Monday, 11 August 2014

Risiko tekanan darah tinggi ketika hamil

Assalamualaikum semua.


Entri dalam blog ibuzidane ni lately banyak beno pasal ibu hamil kan. Yela. Sementelah saya pon hamil ni, sama2 la kita manfaatkan pengalaman ni  bersama. Hehe.

Kali ni nak share pasal blood pressure atau tekanan darah untuk ibu hamil. Entri lepas ni maybe boleh fokus dengan tekanan darah rendah. Kali ni kita fokus tekanan darah tinggi ok!!

Perasan tak kalau masa check up di klinik tu misi akan cek tekanan darah kita, kemudian cek pergelangan kaki kita bengkak ke tak? Dan ujian air kencing pon ada dilakukan tiap kali check up untuk cek kandungan protein dalam air kencing dan pemeriksaan kandungan hemoglobin dalam darah. Perasan tak? Kenapa kena cek ye semua tu?

Tak lain tak bukan untuk pastikan kita takde tekanan darah tinggi. Bahaya tau kalau tengah mengandung ni tekanan darah naik tinggi. Sebab tu kadang2 kalau tetiba tekanan darah naik tinggi, doktor akan suruh kita admit ke ward. 

Peningkatan tekanan darah ni boleh menyebabkan gangguan peredaran darah terutamanya pada uri. Bila jadi macam tu, janin kurang dapat zat dan akhirnya mengganggu perkembangan bayi dalam rahim. Perkembangan bayi ni penting sangat sebagai indikasi yg anak kita nanti akan lahir sihat. Dan sekiranya tekanan darah tinggi ni tak dipantau, berkemungkinan sawan akan terjadi kepada si ibu. Bila sawan terjadi kita takut boleh menyebabkan kematian kepada si ibu dan anaknya sekali. Tu la bahaya nya tekanan darah tinggi ni.

Ada lagi kesan sampingan lain. Walau tak menyebabkan kematian, kadang2 bayi yg dilahirkan mungkin akan lahir dengan saiz yg kecil, ada masalah kerencatan otak, uri berpisah dari rahim sebelum proses kelahiran bermula, bayi lemas dalam proses kelahiran, bayi lahir tak cukup bulan dan macam2 la lagi. Sebab tu kalau dah tekanan darah tu naik tiba2, doktor akan suruh kita rest dan mungkin kemudian akan admit ke ward terus.

Yang paling membimbangkan pulak, bila mana tekanan darah tinggi ni mengakibatkan si ibu tu mengalami sakit buah pinggang ketika hamil, kegagalan fungsi hati, pembengkakan otak sehingga sawan, darah sukar nak membeku bila berlaku pendarahan, strok dan akhirnya boleh menyebabkan kematian. Nauzubillahi min zalik.

Dalam sesetengah keadaan, demi menyelamatkan nyawa ibu bagi kes2 tekanan darah tinggi ketika hamil ni kan, ada kalanya janin terpaksa dikorbankan. Ini lah yg paling kita tak nak kan. Sebab kita nak besarkan anak kita. Huhu.

Antara komplikasi serius yg boleh terjadi sejurus selepas ibu hamil ni terkena darah tinggi dan sekiranya tak dikawal dan dipantau termasuklah:
  • Angin ahmar
  • Uri lekang (Abruption) yg boleh menyebabkan kematian janian dan pendarahan serius pada ibu
  • Kegagalan jantung
  • Kegagalan fungsi buah pinggang
  • Kegagalan hati
Banyak faktor yg menyebabkan kematian ibu. Antaranya:
  • Kegagalan memberikan rawatan seperti gagal mengesan tahap keseriusan penyakit tersebut
  • Kegagalan bertindak cepat iaitu melahirkan bayi secepat mungkin walaupun sudah terdapat tanda atau gejala tekanan darah tinggi
  • Kegagalan memulakan atau memberikan rawatan yg secukupnya untuk mengawal tekanan darah tinggi dan juga mengawal sawat
  • Pesakit yg tak memahami dan tak memberikan kerjasama
Macam mana kita nak tau tekanan darah kita normal atau pon tidak?

Tekanan DarahSistolik (angka pertama)Diastolik (angka kedua)
Darah rendah atau hipotensiDi bawah 90Di bawah 60
Normal90 – 12060 – 80
Pre-hipertensi120 – 14080 – 90
Darah tinggi atau hipertensi(stadium 1)140 – 16090 – 100
Darah tinggi atau hipertensi(stadium 2 / berbahaya)Di atas 160Di atas 100

Lepas ni, ibu2 hamil kena cek apa yg misi buat masa cek tekanan darah diambil. Kena ambil tahu dan ambil peduli sebab tu kan berkaitan dengan kesihatan kita sendiri. 

Nak tau cara atasi tekanan darah tinggi ketika hamil? Nak tau apa faktor terjadinya tekanan darah tinggi ni? Tunggu entri yg akan datang nanti ok!! Hehe.


Kalau nak cuba produk Shaklee, boleh roger saya. PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ye. Kalau saya tak angkat call, boleh mesej 24/7. Takde masalah.


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor. =)

No comments:

Post a Comment