Friday, 19 September 2014

Manfaat air lemon di waktu pagi

Assalamualaikum semua & hai!!



Hari ni nak kongsi satu benda menarik yg saya baca dalam majalah iSihat September 2014. Isu Nampak simple tapi menarik dengan tajuk “Mengapa anda perlu minum air lemon waktu pagi?”

Haa. Kalau minum air yg macam ni mesti kita terfikir yg air lemon atau pon limau ni bagus untuk detoks. Sebabnya benda2 masam ni ka nada asid sitrik. Kalau saya pon fikir camtu.

TAPI.

Sebenarnya, minum air lemon di waktu pagi ni banyak manfaat dan bagus bukan sekadar sebab air lemon ni bagus untuk detoks. Nak tau apa lg manfaatnya?

  • Membantu penghadaman : Air suam bukan sahaja membantu merangsang saluran     penghadaman, tapi lemon dipercayai boleh mengaktifkan dan membersihkan hati jugak. Dalam masa yg sama, ianya juga menyingkirkan asid penghadaman dalam proses menghadamkan makanan dan menyingkirkan bahan buangan. Sebab tu la, kalau ada masalah penghadaman, apa kata cuba amalkan minum air lemon suam waktu pagi.
  • Menyokong system imun : Kita sedia maklum memang buah-buahan sitrus macam lemon ni kaya dengan vitamin C dan asid askorbik. Kalau nak tahu, vitamin C membantu menentang selesema. Asid askorbik pulak membantu penyerapan zat besi yg juga memainkan peranan dalam fungsi sistem imun. Sebab tu la kalau ibu mengandung ni ambil pil zat besi, digalakkan sangat ambil dengan air jus yg ada asid askorbik macam oren jus. Pengganti oren boleh la amik lemon. Sedap jugak. Hehe.
  • Mengalkalikan tubuh : Kalau tubuh kita mengalami ketidakseimbangan pH yg kronik, maksudnya penyakit akan mudah menyerang. Walaupon sifat lemon ni berasid, ia mempunyai keupayaan tinggi untuk mengalkalikan selain merupakan cara untuk memastikan keseimbangan pH tubuh badan berada pada paras yg sepatutnya terutamanya kalau diet kita ni jenis kaya daging, keju dan/atau alkohol.
  • Membantu detoksifikasi : Haa. Ini yg macam saya cakap tu. Air lemon adalah diuretik semulajadi yg membantu tubuh menyingkirkan cecair dan toksin. Asid sitrik yg terkandung dalam air lemon ni membantu memaksimumkan enzim yg merangsang hati.
  • Pemberi tenaga : Percaya atau tidak, memang air lemon boleh dikatakan sebagai pengganti kopi untuk member tenaga. Ramai yg mengaku dengan mudah Berjaya melupakan kopi selepas beberapa hari minum air lemon. Kombinasi air dan lemon membantu hidrasi dan meningkatkan paras oksigen dalam darah dan boleh memberikan kita rasa yg hebat!!
  • Mencantikkan kulit : Dehidrasi yg kronik boleh menyebabkan kulit kelihatan kusam. Sebab tu kalau kita mulakan hari kita dengan air lemon, vitamin C dapat memainkan peranan penting dalam mengekalkan kulit sihat dan sebagai antioksidan bagi mencegah penuaan.



Tu dia. Banyak khasiat minum air lemon pagi2 rupanya. Kalau rasa susah sangat nak perah lemon semua tu, beli aje jus lemon kemudian bancuh. Mesti best kan!!

Nak cuba suplemen Shaklee pulak? Ada set kecantikan, set kurus, set sendi, set ibu hamil, set bersalin etc etc. Banyakla tak terkata!!

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!

Regards,

Marina, Ibu Zidane

Your Trusted Shaklee Independent Distributor =)

No comments:

Post a Comment