan mengalami kesukaran kecuali kalau kita mengandungkan baby yg besar. Bukan saje2 je diorang ukur ketinggian ni ok.

3. Berat badan

Berat badan ditimbang pada setiap kali lawatan. Wajib ni. Sebabnya kita nak pastikan berat badan bertambah dengan sempurna. Bila berat bertambah memang secara logiknya anak dalam perut pon berkembang dengan baik. Kalau kita kehilangan berat sikit sepanjang 3 bulan pertama disebabkan mabuk atau pon alahan, itu normal. Takde apa yg perlu dirisaukan. Tapi kalau berat badan bertambah tiba2 dengan mendadak pada waktu kehamilan seterusnya mungkin itu petanda pre eklampsia. Pertambahan berat badan yg sihat biasanya bagi 5 bulan pertama adalah 0.5kg sebulan. Untuk lepas 5 bulan pulak adalah 0.5kg seminggu. So jaga2 ye. Kang tak pasal minum air gula. Hehe.

4. Sampel urin

Sampel urin dicek tiap kali lawatan. Dan sebaik2nya sampel diambil di aliran air kencing pertengahan. Mid stream urine la kiranya. Tujuan cek sampel urin ni untuk kesan gula, kalau ditemui berulang kali menandakan kemungkinan diabetis semasa hamil. Dan untuk kesan protein yg mungkin menandakan buah pinggang tak berfungsi dengan baik. Dan kalau next visit protein dikesan lagi mungkin petanda pre eklampsia jugak.

5. Ujian darah

Mula2 masa 1st visit memang akan amik darah lebih sket untuk cek kumpulan darah & rhesus, penyakit seks berjangkit macam HIV dan Sifilis kalau ada la sbb kena rawat awal takut membahayakan kita n bayi. Untuk setiap kali lawatan plak kena cek kemerahan darah. Cek hb la ni.

6. Tekanan darah

Tekanan darah disemak tiap kali lawatan jugak. Sebab nak tengok kot2 tekanan darah rendah. Itu biasa masa hamil. Dan in case kalau naik tiba2 maka dapatlah dikawal. Bahaya kan tekanan darah tinggi masa pregnant ni. Kalau nak dekat2 deliver nanti takut kena c sect plak. Sbb risau bila meneran nanti ada saluran darah yg pecah plak. Ada dengar kes2 camni. Merisaukan jugak. Sebab tu lepas je deliver, doktor dengan misi akan tepuk kita dan tanya apa jantina anak kita. Nak pastikan kita sedar. Takut pengsan lepas bersalin.

7. Pemeriksaan fizikal

Yg ni rasanya masa 1st visit je.  Selalunya pemeriksaan fizikal ni melibatkan pemeriksaan jantung dan paru2. Kemudian diorang akan cek breast kita. Pastu diorang akan mintak kita pegi buat check up kat klinik gigi. Tapi tak pergi pon lagi klinik gigi. Hehe. Ngelat bole?  :P Tapi seeloknya pergi la. Sbb ada certain treatment yg kita kena tangguhkan atau kena cepatkan untuk jaga kesihatan mulut kita dan dalam masa yg sama mengurangkan risiko masalah kesihatan kepada bayi dalam kandungan.

8. Kaki, buku lali dan tangan

Yg ni tiap kali lawatan. Sebab nak pastikan takde bengkak atau edema. Kalau ada bengkak pada minggu akhir kehamilan tu normal lebih2 lagi yg dok tunggu baby keluar. Tapi kalau bengkak melampau mungkin tanda pre eklampsia. Kaki kita perlu dicek jugak kot2 ada vena verikos.

9. Abdomen

Yg ni pon misi akan periksa tiap kali lawatan. Sebabnya nak pastikan kedudukan bahagian atas rahim kita. So dapatla diorg gambarkan kadar pertumbuhan baby kita. Bila dah masuk 3rd trimester, pemerikdaan abdomen dijalankan untuk pastikan baby berpusing mengikut arah yg betul dan kalau dah masuk minggu2 akhir kepala baby kena turun ke dalam ruang pelvic. Kalau tidak, mungkin masalah baby songsang. So nanti diorang akan bagi tarikh untuk check up. Kalau takde perubahan, maka kena la c sect. Huhu.

10. Ultrasound

Yg ni mengikut keperluan. Sebab tak semestinya kena scan. Ultrasound diperlukan untuk periksa umur baby & expected due date, kedudukan baby dan uri dan air ketuban. Dalam masa yg sama boleh cek gak baby membesar dengan normal ke tidak. Dalam sesetengah kes sebab nak cek kot2 ada kehamilan kembar dan in case kalau ada kelahiran tak normal macam masalah berkaitan otak dan tulang belakang.


So itu la dia antara apa yg misi dan doktor buat masa lawatan ke klinik. Jangan risau. Jangan fed up. Diorang semua buat kerja untuk pastikan kesihatan kita dan baby ok2 je. Kalau pegi masa office hour, mintakla time slip. Sebab biasanya memang akan ambil masa. Bukan diorang nak entertain kita je. Dan sebagai majikan, kena la faham. Tak boleh pandang sebelah mata keperluan ke klinik ni sebab apa2 pon melibatkan kesihatan ibu dengan anak. Kalau jadi apa2 kan risau nanti.

Ok. Nanti kita jumpe lagi k.


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!!

No comments:

Post a Comment