Thursday, 16 October 2014

Jom kira pergerakan bayi!

Selamat tengahari dan Assalamualaikum semua!

Semalam genap la masuk 30 minggu kehamilan. Check up 2 minggu lepas misi dah mintak saya kira pergerakan bayi. Tempoh masa mengira dari jam 9 pagi hingga 9 malam. 12 jam la kiranya. Dan kalau pergerakan bayi tu kurang dari 10 kali maka kena cepat2 pergi hospital. Tak perlu pegi klinik dulu. Straight ke hospital nak cek keadaan bayi. Dan kalau ada keperluan terdesak atau kecemasan diorang akan cuba selamatkan bayi. Itu apa yg misi cakap la.

Dulu masa hamilkan Zidane memang kemain rajin mengira. Skang bukanlah tak rajin mengira. Tapi kengkadang lupa. Sebab anak bertuah ni aktif malam. Siang tu takdela aktif sangat. Macam masa pegi scan aritu. Siang memang lena dia tido. Malam dia start la berjaga. Kalau time aktif waktu siang tu pon time lepas makan pape. Wow. Menendang dengan gembira la dia. Haha.

Berapa tendangan bayi yg patut kita rasa dalam satu hari sebenarnya? Sebenarnya takde jumlah yg tetap. Sebab tu purata yg diberikan oleh misi cuma 10 kali. Dan kita cuma dinasihatkan untuk simpan rekod atau carta tendangan yg klinik kesihatan bagi tu untuk rujukan. Dan penting sangat untuk kita faham corak pergerakan bayi kita. Macam saya misalnya, dah kalau siang dia memang jenis tido, kita extendla sikit masa malam tu kan. Bukan semua bayi sama. Dan kalau tendangan tu tendangan biasa, shud be ok la. Kalau tendang tambah dengan contraction atau sakit2, maka boleh la refer doktor segera.  =)

Ada ke kemungkinan kita tak rasa gerakan bayi kita?

Ada kemungkinan jugak. In case kalau kita terlalu sibuk dan tak perasan. Tapi dalam masa yg sama ada cara untuk kita rangsang bayi kita untuk bergerak. Untuk kepastian kan. Better safe than sorry kan. =)

Macam mana caranya?


  • Angkat kaki ke atas dan relaks. Bayi kadang2 tertidur semasa kita bergerak sebab bila kita bergerak, diorang rasa macam dibuai. Bila kita duduk diam, diorang mula la start bergerak.
  • Baring mengiring. Ampu perut dan jangan bergerak. Ini dapat bantu kita menumpukan perhatian terhadap pergerakan bayi.
  • Buat bunyi bising macam mainkan muzik atau hempaskan pintu dengan kuat. Jangan tak tau, diorang even dalam perut boleh terkejut dan bertindak balas. Sedangkan dengan cahaya matahari pon diorang boleh silau. Apatah lagi dengan bunyi2 kuat ni. Hehe.
  • Minum air sejuk. Bila ada perubahan suhu dalam badan, diorang akan cuba mengelak daripadanya. 

Itu dia antara cara nak memastikan bayi kita bergerak. Just in case kita terlalu sibuk sampai tak perasan kan. =)

Bila pulak kita kena pegi hospital? 
  • Bila bayi dan tak bergerak bila dirangsang sepertimana cara di atas;
  • Bila pergerakannya berkurangan secara mendadak atau secara beransur-ansur selama beberapa hari. Sebab kita risau bila bayi kurang bergerak ni takut bayi tak dapat oksigen atau nutrien yg diperlukan.

Tips pulak? Nak jugak? Hehe. Boleh aje.

  • Mula kira pergerakan bayi start kul 9.00 pagi sampai 9.00 malam.
  • Pengiraan bermula bila bayi buat pergerakan. Macam misi aritu dia cakap kalau baby bergerak secara berterusan maka dikira 1 gerakan. Jangan salah faham plak k.
  • Kalau macam tadi gerakan panjang, kemudian kalau bayi stop bergerak kita kira sekali kan. Then dia sambung plak lepas berhenti maka kita kira 2 kali.

So itu cara nak kira pergerakan bayi yg misi ajarla. Nanti saya belanja gambar kertas carta kiraan tu. Kalau dulu dalam buku. Skang diorang kepilkan. Bukan macam dulu. Buku pink ada dalam kereta. Mak buyung malas turun bawah amik. Hehe.


Okla, untuk ibu2 yg start mengira tu caiyok ok! Jangan malas2. Untuk kebaikan anak kita gak kan. =)

Kalau nak beli suplemen Shaklee boleh roger saya.


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor with 1st Class Consultation for sure!!




1 comment: