Monday, 8 September 2014

Cara Pilih Diet yang Betul

Assalamualaikum semua!!
Hari ni terasa nak cerita pasal kontorversi dalam memilih diet bagi kita2 yg nak berdiet. Apa diet yg sesuai dan perlu ke kita berdiet?

Kalau diikutkan saranan diet Malaysia, pengambilan makanan seimbang adalah dengan mengambil 55% ke 60% karbohidrat, 15% ke 20% protein dan 30% lemak daripada JUMLAH KALORI tenaga dalam sehari. So kalau diikutkan, kita kena la tengok dulu berapa sebenarnya keperluan kalori kita dalam sehari. Supaya kita tak terambil lebih dan supaya kita boleh bakar kalori yg lebih. Jangan lupa, kalau kita terambil lebih kalori setiap hari, lama2 kalau dihimpun setiap hari maka bertambah la berat badan kita. Hehe. Sebab tu kalau ikutkan Kevin Zahri sendiri, sebelum kita nak mulakan diet, cek dulu berapa kalori intake yg kita perlukan. =)

Macam saya cakap tadi bila pengambilan kalori lebih daripada keperluan setiap hari, kita akan tambah berat badan. Bila berat badan bertambah, maka risiko nak dapat penyakit lain pon mula bertambah. Sebab tu ramai orang memilih banyak jenis diet semata2 untuk kurangkan berat badan. 

Tapi tak semua jenis diet tu sesuai untuk semua orang. Misalnya, Raw Food Diet atau diet makanan mentah mungkin mendorong kepada kekurangan vitamin B12 dan D3. Diet sayur-sayuran atau Diet Vegen pulak adalah jenis diet vegetarian. Bila amalkan diet ni pulak masalah kekurangan nutrien akan berlaku. Kurang zat besi, kurang kalsium dan vitamin D, kurang vitamin B 12, zink, kurang sumber protein yg berkualiti. Diet atkins pulak kita tak boleh ambil sebarang karbohidrat. Hanya protein dibenarkan. Dan ada yg kurus hanya dengan mendapatkan sumber protein daripada telur setiap hari. Tapi bila cek kolesterol, tinggi pulak. Kolesterol tinggi lagi bahaya ok. Hehe. Sebab tu kena cek betul2 apa jenis diet yg sesuai untuk kita. Jangan semberono diet je tau!!

Apa yg perlu kita buat kalau kita nak mulakan diet ni?

Mula2 sekali kita kena tanya pendapat pakar. Jangan sekadar ikut-ikutan. Jumpe la pakar permakanan untuk dapatkan kepastian. Sebabnya, takde satu jenis makanan yg boleh membekalkan kesemua khasiat yg diperlukan. Sebab tu la kita ada piramid makanan. Maka, kalau kita nak dapat khasiat yg badan kita perlukan, kena la ikut piramid makanan tu. Ikut tips2 pemakanan yg dah disarankan dalam garis panduan pemakanan Malaysia. Makan pelbagai jenis makanan mengikut saiz pengambilan yg disarankan. Pastikan pinggan kita ada 1/2 sayur-sayuran dan buah-buahan, 1/4 makanan berkarbohidrat dan 1/4 lagi makanan yg berprotein.

Periksa BMI kita. Kalau BMI normal, maka kita tak perlukan diet rendah kalori. Hanya perlu teruskan gaya hidup sihat aje. Sebab tu la consultation dengan pakar tu membantu. Takdela kita semberono ikut diet orang lain. =)

Macam mana nak tentukan BMI kita ni normal atau tidak?



Formulanya mudah je.

BMI : Berat (kg) / [Tinggi (m) x Tinggi (m)]

So contohnya, kalau tinggi seseorang tu 170 cm atau pon 1.70m & ada berat 60, berapa BMI orang tu?

Kita cuba dengan formula BMI tadi.

BMI : 60 / [1.70 x 1.70] : 60/2.89 : 20.8


Kalau kita tengok jadual BMI kat atas tu orang ni kategori Healthy atau pon Sihat sebab BMI nya 20.8. So perlu lagi ke nak berdiet? Jangan ikut orang sangat nak diet ni. Kalau dah BMI sihat, amalkan aje gaya hidup sihat. Makan ikut guide yg dah diberi, bersenam, rehat yg cukup, air yg cukup. Insya Allah sihat. =)

Kalau dah masuk kategori overweight tu memang kena la diet bagi BMI sihat sket. Hehe.

Kalau ikutkan Kevin Zahri pulak lagi mudah. Nah tengok!




Pesan Kevin Zahri lagi dalam memilih diet ni. Nah tengok lagi.


Tu dah clear dah dia cakap. Jangan ikut mana2 diet hanya sebab diet tu popular. Kena faham dan pastikan diet tu sesuai dengan kita.

Dan kalau nak cek diet kita ni terlalu extreme atau pon tak, boleh tengok gambar bawah ni pulak. 


Kalau ada tanda2 macam ni, kena tengok balik diet kita. Dietla dengan cara yg sihat.

Nak kurangkan berat badan memang kena perlukan disiplin. Kena mujahadah la sikit. Takkan nak senang aje.

Makan suplemen SAHAJA pon tak membantu. Apatah lagi bila suplemen tu claim boleh kurus dalam masa seminggu. Takut bahaya aje. 

Nak diet cara saya? Khas untuk ibu menyusukan anak dan Insya Allah selamat dan semulajadi. Tanpa perlu berlapar. Cuma kawal pengambilan makanan dan sambil tu cukupkan diri dengan nutrien melalui pengambilan suplemen Shaklee.

Kalau rasa nak turunkan berat badan macam saya, boleh la roger saya.


Gambar atas ni dari 3 bulan lepas bersalin, 4 bulan lepas bersalin, 7 bulan lepas bersalin dan terakhir sekali 10 bulan lepas bersalin.

Tak diet sebab menyusukan anak. Tapi amalkan gaya hidup sihat dengan suplemen Shaklee.




Gambar atas ni yg latest. Lepas anak dah setahun lebih. 


Gambar atas ni masa bujang ye kawan2. Boleh pakai baju kurung moden. Nak tengok lepas kawin & lepas bersalin muat lagi tak pakai baju sama ni?


Alhamdulillah. masih boleh pakai baju sama walau dah bersalinkan Zidane. Ingat baju kurung moden ni muat ke kalau tak amalkan gaya hidup sihat? Kih kih


So boleh PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!



Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

.














1 comment:

  1. hai mommy...saya pon tengah nak diet neh! haha tq ur info

    ReplyDelete