Tuesday, 21 October 2014

Braxton Hicks v Kontraksi sebenar

Assalamualaikum semua & selamat pagi!

Sebelum dhuha, apa kata luangkan masa sekejap dengan entri ni. Macam semalam saya ada ceritakan pasal Braxton Hicks atau pon False Contraction ni kan. So arini apa kata kita bezakan antara Braxton Hicks dengan kontraksi sebenar plak. Ye la. Kalau kita tak tau nak bezakan nanti kita akan jadi cepat risau, cepat gelabah. Bila pergi hospital nanti kena plak halau balik sebab bukannya tanda bersalin yang sebenar kan. So baik lah kita prepare diri kita dengan segala ilmu dan persiapan yang ada. =)

Berbalik kepada entri kita, jom tengok apa beza antara Braxton Hicks dan kontraksi sebenar ok!! Secara ringkasnya boleh la rujuk pada jadual bawah ni haa.


BRAXTON HICKS
KONTRAKSI SEBENAR
Rasa sakit biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam. Mungkin sekali atau beberapa kali dalam sehari
Rasa sakit dan mengeras yang lama
Rasa sakit biasanya berhenti bila kita bertukar aktiviti atau posisi
Teratur dan konsisten
Tak teratur dan tak konsisten
Lebih kerap dan lebih menyakitkan
Kurang dari satu minit dan tidak lama
Keluar tompokan darah dari vagina
Tak boleh diduga dan tidak beritma
Plag Mukus tertanggal
Kontraksi yang tidak kuat
Air ketuban pecah


Take note ye. Kalau ada tompokan darah dari vagina macam haid tu memang dah tanda nak bersalin la tu. Macam saya dulu masuk 34 minggu ada tompokan darah. Masa tu kat opis plak tu. Terus rush ke klinik kesihatan. Tanpa perlu tunggu terus masuk bilik doktor dan scan apa yg patut. Masa tu tak rasa sakit contraction pon. Terus diorang anta ke hospital sungai buloh. Waaaaa. Admit terus. Huhu. Bila cek, dah bukak 1cm je. Tapi disebabkan awal sangat doktor bagi injection dexa untuk matangkan paru2 baby. Dan bagi ubat untuk sabarkan anak daripada keluar. Hehe. Alhamdulillah. Admit 2 malam. Stress woo dok spital sebenarnye.

Tau ke rupa plag mukus ni acaner? Jap ye.


Haa. Nampak tu. Plag mukus ni adalah plag yg diisi dan menyalut saluran serviks sepanjang kita mengandung. Fungsinya untuk melindungi uterus kita daripada dijangkiti bakteria. Biasanya rupa plag mukus ni lendir yg berwarna keruh, tebal dan melekit. Bila di akhir kehamilan, bila serviks menipis, darah akan dilepaskan dalam serviks dan akhirnya menyebabkan mukus berdarah. Kalau plag mukus berdarah dan tertanggal memang dah tanda sangat dah nak bersalin tu. Be prepared je k. 

Air ketuban pecah. Haa. Kita dok bayang air ketuban pecah tapi tau ke apa sebenarnya air ketuban ni?


Nampak tak air yg ada kat sekeliling baby tu? Haa. Itu lah air ketuban atau cecair amnion. Air ketuban ni adalah membran yg membina kantung amnion yg mengelilingi dan melindungi embrio yg sedang membesar. Sebab tu la kalau air ketuban dah pecah, kita kena cepat2 ke hospital. Sebab risau, selama ni kan baby dilindungi air ketuban. Kalau air ketuban sebagai pelindung dah pecah acaner kan? Takut membahayakan bayi dalam kandungan. Bila ketuban dah pecah maka selalunya ibu akan berasa sakit dan kontraksi akan jadi bertambah kuat dan proses kelahiran akan bermula. Macam saya dulu, masa 36 minggu admitted lagi sebab rasa kontraksi kerap sepanjang malam. Tapi ketuban tak pecah lagi. Doktor yg tolong pecahkan. Huhu. Lepas je ketuban pecah, haaaa. Memang rasa sakit yg amat. Jenuh tahan. Allah je yg tahu. Dan memang betul, lepas je doktor pecahkan air ketuban, sakit dah tak boleh kontrol dah. Sabo aje la.

Itu dia beza antara Braxton Hicks dengan kontraksi sebenar. Ada jumpe kat page mana entah. Tapi dalam bahasa omputih la. 

Beza antara Braxton Hicks dengan kontraksi sebenar boleh la dikatakan seperti berikut jugak:

Braxton Hicks : Contractions don't get closer together
True Labour : Contractions do get closer together
Braxton Hicks : Contractions don't get stronger
True Labour : Contractions do get stronger
Braxton Hicks : Walking has no effect on the contractions
True Labour : Walking makes the contractions stronger
Braxton Hicks : Cervix doesn't change with contractions
True Labour : Cervix opens and thins with contractions

Bila pikir nak bersalin memang takut. Tapi nak buat acaner. Kena hadap jugak benda ni semua. Dah tu takkanlah nak besorkan anak dalam perut ye tak?

Haha.

Okla, nanti kat entri lain kita kongsi lagi cerita pasal preparation ke labour room. Sebab makin lama makin rasa risau nak bersalin. Sakit bersalin memang ternyata sakit paling sakit dalam dunia ni. Tapi itulah. Allah pilih kita wanita ni sebagai orang yang boleh tanggung sakit yang paling sakit tu. Dah tentulah bersebab kan? Sebab kita boleh tanggung. Doa aje semoga dipermudahkan. Insya Allah.

Nak suplemen Shaklee? Boleh roger naa.



Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor with 1st Class Consultation for sure!!

5 comments:

  1. wah.. perkongsian yang sangat menarik.

    ReplyDelete
  2. ehhh scaryy...nasib baik tak bersalin masa 34 weeks tu kan..

    ReplyDelete