Monday, 25 August 2014

Tips anak pintar : Panduan ibu mengandung

Assalamualaikum semua.

Sebenarnya saya baru je baca pasal pil cerdik ni. Bukannya apa. Bila baca macam pelik ada. 

Apa tu pil cerdik? Pil cerdik ni dikenali sebagai Nootropics dan dikatakan membantu meningkatkan memori, konsentrasi dan kebijaksanaan. Dan ajaibnya pil cerdik macam ni dah jadi fenomena macam dalam cerita Limitless yg dilakonkan oleh Bradley Cooper.


Tapi memang betul pon, kalau kita tanya pada majoriti mak ayah sekarang, sape tak nak anak2 bijak bestari kan? Dan sampai ke satu tahap bila anak2 kita di masa akan datang nanti jadi terlalu exam oriented sebab nak semua keputusan exam di sekolah dan universiti cemerlang belaka. Masalahnya, bukan semua individu sama keupayaan mindanya. Sebab tu dah jadi trend bagi suplemen kepada anak2 tanpa kita lihat kandungan dalamnya.

Kalau la pil yg diambil tu mengandungi DHA dan AA, mungkinla dapat membantu kanak2 jadi cerdik sebab DHA dan AA ni memang nutrisi penting untuk perkembangan otak kanak2 dan penglihatan diorang. Tapi yg jenis sapu semua, asal ada org introduce suplemen pintar je mula la nak bagi anak makan. Yg ni bahaya. At least cekla betul ke suplemen tu ada kelulusan daripada KKM. Nak bijak punya pasal. Hehe.

Meh la kita amalkan tips untuk cerdik secara semulajadi nak? Haha. Acaner caranya? Kena mula dari dalam kandungan sampaila umur anak2 3 tahun sebab lepas 3 tahun otak anak2 akan berkembang bagi membolehkan diorang belajar dan menyimpan maklumat melalui memori sepanjang hidup diorang. Sebab tu la orang cakap first 3 years anak2 tu penting.

Selain merangsang perkembangan otak dan memori anak dengan benda baik atau aktiviti bermanfaat, kita kena jugak ingat yg perkembangan otak anak2 ni berhubung kait dengan nutrisi seimbang dalam pemakanan diorang seharian. Sebab tu zat penting macam karbohidrat, protein, lemak penting macam DHA dan AA dan vitamin2 lain memang sangat diperlukan sepanjang proses perkembangan otak diorang.

Sebab tu anak2 digalakkan ambil makanan berkhasiat dan seimbang sebab kalau ada masalah malnutrisi sama ada obesiti atau pon kurang nutrisi, diorang akan mengalami masalah kurang daya tumpuan dan masalah mengantuk dalam kelas. Sebab tu cek balik piramid makanan ok!!

Untuk mak buyung sekalian pulak, since perkembangan otak anak2 ni bermula semenjak di dalam kandungan, apa kata kita amalkan benda2 di bawah ni untuk merangsang perkembangan sel otak anak2. Bila sel otak anak terangsang, dapatla anak cerdik. Kih kih. Ikhtiar kan. =)
  • Pastikan si ibu mengambil makanan seimbang sebelum mengandung sehinggalah sebelum waktu melahirkan.
  • Sebelum hamil, ibu2 kena memastikan yg kita ni dapat semua nutrisi yg diperlukan macam zat asid folik, zat besi, kalsium dan vitamin2 bagi menyiapkan badan kita untuk melahirkan anak yg sihat dan tidak mempunyai kecacatan disebabkan kekurangan zat. Take note ye. Kecacatan bukan sahaja disebabkan oleh genetik tapi boleh jadi disebabkan oleh kekurangan zat. Huhu. Nauzubillahi min zalik.
  • Semasa mengandung, ambilla sumber makanan yg mengandungi protein dan LEMAK YANG BAIK. Sebabnya 60% daripada otak bayi dibuat daripada lemak dan yg selebihnya memerlukan protein. Sebab tu LEMAK BAIK tu PENTING!!
  • Ambilla DHA dan AA sebab dua2 ni LEMAK BAIK. Sumber makanan yg mengandungi lemak tinggi dengan DHA dan AA penting untuk perkembangan otak janin.
  • Ibu2 digalakkan untuk menyusukan bayi sebab susu ibu ni merupakan sumber yg paling penting untuk mendapatkan nutrisi yg baik dan seimbang selain daripada susu formula. 
  • Amalkan cara hidup dan pemakanan yg sihat sebab 2 amalan ni menyumbang kepada kecerdikan seseorang anak. You are what you eat. =)


Dok cakap pasal nutrisi seimbang, lemak baik bagai ni kan, meh saya nak share apa yg saya ambil sepanjang kehamilan untuk pastikan saya dan baby dapat zat yg diperlukan dan dalam masa yg sama merangsang otak anak sejak dalam kandungan lagi. Hehe.


Yang ni Insya Allah complete. Asid folik, kalsium, multivitamin, minyak ikan (lemak baik) semua ada dalam 1 pakej. 

Nak cuba? PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 sekarang ok!!

Apa kata dalam pada kita menyediakan keperluan bayi selepas dilahirkan, kita sediakan sekali keperluan mereka dari dalam kandungan.

Mak gembira, anak sihat. Insya Allah dengan izinNya jugak!



Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

1 comment: