Wednesday, 24 September 2014

Selamat datang Trimester ke 3!!


Tudia. Menonggek gitu. Mujur baby. Hehe.

Assalamualaikum semua & hai!

Betul tu. Hari ni dah masuk trimester ketiga. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah yg dah menganugerahkan kesihatan yg baik2 aje sepanjang kehamilan kali ni. Semoga sihat sentiasa sampai la tiba masa anak bertuah ni nak keluar. Hehe.

Anyway, bercakap pasal trimester ni, mungkin ada ibu2 yg baru aje hamil tertanya2 apa dia trimester ni. Kalau dulu, saya pon dok pikir amende la trimester ni. Dah research, google apa yg perlu maka fahamla apa dia trimester tu. Tak payah pegi library pon. Semua di hujung jari kan. =)

Apa dia fasa kehamilan ye?

Ok, jom belajar. Dalam kehamilan basically ada 3 fasa atau 3 peringkat.
  • Trimester pertama : Diukur dari conception date iaitu kira2 minggu ke 12 kehamilan. Dalam trimester pertama ni badan kita akan menjalani banyak perubahan. Perubahan hormon misalnya menjejaskan hampir setiap sistem organ dalam badan kita. Keletihan yg melampau, payudara bengkak, sakit perut dengan atau tanpa muntah ataupun morning sickness, mengidam atau benci untuk makan makanan tertentu, perubahan mood, sembelit, membuang air kecil dengan kerap, sakit kepala, pedih ulu hati, penambahan atau penurunan berat badan adalah antara perubahan yg berlaku masa di trimester pertama. 
  • Trimester kedua : Trimester kedua ni diukur dari minggu ke 13 hingga ke minggu ke 26. Selalunya selepas berjaya menjalani trimester pertama dengan jayanya, maka trimester kedua ni lebih mudah. Gejala macam loya dan keletihan akan beransur hilang tapi perubahan ketara berlaku pada badan kita. Abdomen kita akan berkembang sebab bayi kita membesar bagai juara. Hehe. Dan sebelum trimester ni berakhir, kita akan dapat rasakan bayi kita mula bergerak. Masa tu yg rasa seronok sangat. Sebab diorang ni bergerak kadang2 ikut suka hati diorang je. 
  • Trimester ketiga : Diukur dari minggu 27 sehingga la minggu ke 40. Masa trimester ketiga ni, ada yg rasa sesak nafas, pedih ulu hati, bengkak pergelangan kaki, jari dan muka, buasir, pusat yg terkeluar, masalah tidur, bayi bergerak lebih rendah dalam abdomen kita dan kontraksi. Masa trimester ketiga ni kena jaga betul2 kesihatan dan cek kalau ada tanda2 kelahiran. 37 minggu ke atas dah dikira matang. Kalau lahir masa 36 minggu dikira borderline premature. Macam Zidane. Hehe. Namun, kalau lahir masa 36 minggu dengan berat badan lebih 2.5kg, insya Allah takkan jadi masalah. Yg jadi masalah bila lahir prem pastu berat bawah 2.5kg. Kena pantau lebih sket.

Itu dia 3 fasa kehamilan. Korang dah di fasa mana? Mesti teruja kan? Hehe. Jaga kesihatan tau! Mesti tak sabar nak tunggu si kecik keluar. Semoga selamat semuanya.

Kalau nak cuba set kehamilan Shaklee, boleh la roger saya.

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok! Siap konsultasi 1st class lagi. =)



Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor with 1st Class Consultation for sure =)


No comments:

Post a Comment