Friday, 26 September 2014

Atasi pedih ulu hati ketika hamil dengan Shaklee

Assalamualaikum semua.

Lately ni asyik rasa pedih ulu hati je. Rasa tak selesa. Nak muntah pon ada. Sebelum ni tak pernah gini. Maybe sebab perut semakin maju. Maka mula la rasa macam2.

Pernah tak rasa heartburn tu? Rasa macam tak selesa pada bahagian atas perut yg bersambung dengan esophagus. Esofagus ni saluran dari mulut yg menghantar makanan ke perut. Kat hujung esofagus tu ada mukus tebal dan bukaan yg sentiasa tertutup untuk mengelakkan asid dari perut naik ke esofagus.
Banyak sebab dan keadaan yg boleh menyebabkan asid dari perut naik dan mengakibatkan pedih ulu hati ni. Contohnya bila mukus tu menipis atau kalau “angin” dalam perut. Bila jadi camni, terjadilah refluks yg menolak asid perut naik ke atas. Kalau la sebelum hamil pon ada masalah gastric, heartburn ketika hamil akan menyebabkan kita lagi rasa tak selesa.

Take note. Kalau asid perut selalu naik ke atas ni sebenarnya tak bagus sbb lama2 boleh merosakkan esofagus.

Kenapa ibu hamil mengalami heartburn?

Ketika hamil, kesan hormone reproduktif menyebabkan esofagus tadi menjadi lembut dan menyebabkan kebocoran ketika makanan diproses dalam perut.  Selain daripada tu, saiz bayi yg semakin membesar dalam rahim pon mungkin menyebabkan perut tak dapat menjalankan proses penghadaman dengan baik. Dalam sesetengah keadaan, selain pedih ulu hati, kita mungkin jugak rasa tak selesa di bahagian abdomen, rasa nak muntah atau loya atau rasa cepat kenyang walaupun baru je makan sikit. Macam kes saya la ni. Huhu.

Ada banyak petua dan tips untuk mengelakkan pedih ulu hati ni.

Antaranya :

  • Jaga permakanan. Makanan berempah, pedas dan berminyak, minuman panas, kopi dan arak mungkin boleh mengakibatkan pedih ulu hati jadi bertambah teruk. Lebih2 lagi kalau kita makan dalam kuantiti yg banyak.

  • Jauhi asap rokok. Nikotin dalam asap dah memang tak elok sama ada ketika hamil atau pon tak. Eloklah jauhi asap rokok.

  • Dapatkan kedudukan badan yg baik. Banyak berbaring dan membongkok ke hadapan akan menyebabkan pedih ulu hati bertambah teruk. Kalau boleh duduk dan berdirilah dengan tegak. Dapatkan postur yg sesuai.

  • Masa tidur. Kalau pedih ulu hati ni berlaku di waktu malam, pastikan kita tak makan atau minum 3 jam sebelum tidur. Tinggikan kepala dengan menggunakan bantal 10-15cm dari paras dada.

  • Tinggalkan ubat penahan sakit. Sebabnya ada ubatan yg menyebabkan refluks dan pedih ulu hati bertambah teruk. Ubat penahan sakit, NSAID macam ibuprofen atau aspirin boleh menyebabkan pedih ulu hati menjadi2.

  • Minum minuman bersusu. Ini boleh membantu melegakan pedih ulu hati.


Atasi pedih ulu hati dengan Shaklee


Boleh cuba atasi pedih ulu hati dengan 2 produk.




Peppermint Ginger Plus Shaklee yg membantu melegakan gastrik dan badan berangin serta melegakan pedih ulu hati. Maklumla, ada halia yg merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan dan membantu melegakan ketidakselesaan perut dan usus, loya dan mual, serta angin ketika hamil.




ESP pulak merupakan sumber protein daripada kacang soya yg merupakan sejenis tumbuhan yg bersifat alkali dan dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Kalau kita ambil ESP, asid dalam perut yg menjadi penyebab pedih ulu hati akan dineutralkan.


So apa tunggu lagi? Meh cuba meh. Legakan pedih ulu hati ketika hamil jom!

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!

Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st class consultation for sure!


1 comment: