Friday, 15 August 2014

Faktor tekanan darah tinggi

Assalamualaikum semua. Ingat tak entri sebelum ni yg cerita pasal tekanan darah tinggi ketika hamil tu? Kalau tak ingat boleh refer risiko tekanan darah tinggi ketika hamil. Baca kasi hadam. Kemudian kita sambung dengan entri ni pulaks. Hehe.

Nak tau tak apa penyebab darah tinggi ni? Jom cekidaut!


  • Keturunan : Faktor ni memang di luar kawalan kita sebab kalau la kita ada orang tua dalam keluarga ataupon saudara yg ada masalah tekanan darah tinggi, maka kemungkinan kita untuk dapat tekanan darah tinggi adalah besar. Sebab tu masa bukak buku pink tu, misi akan tanya sejarah kesihatan keluarga. Just in case kalau ada sejarah penyakit2 ni maka diorang akan ambil extra caution la. Statistik ada menunjukkan bahawa masalah tekanan darah tinggi lebih tinggi pada kembar seiras daripada kembar yg tak seiras. Dan ada kajian yg menunjukkan bahawa ada bukti gen yg diturunkan ni termasuklah masalah tekanan darah tinggi ni.
  • Usia : Ini pon bukan di bawah kawalan kita. Tapi melalui kajian memang semakin bertambah usia, maka tekanan darah makin meningkat. Janganlah ingat tekanan darah masa kita tua dan muda tu sama. Sebab tu masalah kesihatan datang seiring usia. Cara nak atasi memang kena daripada muda la. Jangan nak tunggu tua baru la nak jaga kesihatan. Amalkan kehidupan sihat sementara kita ni muda. Jom!!
  • Pengambilan garam. Ok yg ni kita boleh kontrol. Garam dapat meningkatkan tekanan darah dengan cepat pada sesetengah orang, khususnya pesakit diabetis, pesakit hipertensi ringan dan orang tua. Sebab tu la kita kena amalkan pengambilan garam yg kurang. Sihat sangat tu. =)
  • Kolesterol. Ini pon kita boleh kontrol. Kandungan lemak yg berlebihan dalam darah akan menyebabkan timbunan kolesterol pada dinding arteri atau pembuluh darah. Bila kolesterol bertimbun makan sempitla saluran darah. Bila saluran darah sempit, peredaran darah jadi tak stabil. Bila ada bahagian yg tersepit pengaliran darah dan bila darah tak sampai kat sesetengah kawasan badan, di situ bahaya bermula. Sebab tu banyak kaitannya tekanan darah tinggi ni dengan strok, sakit jantung dan sebagainya. Dari 1 boleh timbul masalah lain jugak. Huhu. Kendalikan la kolesterol kita dengan sebaik mungkin.
  • Obesiti : Yg ni pon memang kita boleh kontrol. Baik dari permakanan ataupon dengan gaya hidup yg sihat macam senaman. Orang yg memiliki berat badan lebih 30% daripada berat badan ideal berkemungkinan besar menderita tekanan darah tinggi lebih daripada org yg ada berat badan ideal. Sebab tu nak kurus tu bukan untuk sekadar cantik. Tapi lebih penting untuk sihat. =)
  • Stress : Stress dan emosi yg tak stabil pon boleh jadi punca tekanan darah jadi tinggi. Yg ni kita pon boleh kawal. Kena banyak bermeditasi la kot. Hehe. Untuk org Islam, boleh selalu mintak yg terbaik daripada DIA. =)
  • Gaya hidup yg tak sihat : Merokok, pengambilan kafein berlebihan, alkohol dan kurang berolahraga dah jadi trend dan gaya hidup manusia sekarang. Terlalu busy la katakan. Kita tau merokon dapat meningkatkan tekanan darah, meningkatkan risiko diabetis, serangan jantung dan stroke. Kafein yg berlebihan dalam kopi, teh dan minuman cola pon boleh meningkatkan tekanan darah. Pengambilan alkohol secara berlebihan pon boleh meningkatkan tekanan darah kita. Dah la 3 benda ni diamalkan, kemudian kita kurang pulak bersenam. Bila kita kurang bersenam dan bergerak, tekanan darah dalam tubuh boleh meningkat. Olahraga atau senaman yg teratur mampu menurunkan tekanan darah tinggi. Tapi takdela sampai nak suruh ibu hamil yg ada masalah tekanan darah tinggi ni buat senaman berat. Yg ringan pon dah ok. Asalkan bersenam. Hehe.

Ok, itu dia antara faktor kenapa kita kena tekanan darah tinggi ketika hamil. Rasanya cukupla takat ni. Tapi no worries. Lepas dah berkenalan dengan penyakit darah tinggi ni, entri akan datang saya kongsikan cara nak atasi tekanan darah tinggi pulak. Hehe.

Nak beli produk Shaklee? Nak jadi ahli?

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)



No comments:

Post a Comment