Wednesday, 29 October 2014

Air Gula : Here i come!





Assalamualaikum semua.

Hari ni nak kata frust pon ada. Nak rasa tergelak pon ada. Sebab sepanjang pregnancy Zidane tak pernah kena minum air gula ni. In fact kalau boleh masa pregnant kali ni nak la terselamat jugak.

Tapi itu lah. Kun fayakun. Bila Allah cakap kena rasa, maka kena la rasa jugak. Hehe. Berat 2 minggu lepas ditimbang kat KK adalah 60 kg. Tapi entah kenapa berat kali ni naik sampai 63kg. Wow kan? Sama ada penimbang tu menipu atau memang saya yg membesar dengan jayanya. Wallahu a'lam.

Apa pon check up tadi akhirnya menyebabkan mak buyung kena pegi lagi sekali check up next week untuk minum air gula dengan amik darah sebab tetiba HB drop sampai 9.9. 

Bila difikir2 balik, memang salah sendiri pon. Berat badan naik banyak sebab selera makan. Tambah lagi last week banyak kat Ipoh je. Bila duduk di samping suami maka makan pon terjaga. Haha. Suami balik keje je makan cheese cake. Suami bawak untuk Zidane. Tapi ibu pon bantai sama. Tiap kali balik keje mesti ada cheese cake dengan ice lemon tea. Nah! Kat situ la sumbangan berat badan dan jugak HB yg drop tu. Kan minum teh ni tak digalakkan sangat. Nak lagi best, kat opis pon pagi2 minum air kopi dengan teh. There you go. Sebab tu takleh salahkan orang lain. Dan lately tak tau nape, asyik culas makan ubat klinik mahupon suplemen. Lagi 2 3 ari nak ke klinik barula terhegeh2 makan. Huhu. 

Apa pon, dah dapat dah tips minum air gula ni. Ada member diabetis cakap air gula ni ok je sebenanye. Jangan pikir banyak je. Minum je. Lagi bagus dari minum air garam. Haha. Ok la. So kena mula dari hari ni set dalam minda yg air gula ni biasa je. Dah memang rasa semua ni permainan minda semata. Kena set minda mulai arini. Antara tips minum air gula yg saya dapat adalah:
  • Minum cepat2 air gula yg diberikan. Kalau boleh sekali teguk.
  • Minum ketika panas. Kalau sejuk lagi rasa likat.
  • Fikiran kita kena pikir yg air gula adalah air biasa je.
  • Seminggu sebelum kena minum air gula ni, kena rajin2 minum air kosong dan kurangkan minum air manis.
  • Lepas minum tu kumur atau minum air kosong seteguk dua untuk hilangkan rasa manis tu. Takut muntah plak. 
Itu antara tips nye la. Nanti bila dah kena minum air gula next week n kalau ada tips lain mak buyung kongsi naa.

Kalau ada yg nak tau kenapa kena minum air gula ni? Sebabnya mudah je. Ingat tak sebelum ni saya pernah cerita pasal Penyakit Surprise ketika hamil?

Antara penyakit surprise ketika hamil ni adalah diabetis sewaktu hamil atau pon Gestational Diabetis Mellitus atau pon GDM. So minum gula ni untuk cek sama ada kita ni ada GDM ke tidak. Kalau nak tau apa plak GDM dan risikonya kepada ibu dengan anak boleh la cek kat link atas tu.

So itu al kisah saya ke klinik arini untuk check up. Frust memang frust. Tapi bila pikir balik sooner or later maybe kena jugak minum air gula ni. Hanya masa yg menentukannya. Hehe.

Lepas ni kena jaga makan, Kena bersenam sket. Kena kurangkan makanan manis. Kena makan ubat klinik. Kena makan suplemen betul2. Kena gigih.

Untuk ibu2 yg lain toksah jadi malas macam saya. Haha.

Jumpa lagi nanti ok!



Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!!

2 comments:

  1. haha betul tu minum air gula bayangkan tengah minum ice blended, pasti laju je minum dengan jayanya:)

    ReplyDelete
  2. Sy dua2 anak kene minum air gula 2 kali...4 kali la experience minum air gula ni... Nk2 plk klau nurse yg bancuh tu gune air yg tk brape nk suam..Mmg terbakar rase tekak ni..Hehe..

    Kencing Manis Semasa Hamil

    ReplyDelete