Monday, 29 September 2014

Kawal berat badan ketika hamil dengan Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Hari ni saya nak berentri pasal berat badan ketika hamil ni. Maklumla, aritu check up kat klinik, berat badan naik mendadak sehingga 2.5kg dalam masa 2 minggu. Kalau ikutkan penambahan berat badan yg sihat ketika hamil ni sebenarnya, 0.5kg dalam seminggu adalah sihat dan memadai. Siap misi bagitau jangan sampai kena minum air gula. Kih kih. So far setakat 2nd pregnancy ni masih takdela lagi pengalaman minum air gula ni. Semoga dijauhkan. Hehe.

Untuk ibu hamil sebenarnya, nak jaga body pon dah tentu mustahil. Jadi janganla bercita2 untuk menjaga badan ketika mengandung. Nanti dah bersalin, susukan anak dengan betul, kurusla balik. Penambahan berat badan ketika hamil ni normal sebab daripada penambahan berat badan ni la kita boleh tahu perkembangan anak tu normal atau pon tidak. Kalau berat badan tak naik memang bahaya. Sebab kita tak pasti sebenarnya anak dalam perut tu berkembang secara sihat atau pon tidak. Dapat nutrisi secukupnya atau pon tidak. Sebab tu penambahan berat badan penting. Yang lebih penting dah tentu penambahan berat badan tu hendaklah TERKAWAL. =)

Kalau diikutkan, penambahan berat badan sebanyak 15kg ke 16kg diperlukan sebab ada penambahan berat pada organ ibu yg sedang siap2 untuk menyokong proses kehamilan dan menyediakan simpanan tenaga untuk digunakan masa proses kelahiran nanti.

  • Pembesaran payudara misalnya adalah untuk menyediakan keperluan penyusuan selepas kelahiran. 
  • Pembesaran rahim adalah untuk menyediakan ruang pembesaran untuk bayi di dalam perut ibu. 
  • Pertambahan lemak dalam badan ibu pula untuk menyediakan simpanan tenaga untuk ibu ketika kelahiran.


Sebab tu jangan risau. Semua pembesaran tu ada keperluannya. =)

Macam mana nak dapatkan penambahan berat badan secara konsisten setiap bulan?


Mudah je sebenarnya. Tambah 300 kalori sehari dalam pengambilan makanan seharian kita. Makan makanan yg berkhasiat dan jangan lupa bersenam dengan cara yg selamat dan sihat yg dibenarkan ketika hamil. Jangan terpengaruh sangat dengan istilah “Makan untuk 2 orang”. Hehe. Tu semua alasan. Sebab kalau dijadikan alasan, maka kita akan makan ikut suka ati dan ikut selera tekak kita kan? Hehe.

Jom semak penambahan berat badan yg dibenarkan masa hamil. Cek BMI dulu tau. Nak tau cek BMI camna? Boleh cekidaut Formula kira BMI kat entri ni.


Yang ni berat yang dibenarkan untuk ibu hamil dengan kehamilan biasa



Yang ni pulak berat yang dibenarkan untuk ibu hamil dengan kehamilan kembar



Cara kawal berat badan ketika hamil dengan Shaklee??

Mudah aje. Boleh ambil Omega Guard Shaklee. Minyak ikan ni kan bagus untuk perkembangan janin. Dalam masa yg sama boleh kontrol berat badan kita sekali. Kenapa saya cakap camtu?

Sebabnya minyak ikan ni bagus untuk metabolisme kita. Kalau nak tau, dengan mengambil minyak ikan ni, kita boleh tingkatkan metabolisme dalam badan kita. Makin kita berusia, kadar metabolisme kita akan berkurang kan. Kalau dah kita hamil, takkan la kita nak amik fat burner pulak untuk elakkan pembentukan lemak berlebihan. Hehe. Better amik Omega Guard ni. Nak tau apa dia kebaikan minyak ikan ni, boleh rujuk Omega Guard minyak ikan terbaik ni.

Lagi best kalau ada masalah tekanan darah tinggi masa mengandung ni, elok sangat la consume Omega Guard ni. Sebab Omega Guard bantu bersihkan saluran darah kita. Tersingkirlah timbunan kolesterol dalam saluran darah kita, Insya Allah.

Nak tips??

Ibu hamil hanya perlukan sebiji Omega Guard sehari. Tak payah banyak pon. Pengambilan suplemen minyak ikan, apa jenis dan jenama sekali pun akan membuatkan kita rasa haus dan dalam sesetengah keadaaan bila kita kurang minum, bibir akan jadi kering. 

Sebab tu la ibu hamil digalakkan ambil air kosong secukupnya dan banyakkan ambik buah2an berserat. Sebabnya jugak, dalam masa yg sama, buah2an ni bagus sebab sebagai sumber serat, diorang boleh bantu kita menyerap lemak & kolesterol yg dah dipecahkan oleh Omega tadi. Bila minum air yg cukup, senangla nak "angkut" bahan buangan keluar dari badan. =)




Nak tips lagi? Haaa. Meh roger saya.

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!



Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor with 1st Class Consultation for sure!!

Friday, 26 September 2014

Atasi pedih ulu hati ketika hamil dengan Shaklee

Assalamualaikum semua.

Lately ni asyik rasa pedih ulu hati je. Rasa tak selesa. Nak muntah pon ada. Sebelum ni tak pernah gini. Maybe sebab perut semakin maju. Maka mula la rasa macam2.

Pernah tak rasa heartburn tu? Rasa macam tak selesa pada bahagian atas perut yg bersambung dengan esophagus. Esofagus ni saluran dari mulut yg menghantar makanan ke perut. Kat hujung esofagus tu ada mukus tebal dan bukaan yg sentiasa tertutup untuk mengelakkan asid dari perut naik ke esofagus.
Banyak sebab dan keadaan yg boleh menyebabkan asid dari perut naik dan mengakibatkan pedih ulu hati ni. Contohnya bila mukus tu menipis atau kalau “angin” dalam perut. Bila jadi camni, terjadilah refluks yg menolak asid perut naik ke atas. Kalau la sebelum hamil pon ada masalah gastric, heartburn ketika hamil akan menyebabkan kita lagi rasa tak selesa.

Take note. Kalau asid perut selalu naik ke atas ni sebenarnya tak bagus sbb lama2 boleh merosakkan esofagus.

Kenapa ibu hamil mengalami heartburn?

Ketika hamil, kesan hormone reproduktif menyebabkan esofagus tadi menjadi lembut dan menyebabkan kebocoran ketika makanan diproses dalam perut.  Selain daripada tu, saiz bayi yg semakin membesar dalam rahim pon mungkin menyebabkan perut tak dapat menjalankan proses penghadaman dengan baik. Dalam sesetengah keadaan, selain pedih ulu hati, kita mungkin jugak rasa tak selesa di bahagian abdomen, rasa nak muntah atau loya atau rasa cepat kenyang walaupun baru je makan sikit. Macam kes saya la ni. Huhu.

Ada banyak petua dan tips untuk mengelakkan pedih ulu hati ni.

Antaranya :

  • Jaga permakanan. Makanan berempah, pedas dan berminyak, minuman panas, kopi dan arak mungkin boleh mengakibatkan pedih ulu hati jadi bertambah teruk. Lebih2 lagi kalau kita makan dalam kuantiti yg banyak.

  • Jauhi asap rokok. Nikotin dalam asap dah memang tak elok sama ada ketika hamil atau pon tak. Eloklah jauhi asap rokok.

  • Dapatkan kedudukan badan yg baik. Banyak berbaring dan membongkok ke hadapan akan menyebabkan pedih ulu hati bertambah teruk. Kalau boleh duduk dan berdirilah dengan tegak. Dapatkan postur yg sesuai.

  • Masa tidur. Kalau pedih ulu hati ni berlaku di waktu malam, pastikan kita tak makan atau minum 3 jam sebelum tidur. Tinggikan kepala dengan menggunakan bantal 10-15cm dari paras dada.

  • Tinggalkan ubat penahan sakit. Sebabnya ada ubatan yg menyebabkan refluks dan pedih ulu hati bertambah teruk. Ubat penahan sakit, NSAID macam ibuprofen atau aspirin boleh menyebabkan pedih ulu hati menjadi2.

  • Minum minuman bersusu. Ini boleh membantu melegakan pedih ulu hati.


Atasi pedih ulu hati dengan Shaklee


Boleh cuba atasi pedih ulu hati dengan 2 produk.




Peppermint Ginger Plus Shaklee yg membantu melegakan gastrik dan badan berangin serta melegakan pedih ulu hati. Maklumla, ada halia yg merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan dan membantu melegakan ketidakselesaan perut dan usus, loya dan mual, serta angin ketika hamil.




ESP pulak merupakan sumber protein daripada kacang soya yg merupakan sejenis tumbuhan yg bersifat alkali dan dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Kalau kita ambil ESP, asid dalam perut yg menjadi penyebab pedih ulu hati akan dineutralkan.


So apa tunggu lagi? Meh cuba meh. Legakan pedih ulu hati ketika hamil jom!

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!

Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st class consultation for sure!


Wednesday, 24 September 2014

Selamat datang Trimester ke 3!!


Tudia. Menonggek gitu. Mujur baby. Hehe.

Assalamualaikum semua & hai!

Betul tu. Hari ni dah masuk trimester ketiga. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah yg dah menganugerahkan kesihatan yg baik2 aje sepanjang kehamilan kali ni. Semoga sihat sentiasa sampai la tiba masa anak bertuah ni nak keluar. Hehe.

Anyway, bercakap pasal trimester ni, mungkin ada ibu2 yg baru aje hamil tertanya2 apa dia trimester ni. Kalau dulu, saya pon dok pikir amende la trimester ni. Dah research, google apa yg perlu maka fahamla apa dia trimester tu. Tak payah pegi library pon. Semua di hujung jari kan. =)

Apa dia fasa kehamilan ye?

Ok, jom belajar. Dalam kehamilan basically ada 3 fasa atau 3 peringkat.
  • Trimester pertama : Diukur dari conception date iaitu kira2 minggu ke 12 kehamilan. Dalam trimester pertama ni badan kita akan menjalani banyak perubahan. Perubahan hormon misalnya menjejaskan hampir setiap sistem organ dalam badan kita. Keletihan yg melampau, payudara bengkak, sakit perut dengan atau tanpa muntah ataupun morning sickness, mengidam atau benci untuk makan makanan tertentu, perubahan mood, sembelit, membuang air kecil dengan kerap, sakit kepala, pedih ulu hati, penambahan atau penurunan berat badan adalah antara perubahan yg berlaku masa di trimester pertama. 
  • Trimester kedua : Trimester kedua ni diukur dari minggu ke 13 hingga ke minggu ke 26. Selalunya selepas berjaya menjalani trimester pertama dengan jayanya, maka trimester kedua ni lebih mudah. Gejala macam loya dan keletihan akan beransur hilang tapi perubahan ketara berlaku pada badan kita. Abdomen kita akan berkembang sebab bayi kita membesar bagai juara. Hehe. Dan sebelum trimester ni berakhir, kita akan dapat rasakan bayi kita mula bergerak. Masa tu yg rasa seronok sangat. Sebab diorang ni bergerak kadang2 ikut suka hati diorang je. 
  • Trimester ketiga : Diukur dari minggu 27 sehingga la minggu ke 40. Masa trimester ketiga ni, ada yg rasa sesak nafas, pedih ulu hati, bengkak pergelangan kaki, jari dan muka, buasir, pusat yg terkeluar, masalah tidur, bayi bergerak lebih rendah dalam abdomen kita dan kontraksi. Masa trimester ketiga ni kena jaga betul2 kesihatan dan cek kalau ada tanda2 kelahiran. 37 minggu ke atas dah dikira matang. Kalau lahir masa 36 minggu dikira borderline premature. Macam Zidane. Hehe. Namun, kalau lahir masa 36 minggu dengan berat badan lebih 2.5kg, insya Allah takkan jadi masalah. Yg jadi masalah bila lahir prem pastu berat bawah 2.5kg. Kena pantau lebih sket.

Itu dia 3 fasa kehamilan. Korang dah di fasa mana? Mesti teruja kan? Hehe. Jaga kesihatan tau! Mesti tak sabar nak tunggu si kecik keluar. Semoga selamat semuanya.

Kalau nak cuba set kehamilan Shaklee, boleh la roger saya.

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok! Siap konsultasi 1st class lagi. =)



Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor with 1st Class Consultation for sure =)


Monday, 22 September 2014

3d / 4d scan @ 26 minggu 5 hari

Assalamualaikum semua. =)

Aritu ada cerita yg saya pergi buat 3d / 4d scan kan. Boleh cekidaut kat Scan 3d / 4d termurah di Ipoh ni. Masa tu jantina tak berapa clear even doktor cakap 80% perempuan.

Nafsu seorang ibu. Kah kah. Walau pon doktor cakap buat scan masa 28 minggu, tapi melonjak2 hati ni haa nak melihat jantina cepat. So terawal 2 minggu. Dah nak masuk 27 minggu dah pon. Kira ok la sebab compared to previous session masa tu baru je 21 minggu. 

Al kisahnya, semalam set la appointment kul 11.30 pagi. Tapi rushing sket so call balik mintak lambat kan sket ke kul 12 tengahari. Pergi punya pergi Alhamdulillah kali ni takde patient dalam tu. Maka terus la sesi scan perut ibu. Hehe.

Let the pictures talk themselves la ok. Kongsi sket2 udah la. Nanti tunggu la yg empunya diri muncul Disember ni. Hehe.




Yang ni gambo masa 21 weeks aritu. Nampak ok je kan. Clear je. Yg ni aritu saya buat detail scan macam yg saya cerita dalam entri atas tu. 



Aritu tak nampak sangat kan? Kali ni boleh la nampak jugak. Tu burger sign tu. Ada nampak? Hehe. Alhamdulillah perempuan. Semoga kelahirannya dipermudahkan nanti. =)




Ni gambar 3D. Kemain dia ni memang pemalu sungguh. Aritu lagi la jenuh tak nampak. Ni kira ok sket la. Tu pipi tu nampak? Tembun kan? Haha. Berat dah hampir 1kg. Doktor cakap by the time sampai tempoh matang insya Allah beratnya bertambah.

Dulu Zidane masa 34 minggu dah ada bleeding. Kena cucuk dexa lagi untuk matangkan paru2. Masa ngam2 36 minggu dia pon dah tak sabar nak keluar. Borderline premature, dengan berat 2.28kg. Kecik je anak bertuah tu. Adik zidane ni tak tahu la nak cakap camna. Kalau ikutkan pengalaman doktor tu katanya ada yg jenis ikut adik beradiknya yg lahir dulu. Lahir awal. Ada yg tak. Zidane dulu maybela sebab 1st pregnancy. Tambahan pulak HB ntahapa hapa je kan dulu. Take note yg antara risiko HB rendah adalah kelahiran pramatang dan bayi kecik. So terimala seadanya. Hehe.

Takpela. Yg penting lahirnya nanti sihat2 aje. Boleh kawan dengan Zidane baik2. Hehe.

Ok la korang. Kalau nak cuba set tambah HB Shaklee boleh la roger saya. Ada set kehamilan jugak. Bagus amik suplemen ni asalkan sesuai dengan keperluan kita ibu mengandung ni. Memang kalau diikutkan, berbeza la kehamilan sekarang dengan dulu. Alhamdulillah.

Kalau nak scan 3D / 4D murah boleh ke Poliklinik Tanjung Perdana ni. Sementara promosi sampai hujung tahun. Beruntungla yg mengandung. Sempat nak kejar promosi ni lagi. Layanan pon ok sangat!

So untuk suplemen Shaklee, boleh PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)





Friday, 19 September 2014

Manfaat air lemon di waktu pagi

Assalamualaikum semua & hai!!



Hari ni nak kongsi satu benda menarik yg saya baca dalam majalah iSihat September 2014. Isu Nampak simple tapi menarik dengan tajuk “Mengapa anda perlu minum air lemon waktu pagi?”

Haa. Kalau minum air yg macam ni mesti kita terfikir yg air lemon atau pon limau ni bagus untuk detoks. Sebabnya benda2 masam ni ka nada asid sitrik. Kalau saya pon fikir camtu.

TAPI.

Sebenarnya, minum air lemon di waktu pagi ni banyak manfaat dan bagus bukan sekadar sebab air lemon ni bagus untuk detoks. Nak tau apa lg manfaatnya?

  • Membantu penghadaman : Air suam bukan sahaja membantu merangsang saluran     penghadaman, tapi lemon dipercayai boleh mengaktifkan dan membersihkan hati jugak. Dalam masa yg sama, ianya juga menyingkirkan asid penghadaman dalam proses menghadamkan makanan dan menyingkirkan bahan buangan. Sebab tu la, kalau ada masalah penghadaman, apa kata cuba amalkan minum air lemon suam waktu pagi.
  • Menyokong system imun : Kita sedia maklum memang buah-buahan sitrus macam lemon ni kaya dengan vitamin C dan asid askorbik. Kalau nak tahu, vitamin C membantu menentang selesema. Asid askorbik pulak membantu penyerapan zat besi yg juga memainkan peranan dalam fungsi sistem imun. Sebab tu la kalau ibu mengandung ni ambil pil zat besi, digalakkan sangat ambil dengan air jus yg ada asid askorbik macam oren jus. Pengganti oren boleh la amik lemon. Sedap jugak. Hehe.
  • Mengalkalikan tubuh : Kalau tubuh kita mengalami ketidakseimbangan pH yg kronik, maksudnya penyakit akan mudah menyerang. Walaupon sifat lemon ni berasid, ia mempunyai keupayaan tinggi untuk mengalkalikan selain merupakan cara untuk memastikan keseimbangan pH tubuh badan berada pada paras yg sepatutnya terutamanya kalau diet kita ni jenis kaya daging, keju dan/atau alkohol.
  • Membantu detoksifikasi : Haa. Ini yg macam saya cakap tu. Air lemon adalah diuretik semulajadi yg membantu tubuh menyingkirkan cecair dan toksin. Asid sitrik yg terkandung dalam air lemon ni membantu memaksimumkan enzim yg merangsang hati.
  • Pemberi tenaga : Percaya atau tidak, memang air lemon boleh dikatakan sebagai pengganti kopi untuk member tenaga. Ramai yg mengaku dengan mudah Berjaya melupakan kopi selepas beberapa hari minum air lemon. Kombinasi air dan lemon membantu hidrasi dan meningkatkan paras oksigen dalam darah dan boleh memberikan kita rasa yg hebat!!
  • Mencantikkan kulit : Dehidrasi yg kronik boleh menyebabkan kulit kelihatan kusam. Sebab tu kalau kita mulakan hari kita dengan air lemon, vitamin C dapat memainkan peranan penting dalam mengekalkan kulit sihat dan sebagai antioksidan bagi mencegah penuaan.



Tu dia. Banyak khasiat minum air lemon pagi2 rupanya. Kalau rasa susah sangat nak perah lemon semua tu, beli aje jus lemon kemudian bancuh. Mesti best kan!!

Nak cuba suplemen Shaklee pulak? Ada set kecantikan, set kurus, set sendi, set ibu hamil, set bersalin etc etc. Banyakla tak terkata!!

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!

Regards,

Marina, Ibu Zidane

Your Trusted Shaklee Independent Distributor =)

Thursday, 18 September 2014

Rahsia Awet Muda dengan Shaklee

Hai korang. Pekabo arini? Harapnya sihat2 belaka. Kalau ada yg tak sihat tu apa kata amalkan cara hidup yg sihat. Hehe.

Arini nak cakap pasal set penjagaan kulit Shaklee. Kalau sebelum ni banyak cerita pasal apa yg kita bole "consume" untuk kesihatan optimum, arini saya nak cerita pasal apa yg kita boleh "apply" untuk kecantikan jugak. Ye lah, ramai yg ingat Shaklee ni sekadar suplemen untuk dimakan. Padahal Shaklee ada jugak produk set kecantikan kulit, produk penjagaan rumah, rambut etc etc.

Sebelum tu nak cerita pasal sorang nenek ni. Gambar yg diambil ni masa tahun 2011. Maksudnya 3 tahun yg lepas dan masa tu umur dia dah 90 tahun. Ye. 90 tahun. Nak tengok wajah dia masa umur 90 tahun? Ni dia.


Percaya tak? Waaaa. Kagum sangat mak buyung tengok. Huhu. Kalau nak compare dengan diri sendiri ni masih jauh la. Beza 60 tahun tu. 

Tapi tahukah kita nak dapatkan wajah awet muda macam ni bukan mengambil masa sehari dua. Dah tentu mustahil. Kalau ada produk yg overclaim gitu maksudnya bahaya. Hehe.

Nenek ni dah gunakan produk penjagaan kulit Shaklee selama 40 tahun. Maksudnya masa umur dia 50 tahun dia stat pakai produk penjagaan kulit Shaklee ni. So nampak sangat la kat sini BETTER LATE THAN NEVER!!

Nenek ni guna set produk kecantikan Nutriwhite Shaklee. Ni setnya.


Apa bezanya Nutriwhite ni dengan produk lain?
  • Dibangunkan oleh saintis dan pakar penjagaan kulit di Jepun dan Amerika Syarikat.
  • 3 tahun pembangunan produk.
  • Pemilihan bahan aktif dan mentah. Diperoleh di 16 buah negara.
  • Ujian yg menyeluruh.
  • Unik, pengwujudan eksklusif pelbagai dimensi pendekatan untuk pemutihan.
  • Gabungan ramuan yg optimum.
  • Selamat dan berkesan.
  • Vitamin C derivatif (ascorbyl / glucoside) yg merupakan ramuan yg selamat dan terbukti berkesan untuk mendapatkan manfaat maksimum tanpa risiko kesan sekunder.
  • Patent-pending whiten-16 adalah campuran daripada 16 nutrien botani yg kuat yg membantu mengurangkan penampilan melanin yg sedia ada untuk menjadikan kulit lebih putih, lebih cerah dan berseri2.

Dan yg paling bestnya, pertama kali saya rasa kagum dan impressed dengan produk penjagaan kulit ni lepas saya pakai Gentle Deep Foaming Cleanser Nutriwhite ni. Picit sikit je, apply kat muka. Alhamdulillah, sejak pakai bulan Jun 2014 aritu, white head dengan black head takde wei. Serius cakap ni. Kalau x selalu je kejenya memicit jerawat nasi ni. Sekarang memang tak. Boleh challenge sesape pegang hidung ni dan rasaila kelicinannye. Hehe.

Yg ni mak buyung memang tak tipu. Seronok plak rasa hidung licin aje. Sebab tak pernah licin tanpa picit. Selalu kena picit. Siap terasa berminyak2 lagi. 

Dan yg bestnya, apply sikit je dah cukup untuk muka ni haa. Ikutkan testimoni boleh tahan 9 ke 10 bulan. Dan ada dalam sesetengah situasi boleh tahan sampai setahun!! Mana taknya, picit besar kacang hijau pon dah cukup. Tak percaya? Percayala!!



Sebab tu berbaloi2 cuba set penjagaan kulit Shaklee ni. Sebab worth for money. Kalau saya, saya jenis pilih yg berbaloi untuk duhit dan poket. Alang2 membeli, beli yg jimat dan berkualiti. Mak buyung memang penjimat orangnya. Hehe.

Tambah plak set kecantikan untuk dimakan. Memang cantik aje kulit jawabnya!!

Apa lagi? Jom jimat!

Nak cuba?

Boleh PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 laju2 ok!



Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)






Wednesday, 17 September 2014

SET SENDI SHAKLEE UNTUK MAK AYAH!!






Assalamualaikum kawan2 semua. Ni nak share satu benda ni. Hehe. 

Tu dia. Set sendi shaklee kita ni haa. Memang terbaik!! Insya Allah. Sesuai sangat untuk mak ayah kita yg makin berusia. Maklumla. Dah tua2 gini nak gerak pon bercinta ooi. Bukan bercinta suka. Tp bercinta malas. Sebab kalau start jalan je segala sendi bergesel. Sakitnya dah macam mak buyung kurang kalsium. Apa yg ada dalam set sendi shaklee ni? Jom tengok!!



Advanced Joint Health Tablet. 

Yg ni memang khas untuk sendi. Memberikan manfaat kepada sendi dengan 3 cara. 

1. Menyokong keselesaan sendi;
2. Memelihara tisu penyambung yg sihat; dan
3. Meningkatkan kesan kusyen sendi.


Omega Guard Shaklee.

Berfungsi melambatkan degradasi tulang rawan. Ia boleh membantu mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi2 dengan bertindak sebagai pelincir. Omega Guard bantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas dan kajian menunjukkan pengambilan asid lemak Omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja. 

Dah la Omega Guard ni memang lemak bagus. Bantu kawal berat badan, jaga kesihatan jantung dan salur darah. Dalam masa yg sama bantu melincirkan pergerakan sendi. Memang berbaloi untuk duit kita ni!!



Ostematrix Shaklee.

Macam yg kita tahu, kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen kan. Ostematrix ni bukan sahaja bekalkan kalsium yg kita perlukan tapi bekalkan magnesium yg diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu2 lembut & sendi2. 


Tu dia. Set sendi shaklee. Memang bagus sangat untuk dihadiahkan kepada mak ayah kita. 

Senang diorang nak bergerak. Senang nak beribadah. Insya Allah. 

Nak cuba? Bukan org tua je yg boleh cuba set sendi ni. Kita pon boleh gak. 

PM/Call/SMS/Whatsapp 016.331.4797 ok!!



Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor :)

Tuesday, 16 September 2014

SELAMAT HARI MALAYSIA!!

Assalamualaikum semua dan selamat hari Malaysia!!







16hb September Malaysia menyambut hari Malaysia kan? =) Hari Malaysia ni untuk mengenang penyatuan penubuhan Malaysia dan sebagai penanda aras penggabungan Malaya, Borneo Utara, Sarawak & Singapura lalu membentuk Malaysia.

Eceh. Macam kelas sejarah plak kan. =P

Kalau nak tahu, sejarahnya, formation Malaysia ni pada awalnya dirancang berlaku pada 1 Jun 1963 namun telah ditangguhkan ke 31 Ogos 1963. Kira sambutannya sekali dengan sambutan merdeka yg ke 6 tahun 1963 tu. 

Negara jiran macam Filipina dan Indonesia ada la objections sikit2 bila tahu Malaysia nak ditubuhkan sebab tu deklarasinya telah ditangguhkan pulak pada 16 September 1963. Dalam masa yg sama penangguhan tu membenarkan pasukan United Nations untuk melaksanakan referendum di Borneo Utara (skarang ni Sabah) dan Sarawak berkaitan kemasukan negeri2 ni ke Malaysia. 

Akhirnya, Malaysia tertubuh melalui Malaysian Bill yg diusulkan di Malayan Parliament pada 9 Julai 1963 dan persetujuan daripada Yang Dipertuan Agong pada 29 Ogos 1963.

Dan kalau semua nak tau, sambutan Hari Malaysia ni baru 4 tahin dilaksanakan dan diumumkan sebagai cuti umum. Sejak tahun 2010 la kiranya selepas Perdana Menteri, Najib Razak membuat keputusan untuk memberi Malaysia 2 perayaan yg berhubung kait dengan kemerdekaan negara ni. Keputusan dibuat selepas sesi soal jawab di Parlimen pada 19 Oktober 2009.

So itu lah dia sedikit sebanyak sejarah Hari Malaysia ni.

Ok, kepada semua, selamat hari Malaysia kami ucapkan. Enjoy cuti dengan produktif ok!!

Kalau nak lagi produktif, makan suplemen Shaklee. Kih kih. 

Pape PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!



Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

Monday, 15 September 2014

Ostematrix Shaklee : Untuk ibu hamil!


Ok, ni dia bekalan mak buyung nak melawan simpul mengkarung @ simpul biawak @ sentap ketengkoi. 

Alkisahnya, dalam banyak2 keperluan nutrisi ketika pregnant ni, mak buyung paling tak suka minum susu. 

Akibatnya kelmarin tengah2 malam menjerit2 sebab kaki diserang simpul mengkarung / sentap ketengkoi. Sakit oi!! Sakitnya ditanggung seharian.

So semalam sebelum tido telan balik 4 biji ostematrix. Alhamdulillah. Bangun tido tak sakit pinggang. Kaki pon takde kena simpul mengkarung dah. 

Lepas ni takmo culas amik ostematrix dah. Haha. 

Akibat malas. Tu la dia.

  Shaklee Ostematrix Membekalkan :

1) 1000mg (100% Pengambilan Harian) unsur Kalsium  daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi.

2) 400mg (100% Pengambilan Harian) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.

3) 400IU (100% Pengambilan Harian ) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.

Tahukah anda?

Kalsium berlebihan boleh memberi kesan kepada buah pinggang seperti terjadinya batu karang / batu dalam hempedu.

Ini terjadi bila jurang nisbah kalsium-magnesium sangat besar di mana kekurangan magnesium akan menyebabkan kalsium tidak dapat diserap sepenuhnya oleh tubuh, lalu berkumpul di buah pinggang & menjadi toksik.

Sebab itu bila beli supplemen kalsium, kita wajib meneliti kandungan magnesium dan vitamin D ada bersama sbb kedua-dua perlu ada untuk membantu penyerapan maksimum kalsium.

Ostematrix Shaklee memang terbaik! Ada vitamin D & magnesium untuk penyerapan kalsium yg maksimum!

Nak cuba? Meh roger mak buyung ok!!

PM/CALL/SMS/WHATSAPP 016.331.4797 ok!


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor :)

Friday, 12 September 2014

Ciri-ciri kolagen TERBAIK

Assalamualaikum korang!!

Hari ni nak share apa dia ciri-ciri kolagen terbaik. Maklumla, sebab promo Collagen Powder Shaklee bulan ni kan. Saya ada buat facebookwalking. Haha. Ada tak istilah tu? Terlintas la kat satu page ni yg share pasal ciri2 kolagen terbaik.

Barang baik perlu dikongsi. Ye tak? 

Sebelum cerita panjang, nak ingatkan korang semua yg kolagen ni merupakan protein yg paling banyak terdapat dalam badan manusia. Ia menyumbangkan kira2 75% berat dalam tahap kulit yg sihat. Paras kolagen yg tinggi menyerlahkan tubuh yg sihat dan menampilkan wajah yg lebih muda. Sebab tu ramai suka ambik kolagen. =)

Semakin kita meningkat usia, kolagen dalam badan akan semakin berkurangan. Ini macam kemerosotan semulajadi la. Tapi boleh dipulihkan dengan pengambilan suplemen. Pengambilan suplemen yg mengandungi kolagen secara konsisten boleh menggantikan kolagen yg hilang tu.

Kalau nak tau, Shaklee Collagen Powder mengandungi 4000mg proprietary RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yg berkualiti tinggi dan tulen yg diekstrak daripada sisik ikan merah. Kalau ikutkan, kolagen ni memiliki molekul yg sangat ringan kira2 1000 Dalton yg bertujuan untuk membolehkannya diserap dengan mudah oleh tubuh selain membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan lebih berkesan.

Ok itu pasal Shaklee Collagen Powder la.

Tapi secara general nya, apa sebenarnya ciri2 kolagen terbaik ni? Meh tengok jom!!
  • Kolagen dalam bentuk makanan/minuman lebih baik berbanding kolagen yang disuntik. Ini untuk memastikan sintesis enzim mengoptimumkan serapan ke dalam tubuh badan.
  • Saiz molekul kolagen sekurang-kurangnya 1000 doltan dan ke bawah. Ml-crofine size membantu penyerapan yang baik kerana saiz ini adalah paling optimum diserap oleh sel dan memberi kesan yang lebih cepat.
  • Kolagen yang mempunyai emolient yang unggul dan boleh mengunci kelembapan yang berpanjangan.
  • Kolagen yang mempunyai antioksidan tinggi untuk mengurangkan kesan Pra-Penuaaan.
  • Kolagen yang mempunyai elemen Vitamin B untuk membantu sintesis atau pembentukan kolagen dari tubuh kita sendiri.
  • Kolagen jua penting untuk kekal cantik tapi pastikan ia ada kandungan glucosamina untuk kesihatan sendi.
  • Kolagen yang mempunyai bahan yang merangsang pembentukan Asid Hydraulic yang memberi kesan kulit lebih tegang kerana ia berfungsi mengikat kolagen dengan serat yang elastin.
  • Kolagen yg selamat dan tidak bertoksin.

So amacam? 

Rasa2 Shaklee Collagen Powder ada kualiti kolagen terbaik ni tak?

Boleh baca dan hadamkan artikel Shaklee Collagen Powder : Kolagen TERBAIK jugak untuk rujukan seterusnya.

Sementelah ada promo ni, mai la pakat kongsi ramai2. Beli 6 FREE 1. Nak dapatkan keahlian percuma pon boleh kalau beli Collagen bulan ni. Takyah nak bayar RM75 yuran keahlian tu lagi. Hehe.

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!



Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)






Wednesday, 10 September 2014

Set kecantikan Shaklee - Regim PASTI CANTIK!!

Assalamualaikum semua!!

Tajuk macam gempak je kan? Ni saya nak kongsi pasal set kecantikan shaklee atau regim pasti cantik!! Dah macam tentera pulak kan. Hehe.

Apa REGIM PASTI CANTIK ni? Kombinasi yg ada dalam set kecantikan Shaklee la yg menyebabkan regim pasti cantik ni berkesan. Apa ada dalam set kecantikan Shaklee?? Meh jenguk sikit!!


TADAAAAA!!




Macam yg saya pernah cerita sebelum ni. Kolagen memang penting untuk badan kita. Walau pon kolagen ni banyak khasiatnya, tapi ramai yg lebih kenal kolagen dek kerana kolagen ni untuk bagi kita jadi awet muda. Sebab tu ada yg cari kopi ada kolagen la. Makan rumpai laut sebab ada kolagen la etc etc. 

Tapi kenapa pilih kolagen Shaklee ni? Dah tentu la sebab kualiti premium Shaklee Collagen Powder. Diperbuat daripada sisik ikan merah yg tahan tekanan. Memang Shaklee Collagen Powder TERBAIK kalau nak cerita la.



Yang kedua plak adalah Vitamin E. Vitamin E memang vitamin cantik kan. Bukan sekadar untuk cantik, dalam masa yg sama, mengandungi antioksidan yg menyokong sistem imun yg kuat. So sambil2 cantik, buat mask, bila makan, imun kita bertambah kuat!! 




Yg ketiga tak lain tak bukan Sustained Release Vitamin C ni haa. Dulu pernah takde stok sampai setahun. Menunggu macam tunggu bulan jatuh ke riba. Ramai org suka makan vitamin c ni bukan untuk cantik aje. Tapi sebab nak tingkatkan sistem imun badan jugak. Ye la. Pengambilan vitamin c yg cukup boleh menjauhkan kita daripada selesema. Tambah lagi dengan kaedah sustained release tu. Vitamin C dilepaskan setiap jam untuk penuhi keperluan vitamin c kita dalam sehari. Sebab tu best!!


Ni la dia regim pasti cantik Shaklee.

Berbaloi untuk duit kita jugak. Bayangkan sebotol vitamin C tahan sehingga 6 bulan. Sebotol vitamin E pulak tahan untuk 4 bulan. Sape kata mahal kan???? 

Tak cuba tak tau!!


Kalau nak cuba boleh la selit order kat saya tau.

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)




Monday, 8 September 2014

Cara Pilih Diet yang Betul

Assalamualaikum semua!!
Hari ni terasa nak cerita pasal kontorversi dalam memilih diet bagi kita2 yg nak berdiet. Apa diet yg sesuai dan perlu ke kita berdiet?

Kalau diikutkan saranan diet Malaysia, pengambilan makanan seimbang adalah dengan mengambil 55% ke 60% karbohidrat, 15% ke 20% protein dan 30% lemak daripada JUMLAH KALORI tenaga dalam sehari. So kalau diikutkan, kita kena la tengok dulu berapa sebenarnya keperluan kalori kita dalam sehari. Supaya kita tak terambil lebih dan supaya kita boleh bakar kalori yg lebih. Jangan lupa, kalau kita terambil lebih kalori setiap hari, lama2 kalau dihimpun setiap hari maka bertambah la berat badan kita. Hehe. Sebab tu kalau ikutkan Kevin Zahri sendiri, sebelum kita nak mulakan diet, cek dulu berapa kalori intake yg kita perlukan. =)

Macam saya cakap tadi bila pengambilan kalori lebih daripada keperluan setiap hari, kita akan tambah berat badan. Bila berat badan bertambah, maka risiko nak dapat penyakit lain pon mula bertambah. Sebab tu ramai orang memilih banyak jenis diet semata2 untuk kurangkan berat badan. 

Tapi tak semua jenis diet tu sesuai untuk semua orang. Misalnya, Raw Food Diet atau diet makanan mentah mungkin mendorong kepada kekurangan vitamin B12 dan D3. Diet sayur-sayuran atau Diet Vegen pulak adalah jenis diet vegetarian. Bila amalkan diet ni pulak masalah kekurangan nutrien akan berlaku. Kurang zat besi, kurang kalsium dan vitamin D, kurang vitamin B 12, zink, kurang sumber protein yg berkualiti. Diet atkins pulak kita tak boleh ambil sebarang karbohidrat. Hanya protein dibenarkan. Dan ada yg kurus hanya dengan mendapatkan sumber protein daripada telur setiap hari. Tapi bila cek kolesterol, tinggi pulak. Kolesterol tinggi lagi bahaya ok. Hehe. Sebab tu kena cek betul2 apa jenis diet yg sesuai untuk kita. Jangan semberono diet je tau!!

Apa yg perlu kita buat kalau kita nak mulakan diet ni?

Mula2 sekali kita kena tanya pendapat pakar. Jangan sekadar ikut-ikutan. Jumpe la pakar permakanan untuk dapatkan kepastian. Sebabnya, takde satu jenis makanan yg boleh membekalkan kesemua khasiat yg diperlukan. Sebab tu la kita ada piramid makanan. Maka, kalau kita nak dapat khasiat yg badan kita perlukan, kena la ikut piramid makanan tu. Ikut tips2 pemakanan yg dah disarankan dalam garis panduan pemakanan Malaysia. Makan pelbagai jenis makanan mengikut saiz pengambilan yg disarankan. Pastikan pinggan kita ada 1/2 sayur-sayuran dan buah-buahan, 1/4 makanan berkarbohidrat dan 1/4 lagi makanan yg berprotein.

Periksa BMI kita. Kalau BMI normal, maka kita tak perlukan diet rendah kalori. Hanya perlu teruskan gaya hidup sihat aje. Sebab tu la consultation dengan pakar tu membantu. Takdela kita semberono ikut diet orang lain. =)

Macam mana nak tentukan BMI kita ni normal atau tidak?



Formulanya mudah je.

BMI : Berat (kg) / [Tinggi (m) x Tinggi (m)]

So contohnya, kalau tinggi seseorang tu 170 cm atau pon 1.70m & ada berat 60, berapa BMI orang tu?

Kita cuba dengan formula BMI tadi.

BMI : 60 / [1.70 x 1.70] : 60/2.89 : 20.8


Kalau kita tengok jadual BMI kat atas tu orang ni kategori Healthy atau pon Sihat sebab BMI nya 20.8. So perlu lagi ke nak berdiet? Jangan ikut orang sangat nak diet ni. Kalau dah BMI sihat, amalkan aje gaya hidup sihat. Makan ikut guide yg dah diberi, bersenam, rehat yg cukup, air yg cukup. Insya Allah sihat. =)

Kalau dah masuk kategori overweight tu memang kena la diet bagi BMI sihat sket. Hehe.

Kalau ikutkan Kevin Zahri pulak lagi mudah. Nah tengok!




Pesan Kevin Zahri lagi dalam memilih diet ni. Nah tengok lagi.


Tu dah clear dah dia cakap. Jangan ikut mana2 diet hanya sebab diet tu popular. Kena faham dan pastikan diet tu sesuai dengan kita.

Dan kalau nak cek diet kita ni terlalu extreme atau pon tak, boleh tengok gambar bawah ni pulak. 


Kalau ada tanda2 macam ni, kena tengok balik diet kita. Dietla dengan cara yg sihat.

Nak kurangkan berat badan memang kena perlukan disiplin. Kena mujahadah la sikit. Takkan nak senang aje.

Makan suplemen SAHAJA pon tak membantu. Apatah lagi bila suplemen tu claim boleh kurus dalam masa seminggu. Takut bahaya aje. 

Nak diet cara saya? Khas untuk ibu menyusukan anak dan Insya Allah selamat dan semulajadi. Tanpa perlu berlapar. Cuma kawal pengambilan makanan dan sambil tu cukupkan diri dengan nutrien melalui pengambilan suplemen Shaklee.

Kalau rasa nak turunkan berat badan macam saya, boleh la roger saya.


Gambar atas ni dari 3 bulan lepas bersalin, 4 bulan lepas bersalin, 7 bulan lepas bersalin dan terakhir sekali 10 bulan lepas bersalin.

Tak diet sebab menyusukan anak. Tapi amalkan gaya hidup sihat dengan suplemen Shaklee.




Gambar atas ni yg latest. Lepas anak dah setahun lebih. 


Gambar atas ni masa bujang ye kawan2. Boleh pakai baju kurung moden. Nak tengok lepas kawin & lepas bersalin muat lagi tak pakai baju sama ni?


Alhamdulillah. masih boleh pakai baju sama walau dah bersalinkan Zidane. Ingat baju kurung moden ni muat ke kalau tak amalkan gaya hidup sihat? Kih kih


So boleh PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!



Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

.














Friday, 5 September 2014

Delivery Shaklee lambat!!!

Assalamualaikum & selamat hari Jumaat.

Untuk yg beragama Islam dah baca Surah Al-Kahfi belum? Hehe. Kalau belum, jom baca. Kalau dah, Alhamdulillah.

Hari ni mak buyung nak cerita sikit pasal proses order & delivery Shaklee ni. Kot2 la ada yg teringin nak tau prosesnya macam mana kan.

Dipendekkan cerita, gini ye. Since Shaklee dah mula dengan online system ni, maka saya lebih gemar guna kemudahan yg ada. Bukannya apa. Berbanding menghabiskan masa beratur sambil bawak Zidane & adik Zidane dalam perut ni, lebih elok la kita gunakan kemudahan di hujung jari. Selamat duit minyak. Jimat tenaga. Ingat Zidane mau duduk diam je ke sambil tunggu giliran. Jangan mimpi ok!!

Kalau dulu, memang jenuh wei Q kat Shaklee. Meh saya belanja sket gambo ye. 


Tu diaaaa. Ini memang Shaklee Effect kan. Jenuh berbaris. Berpeluh. Siap boleh pergi lunch lagi ok!!

So bagi mengurangkan penderitaan sebegini. Haha. Sebab penantian itu satu penyeksaan kan. Cuba bayangkan kalau nak beli tu bukan banyak mana, tak ke sengsara. Lain la kalau jenis membeli sekaligus beribu riban. Di sini la convenientnya sistem online ni.

Sekarang dah tak payah bersusah payah. Kalau ada orang order, cek je ready stock. Kalau ada ready stock, tunggu customer bank in atau transfer kemudian boleh terus pos. Maklumla sekarang opis dengan rumah dah dekat. Boleh balik amik stok terus. Lepas tu pergi la pos laju. Mujur pos laju tutup kul 6 camtu. So takyah nak pikir nak keluar waktu opis ke tidak.

Sekiranya takde ready stock, maka ke shaklee2u.com.my la kita. Klik aje.

Order apa yg nak kemudian bayar postage RM10. Barang sampai terus ke customer dengan selamat Insya Allah. 

Bercakap pasal tempoh masa yg diambil pulak, depends sebenarnya. Kalau ikutkan efisyennye Shaklee ni, ada je kes yg order hari ni esok dah sampai. Tapi tengok gak la ye sayang2 sekalian. Kalau dah order pon jam 11 tengah malam, jangan la expect esok dah sampai. Dah tentula walaupon gunakan sistem online ketika order, nak sort order, nak packing etc etc tu semuanya masih menggunakan kudrat manusia.

Di sinila nak tengok kita ni macam mana. Sabar ke tidak? Boleh diuji ke tidak? Hehe.

Kalau ikutkan terms & conditions untuk delivery produk Shaklee pon, Shaklee dah maklumkan macam kat bawah ni haa. Sila tinjau. =)



Untuk bandar2 utama di Semenanjung Malaysia & Lembah Klang, masa yg diambil mungkin 4 hingga ke 5 hari bekerja.

Manakala untuk kawasan pedalaman, Sabah & Sarawak, berkemungkinan mengambil masa 7 hingga 10 hari bekerja. 

Tapi Shaklee ni bagusnya, kadang2 amik masa sehari je untuk bandar besar & Lembah Klang tu. Kalau untuk pedalaman & Sabah Sarawak tu amik masa 3 ke 4 hari.

Kena sabar la ye sayang2 semua.

Jangan la mesej saya marah2. Bagi tau barang tak sampai lagi. Saya akan cek melalui tracking number yg Shaklee bagi. Kadang sistem Shaklee ni lambat update tracking number. Kadang barang dah sampai tapi dalam sistem tracking number takde pon. Pape pon, semua boleh diselesaikan. Bgtau je saya dan saya akan selesaikan selagi daya. Hehe. Insya Allah saya cari rezeki halal. Takde nak menipu ni la. =)



Ni antara customer yg dapat barang dalam masa sehari je. Order hari ni esok sampai. 

Courier ni kan ada sistem nya jugak. Kalau order dibuat sebelum jam 12 tengah hari Insya Allah barang boleh sampai esok hari nya.

Sama kekdahnya macam Pos Laju. Collection barang sebelum jam 2 petang Insya Allah sampai hari berikutnya. Kalau lepas jam 2 petang tu proses akan dimulakan esoknya. So lusa baru la dapat. =)


So itu dia alkisah delivery. 

Kena sabar. Insya Allah barang sampai. Jangan risau naaaaa.

So kalau nak order boleh la roger saya.

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!



Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

Wednesday, 3 September 2014

Meal Shakes : Bukan hanya untuk kanak-kanak

Assalamualaikum semua. =)

Aritu ada cerita pasal promo Shaklee bulan 9 ni kan? Siap kombo lagi. Sape2 yg terlupa atau nak recap balik apa promo bulan ni boleh la refer promo September 2014 ni haa.

Dan untuk kemudahan semua, ini gambar untuk promo bulan ni. 


Percaya atau tidak? Hehe. 1st time ni sejak bershaklee. Shaklee bagi promo kombo gini. Memang berbaloi2. 

So kelmarin dah cerita pasal Collagen Powder Shaklee kan. So arini nak teruskan meraban pasal promo Mealshakes pulaks. Hehe.

Kenapa mealshakes ni bagus? Let the picture do the talking lagi. Haha. Satgi saya elaborate panjang ok!!





Ada banyak sebab kenapa mealshakes ni bagus. Antaranya macam apa yg dah diterangkan dalam gambar di atas ni. 

Antara lain, kelebihan mealshakes ni adalah:
  • Rasa vanilla yg menjadi kegemaran kanak2
  • Sesuai untuk kanak2 berumur 1 tahun ke atas
  • Sesuai untuk seisi keluarga
  • Rendah lemak tapi kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber & mineral serta kalsium yg penting untuk tumbesaran kanak2
  • Memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak2
  • Memberikan kecergasan & meningkatkan kesihatan
  • Mengurangkan ekzema kepada kanak2 & juga orang dewasa
  • Meningkatkan selera makan anak
  • Pilihan terbaik untuk mereka yg tak gemarkan suplemen berbentuk tablet
  • Menangani masalah sembelit pada kanak2
  • Bagus untuk kanak2 yg obesiti

Anyways, mealshakes ni bukan untuk kanak2 aje. Orang dewasa pon boleh makan jugak. No worries. Untuk yg nak tambah berat badan atau yg memang takleh makan multivitamin dalam bentuk tablet, maka mealshakes la saranannya.

Dan. Lagi satu, untuk kanak2, bukan la kita bagi makan banyak pon. Real food tetap terbaik. Kalau ikutkan untuk kanak2 boleh amik SETENGAH SUDU TEH sahaja setiap kali minum. Bukan la bagi mealshakes je sebagai pengganti makanan,

Mealshakes BUKAN meal replacement atau pengganti makanan. Mealshakes memang tak sesuai kalau mak2 atau ibu2 ni jenis pemalas memasak. Anak2 perlukan makanan seimbang. Makanan seimbang kat sini adalah real foods. Dan suplemen macam mealshakes ni hanyala sebagai pelengkap. Ye lah, walau kita bagi real foods sekali pon pada anak2, kadang2 proses pembikinan makanan tu sendiri menyebabkan zat dan nutrisi daripada makanan tu hilang.

Contohnya: Celur atau masak sayur lama2 sampai layu. Takde la khasiatnya di situ. 

Kat sini la mealshakes menjalankan tugas. Memenuhkan ruang2 kosong dan mengisi keperluan nutrisi dalam badan kita dan anak2 kita. 

So jangan salah faham ok!! Makan apa sekali pon dengan cara berlebihan akan mendatangkan mudarat. Ingat tu!!

Siapa yg perlukan mealshakes ni? Kalau korang atau ada ahli keluarga korang dalam kategori di bawah ni, sila angkat telefon dan order sekarang!! Rebutlah promo ni beramai2!





Nak belanja korang testimoni la. Hehe.















Tu dia testimoni daripada pengguna mealshakes. 

Bulan ni promo beli 3 free 1. Memang berbaloi. Sebab 1 mealshakes bukan mahal sangat pon. Tak sampai RM100 pon.

Untuk anak2, apa saja boleh kan?





So apa tunggu lagi?

PM/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)