Sunday, 12 October 2014

Checklist ke hospital untuk ibu bersalin

Assalamualaikum semua.

Petang ni nak share barang2 persiapan nak ke hospital untuk bersalin nanti. Maklumla, mak buyung dah nak masuk 30 minggu. Kalau ikutkan pengalaman Zidane dulu, masuk 34 minggu dah start leaking & bleeding.

Warded 2 hari 1 malam. Dapat MC 2 hari. Tapi bantai bershopping sakan Sabtu Ahad. Sebab nak raya masa tu.

Ngam2 36 minggu terus rasa nak bersalin. Tapi Alhamdulillah 2 kali teran je Zidane dilahirkan. Jangan takut sakit melahirkan. Sebab once anak dah dilahirkan, sakit pon hilang. Tinggal stress untuk 1st time mother. Dah ada pengalaman insya Allah ok. Sebab saya tengok keadaan sekeliling, 1st time mothers ni yg menggelupur sket. Kah kah. Yg lain rilek je.

Anyway, berbalik kepada topik kita. Persiapan nak ke spital. Sebelum ni mak buyung prepare kaw2 i tell u. Kelako pon ada.

Tapi dek kerana mak buyung lahirkan anak secara normal, anak xde masalah, saya pon xde komplikasi lepas bersalin, maka nya saya dapatla bermalam sehari je kat spital. Esoknya discharge. Alhamdulillah.

So apa yg perlu ada untuk kita siapkan?

Take note ada 2 jenis persiapan tau kawan2.1 untuk ibu. 1 untuk newborn kita. So jgn dok prepare untuk anak je sampai lupa barang kita plak. Hehe.

Apa barang keperluan ibu?

1. Kain batik
2. Baju & kain atau seluar untuk balik lepas discharge
3. Tuala badan
4. Seluar dalam yg selesa. Saya suka jenis disposable. Senang. Lepas pakai buang.
5. Baju dalam sesuai untuk penyusuan
6. Maternity pad
7. Stokin
8. Sweater
9. Handphone & charger
10. Toiletries
11. Plastik atau beg nak isi baju kotor
12. Minyak angin
13. Buku pink. Wajib bawak ke mana2 sepanjang kehamilan. Just in case.
14. Suplemen atau vitamin
15. Makanan macam roti dan minuman 3 in 1
16. Thermos & mineral water

So far ini keperluan untuk ibu. Untuk anak pulak acaner?

1. Baju untuk pakai sebaik sahaja dilahirkan
2. Mitten & booties
3. Pampers newborn. Beli je sepeket terus sbb newborn rajii membuang.
4. Barut
5. Tuala & set mandian baby
6. Minyak angin baby
7. Kain lampin atau kain bedung
8. Baju malam & baju siang. Mana tau admitted longer kan
9. Baby wipes

Rasanya kalau dah ada ni semua pon memadai. Kalau x cukup nanti tiap kali suami atau famili melawat kirimla sekali. Hehe. Takyah bawak penuh barang macam nak pindah plak kan. Selalunya paling lama admit pon mungkin dalam 2 me 3 malam depends on macam mana kita lahirkan anak & ada komplikasi atau tidak. Czer lama sket la. Kalau normal insya Allah 1 malam je. Kalau nasib baik boleh balik ari yg sama.

Sebab tu ibu2 yg nak bersalin ni mena get prepared. Makan cukup, makan suplemen cukup. Biar masa melahirkan nanti bertenaga. Insya Allah.

Sama2 la kita doakan ye.

Kalau nak cuba suplemen kehamilan ataupon berpantang daripada Shaklee boleh la roger saya ok. 

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!

Nak belanja gambo Zidane sebaik dilahirkan dulu. Hehe. 





Regards, 
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor with 1st Class Consultation for sure!!

No comments:

Post a Comment