Monday, 20 October 2014

Braxton Hicks : Bahaya ke?




Assalamualaikum semua!!

Hari ni penat sangat. Sebab semalam dok tolong kemas kedai suami. Arini baru la terasa sakit semuanya. Hehe. Masa mengemas tak ingat dunia.

Sesekali tu rasa sakit betul perut ni haa. Mengeras semacam je. Sebab tu la motif arini nak tulis pasal Braxton Hicks ni. 

Tau ke apa Braxton Hicks ni? 

Pada pertengahan kehamilan kita, kita akan rasa rahim kita mengecut. Kalau kita letakkan tangan pada perut masa rahim kita mengecut ni, kita akan merasakan betapa kerasnya rahim kita masa ni. Selalunya pengecutan akan berlaku dalam setengah minit je. Bukan semua orang ada rasa Braxton Hicks ni. Insan2 terpilih je. Hehe. 

Mana datangnya nama Braxton Hicks ni? Nama Braxton Hicks diambil bersempena nama seorang doktor berbangsa Inggeris yg mula mendeskripsikan Braxton Hicks dalam tahun 1872.

Kalau dalam kata mudahnya la kan. Braxton Hicks ni adalah kontraksi palsu. Sebab Braxton Hicks bukanlah kontraksi macam nak bersalin tu. Dan tidaklah sekerap kontraksi ketika rasa nak melahirkan. Tapi. Braxton Hicks ni dah macam rasa pra-kontraksi sebenar.

Ada tujuan ke Braxton Hicks ni? Kan saya dah cakap, whatever happens, happens for a reason. Hehe. So sama jugakla dengan Braxton Hicks ni. Braxton Hicks terjadi mungkin petanda rahim kita sedang melatih ototnya. Mungkin kontraksi ni adalah cara rahim kita bersedia untuk bekerja keras bila tiba masa bersalin. Pandai pulak praktis kan. Hehe. Ada jugak pakar yg berpendapat bahawa kontraksi mempengaruhi serviks kita. Pada peringkat awal kelahiran, serviks kita akan mula memendek dan menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi memudahkan perjalanan bayi keluar nanti. So boleh la dikatakan Braxton Hicks ni adalah cara serviks dilatih. Ada jugak yg percaya bahawa kontraksi Braxton Hicks tak membawa perubahan kepada serviks dan ada jugak yg percaya bahawa perubahan hanya berlaku semasa pra kelahiran, bila kontraksi bermula atau semasa kelahiran itu sendiri. Wallahu a'lam. Apa pon jangan risau la k. whatever happens, happens for a reason.

Bila selalunya terjadi Braxton Hicks ni? Biasanya bila kita dah masuk minggu ke 32 hingga ke minggu ke 34 kehamilan maka Braxton Hicks akan lebih kerap terjadi. Hehe. Dalam sesetengah situasi bila dah masuk minggu ke 37 hingga ke 40 minggu kehamilan pon akan jadi jugak. So kena la bezakan betul2 kontraksi biasa dengan kontraksi palsu ni. 

Kalau diikutkan memang kontraksi masa trimester ketiga atau pada mana2 trimester sekali pon adalah petanda bahawa kelahiran sebelum tiba masa. Sayangnya, banyak bakal ibu yg kelam kabut atau terlebih risau mengenai tanda kelahiran yg palsu macam Braxton Hicks ni la. Sebab kontraksi jenis ni tak dapat diramal, takde ritma sekata dan selalunya takkan meningkat dan menjadi kerap. Selalunya dalam satu jam akan berenti la. Kalau macam saya, kalau batuk2 tetiba sakit. Adoi. Lagi2 kalau tengah drive. Sakit sungguh. Kena pegang kat tempat sakit baru la lega sket. Kontraksi yg sebenar pulak biasanya berjarak 10 minit antara satu sama lain dan menjadi semakin sakit dan kerap.

Anyway, saya akan ceritakan beza Braxton Hicks dengan kontraksi sebenar pada entri akan datang ok. Cukupla sekadar ni saya meraban dulu. Hehe.

Untuk ibu2 yg dah berada di trimester ke tiga, sama2 la kita jaga kesihatan. Pack barang siap2. Dan hadapi proses kelahiran dengan ketenangan dan senyuman. Doa saya setiap kali solat, semoga proses bersalin dan kelahiran adik Zidane dimudahkan. Insya Allah.

Nak cuba suplemen Shaklee?

Boleh PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!



Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor with 1st Class Consultation for sure!! 






1 comment:

  1. info yang sangat best.. baru tahu mengenai Braxton.. tq for sharing
    jemput singgah =D

    ReplyDelete