Friday, 31 October 2014

Air : Berapa liter yang cukup ni?

Assalamualaikum semua dan selamat petang!

Dah nak balik keje. Ni la yg kita dok nantikan dalam seminggu kan? Hehe.

So sebelum balik ni sempat lagi nak cerita pasal berapa keperluan air yg kita perlu minum setiap hari. Betul ke 2 liter? Ada jugak pendapat yg cakap 2 liter tu terlalu banyak. So acaner?




Semua orang tahu yg air ni memang penting untuk kesihatan. Tapi sebenarnya keperluannya berbeza antara satu sama lain bergantung kepada tahap kesihatan, tahap kecergasan dan kawasan tempat tinggal masing2.

Maksudnya kat sini case to case basis la. Orang yg tinggal kat padang pasir, keperluan airnya mungkin lebih tinggi daripada mereka yg beriklim sejuk. Sebabnya air dalam badan mereka yg tinggal kat padang pasir ni lebih banyak hilang melalui peluh selain dari pernafasan. Dapat kan? =)

So macam mana kita nak tau sukatan sebenar yg badan kita perlukan. Lagi2 ibu yg menyusukan anak kan. Kena pastikan badan kita sentiasa dapat bekalan air yg cukup. Kalau kurang minum hasil susu pon kurang. So kenala minum lebih sket untuk hasilkan susu dan gantikan susu yg keluar tadi tu.

Memang betul. Secara umumnya 8 gelas air kosong atau 2 liter air sehari tu keperluan kita. Tapi saya rasa bukan semua pon yg betul2 amalkan pengambilan air kosong sekurang2nya 2 liter sehari. 

Tapi, kurang minum bukan satu2nya punca yg boleh memudaratkan badan kita. Terlebih minum pon tak elok untuk sistem dalaman kita. So ada formula tak nak kira berapa jumlah air yg patut kita minum dalam sehari?

Jom tengok formula ni.

2/3 daripada berat badan kita dalam pounds (lb) = berapa jumlah air yg perlu diminum dalam unit auns (oz)

Contoh: Berat kita 55kg. So apa yg kita kena buat adalah :

  1. Tukarkan unit kg kepada pounds : 55kg = 121.25 lb
  2. Darabkan jumlah pounds tersebut dengan 2/3 : 121.25 x 2/3 = 80.83 oz
  3. Tukarkan unit oz tadi kepada liter : 80.83 oz = 2.3 liter
So untuk kita yg beratnya 55kg, kita kena minum sekurang2nya 2.3 liter air sehari.

Itu kalau ikut formula la.

Tapi jom baca pendapat Kevin Zahri nak??

Basically memang sama dengan pendapat di atas. Terlebih minum pon boleh menyebabkan masalah sebab minum air melebihi jumlah yg diperlukan akan meningkatkan jumlah isipadu darah kita. Darah dalam badan adalah terdiri daripada sistem peredaran darah yg tertutup. Kalau isipadu darah meningkat dalam badan, jantung dan salur darah kita akan terbeban. Buah pinggang kita pon akan bekerja lebih masa untuk menapis air yg berlebihan keluar dari sistem peredaran daran dalam badan kita.

Buah pinggang bukan macam paip rumah, semakin banyak air yg lalu semakin bersih. Tapi sistem penapisan dalam badan pada buah pinggang kita terdiri daripada beberapa siri kapilari khas yg dikenali sebagai glomeruli yg akan menukar darah kepada bentuk urin. Glomeruli kita boleh rosak disebabkan kesan haus dan geseran dan jumlah air yg banyak dalam badan jugak merupakan salah satu sebab kerosakan buah pinggang. 

Nak lagi pendapat Kevin Zahri?

Regangan fizikal macam bersenam mengurangkan kebolehan buah pinggang untuk menghantar urin ke pundi kencing untuk dicernakan. Minum terlalu banyak sebelum atau semasa bersenam akan meningkatkan kandungan cecair dalam badan dan otak, seterusnya menyebabkan sel otak mengembang dan menyebabkan sakit kepala, muntah2, mual dan boleh mengakibatkan kematian. See. Terlebih pon bahaya.

Sebab tu la Islam ajar kita untuk BERSEDERHANA. =)


So al-kesahnya, minum air secukupnya untuk hilangkan dahaga. Kalau perlu minum dengan banyak, minum air isotonik macam Gatorade, 100 Plus atau air isotonik lain yg ada vitamin dan elektrolit, bukan semata2 air. Itu nasihat Kevin Zahri.

Nasihat saya pulak, minumla Performance Drink Shaklee. Kih kih. Kalau nak rasa macam atlet Olimpik la kan. 

Dan nasihat Kevin Zahri lagi, kalau nak tau berapa liter kena minum, tengok balik diet harian kita, amalan bersenam dan persekitaran kita. Nasihat yg sama macam kat atas tadi kan. Sebab apa yg kita betul2 perlukan adalah cecair yg cukup untuk gantikan apa yg hilang setiap hari sama ada dalam bentuk peluh, urine, pernafasan dan proses tubuh yg lain. Lebih kurang 8-10 gelas setiap hari.

Kalau kita makan makanan yg ada jumlah air yg banyak macam sayur2an dan buah2an, maka kita cuma perlu tambah sekurang2nya 4-6 gelas air lagi. Sebab serat penuh yg ada pada buah2an dan sayur2an yg kita makan tu dalam lebih kurang 4 cawan cecair.

Kalau kita tak banyak guna garam atau rempah ratus dalam masakan kita, keperluan untuk minum air lebih rendah. Kalau jenis suka masin lebih dan suka rempah lebih dalam makanan, kena tambah air lebih sket dalam sehari.

Boleh jugak cek warna urin kita. Kalau jernih maksudnya kita cukup air. Kalau kuning kena minum lebih. Dan jadikan jugak rasa dahaga tu sebagai petunjuk. Cuma jangan berlebih2. Ok!!




Berbalik kepada ajaran Islam. Wasatiyyah la kuncinya. Hehe.

Nak suplemen Shaklee roger mak buyung ok!!


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!!






GLA Complex : Bukan untuk masalah haid sahaja!

Assalamualaikum semua!

Hari ni rehat lama sikit. Al-maklumla sebab hari Jumaat kan. So nak cerita la pasal GLA Complex Shaklee. Apa benda GLA ni ek? Ni haaaa.


Jom kita baca sejarah sket nak? Hehe.

Dulu pada kurun ke 20, ahli saintis Jerman dapat tahu yg minyak daripada biji Evening Primrose bole diekstrak. EPO ni semua orang tau kan? Kalau tak tau meh saya bagi tau. Evening Primrose Oil atau EPO ni memang bagus untuk hormon dan kulit. Sebab tu EPO ni sinonim dengan wanita. 

Minyak biji evening primrose ni kaua dengan asid lemak perlu iaitu linoleik (LA) dengan asid gamma-linolenik (GLA). Asid-asid lemak perlu pulak adalah kumpulan lemak politaktepu yang penting untuk fungsi tubuh dan diperlukan untuk menukarkan asid linoleik kepada GLA. Sebab tu la Shaklee dah mudahkan kita dengan mengekstrakkan GLA daripada EPO untuk terus digunakan oleh badan. 

GLA ni jugak merupakan bahan binaan bagi prostaglandin. Ye la. Kalau nak tau GLA ni sejenis asid lemak Omega 6 yg digunakan oleh badan untuk membentuk prostaglandin tu tadi.

Apa prostaglandin ni? Prostaglandin ni la bahan hormon dalam badan yg penting untuk fungsi kimia badan macam mengawal tekanan darah, mengawal kontraksi otot, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Prostaglandin ni jugak adalah anti keradangan, anti pembekuan darah di samping mengurangkan tekanan darah. Prostaglandin ni jugakla hormon yg membantu badan mengawal atur proses badan yg normal.

Kalau nak tau, sumber GLA daripada makanan memang agak terhad. Dan kalau ada pon boleh dijumpai dalam jumlah yg kecil dalam oat dan jugak daging organ. Kalau nak dapatkan sejumlah GLA yg lebih tinggi, minyak yg diekstrak daripada biji bunga evening primrose dalam bentuk suplemen la alternatifnya. Lagi mudah kan?

Tapi kan.

Ramai yg tak tahu bahawa dalam minyak borage ada GLA ni jugak. In fact, kandungan GLA dalam minyak borage ni 2 kali ganda lebih daripada apa yg ada dalam EPO. Wow!! Ikutkan paras GLA dalam Borage Oil ni tinggi 25% lebih berbanding EPO yg ada 10% je. Sebab tu la kelikatan GLA terbukti lebih baik dalam membantu masalah kesihatan berkaitan kewanitaan macam PMS dan masalah sendi macam arthritis.

Itu bezanya GLA Complex Shaklee. Heee. Sebab dalam GLA Complex Shaklee ada GLA yg diekstrak daripada bunga borage. Bunga bukan sekadar bunga. Hehe.



Minyak borage jugak 3 kali ganda lebih mudah diserap oleh badan dan 3 kali lebih berkesan daripada EPO. Setiap kapsul mengandungi 300mg GLA yg diekstrak dari Borage yg ditanam secara organik di kawasan Sakatchewan. 

Oh ye. GLA ni bukan untuk perempuan aje ok! Semua orang boleh ok! Jangan ingat kalau laki makan boleh jadi lembut. Takde lagi dalam sejarah ok. Hehehehe.

Antara kebaikan GLA Complex ni:
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS
  • Membantu menangani masalah menopaus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri2
  • Membantu menangani ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood cot yg boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Mengawal fungsi saraf

Nak cuba?

Meh PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!!








Thursday, 30 October 2014

Atasi LETIH KRONIK dengan Shaklee

Assalamualaikum semua dan selamat petang!

Entri sebelum ni saya ada cerita pasal tidur kan. Tapi dek kerana rasa tak puas hati saya buat research lagi. Sebab kalau ikutkan saya ni cukup tidur. Memang la ada jaga malam sket2 tapi tidaklah sampai tidur tak cukup. Cuma bila bangun pagi, walaupon tidur dah cukup 6 jam, saya masih rasa tak cukup tidur lagi. Huhu. Penat sangat rasanya.

Baru la saya tau. 



Biasanya kalau ada sindrom keletihan kronik ni adalah disebabkan oleh kegagalan mitokondria. Maksudnya kat sini kemungkinan besar jantung kita tak memperolehi bahan bakar yg diperlukan untuk menjadi sihat dan kuat. Bahan bakar yg dimaksudkan tu CoQ10 la. Jantung mengandungi 10 kali ganda lebih banyak CoQ10 berbanding organ lain dalam badan sebab jantung adalah organ yg paling kuat bekerja dan berdegup sebanyak 100000 kali sehari. Take note ye semua. Takde satu pun degupan berlaku tanpa tenaga. Sebab tu lah jantung perlukan tenaga yg banyak secara berterusan.

Kalau diikutkan, di peringkat sel, tenaga dikeluarkan oleh mitohondria yg dianggap macam janakuasa dan disebabkan jantung ni kuat bekerja, maka ianya kaya dengan mitokondria yg menjana tenaga. CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yg hadir semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. Tapi, ia lebih banyak ditemui dalam organ yg bekerja lebih keras dan memerlukan tenaga selular yg banyak. Tempat lain macam hati, buah pinggang dan pankreas pon ada. Cuma di jantung lebih banyak sebab jantung lebih banyak kerjanya. Lebih banyak daripada apa yg didapati dan dijumpai dalam mana2 tisu dan organ lain. Lebih banyak mitokondria yg ada dalam sel, maka lebih banyak tenaga ia boleh keluarkan.

Pointnya di sini, dek kerana kekurangan mitokondria, tenaga kita berkurangan. Maka kita akan selalu cepat letih. Sebab tu di awal entri tadi saya cakap, kegagalan mitokondria adalah punca kenapa kita letih. Dapat tak apa yg saya cuba sampaikan? Hehe.

Tapi ibu hamil tak sesuai amik CoQ10 ni. Huhu. So apa yg boleh kita buat untuk dapatkan tenaga? Tak yah sebut makanan seimbang, tidur yg cukup etc etc. Hehe. Sebab kadang2 makanan dah seimbang, tidur dah cukup tapi ngantok dan letih jugak kan. =P

So apa ibu hamil boleh ambik untuk atasi masalah keletihan ni?

Ni dia.

B-Complex



Vitamin B kan dikenali sebagai Vitamin Tenaga sebab memainkan peranan penting dalam meningkatkan metabolisme tenaga. Caranya dengan menukarkan lemak, karbohidrat dan protein yg kita perolehi daripada makanan kepada tenaga yg boleh digunakan sepanjang hari.

Ada 11 komponen dalam B Complex yg ada fungsi2 tertentu dalam memastikan kita bertenaga sepanjang hari. Antaranya:

  • B1 (Thiamine)
  • B2 (Riboflavin)
  • B3 (Niasin)
  • B5 (Pantothenic Acid)
  • B6 (Pyridoxine)
  • B9 (Folic Acid)
  • B12 (Cyanocobalamin)
  • Biotin
  • B10 (Para-amino Benzoic Acid)
  • Choline
  • Inositol
Dalam list kat atas ni, vitamin B12 la yg memainkan peranan paling penting dalam menghasilkan tenaga. B12 penting sebab boleh membantu menukarkan karbohidrat kepada glukosa. Sebab tu la majoriti yg ambil B Complex ni segar dan aktif. Vitamin B12 jugak membantu otak kita kembali fokus di samping vitamin B3 yg berperanan dalam meningkatkan tenaga.

So itu dia yg kita ibu2 hamil kena ambik kalau rasa penat. 

Hadoila. Lepas ni kena konsisten. Lately je yg pemalas nya. Sebab malas la kena minum air gula dengan amik darah. Haha. Punca jugak la tu. Penat sebab anemia jugak kan. 

So kena amik ubat klinik & makan suplemen rajin2 jom!

Nak cuba suplemen roger mak buyung ok!


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!!





Posisi Tidur Ibu Hamil




Assalamualaikum ibu2 hamil semua!

Hari ni nak sembang pasal posisi tidur yang sesuai untuk kita ni. Lately semenjak masuk 32 minggu ni kan, rasa macam tidur tak cukup aje. Tak selesa tu satu hal la. Bantal memang sendal kiri kanan badan ni haa. Nak menelentang sakit. Nak meniarap jangan mimpi la. So sebenarnya apa posisi tidur yang sesuai untuk kita yg pregnant ni? 

Bila dah masuk trimester ke tiga dan di akhir kehamilan ni, memang faktanya tidur yg nyenyak tu hanya kenangan dan sejarah semata. Tapi no worries. Sebabnya lepas bersalin nanti, tidurla nyenyak balik. Hehe. Diikutkan masalah tidur yg tak nyenyak ni dialami oleh lebih separuh wanita mengandung.

Kenapa susah nak tidur?

Sebabnya, menjelang trimester ketiga, perut kita dah jadi terlalu besar sampai susah untuk kita baring dengan selesa. Cubalah mengiring ke kiri. Kemudian sendalkan beberapa biji bantal kat celah kaki dengan belakang badan kita.

Ada kajian yg mengatakan kemungkinan bayi yg dilahirkan mati adalah KURANG bagi wanita yg tidur mengiring ke kiri berbanding wanita yg tidur dalam posisi lain. Ada jugak yg cakap sebenarnya kalau kita tidur mengiring ke kiri maka lebih banyak nutrisi sampai kepada baby. Wallahu A'lam.

Macam biasa la kan. Tidur kita sering terganggu dengan rasa keinginan nak ke tandas. Kalau boleh, kurangkan minum lewat petang dan malam. Sebab walau kita minum sikit pon, dah tentu dek kerana baby yg makin membesar dalam perut kita ni pundi kencing akan ditekan2. Haha. Pastikan kita kosongkan pundi kencing tiap kali ke tandas. Nak tau caranya? Bongkok ke depan bila kita buang air kecil tu. Cubalah. Insya Allah berjaya kosongkan pundi kencing. =)

Antara perkara lain yg mengganggu tidur kita dalam trimester ketiga ni adalah:

  • Kaki lenguh. Betul. Lebih2 lagi kalau tidur dalam keadaan sejuk.
  • Sakit belakang.
  • Kejang kaki. 
  • Berdengkur.
  • Kegatalan.
  • Pedih ulu hati.
  • Mimpi ngeri.
  • Pergerakan baby.
Tapi tak perlula nak risau. Sebab tidur yg tak nyenyak ni takkan membahayakan baby kita. Cuma mungkin kita akan rasa letih keesokan harinya. Bercakap pasal letih, memang ye pon. Skang ni kan, waktu lunch saya dipenuhi dengan tidur lepas solat zohor. Huhu. Ngantok punye pasal. Tido awal pon ngantok. 

Kalau boleh, dapatkan tidur yg cukup bila2 ada masa terluang. Sebabnya risau nanti kita tak bermaya masa proses melahirkan. Cara saya mudah je. Listen to your own body. Berehat bila ada masa. Lagi satu, fikir positif sebab lepas bersalin nanti, kita akan kurang tidur jugak dek kerana menjaga baby pulak. Hehe. Training la siap2 kan. 

Kalau ikutkan zaman sekarang ni banyak dah ada jual bantal ibu hamil ni. Tapi pada saya tak perlu la. Mahal satu hal jugak. Dan benda ni bukanlah satu keperluan. Lebih2 lagi kalau yg jenis banyak bantal macam saya! Haha. Tapi kalau nak beli pon bukanlah satu kesalahan jugak. Boleh je. Cuma jangan sampai nanti masuk dalam mana2 letgo group untuk jual balik pulak. Hehe.

So arini kita cakap pasal tidur je. Cuaca dah la mendung2. Ekon sejuk. Memang mengundang. Nak minum kopi kena kontrol diri. So sabar aje lah. Hehe.

Jangan lupa, esok last day promo ESP dengan Meal Shakes Shaklee. Kalau nak boleh cepat2 roger saya ok!!

Apa bagusnya ESP? Boleh tengok kebaikan ESP Shaklee dan Siapa perlukan ESP?

Kalau nak tau apa best sangat Meal Shakes ni? Boleh baca Siapa perlukan Meal Shakes? dan Apa bestnya Meal Shakes?

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!!





Wednesday, 29 October 2014

Rawat Diabetis Ketika Hamil Dengan Shaklee!

Assalamualaikum semua!

Bersiaran sekali lagi untuk hari ni.

Tahukah korang, 2 hingga 14 peratus ibu hamil menghidap diabetis ketika hamil? Apa dia diabetis ketika hamil ni?

Diabetis berlaku bila badan kita tak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya. Insulin ni hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin ni jugak mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tak diperlukan segera disimpan.

Masa kita pregnant ni, badan kita akan menghasilkan lebih insulin untuk penuhi keperluan baby sekali. Lebih2 lagi kalau di trimester kedua dan ketiga. Kalau badan tak boleh sediakan insulin tambahan ni, kita akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah. Sebab tu la terjadinya GDM ni.

Beza GDM dengan diabetis jenis lain pulak adalah, GDM ni akan beransur hilang selepas bersalin. Tapi diabetis jenis lain adalah penyakit sepanjang hayat yang kena kawal la.

Macam mana nak rawat GDM?

Takde cara lain, melainkan dengan mengubah diet kita dan selalu bersenam. Kawal tahap gula dalam darah dengan mengurangkan makanan dan minuman manis yang dah tentu kandungan gulanya banyak. Bersenam pulak kena la sekurang2nya 30 minit tiap hari.

Ni masalah mak buyung la. Bersenam malas, makan pon ikut suka hati. Kih kih.

Kalau kita tak dapat kontrol kandungan gula dalam darah kita, maka suntikan insulin diperlukan. Jangan sampai camtu hokkay!

So macam mana cara nak rawat diabetis ketika hamil ni dengan Shaklee ek?

Di samping diet yg seimbang tadi dan senaman secara konsisten, boleh la cuba rawat GDM dengan beberapa suplemen ni.


B Complex Shaklee boleh bantu menukarkan gula atau makanan yang kita ambil kepada tenaga. Menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga. Dalam masa yg sama mengurangkan masalah keletihan.


Zinc Complex pulak membantu menurunkan paras glukos dalam darah dan membantu menghasilkan insulin, mengekalkan fungsi insulin dan membantu penghasilan enzim dalam tubuh.



Insya Allah dengan pengambilan kedua2 produk ni, maka masalah GDM dapat dikawal. Saya pon nak kena tambah zinc dalam senarai suplemen saya. Huhu.

Kalau ada yg nak boleh la roger2 sama k.

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 naa!

Jumpe esok!



Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!

Air Gula : Here i come!





Assalamualaikum semua.

Hari ni nak kata frust pon ada. Nak rasa tergelak pon ada. Sebab sepanjang pregnancy Zidane tak pernah kena minum air gula ni. In fact kalau boleh masa pregnant kali ni nak la terselamat jugak.

Tapi itu lah. Kun fayakun. Bila Allah cakap kena rasa, maka kena la rasa jugak. Hehe. Berat 2 minggu lepas ditimbang kat KK adalah 60 kg. Tapi entah kenapa berat kali ni naik sampai 63kg. Wow kan? Sama ada penimbang tu menipu atau memang saya yg membesar dengan jayanya. Wallahu a'lam.

Apa pon check up tadi akhirnya menyebabkan mak buyung kena pegi lagi sekali check up next week untuk minum air gula dengan amik darah sebab tetiba HB drop sampai 9.9. 

Bila difikir2 balik, memang salah sendiri pon. Berat badan naik banyak sebab selera makan. Tambah lagi last week banyak kat Ipoh je. Bila duduk di samping suami maka makan pon terjaga. Haha. Suami balik keje je makan cheese cake. Suami bawak untuk Zidane. Tapi ibu pon bantai sama. Tiap kali balik keje mesti ada cheese cake dengan ice lemon tea. Nah! Kat situ la sumbangan berat badan dan jugak HB yg drop tu. Kan minum teh ni tak digalakkan sangat. Nak lagi best, kat opis pon pagi2 minum air kopi dengan teh. There you go. Sebab tu takleh salahkan orang lain. Dan lately tak tau nape, asyik culas makan ubat klinik mahupon suplemen. Lagi 2 3 ari nak ke klinik barula terhegeh2 makan. Huhu. 

Apa pon, dah dapat dah tips minum air gula ni. Ada member diabetis cakap air gula ni ok je sebenanye. Jangan pikir banyak je. Minum je. Lagi bagus dari minum air garam. Haha. Ok la. So kena mula dari hari ni set dalam minda yg air gula ni biasa je. Dah memang rasa semua ni permainan minda semata. Kena set minda mulai arini. Antara tips minum air gula yg saya dapat adalah:
  • Minum cepat2 air gula yg diberikan. Kalau boleh sekali teguk.
  • Minum ketika panas. Kalau sejuk lagi rasa likat.
  • Fikiran kita kena pikir yg air gula adalah air biasa je.
  • Seminggu sebelum kena minum air gula ni, kena rajin2 minum air kosong dan kurangkan minum air manis.
  • Lepas minum tu kumur atau minum air kosong seteguk dua untuk hilangkan rasa manis tu. Takut muntah plak. 
Itu antara tips nye la. Nanti bila dah kena minum air gula next week n kalau ada tips lain mak buyung kongsi naa.

Kalau ada yg nak tau kenapa kena minum air gula ni? Sebabnya mudah je. Ingat tak sebelum ni saya pernah cerita pasal Penyakit Surprise ketika hamil?

Antara penyakit surprise ketika hamil ni adalah diabetis sewaktu hamil atau pon Gestational Diabetis Mellitus atau pon GDM. So minum gula ni untuk cek sama ada kita ni ada GDM ke tidak. Kalau nak tau apa plak GDM dan risikonya kepada ibu dengan anak boleh la cek kat link atas tu.

So itu al kisah saya ke klinik arini untuk check up. Frust memang frust. Tapi bila pikir balik sooner or later maybe kena jugak minum air gula ni. Hanya masa yg menentukannya. Hehe.

Lepas ni kena jaga makan, Kena bersenam sket. Kena kurangkan makanan manis. Kena makan ubat klinik. Kena makan suplemen betul2. Kena gigih.

Untuk ibu2 yg lain toksah jadi malas macam saya. Haha.

Jumpa lagi nanti ok!



Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!!

Tuesday, 28 October 2014

Pre natal massage gaya Shaklee

Assalamualaikum korang!

Tadi dah hapdet pasal keperluan pre natal massage kan. Boleh ke tidak ibu hamil mengurut. Siapa yg tak boleh. Semua tu dah saya kupas dalam entri sebelum ni.
So skang mak buyung nak kongsi pre natal massage gaya Shaklee. Haha. Massage tanpa jari gitu. Macam gempak je kan kan. Ye la. Ni istilah saya la. Saje suke guna istilah lain daripada yg lain. Hehe.

Ada 2 produk yg saya suka sangat sebab boleh bagi kelegaan pada tulang belulang, sendi mendi dah urat saraf saya. Hehe.


Ostematrix Shaklee. Haa. Ni yg nombor 1. Ibu hamil memang perlukan kalsium kan. Kalsium ni bukan dari susu semata. Badam pon ada. Brokoli pon ada. So jangan limitkan pada susu aje. Dan kalsium dalam Ostematrix ni paling seimbang isinya dalam memastikan kadar penyerapannya sampai 99%. Ostematrix bukan sekadar kalsium sebab dalam tu ada magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, maganes dengan boron yg perlu diambil bersama2 untuk penyerapan oleh tubuh dan untuk elakkan mendapan sesetengah mineral. Ostemarix jugak membantu melegakan kekejangan dan kebas2 badan. Sebab tu kalau kita ambik waktu malam sebelum tido tu kan, esok pagi kalau bangun insya Allah bertenaga. Takde rasa lenguh2 dah. Betul. Dengan izin Allah jugak. Hehe.

Ingat kan saya pernah cakap urutan membantu mengurangkan sakit2 badan, sendi dengan melegakan badan kita? Urutan jugak mengurangkan stress kan? So kalau ambik ostematrix, kita akan dapat tido yg nyenyak dan takkan stress sbb ostematrix ni ibarat penenang saraf.

Sebab tu la saya cakap ostematrix ni salah satu produk pre natal massage gaya Shaklee. Hehe.



Produk kedua pulak adalah B Complex. Kenapa B Complex?

Sebab B Complex membantu melawan tekanan dan memastikan kesihatan saraf. Dan betul, B Complex ni pil anti stress Shaklee. So kalau kita dapat atasi stress dengan urutan, maka sama la jugak kalau kita ambil B Complex. Sebab B Complex pon memberi sensasi ketenangan pada kita. Hehe.

Tu dia. Pre natal massage gaya Shaklee. Tambah dengan urutan sebenar, memang superb la. Tetiba rasa lenguh2 badan ni haa. Pinggang pon dah rasa lenguh2. Haha.

So kalau nak cuba pre natal massage gaya Shaklee ni, lagi2 kalau yg jenis geli kalau badan kena urut, cuba la pre natal massage gaya Shaklee ni. Hehe.

Pape roger mak buyung ok!


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor with 1st Class Consultation for sure!!

Pre natal massage : Selamat ke?

Assalamualaikum korang!

Malam ni nak cerita pasal urutan ketika hamil atau pre natal massage. Al maklumla tengah sakit badan ni. Huhu. Sakit ooo. Semua serba tak kena. Dah duduk lama bila bangun lenguh plak. Dah baring lama nak pusingkan badan pon masalah jugak. Abis acaner? Memang kalau dapat mengurut lega sangat la.

So sebenarnya boleh ke mengurut waktu hamil ni? Kalau ikutkan nasihat doktor, tak perlu. Mintak je suami urutkan sket. Tak payah sampai jumpe bidan semua. Tapi ada jugak yg cakap mengurut masa hamil ni tak salah. Asalkan kena gayanya.

Ada pantang larang ke? 

Sebenarnya urutan tak digalakkan di awal kehamilan. Kalau 12 minggu pertama tu elakkan la ye. Biasala awal2 hamil ni kita risau gugur plak. 

Urutan yg bagus dah tentu dapat merehatkan otot dan melancarkan peredaran darah.  Bila otot dan darah tak mengalir dengan lancar, pembentukan darah beku pada otot peha dan betis mungkin boleh berlaku. Sebab tu la tak digalakkan untuk urut terlalu kuat mat bahagian otot peha dan betis. Risau kalau darah beku yg dah memang terbentuk kat situ tertanggal dan masuk dalam saluran darah. Serpihan darah beku ni boleh membentuk thrombus dan boleh menyebabkan strok. 

Di samping dapat melancarkan darah, berurut ni jugak akan mengurangkan sakit2 badan dan dalam masa yg sama boleh tingkatkan imun badan kita. Tak pernah tau kan? So sekarang dah tau la kan? Hehe. Lepas berurut, insya Allah bengkak2 pada sendi kan surut. Tido pon nyenyak. Konfem! 

Urutan yg dibenarkan pulak seluruh tubuh kecuali abdomen. Sebabnya mengikut kajian, urutan pada abdomen boleh merangsang pengecutan rahim. Bila rahim mengecut takut berlakunya keguguran. Selain abdomen, tempat lain yg sensitif macam pergelangan tangan dan pergelangan kaki. Sebabnya urutan pada bahagian ni boleh merangsang otot pada abdomen dengan pelvik mengecut. Takut2 terjadinya keguguran. So kalau boleh elakkan ye. 

Siapa yg tak digalakkan untuk dapatkan pre natal massage ni? Maklumla. Bukan semua orang sama. 

So golongan berikut ni memang tak sesuai untuk urut masa hamil. 

Wanita hamil yg ada masalah hypertension dan pre eklampsia
Pernah ada sejarah kelahiran bayi pra matang
Pernah keguguran
Kehamilan bawah 12 minggu

So hati2 la ok! 

Nway, selain kebaikan yg saya dah sebut kat atas tadi, ada jugak kebaikan pre natal massage ni. 

Kalau nak tau, urutan akan mengurangkan kepekatan norepinephrine dan cortisol yg menyebabkan badan jadi stress. Bila pompuan hamil ni stress banyakla masalahnya. Hehe. So apa kata pegi pre natal massage. Insya Allah lega! 

Dalam masa yg sama jugak, urutan juga akan meningkatkan kepekatan hormon yg dopamine dan serotonin yg menyebabkan badan akan tenang dan bersemangat. Hormon ni jugakla yg mengurangkan masalah dan komplikasi masa bersalin nanti. 

Bestnya kalau dapat urut 2 kali seminggu 5 minggu berturut2. Mesti senang bersalin nanti. Hehe. 

Kredit pada blog Dr Zubaidi pasal kebaikan berurut dari segi saintifik di atas. Hehe. 

So jom carik tukang urut jom! Hehe. Satgi saya share cara nak legakan sakit2 badan dengan Shaklee cara saya ok! 

Regards, 
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor with 1st Class Consultation for sure!! 





Monday, 27 October 2014

Peppermint Ginger Plus bantu masalah angin

Assalamualaikum semua!

Entri arini semua nak buat short & simple but sweet. Hehe. Saya on MC. Penat sebab cirit birit. Huhu.

Semua tau kan kalau minum teh halia memang boleh bantu atasi masalah angin. Lagi2 kalau yg jenis sendawa tak berenti tu. Sekali sekala pekena teh halia memang rasa sihat. Hehe.

Shaklee pon ada produk buang angin ni. Jangan risau.


Kombinasi 4 herba. Dari barat dan timur. Dihasilkan di bawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yg terkini. Bila semua ni bergabung memang meletup la kan!
Kalau ada masalah loya, gastrik, mabuk laut, masalah angin sampai sendawa dan terkentut2 atau masalah penghadaman, cuba la peppermint ginger plus ni. Insya Allah lega!
Dalam peppermint ginger plus ni ada pudina yg melegakan otot perut. Bila ada pudina, maka perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yg jelas dan tetap fokus. Wahhh. Kelas gitu. Haha.

Masyarakat cina dah gunakan halia lebih daripada 2 ribu tahun. Halia merangsang rembesan enzim salvia untuk pencernaan makanan. Halia jugak melegakan ketidakselesaan perut dan usus. Ada kajian di UK  menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan.

Dalam peppermint ginger plus ni jugak ada fennal. Kalau ikutkan kepercayaan orang2 Eropah, kalau ambil fennal lepas makan dapat melegakan sakit perut dan menghilangkan kembung perut.

Last sekali dalam ni ada cekur manis. Digunakan oleh org2 mesir purba. Membantu melegakan masalah pencernaan kita.

Pendek kata, kalau loya ke rasa nak buang angin dalam badan ke, boleh la amik Peppermint ginger plus ni. Tambah dengan urut badan, memang bertubi2 la angin keluar. Hehe.

Nak cuba? Roger mak buyung meh!


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor with 1st Class Consultation for sure!

Kisah hamil : Bila perlu segera dirawat?

Assalamualaikum semua.

Arini nak rush sket. Kena buat entri simple but sweet. Hehe.

Untuk ibu2 hamil, kena concern dengan keadaan diri sendiri. Ada beberapa situasi yg perlukan kita terus dapatkan rawatan SEGERA kat klinik mahupon hospital. Jangan pandang enteng ok. Sebab bila pregnant, bukan melibatkan nyawa kita je. In fact kita membawa nyawa anak bersama. So kena extra cautious sket.

Apa situasi yg perlukan kita dapatkan rawatan segera kat klinik atau hospital masa mengandung ni? 

Antara situasinya adalah :
  • Demam yg tinggi
  • Loya & muntah yg teruk
  • Sakit perut yg luar biasa
  • Pucat
  • Letih lesu
  • Sesak nafas
  • Penglihatan kabur
  • Sakit ulu hati
  • Kaki bengkak
  • Tiada peningkatan berat badan
  • Peningkatan berat badan mendadak dan berlebihan
  • Pembesaran rahim tak sepadan dengan jangkamasa kehamilan
  • Janin kurang bergerak atau tidak aktif
  • Pecah ketuban sebelum cukup bulan kehamilan
  • Sakit bersalin sebelum masa
  • Darah keluar dari faraj - tumpah darah
  • Jantung berdebar2
  • Tidak berdaya untuk melakukan kerja rumah biasa atau rutin harian

Dan yg paling penting in case kalau ada rasa sakit di bahagian perut dan pinggul serta pendarahan faraj. Takut itu tanda2 kehamilan luar rahim.

So kalau ada la tanda2 macam ni, jangan lengah2 ok. Terus ke klinik atau hospital berdekatan.

Better safe than sorry.

Itu je la entri kali ni. Nak kena sambung rehat sebab dapat MC. Penat pon ye jugak.

Kalau nak suplemen Shaklee jangan lupa roger mak buyung ok!!


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor with 1st Class Consultation for sure!

Sunday, 26 October 2014

Dish Wash Concentrate : Pencuci pinggan Semulajadi!

Bersiaran kembali. Hehe. Satgi nak balik Kuala Selangor dah. Sementara anak dengan suami berehat, biarla saya hapdet apa yg perlu.

Assalamualaikum dan selamat malam semua!



Haa. Selama ni dok cite pasal suplemen je kan. So malam ni nak luang masa sket bercakap pasal pencuci pinggan mangkuk Shaklee. Sape kata Shaklee takde pencuci pinggan mangkuk? Tak kenal maka tak cinta kan?

Safe. Powerful. Green. Smart.

Sesuai sangat untuk dish wash concentrate Shaklee ni. Saya kalau cuci pinggan, memang tak perlukan banyak pon sampai berbuih2. Sket je. Tambah air sket. Insya Allah bersih.

Tahukah korang? Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan yg berasaskan petroleum dan bahan pencuci macam Diethanolamine dan sodium dedecylbenzensulfonate boleh menyebabkan ketidak selesaan pada kulit dan mata?
Shaklee Dish Wash Concentrate ni takde benda2 berbahaya ni.

Kalau kita jenis berjaga2 dengan apa yg kita makan, dah tentu kita jenis berjaga2 jugak dengan apa yg kita pakai kan? Ibaratnya kalau barang2 baby dah tentu kita nak guna sabun yg lebih semulajadi, organik etc etc.

So apa kata mulai hari ni kita tukar jenama pencuci pinggan mangkuk kita? Start with small things la kan. Pastu boleh tukar benda lain plak. Hehe.
Al kisahnya la kan. Get Clean Dish Wash Concentrate  ni memang:

  • Lembut pada tangan
  • Semulajadi, berasaskan tumbuh2an
  • Tahan lama sebab pekat
  • Menjadikan pinggan mangkuk bersih berkilau

Antara lain, ciri2 dish wash concentrate ni jugak:

  • Tak bertoksik
  • Hipoalgernik
  • Tanpa klorin
  • PH seimbang 
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Berkesan menanggalkan kotoran berminyak
  • Formula pekatan yg hanya sedimit diperlukan untuk mencuci pinggan yang lebih banyak
  • Buih sabun yang tahan lebih lama
  • Ramuan semulajadi yg diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

See. Insya Allah selamat. Jom mulakan guna produk yg lebih selamat. Kita mulakan dengan yg kecil ok!

Nak cuba boleh roger saya k.

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!


Regards
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!

Lawatan ke klinik

Assalamualaikum semua dan selamat hari minggu.

Esok dah nak mula kerja. Mak buyung cuti lama dari Deepavali. Bila nak masuk keje balik bercinta rasanya. Tambah2 dah nak masuk minggu ke 32 ni. Alhamdulillah, dah nak masuk 8 bulan. Mak buyung dan adik Zidane sihat walafiat. Cuma sakit2 badan tu. Biasa la kan.
 
Ape pon, hari ni nak cite pasal lawatan ke klinik. Apa yg misi akan buat tiap kali kita pegi klinik. Take note yg ni utk klinik kerajaan aje ye. Klinik swasta mak buyung kurang arif sebab since 1st pregnancy memang ke klinik kerajaan aje. Ye la. Sebab nanti nak bersalin pon kat spital kerajaan. Sakit bersalin ni sama je kot kalau bersalin kat swasta atau kat kerajaan kan. Ke acaner? Haha.


1. Perbincangan pertama

Masa 1st visit kita nak bukak buku pink tu , misi atau doktor akan soal kita pasal diri kita sendiri dan pasangan. Biasa la tu. Nak tau medical background kita. In case kalau ada pape yg serius takut pengaruhi kandungan kan. So masa 1st visit ni diorang akan tanya sejarah perubatan kita dengan keluarga kita dan bila last kita period etc etc utk tahu bila due date kita plak. Layankan aje. Saya aritu siap bawak buku pink zidane. Ye la. Mana tau ada info penting. Memang diorang take note pon sbb zidane borderline prem n lahir tak sampai 2.5kg. So catat la apa yg patut. Kemudian kita akan dapat buku pink.

2. Ukur ketinggian

Yg ni masa 1st visit je. Kalau dah tau tinggi berapa tak perlu ukur pon. Lagi mudahkan kerja misi. Sebabnya mengikut ketinggian ni la akan jadi panduan kepada saiz pelvic kita. Biasanya kalau ketinggian lebih 152cm maka insya Allah kita takkan mengalami kesukaran kecuali kalau kita mengandungkan baby yg besar. Bukan saje2 je diorang ukur ketinggian ni ok.

3. Berat badan

Berat badan ditimbang pada setiap kali lawatan. Wajib ni. Sebabnya kita nak pastikan berat badan bertambah dengan sempurna. Bila berat bertambah memang secara logiknya anak dalam perut pon berkembang dengan baik. Kalau kita kehilangan berat sikit sepanjang 3 bulan pertama disebabkan mabuk atau pon alahan, itu normal. Takde apa yg perlu dirisaukan. Tapi kalau berat badan bertambah tiba2 dengan mendadak pada waktu kehamilan seterusnya mungkin itu petanda pre eklampsia. Pertambahan berat badan yg sihat biasanya bagi 5 bulan pertama adalah 0.5kg sebulan. Untuk lepas 5 bulan pulak adalah 0.5kg seminggu. So jaga2 ye. Kang tak pasal minum air gula. Hehe.

4. Sampel urin

Sampel urin dicek tiap kali lawatan. Dan sebaik2nya sampel diambil di aliran air kencing pertengahan. Mid stream urine la kiranya. Tujuan cek sampel urin ni untuk kesan gula, kalau ditemui berulang kali menandakan kemungkinan diabetis semasa hamil. Dan untuk kesan protein yg mungkin menandakan buah pinggang tak berfungsi dengan baik. Dan kalau next visit protein dikesan lagi mungkin petanda pre eklampsia jugak.

5. Ujian darah

Mula2 masa 1st visit memang akan amik darah lebih sket untuk cek kumpulan darah & rhesus, penyakit seks berjangkit macam HIV dan Sifilis kalau ada la sbb kena rawat awal takut membahayakan kita n bayi. Untuk setiap kali lawatan plak kena cek kemerahan darah. Cek hb la ni.

6. Tekanan darah

Tekanan darah disemak tiap kali lawatan jugak. Sebab nak tengok kot2 tekanan darah rendah. Itu biasa masa hamil. Dan in case kalau naik tiba2 maka dapatlah dikawal. Bahaya kan tekanan darah tinggi masa pregnant ni. Kalau nak dekat2 deliver nanti takut kena c sect plak. Sbb risau bila meneran nanti ada saluran darah yg pecah plak. Ada dengar kes2 camni. Merisaukan jugak. Sebab tu lepas je deliver, doktor dengan misi akan tepuk kita dan tanya apa jantina anak kita. Nak pastikan kita sedar. Takut pengsan lepas bersalin.

7. Pemeriksaan fizikal

Yg ni rasanya masa 1st visit je.  Selalunya pemeriksaan fizikal ni melibatkan pemeriksaan jantung dan paru2. Kemudian diorang akan cek breast kita. Pastu diorang akan mintak kita pegi buat check up kat klinik gigi. Tapi tak pergi pon lagi klinik gigi. Hehe. Ngelat bole?  :P Tapi seeloknya pergi la. Sbb ada certain treatment yg kita kena tangguhkan atau kena cepatkan untuk jaga kesihatan mulut kita dan dalam masa yg sama mengurangkan risiko masalah kesihatan kepada bayi dalam kandungan.

8. Kaki, buku lali dan tangan

Yg ni tiap kali lawatan. Sebab nak pastikan takde bengkak atau edema. Kalau ada bengkak pada minggu akhir kehamilan tu normal lebih2 lagi yg dok tunggu baby keluar. Tapi kalau bengkak melampau mungkin tanda pre eklampsia. Kaki kita perlu dicek jugak kot2 ada vena verikos.

9. Abdomen

Yg ni pon misi akan periksa tiap kali lawatan. Sebabnya nak pastikan kedudukan bahagian atas rahim kita. So dapatla diorg gambarkan kadar pertumbuhan baby kita. Bila dah masuk 3rd trimester, pemerikdaan abdomen dijalankan untuk pastikan baby berpusing mengikut arah yg betul dan kalau dah masuk minggu2 akhir kepala baby kena turun ke dalam ruang pelvic. Kalau tidak, mungkin masalah baby songsang. So nanti diorang akan bagi tarikh untuk check up. Kalau takde perubahan, maka kena la c sect. Huhu.

10. Ultrasound

Yg ni mengikut keperluan. Sebab tak semestinya kena scan. Ultrasound diperlukan untuk periksa umur baby & expected due date, kedudukan baby dan uri dan air ketuban. Dalam masa yg sama boleh cek gak baby membesar dengan normal ke tidak. Dalam sesetengah kes sebab nak cek kot2 ada kehamilan kembar dan in case kalau ada kelahiran tak normal macam masalah berkaitan otak dan tulang belakang.


So itu la dia antara apa yg misi dan doktor buat masa lawatan ke klinik. Jangan risau. Jangan fed up. Diorang semua buat kerja untuk pastikan kesihatan kita dan baby ok2 je. Kalau pegi masa office hour, mintakla time slip. Sebab biasanya memang akan ambil masa. Bukan diorang nak entertain kita je. Dan sebagai majikan, kena la faham. Tak boleh pandang sebelah mata keperluan ke klinik ni sebab apa2 pon melibatkan kesihatan ibu dengan anak. Kalau jadi apa2 kan risau nanti.

Ok. Nanti kita jumpe lagi k.


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!!

Saturday, 25 October 2014

ESP : Apa yang bagusnya?

Assalamualaikum korang!



Malam ni marathon buat entri. Haha. Kerja last minit gitu lah. Jangan ikut perangai buruk ni ok! :P

Tapi mak buyung ada alasan. Sebab sepanjang arini mak buyung menyinga. Zidane arini sel2 otak dia memang sparkling2 berhubung antara satu sama lain. Banyak akal dia. Sabo je la. Telan B Complex nak dapatkan sensasi ketenangan. Haha.

Nways sebelum nak lena, nak cite pasal ESP. Ni gambo ESP dulu2 sebagai bukti Shaklee ni dah lama. Bukan baru tumbuh macam cendawan lepas hujan setahun dua ni. Hehe.


Semua maklum kan yg protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ, tisu dalam badan serta lrltein jugak komponen utama kepada hormon manusia. Setiap organ kita perlukan protein. Yes. Setiap organ. Sebab bila kurang protein akan menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk lawan penyakit, akan menyebabkan masalah air berlebihan dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, pertumbuhan terbantut, masalah penghadaman etc etc. The list goes on la kiranya. Worse come to worst boleh mengakibatkan kematian sebab kegagalan fungsi organ.

So kat sini la ESP datang membantu. 

ESP ni satu2nya produk di pasaran yg menjamin penyediaan 9 asid amino penting yg tak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. ESP jugak diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Kandungan Indeks Glisemik dalam ESP rendah. So kalau ada diabetis pon takde hal nak consume ESP. Sesetengah soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan dengan alkohol ni boleh menyebabkan isoflavon yg bermanfaat dalam soya tu hilang. In fact boleh menyebabkan contamination bersilang dengan bahan kimia yg digunakan semasa proses tu berjalan. ESP sempoi je. Dicuci dengan air untuu kekalkan isoflavon genistein & daidzein yg kritikal. Oh ye. Soya ESP ni Non GMO ok!

Bersempena dengan promo yg masih berjalan, jomla rebut peluang yg ada. Rugi kalau tak rebut sekarang. Ada 6 hari lagi ye kawan2!

Nak cuba ESP boleh roger mak buyung k!

PM/CALL/SMS/WHATSAPP 016.331.4797 ok!



Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!

Penyakit surprise ketika hamil

Assalamualaikum semua!

Selamat hari Sabtu & Selamat 1 Muharram!

Tajuk macam gempak je kan? Penyakit surprise tu apa ye? Hehe. Tu la penyakit tiba2 yang sebelum ni kita tak pernah kena pon. Tetiba masa pregnant kena pulak. Tu istilah yg saya guna la.

So arini saya nak sentuh 4 jenis penyakit common yg mungkin kita tak pernah ada tapi time pregnant kita ada dan apa kesannya pada kita ataupon baby kita.

1. Anemia

Anemia ni keadaan di mana berlakunya kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Hemoglobin ni la yg angkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Bila kita terkena anemia waktu hamil, tisu seluruh badan menjadi hipoksia - kurang kandungan oksigen dan kurang tenaga. Bila hemoglobin dalam darah bawah 11gm/dl maka automatiknya kita anemia.

Efeknya pada kita, mungkin akan berlaku keguguran, tumpah darah semasa dan selepas bersalin ataupon kematian. Bahaya ok.

Efek pada anak pulak, tumbesaran dan perkembangan bayi terbantut, kelahiran bayi kurang berat badan, kelahiran tidak cukup bulan ataupon bayi meninggal dalam kandungan. Pon bahaya jugak kan. Zidane dulu lahir 2.28kg. Lahir plak ngam2 36 minggu. Dikira borderline premature. Semua salah ibu. Hb rendah. Huhu.

2. Diabetis

Diabetis pulak keadaan di mana badan tak dapat mengawal kandungan glukos dalam darah. Ada diabetis Jenis 1, Jenis 2 dan Gestational Diabetes atau Diabetis ketika hamil.
Jaga2 la untuk mereka yg ada diabetis ni sebabnya nanti kena minum air gula. Ada beberapa situasi yg memungkinkan kita terpaksa minum air gula. Contohnya masa daftar buku pink tu kita punye BMI overweight. Kalau pernah lahirkan anak yg beratnya 4kg ke atas atau masa daftar buku tu umur 35 tahun ke atas pon kena jugak. Dan dah tentu kalau ada keturunan yg ada kencing manis, maka dengan segala hormatnya minumla air gula nanti. Alhamdulillah saya tak pernah kena. Semoga tak kena la. Lainla kalau ada rezeki pregnant lepas umo 35 tahun nanti. Hehe.

Efeknya diabetis pada ibu akan menyebabkan kita hyper atau hypoglycaemia - kandungan glukos lebih atau kurang dalam darah, jangkitan kuman di bahagian sulit yg kerap, keguguran, polihydramnios @ air ketuban berlebihan, pre eklampsia kesan hypertensi yg teruk, komplikasi diabetis seperti retinopati dan kegagalan buah pinggang dan mengalami komplikasi disebabkan diabetis yg tak terkawal macam sakit buah pinggang.

Untuk baby plak, kesannya mungkin anak akan lahir 4kg atau lebih, kecacatan pada saraf tunjang dan jantung, mati dalam kandungan, hypoglycaemia (kurang glukos dalam darah), lemas semasa lahir dan kecederaan pada saraf di bahagian bahu.

3. Hipertensi

Hipertensi ni tekanan darah tinggi. Keadaannya di mana tekanan darah wanita hamil meningkat lebih daripada paras normal. Selalunya mereka yg 1st time pregnant, berumur kurang dr 20 tahun atau lebih dari 35 tahun, ada sejarah hipertensi dalam previous pregnancy, mengandung kembar, obes sebelum hamil atau wanita yg menghidap hipertensi dengan diabetis akan berisiko dapat hipertensi masa hamil ni.

Efek kepada ibu mungkin boleh mengakibatkan sawan kalau tekanan darah tinggi tak terkawal, strok, tekanan darah semakin meningkat, sesak nafas, fungsi buah pinggang dan hati terjejas menyebabkan protein terdapat dalam air kencing - air kencing kelihatan kotor, uri terpisah daripada rahim dan boleh mengakibatkan bayi mati dalam kandungan dan mungkin darah gagal membeku.

Untuk bayi plak tumbesaran mungkin terbantut dalam kandungan, bayi meninggal dalam kandungan, kelahiran bayi kurang berat dan kelahiran tak cukup bulan.

4. Penyakit jantung

Dianggarkan hampir 30% ibu hamil menghidap penyakit jantung. Dan in fact penyakit jantung adalah salah satu penyebab utama kematian ibu. Penyakit jantung yg kerap terjadi di Malaysia adalah masalah injap jantung dengan masalah jantung congenital.

Efek pada ibu pulak dah tentulah kegagalan fungsi jantung, lemah jantung dan kematian.

Manakala efek pada bayi pulak tumbesaran terbantut dalam kandungan, mati dalam kandungan, kelahiran pramtang dan kecacatan pada bayi.

Itu dia antara penyakit surprise ibu hamil. Sebab tu la penting sangat bg ibu hamil untuk jaga kesihatan sebab kalau kita jaga kesihatan kita bukan takat jaga kesihatan diri sendiri, malah kita menjaga nyawa anak sekali.

Kalau tak dapat makan makanan berkhasiat dengan sempurna, penuhila keperluan nutrisi harian kita dengan suplemen pulak. Jangan pulak dek kerana malas, ataupon disebabkan alahan melampau, kesihatan kita abaikan. No no no ok!

So kalau nak cuba suplemen Shaklee untuk ibu hamil boleh roger saya. Testimoni sendiri bila pregnancy sebelum ni siap kena cucuk inferon, pregnancy kali ni Alhamdulillah takde kena. In fact hb naik kali ni. Alahan? Takde dalam kamus hidup mak buyung setakat ni. Alhamdulillah. Hehe.


Roger naa!


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with  1st Class Consultation for sure!!

Friday, 24 October 2014

Selamat Awal Muharram 1436h!

Assalamualaikum semua!



Baru je hapdet entri, kena rush next entri. Mak buyung tak sanggup kena kick. Kih kih. Sape yg tau, tau la. Kalau nak tau kena join Shaklee. Untuk kita2 aje. Hehe.
Nways, masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram kepada semua umat Islam.

Biarpon awal Muharam tidak diraikan sepertimana tahun baru masihi, tapi harapnya kita sebagai umat Islam kena la berazam jugak.

Tapi kan. Cakap pasal azam. Saya pulak jenis bukan tunggu awal tahun untuk berazam. Sebab pada saya, setiap hari Allah kurniakan untuk kita jadi lebih baik & ubah apa yg perlu. Taubat sementara berkesempatan. Allahu. Banyak gak dosa ni. Sama ada sedar atau tak sedar, nampak atau pon tidak. Yg pasti Allah bagi peluang hari esok untuk kita dah tentu bersebab bukan? Bukan saja2.

Macam mana kita nak letak kayu pengukur untuk kit pastikan hari kita esok lebih baik daripada hari ni?

Mudah je sebenarnya. Kalau semalam kita buat 5 kebaikan, arini kita buat 7. Esok kita buat 10.

Kalau semalam kita buat 10 kejahatan,  arini kita buat 7. Esok jadikan 5.

Lebih banyakkan kebaikan kurangkan kejahatan. Tapi betul. Iman yazidu wa yanqus. Iman kita ni kejap bertambah kejap berkurang. Kat sini pentingnya environment kita. Sape pasangan kita. Dengan sape kita berkawan. Sebab kawan yg baik akan ingatkan kita pada dosa dan pahala, syurga dan neraka.

So itu je la ustazah nak share. Hehe. Semoga kita dapat lalui tahun ni dengan lebih baik, penuh rahmat dan pahala Allah.

Nak jaga kesihatan boleh amik Shaklee ok! Ahaks!

Nak share doa akhir tahun dan awal tahun jugak. Prepare untuk tahun depan plak. Hehe. 



Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor with 1st Class Consultation for sure!!

Coqhealth plus : Rakan karib jantung kita

Assalamualaikum korang!

Dah malam baru berkesempatan nak hapdet blog. Macam biasa. Kalau cuti & dok ngan Zidane memang hectic. Macam2 kena layan. Tabik spring pada suri rumah yg jaga anak kat rumah. Tapi mak2 yg bekerjaya, takde maid, balik keje terus menghadap anak pon takde kurangnya. Sama2 hebat jugak!

Tahukah korang?
  • Jantung kita berdenyut 100000 kali setiap hari? 
  • Aorta, arteri terbesar dalam tubuh kita diamternya hampir menyamai hos kat taman? 
  • Penggunaan ubat2an tertentu akan mengurangkan tahap Coq10 di dalam darah?

Kalau yg baru tau, jom kita stadi sama2.

Jantung kita ni mengepam hampir 2000 gelen darah ke seluruh bahagian tubuh kita setiap hari. Sebagai otot yg bekerja keras, jantung kita perlukan jumlah tenaga yg besar untuk berfungsi dengan cekap. Mana tak nya, jantung kita ni pusat kawalan utama sistem peredaran darah dalam badan kita. Kalau jantung tak berfungsi dengan baik, darah takkan sampai ke seluruh tubuh dengan sempurna.

Macam mana jantung dapatkan tenaga? Jantung kita dapatkan tenaga daripada nutrien yg dipanggil koenzim Q10 atau pon Coq10. Coq10 ni pulak dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh dan wujud dalam semua sel.

Masalahnya, banyak faktor menyumbang kepada pengurangan penghasilan Coq10 dalam tubuh. Pertambahan usia misalnya. Makin kita tua, makin kurang Coq10 dihasilkan oleh tubuh. Sama konsep macam kolagen. In fact semua nutrien yg dihasilkan oleh tubuh akan berkurangan penghasilannya setiap hari. Sebab tu la pentingnya suplemen untuk kekalkan penghasilan sesetengah nutrien yg badan kita boleh hasilkan. Tapi takdela menyebabkan kita semakin muda atau takkan tua atau takkan sakit sampai bila. At least, dengan bantuan suplemen maka kita dapat pastikan kesihatan kita ni terjaga. Tu je.



Apa bestnya Coqhealth Plus Shaklee ni?

Haa. Ni mak buyung nak stori mori.

Banyak produk Coqhealth di pasaran. Tapi bezanya Shaklee sebab:
  • Mengandungi campuran proprietari Coq10  dan resveratrol, ramuan yg menjana jantung sihat
  • Semulajadi
  • Mempunyai sistem penghantaran dengan menggunakan minyak zaitun

Itu uniknya Coqhealth Plus Shaklee.

Antara manfaat lain pulak:
  • Membantu penghasilan tenaga dalam jantung
  • Membantu menambah kekuatan memgepam jantung, meningkatkan peredaran darah, mengurangkan serangan angin dan mengurangkan palpitasi jantung
  • Menggalakkan dan melindungi arteri sihat dari oksidasi LDL
  • Mengurangkan tekanan darah secara semulajadi tanpa kesan sampingan
  • Menambahkan stamina dan mengurangkan simptom kelesuan
  • Merancakkan sel2 otak, mengurangkan serangan migrain, pening dan loya
  • Membekalkan tisu kulit dengan oksigen yg cukup
  • Coqhealth mengandungi resveratrol yg mampu merehatkan salur darah dan membantu pengaliran darah

So sape yg perlukan Coqhealth ni? 
  • Org dewasa yg sihat yg berumur 18 tahun ke atas yg PRIHATIN tentang fungsi jantung dan kesihatan arteri
  • Org dewasa sama ada lelaki atau perempuan yg ada ambil apa2 ubat yg mungkin menyebabkan kurangnya tahap Coq10 dalam darah

So apa tunggu lagi?

Nak nasihat lebih lanjut boleh roger mak buyung ok!

Jumpa lagi satgi!



Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!

Thursday, 23 October 2014

Zidane dah sihat!

Assalamualaikum semua.

Bersiaran dari luar ni. So tak nak cakap banyak. Hehe. Alhamdulillah Zidane dah sihat. Setelah sehari bersilat menjaga dia demam. Tido semalam kul 3 pagi. Tido pon asyik nak berpeluk je. Huhu.

Arini nampak ok dah. Mujur tak melarat. Kalau tak jenuh gak nak tunggu nutriferon. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Tadi pon kemain berselera makan cheesecake ayah dia bawak. Kalau x semalam makan pon tak nak. Minum & menyusu je.

Yg kelakonya bila tunjuk kain yg saya guna untuk basahkan badan dia, menangis2 dia tak nak. Tau plak tu bila kita sebut kain. Bila pujuk cakap Zidane dedor lagi menangis anak bertuah tu. Haha.

So bersempena dengan Zidane dah beransur sihat, maka malam ni kami makan luar. Hehe.
Meh tengok gamba Zidane beraksi malam ni. Since cuaca sejuk2 baru lepas hujan maka Zidane kena paksa pakai benda alah ni. Takut dedor balik. Hehe.



Esok nak bawak Zidane pegi main2 kat satu tempat. Haa. Nak tau mana tunggu entri esok ok!! 

Nak beli suplemen Shaklee roger naa. 

Regards, 
Marina, Ibu Zidane 
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!