Monday, 29 September 2014

Kawal berat badan ketika hamil dengan Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Hari ni saya nak berentri pasal berat badan ketika hamil ni. Maklumla, aritu check up kat klinik, berat badan naik mendadak sehingga 2.5kg dalam masa 2 minggu. Kalau ikutkan penambahan berat badan yg sihat ketika hamil ni sebenarnya, 0.5kg dalam seminggu adalah sihat dan memadai. Siap misi bagitau jangan sampai kena minum air gula. Kih kih. So far setakat 2nd pregnancy ni masih takdela lagi pengalaman minum air gula ni. Semoga dijauhkan. Hehe.

Untuk ibu hamil sebenarnya, nak jaga body pon dah tentu mustahil. Jadi janganla bercita2 untuk menjaga badan ketika mengandung. Nanti dah bersalin, susukan anak dengan betul, kurusla balik. Penambahan berat badan ketika hamil ni normal sebab daripada penambahan berat badan ni la kita boleh tahu perkembangan anak tu normal atau pon tidak. Kalau berat badan tak naik memang bahaya. Sebab kita tak pasti sebenarnya anak dalam perut tu berkembang secara sihat atau pon tidak. Dapat nutrisi secukupnya atau pon tidak. Sebab tu penambahan berat badan penting. Yang lebih penting dah tentu penambahan berat badan tu hendaklah TERKAWAL. =)

Kalau diikutkan, penambahan berat badan sebanyak 15kg ke 16kg diperlukan sebab ada penambahan berat pada organ ibu yg sedang siap2 untuk menyokong proses kehamilan dan menyediakan simpanan tenaga untuk digunakan masa proses kelahiran nanti.

  • Pembesaran payudara misalnya adalah untuk menyediakan keperluan penyusuan selepas kelahiran. 
  • Pembesaran rahim adalah untuk menyediakan ruang pembesaran untuk bayi di dalam perut ibu. 
  • Pertambahan lemak dalam badan ibu pula untuk menyediakan simpanan tenaga untuk ibu ketika kelahiran.


Sebab tu jangan risau. Semua pembesaran tu ada keperluannya. =)

Macam mana nak dapatkan penambahan berat badan secara konsisten setiap bulan?


Mudah je sebenarnya. Tambah 300 kalori sehari dalam pengambilan makanan seharian kita. Makan makanan yg berkhasiat dan jangan lupa bersenam dengan cara yg selamat dan sihat yg dibenarkan ketika hamil. Jangan terpengaruh sangat dengan istilah “Makan untuk 2 orang”. Hehe. Tu semua alasan. Sebab kalau dijadikan alasan, maka kita akan makan ikut suka ati dan ikut selera tekak kita kan? Hehe.

Jom semak penambahan berat badan yg dibenarkan masa hamil. Cek BMI dulu tau. Nak tau cek BMI camna? Boleh cekidaut Formula kira BMI kat entri ni.


Yang ni berat yang dibenarkan untuk ibu hamil dengan kehamilan biasa



Yang ni pulak berat yang dibenarkan untuk ibu hamil dengan kehamilan kembar



Cara kawal berat badan ketika hamil dengan Shaklee??

Mudah aje. Boleh ambil Omega Guard Shaklee. Minyak ikan ni kan bagus untuk perkembangan janin. Dalam masa yg sama boleh kontrol berat badan kita sekali. Kenapa saya cakap camtu?

Sebabnya minyak ikan ni bagus untuk metabolisme kita. Kalau nak tau, dengan mengambil minyak ikan ni, kita boleh tingkatkan metabolisme dalam badan kita. Makin kita berusia, kadar metabolisme kita akan berkurang kan. Kalau dah kita hamil, takkan la kita nak amik fat burner pulak untuk elakkan pembentukan lemak berlebihan. Hehe. Better amik Omega Guard ni. Nak tau apa dia kebaikan minyak ikan ni, boleh rujuk Omega Guard minyak ikan terbaik ni.

Lagi best kalau ada masalah tekanan darah tinggi masa mengandung ni, elok sangat la consume Omega Guard ni. Sebab Omega Guard bantu bersihkan saluran darah kita. Tersingkirlah timbunan kolesterol dalam saluran darah kita, Insya Allah.

Nak tips??

Ibu hamil hanya perlukan sebiji Omega Guard sehari. Tak payah banyak pon. Pengambilan suplemen minyak ikan, apa jenis dan jenama sekali pun akan membuatkan kita rasa haus dan dalam sesetengah keadaaan bila kita kurang minum, bibir akan jadi kering. 

Sebab tu la ibu hamil digalakkan ambil air kosong secukupnya dan banyakkan ambik buah2an berserat. Sebabnya jugak, dalam masa yg sama, buah2an ni bagus sebab sebagai sumber serat, diorang boleh bantu kita menyerap lemak & kolesterol yg dah dipecahkan oleh Omega tadi. Bila minum air yg cukup, senangla nak "angkut" bahan buangan keluar dari badan. =)




Nak tips lagi? Haaa. Meh roger saya.

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!



Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor with 1st Class Consultation for sure!!

1 comment: