Monday, 1 September 2014

Collagen Terbaik : Collagen Powder Shaklee


Selamat pagi Malaysia!! Assalamualaikum semua. =)

Setiap bulan ada promo kan. So ini promo bulan ni. Wow wow. Dan double wow wow lagi. Hehe.




Apa kata kita intai2 dulu apa benda2 ni haa. Kita mula dengan Collagen powder shaklee ok!! Nanti next entri kita cerita pasal mealshakes pulak ok!!


Collagen Powder Shaklee

Semua orang sedia maklum yang kolagen ni penting bukan sahaja untuk kecantikan. Bahkan kolagen penting jugak untuk kesihatan kita secara umumnya. Ramai yg salah sangka dan ingat kolagen penting untuk kulit semata. Tapi walhal takdela limited untuk kulit aje. Nak tau apa kebaikan kolagen ni untuk kita? Jom!!

  • Rambut & kuku : Kolagen bermanfaat untuk memperkuat akar rambut dan merangsang pertumbuhan rambut yg sihat. Sama jugak dengan kuku, kolagen membantu untuk memperkuatkan kuku. Kalau kuku sihat, maka susah la nak patah. Kalau kuku ada bintik2 putih, dengan penggunaan kolagen yg konsisten, Insya Allah bintik2 putih akan hilang. Bintik putih tu tanda ada la yg tak sihat tu kalau nak tau. =)
  • Kulit : Yg ni memang semua tahu la sebab kolagen bantu kita untuk mengekalkan keremajaan kulit. Eceh. Awet muda gitu. Kolagen dapat bantu kulit kita tegang dan sihat dan dapat jugak menghilangkan bekas luka atau parut pada kulit. Sebab tu kalau konsisten guna kolagen boleh hilangkan parut & jugak stretch mark. 
  • Sendi : Jangan tak tau yg kolagen pon bagus untuk sendi. Kalau rasa sengal2 atau lenguh atau nyilu pada sendi, boleh la cuba ambil kolagen secara teratur. Sebabnya, kolagen mampu membekalkan fleksibiliti tubuh kepada bahagian tendon kita. Kolagen jugak membantu untuk membina tulang rawan yg lebih sihat pada sendi.
  • Tulang : Kolagen memiliki fungsi yg sama pentingnya dengan kalsium bagi tulang kita. Sebab kolagen ni sebenarnya berfungsi sebagai pelekar tulang supaya sendi bersatu. Kalau kita ambil kolagen dengan teratur, kita dapat memperkuatkan tulang dan mencegah tulang rapuh. Tambah pulak dengan tabiat pemakanan yg teratur, seimbang dan baik, kesihatan tulang dapat dijaga dengan baik sampai la kita tua. Insya Allah. Dalam masa yg sama, dapatla kita melawan osteoporosis. 
  • Otak : Siapa sangka kolagen yg baik untuk kulit ni sebenarnya bagus untuk otak jugak? Sebabnya nutrisi pada otak kita dibekalkan oleh sel yg dibentuk oleh jaringan kolagen. Saraf kranial pada otak takkan dapat menerima nutrisi kalau jaringan kolagen berkurangan atau menipis. Sebab tu la pentingnya pengambilan kolagen ni. Dapat la otak kita bekerja dengan lebih baik. =)
  • Mata : Untuk bekerja dengan lebih baik, otot2 di mata mestilah lentur. Seiring dengan pertambahan usia, kolagen pada kornea akan berkurangan dan ini akan menjadikan kornea  menjadi kaku. Bila kornea jadi kaku, tak bagus la untuk kesihatan mata. Sebab tu untuk mengatasi kekurangan kolagen di bahagian mata, kita disarankan untuk ambil kolagen supaya dapat pulihkan penglihatan.

Ok, itu dia sedikit sebanyak kebaikan kolagen.

 Persoalan seterusnya pulak adalah kenapa pilih Shaklee??

Sebab Shaklee menggunakan sisik ikan merah sebagai formula istimewanya dalam Collagen ni haa. Hebat sangat ke ikan merah ni? Hehe. Kalau nak tau ikan merah boleh menahan tekanan sehingga 20 paun, bertelur dan hidup bebas di dalam lautan dalam. Ikan merah ni sangat lasak dan elastik, mempunyai kepaduan sel yg sangat tinggi dan tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan. Dek kerana itulah menjadikan ikan merah sebagai sumber kolagen yg sangat lasak. Sisik ikan merah ni sumber kolagen yg premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yg tinggi berbanding dengan kolagen haiwan yg lain.

Dalam Collagen Shaklee jugak ada ekstrak biji Camellia Japonica yg terdiri dari asid oleik, satu emolian dan pelembap kulit yg hebat dan isoflavon, antioksidan semulajadi yg mampu mengurangkan radikal bebas.

Ekstrak Pfaffia pon ada dalam Collagen Shaklee ni. Kalau nak tau Pffafia ni dikenali sebagai ginseng Brazil, bila digabungkan dengan ekstrak biji Camilla Japonica tadi mampu membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic yg memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.

Elastin dari kolagen ikan tadi memelihara kulit menjadi fleksibel dan tegang, memberikan reaksi melantun bila kulit ditarik. Kolagen ikan jugak mengandungi elastin yg berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi anjal, tegang dan elastik.

Vitamin C dan B pon ada dalam Collagen Shaklee ni. Macam yg kita tau, vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yg merosakkan kulit kita, manakala vitamin B turut serta dalam metabolisme karbohidrat, lemak & protein untuk membebaskan tenaga yg diperlukan untuk penghasilan kolagen dalam sel.

Kalau nak tau dalam Collagen Shaklee ni ada jugak ekstrak kekerang atau glucosamine ekstrak kekerang yg penting dalam sintesis cecair synovial yg membekalkan pelincir kepada sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata dan kekeringan mata. Kan tadi dah diskas yg kolagen pon penting untuk kesihatan sendi dan mata. Hehe.

Lactobacillus acidophilus dalam Collagen Shaklee pulak membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membbina semula sistem usus yg sihat yg mampu meningkatkan penyerapan kolagen.

Tu dia sedikit sebanyak kepentingan dan fungsi setiap ramuan yg ada dalam Collagen Shaklee.

Sebab tu la saya cakap Collagen Shaklee ni memang BEST!!

Nak tengok testimoni orang2 yg dah guna Collagen Shaklee ni? 

Meh refer kat entri Kenapa pilih Collagen Shaklee.

Dan saya sendiri ambil Collagen Shaklee walaupun tengah menyusukan anak aritu. Memang Alhamdulillah takde kesan pada susu pon. Insya Allah. =)

Rebut peluang sementara ada ni. Kalau nak dapatkan keahlian free tu elok sangat la rebut peluang terbaik ni!!


Nak cuba?

PM/Call/SMS?WhatsApp 016.331.4797 ok!!


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor 


No comments:

Post a Comment