Friday, 31 October 2014

Air : Berapa liter yang cukup ni?

Assalamualaikum semua dan selamat petang!

Dah nak balik keje. Ni la yg kita dok nantikan dalam seminggu kan? Hehe.

So sebelum balik ni sempat lagi nak cerita pasal berapa keperluan air yg kita perlu minum setiap hari. Betul ke 2 liter? Ada jugak pendapat yg cakap 2 liter tu terlalu banyak. So acaner?




Semua orang tahu yg air ni memang penting untuk kesihatan. Tapi sebenarnya keperluannya berbeza antara satu sama lain bergantung kepada tahap kesihatan, tahap kecergasan dan kawasan tempat tinggal masing2.

Maksudnya kat sini case to case basis la. Orang yg tinggal kat padang pasir, keperluan airnya mungkin lebih tinggi daripada mereka yg beriklim sejuk. Sebabnya air dalam badan mereka yg tinggal kat padang pasir ni lebih banyak hilang melalui peluh selain dari pernafasan. Dapat kan? =)

So macam mana kita nak tau sukatan sebenar yg badan kita perlukan. Lagi2 ibu yg menyusukan anak kan. Kena pastikan badan kita sentiasa dapat bekalan air yg cukup. Kalau kurang minum hasil susu pon kurang. So kenala minum lebih sket untuk hasilkan susu dan gantikan susu yg keluar tadi tu.

Memang betul. Secara umumnya 8 gelas air kosong atau 2 liter air sehari tu keperluan kita. Tapi saya rasa bukan semua pon yg betul2 amalkan pengambilan air kosong sekurang2nya 2 liter sehari. 

Tapi, kurang minum bukan satu2nya punca yg boleh memudaratkan badan kita. Terlebih minum pon tak elok untuk sistem dalaman kita. So ada formula tak nak kira berapa jumlah air yg patut kita minum dalam sehari?

Jom tengok formula ni.

2/3 daripada berat badan kita dalam pounds (lb) = berapa jumlah air yg perlu diminum dalam unit auns (oz)

Contoh: Berat kita 55kg. So apa yg kita kena buat adalah :

  1. Tukarkan unit kg kepada pounds : 55kg = 121.25 lb
  2. Darabkan jumlah pounds tersebut dengan 2/3 : 121.25 x 2/3 = 80.83 oz
  3. Tukarkan unit oz tadi kepada liter : 80.83 oz = 2.3 liter
So untuk kita yg beratnya 55kg, kita kena minum sekurang2nya 2.3 liter air sehari.

Itu kalau ikut formula la.

Tapi jom baca pendapat Kevin Zahri nak??

Basically memang sama dengan pendapat di atas. Terlebih minum pon boleh menyebabkan masalah sebab minum air melebihi jumlah yg diperlukan akan meningkatkan jumlah isipadu darah kita. Darah dalam badan adalah terdiri daripada sistem peredaran darah yg tertutup. Kalau isipadu darah meningkat dalam badan, jantung dan salur darah kita akan terbeban. Buah pinggang kita pon akan bekerja lebih masa untuk menapis air yg berlebihan keluar dari sistem peredaran daran dalam badan kita.

Buah pinggang bukan macam paip rumah, semakin banyak air yg lalu semakin bersih. Tapi sistem penapisan dalam badan pada buah pinggang kita terdiri daripada beberapa siri kapilari khas yg dikenali sebagai glomeruli yg akan menukar darah kepada bentuk urin. Glomeruli kita boleh rosak disebabkan kesan haus dan geseran dan jumlah air yg banyak dalam badan jugak merupakan salah satu sebab kerosakan buah pinggang. 

Nak lagi pendapat Kevin Zahri?

Regangan fizikal macam bersenam mengurangkan kebolehan buah pinggang untuk menghantar urin ke pundi kencing untuk dicernakan. Minum terlalu banyak sebelum atau semasa bersenam akan meningkatkan kandungan cecair dalam badan dan otak, seterusnya menyebabkan sel otak mengembang dan menyebabkan sakit kepala, muntah2, mual dan boleh mengakibatkan kematian. See. Terlebih pon bahaya.

Sebab tu la Islam ajar kita untuk BERSEDERHANA. =)


So al-kesahnya, minum air secukupnya untuk hilangkan dahaga. Kalau perlu minum dengan banyak, minum air isotonik macam Gatorade, 100 Plus atau air isotonik lain yg ada vitamin dan elektrolit, bukan semata2 air. Itu nasihat Kevin Zahri.

Nasihat saya pulak, minumla Performance Drink Shaklee. Kih kih. Kalau nak rasa macam atlet Olimpik la kan. 

Dan nasihat Kevin Zahri lagi, kalau nak tau berapa liter kena minum, tengok balik diet harian kita, amalan bersenam dan persekitaran kita. Nasihat yg sama macam kat atas tadi kan. Sebab apa yg kita betul2 perlukan adalah cecair yg cukup untuk gantikan apa yg hilang setiap hari sama ada dalam bentuk peluh, urine, pernafasan dan proses tubuh yg lain. Lebih kurang 8-10 gelas setiap hari.

Kalau kita makan makanan yg ada jumlah air yg banyak macam sayur2an dan buah2an, maka kita cuma perlu tambah sekurang2nya 4-6 gelas air lagi. Sebab serat penuh yg ada pada buah2an dan sayur2an yg kita makan tu dalam lebih kurang 4 cawan cecair.

Kalau kita tak banyak guna garam atau rempah ratus dalam masakan kita, keperluan untuk minum air lebih rendah. Kalau jenis suka masin lebih dan suka rempah lebih dalam makanan, kena tambah air lebih sket dalam sehari.

Boleh jugak cek warna urin kita. Kalau jernih maksudnya kita cukup air. Kalau kuning kena minum lebih. Dan jadikan jugak rasa dahaga tu sebagai petunjuk. Cuma jangan berlebih2. Ok!!




Berbalik kepada ajaran Islam. Wasatiyyah la kuncinya. Hehe.

Nak suplemen Shaklee roger mak buyung ok!!


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!!






2 comments:

  1. nak minum air masak susah cuba letak sedikit Performance Drinks, rasa berperisa yg sedap bolehla minum banyak-banyak..

    ReplyDelete