Monday, 22 September 2014

3d / 4d scan @ 26 minggu 5 hari

Assalamualaikum semua. =)

Aritu ada cerita yg saya pergi buat 3d / 4d scan kan. Boleh cekidaut kat Scan 3d / 4d termurah di Ipoh ni. Masa tu jantina tak berapa clear even doktor cakap 80% perempuan.

Nafsu seorang ibu. Kah kah. Walau pon doktor cakap buat scan masa 28 minggu, tapi melonjak2 hati ni haa nak melihat jantina cepat. So terawal 2 minggu. Dah nak masuk 27 minggu dah pon. Kira ok la sebab compared to previous session masa tu baru je 21 minggu. 

Al kisahnya, semalam set la appointment kul 11.30 pagi. Tapi rushing sket so call balik mintak lambat kan sket ke kul 12 tengahari. Pergi punya pergi Alhamdulillah kali ni takde patient dalam tu. Maka terus la sesi scan perut ibu. Hehe.

Let the pictures talk themselves la ok. Kongsi sket2 udah la. Nanti tunggu la yg empunya diri muncul Disember ni. Hehe.




Yang ni gambo masa 21 weeks aritu. Nampak ok je kan. Clear je. Yg ni aritu saya buat detail scan macam yg saya cerita dalam entri atas tu. 



Aritu tak nampak sangat kan? Kali ni boleh la nampak jugak. Tu burger sign tu. Ada nampak? Hehe. Alhamdulillah perempuan. Semoga kelahirannya dipermudahkan nanti. =)




Ni gambar 3D. Kemain dia ni memang pemalu sungguh. Aritu lagi la jenuh tak nampak. Ni kira ok sket la. Tu pipi tu nampak? Tembun kan? Haha. Berat dah hampir 1kg. Doktor cakap by the time sampai tempoh matang insya Allah beratnya bertambah.

Dulu Zidane masa 34 minggu dah ada bleeding. Kena cucuk dexa lagi untuk matangkan paru2. Masa ngam2 36 minggu dia pon dah tak sabar nak keluar. Borderline premature, dengan berat 2.28kg. Kecik je anak bertuah tu. Adik zidane ni tak tahu la nak cakap camna. Kalau ikutkan pengalaman doktor tu katanya ada yg jenis ikut adik beradiknya yg lahir dulu. Lahir awal. Ada yg tak. Zidane dulu maybela sebab 1st pregnancy. Tambahan pulak HB ntahapa hapa je kan dulu. Take note yg antara risiko HB rendah adalah kelahiran pramatang dan bayi kecik. So terimala seadanya. Hehe.

Takpela. Yg penting lahirnya nanti sihat2 aje. Boleh kawan dengan Zidane baik2. Hehe.

Ok la korang. Kalau nak cuba set tambah HB Shaklee boleh la roger saya. Ada set kehamilan jugak. Bagus amik suplemen ni asalkan sesuai dengan keperluan kita ibu mengandung ni. Memang kalau diikutkan, berbeza la kehamilan sekarang dengan dulu. Alhamdulillah.

Kalau nak scan 3D / 4D murah boleh ke Poliklinik Tanjung Perdana ni. Sementara promosi sampai hujung tahun. Beruntungla yg mengandung. Sempat nak kejar promosi ni lagi. Layanan pon ok sangat!

So untuk suplemen Shaklee, boleh PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)





No comments:

Post a Comment