Wednesday, 15 October 2014

Kepentingan urutan lepas bersalin




Assalamualaikum korang!

Macam biasa. Hapdet sebelum tido. 2 hari ni bz sket. Tapi Alhamdulillah sempat jugak curi masa. Semua org dpt 24 jam yg sama kan. Kalau org lain cukup masa nape tidak kita kan? Hehe.

Malam ni nak cakap pasal kepentingan berurut selepas bersalin.
Semua orang biasanya akan berurut lepas bersalin kan? Kalau dulu berurut ni dah jadi tradisi org melayu, tapi skang ni rasanya semua bangsa pon amalkan urutan selepas bersalin kat Malaysia ni.

Kalau saya plak, x kira lepas bersalin ke x sbb saya memang suka berurut. Kalau x pregnant suka pegi urut thai. Memang puas hati sbb bila kena urut tu berbunyi2 la tulang ni. Memang lega. Ringan badan.

Kalau ikutkan untuk kita org perempuan ni kan elokla berurut sebulan sekali. Elok untuk lancarkan darah, buang angin & melegakan otot2 dan saraf yg bersimpul ni haa.
Berbalik kpd entri kita ni. Penting me urutan lepas bersalin? Paling minimum 3 kali sepanjang berpantang kan. Kalau lg kerap lg best. Hehe.

Kenapa pentingnya berurut lepas bersalin ni?

1. Mempercepatkan proses pemulihan otot dan urat. Sepanjang kita pregnant 40 minggu maksimumnya dan proses melahirkan anak memang sangat menyakitkan. Lebih2 lagi bila proses meneran yg memerlukan kita untuk menggunakan sepenuh tenaga untuk tempoh yg tak menentu. Dah tentu banyak urat saraf yg alami kerosakan lepas bersalin.

Teringat dulu sakitnya contraction. Sakit badan. Tak keruan dibuatnya. Pusing kiri kanan. Huhu.

Sebab tu la urutan lepas bersalin tu penting untuk betulkan balik kedudukan urat dan otot dan untuk melancarkan semula pengaliran darah bagi mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin.

2. Bertujuan untuk membuang angin dari badan. Kalau ikutkan kalau ada rasa sakit atau rasa keras dan berketul2 kat area saraf atau otot tu maknanya badan kita ada angin. Wallahu a'lam. Tu tukang urut selalu cakapla. Angin dalam badan ni la antara punca sakit2 badan dan melambatkan proses pemulihan. Ibu lepas bersalin bukan hanya perlu jaga pemakanan semasa berpantang. Dengan mengurut pon boleh buang angin dalam badan. Perasan x kalau org yg urut atau yg diurut tu akan sendawa2? Haaaa. Angin la tu.

3. Berurut boleh merehatkan minda dan emosi. Proses kehamilan dan melahirkan anak memang satu proses yg lama dan memenatkan. 40 minggu hamil pastu sakit nak bersalin berjam2. Huhu. Dah tentula dengan urutan badan ni bukan sekadar membantu proses pemulihan. Dalam masa yg sama boleh bagi kelegaan kepada kita. Bila rasa lega, kita akan tenang.

Rawatan urut yg melegakan ni memang penting untuk mengatasi rasa penat dan stress lepas bersalin. Tambah dengan rehat yg cukup masa berpantang, insya Allah proses pemulihan badan akan dapat berjalan dengan lancar.

Itula 3 kepentingan berurut lepas bersalin. Skang pon mak buyung ni dah sibuk cari org urut lepas bersalin sebab makcik yg urut 2 tahun lepas tu dah tak mengurut dah. Huhu. Kalau ada yg ada kontek tukang urut kat Ipoh tolongla roger2 ye.

Ok, cukupla utk malam ni.

Nak buang angin dengan produk Shaklee? Haaaa.  Tanya saya macam mana. Hehe.

Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!

2 comments:

  1. Urut memang perlu untuk melegakan badan yang sengal-sengal

    ReplyDelete
  2. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kelebihan Berpantang

    ReplyDelete