Friday, 29 August 2014

Kawal Ekzema dengan Shaklee

Ekzema ni boleh diibaratkan sebagai kulit sensitif. Antara yg paling banyak dialami di seluruh dunia dengan peratusan sebanyak 10% hingga 20% terdiri daripada kanak2 dan 1 hingga 3 % pula orang dewasa adalah Ekzema Atopik.

Ekzema Atopik atau dermatitis atopic ni sejenis penyakit radang kulit yg mencetuskan ruam gatal sehingga menyebabkan rasa sakit dan resah. Punca utama biasanya adalah genetik dan keturunan. Tapi walau pon ekzema jenis ni boleh dikatakan diwarisi, tidak dapat tidak kita kena kawal dan Insya Allah dengan cara yg betul memang kita boleh kawal daripada terus merebak.

Ada juga kaitan ekzema atopik ni dengan asma dan rintis alergi iaitu simptom hidung berhingus, bersin teruk dan gatal yg berulang. Ekzema atopik ni jugak berpunca daripada sistem kekebalan tubuh ataupon imun badan yg tidak normal sehingga membawa kepada kerosakan kulit.

Area yg biasanya terkena ekzema ni adalah di bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala. Yg ni biasanya terjadi pada budak2 la. Tapi untuk orang dewasa pulak biasanya kesan lebih ketara di belakang lutut serta pelipat siku.

Biasanya orang yg ada ekzema ni akan selalu rasa gatal dan selalu menggaru. Akibatnya bila dah garu banyak kali lapisan kulit akan terkoyak dan mula luka dan jadi ruam. Gatal ni jadi lagi gatal lebih2 lagi bila waktu kulit kering. Masa menggaru mak aih tak ingat dunia. Sedap katanya. Berenti bila dah luka je. Sebab tu penghidap ekzema ni digalakkan untuk mengelak daripada makanan yg boleh jadi punca dan digalakkan sangat untuk tingkatkan sistem imun badan.

Macam mana cara nak jaga kulit bagi penghidap ekzema ni?

  • Hadkan penggunaan produk. Jangan ambil produk yg berisiko. Elakkan daripada guna losyen lepas bercukur, gasolin dan turpentin. Produk macam ni mungkin menyumbang kepada iritasi kepada kulit.
  • Selektif dalam memilih losyen. Pelembab menjadikan kulit kita lebih lembut dan fleksibel. Kalau boleh elakkan pelembab yg mengandungi pewangi dan bahan tambahan lain. Gunakan pelembab berbentuk krim yg sesuai untuk kulit kanak2 sebab biasanya kandungan dalam krim untuk kanak2 dan bayi ni tak berminyak dan mengandungi agen anti keradangan yg sangat sesuai untuk mengekalkan kelembapan.
  • Gunakan sabun yang lembut. Mandi dengan sabun yg lembut tanpa pembersih yg boleh digunakan dengan atau tanpa air. Kekalkan suhu air pada kadar dingin atau suam dan bukan panas sebab tabiat mandi dengan air panas sebenarnya boleh menyebabkan kulit kering. Bila kulit kering, maka gatal lebih. Bila gatal lebih, garu lebih. Bila garu lebih, sakit dan luka pon lebih. Faham? Hehe.
  • Pilih tuala yg lembut. Gunakan tuala lembut untuk mengelap kulit. Jangan sesekali menggaru kulit. Lepas mandi, sapukan losyen atau minyak bayi untuk mengekalkan kelembaban kulit.
  • Gunakan kain kapas. Fabrik bulu atau sesetengah tekstil sintetik boleh menyebabkan iritasi kepada kulit. Orang yg ada kulit sensitif ni akan rasa lebih selesa kalau guna pakaian yg diperbuat daripada kapas atau kombinasi kapas. Serap peluh dan selesa.
  • Hentikan tabiat menggaru. Elakkan menggaru kawasan yg terdedah biarpun rasa gatal. Menggaru boleh menyebabkan kulit luka dan merekah. Seeloknya gunakan pelembab kalau rasa gatal. Minyak kelapa atau minyak bayi pon boleh.
  • Kawal aktiviti harian. Kepanasan dan peluh boleh menyebabkan kegatalan kulit. Kalau boleh, elakkan aktiviti yg menyebabkan kita berpeluh secara berlebihan.

Antara tips lain untuk kawal ekzema dalam kehidupan seharian kita pulak adalah:
  • Pastikan bilik tidur selesa dan nyaman, tak terlalu panas dan tak terlalu sejuk.
  • Elakkan menggunakan karpet dalam rumah. Kalau terpaksa, pastikan karpet selalu dibersihkan dan tak berdebu.
  • Elakkan daripada memelihara binatang peliharaan macam kucing dan anjing kalau ada alahan terhadap bulu kucing dan anjing.
  • Elakkan mandi air panas atau suam.
  • Elakkan memakai baju berlapis2 bagi mengelakkan kita berpeluh berlebihan.
  • Pastikan kuku sentiasa pendek untuk mengelakkan luka dan jangkitab kuman pada kulit.
  • Bagi pesakit yg mempunyai alahan makanan, elakkan makanan yg menyebabkan alahan seperti makanan laut, telur dan sebagainya. Kalau tak tau apa sebenarnya makanan alahan kita, elokla rujuk kepada doktor.

Ok, macam yg kita sedia maklum tadi cara nak kontrol ekzema ni adalah dengan cara meningkatkan tahap imun badan kita kan.

Haaaa... Ni mak buyung nak tunjuk sket apa dia produk Shaklee yg boleh kita gunakan untuk masalah ni. Hehe.


Nutriferon. Haa. Yg ni memang terbaik untuk sistem imun badan kita. Basically nutrifeon ni membantu untuk mempertingkatkan keseluruhan sistem imun dan menggalakkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi dengan baik untuk membunuh bakteria. Shaklee je ada interferon semulajadi ni. Malah dah dipatenkan khas untuk Shaklee sahaja. 


Garlic Shaklee. Kita sedia maklum yg bawang putih ni memang bagus untuk pertahanan badan manusia kan? Sebab tu la saya sarankan kalau ada masalah dengan sistem pertahanan badan apa kata cuba Garlic ni. Insya Allah dapat bantu kita mempertingkatkan imun kita.


Sustained Release Vita C ni pon bagus. Sebab sememangnya vitamin C bagus untuk tingkatkan imun kita. Sebab tu kalau selalu demam atau selesema atau batuk disarankan amik vitamin C secukupnya.


Omega Guard Shaklee ni pulak adalah minyak ikan tulen yg dihasilkan oleh Shaklee melalui proses penyulingan molekul berperingkat bagi menghasilkan minyak ikan tulen yg berkhasiat di samping menyingkirkan bahan berbahaya macam merkuri dan plumbum. Dan omega guard ni jugak membantu mengurangkan keradangan kulit. Dan, kalau ibu mengandung makan makanan tinggi omega 3 masa mengandung, insya Allah masalah alahan kepada kulit bayi tu kurang. =)


Yg ni bukan untuk dimakan tapi untuk disapukan. Herbal Blend multipurpose cream. Insya Allah ok. Ni pengalaman sendiri. Bukan orang lain. Dan biasanya herbal blend ni selalu je out of stock. Laku keras. Terlajak laris. Hehe. Tengok gamba bawah ni. Ni bukti dari mak buyung sendiri.


Gatal2 kat keliling mulut sampai lebam dan berair. Nak senyum salah. Tak senyum pon sakit jugak. Cuba sapu macam2 sebenanye. Krim aloe vera, minyak kelapa dara, semua tak jalan. Huhu. Sebab lepas pakai je tak sampai 2 3 minit kering balik. Alhamdulillah, dengan Herbal Blend, beransur baik dan akhirnya pulih macam biasa. Skang dah tak kering dah. Hehe.


So kalau la korang ada masalah sama ni, apa kata kita tingkatkan sistem imun dalam badan kita dan kemudian kita cuba Herbal Blend ni. Insya Allah berkesan. Nak cuba?


PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)


No comments:

Post a Comment