Monday, 18 August 2014

3D/4D Scan termurah di Ipoh!!

Ini kenyataan. Betul2 dan bukan cubaan. Hehe. Mak buyung ni sibuk nak pegi buat details scan atau anamoly scan untuk anak nombo dua ni haa. Mana tidaknya, dulu masa Zidane pon saya buat detail scan sebab nak tengok perkembangan dan pertumbuhan anak. Sihat ke dia. Cukup tak sifatnya. Sekurang2nya kalau jadi pape, kita boleh get prepared. Physically or mentally. Penting sangat tau.

So memandangkan every weekend mak buyung balik Ipoh kembali ke pangkuan suami, eceh. Maka, kena la cari kat mana tempat yg ada buat details scan kat Ipoh. Gigih search & google tak tau la nak cakap. Akhirnya, masa buat blogwalking tu ada la jumpe komen yg mengatakan ada klinik baru bukak kat Tanjung Rambutan.

Mak buyung apa lagi. Terus search kat FB. Dan terhasilla carian seperti berikut:


Yes. Poliklinik Tanjung Perdana. Memang rezeki mak buyung la kiranya. Haha. Sebab kalau nak tau sebelum ni pernah buat details scan untuk Zidane kan. Harganya bila disurvey skang RM250. Uhuk uhuk. Tersedak kot. 

Mujur. Allah bantu di saat kita perlukan. Dapatla harga yg ni. Yg bestnya promo sampai hujung tahun. So kalau rasa tak puas ati nak usha jantina anak boleh la pegi banyak kali. Kih kih kih.

So terus call klinik buat appointment. Kemudian semalam jam 1.30 petang sepertimana yg dah dijanjikan pergila ke klinik ni. Sebenarnya terdatang lambat sket. So kebetulan doktor ada patient. So saya patiently la tunggu turn. Salah sendiri gak sebab datang lambat. Hehe.

Dalam kul 2 gitu masukla bilik doktor dan mula la aktiviti scan2 ni. So since nak buat details scan, amikla terus pakej nak buat 3D 4D scan. Sebab tengah murah kan. Kalau compare kat tempat lain memang jauh gile harganya. Amik kesempatan. Jangan tak amik. Hehe.

So details scan berlangsung dengan jayanya. Anak Alhamdulillah sihat. Sempurna. Cukup sifat. Syukur sangat. =)

Untuk 3D 4D plak doktor dah pesan kalau nampak muka anak baru la doktor charge harga 3D 4D. Kalau tak, kita charge details scan je. So ok la. Tapi malangnya anak bertuah ni sikit pon tak nak tunjuk muka dia kat ibu, ayah dengan abang dia ni haa. Habis ditutup muka dengan bukan tangan je. Kaki pon diangkat sekali naik ke muka. Tu dia. Akrobat sungguh. Haha.

Jantina pulak? Haha. Sebelum ni pernah try kat klinik kesihatan. Dia kepit wei. Takmo tunjuk. So kali ni doktor cek la kot2 ada tanda anak lelaki. Pengalaman sebelum ni memang senang giler nak menengoknya. Memang zidane takde nak malu2. Tapi kali ni tak nampak macam lelaki. Doktor cakap 80% perempuan. Sebab dia ada nampak 1 garis which i dunno what. Haha. Dia nak commit 100% perempuan tak boleh tapi doktor cakap 80% perempuan.

Alhamdulillah.

Kalau benar bagai dikata, maka rezeki sungguh. Hehe. Dapat sepasang boleh la kitorg plan. Tapi instinct sendiri dari awal pregnancy pon rasa perempuan. Instinct ni boleh tahan kuat sebab mula2 instinct mengandung memang betul mengandung. Pastu instinct kata perempuan. Kalau betul, memang Alhamdulillah sangat.

Tapi Insya Allah nanti masa 28 weeks nak buat 1 lagi scan untuk confirmkan jantina. Hehe. Semoga masih kekal perempuan. =) Sungguh bukan niat saya untuk buat org cemburu atau apa bila saya declare yg saya sedang 80% membawa anak perempuan. Semua tu rezeki kan. Saya cuma kongsi kegembiraan.

Untuk yg masih belum dikurniakan dengan jantina anak yg kita inginkan, jangan jemu cuba dan berdoa. Insya Allah. Kalau kita mintak, takkan Allah tak bagi. Ye tak? =)

Gambar scan nantila saya belanja. Tertinggal dalam kereta suami. Hehe.

So untuk ibu2 hamil kat Ipoh tu, saya cadangkan pergila ke Poliklinik Tanjung Perdana ni. Betul2 sebelah mee ketam sempoi diraja. Kalau nak ke tanjung rambutan tu lokasinya kat belakang petronas. Kalau nak tau info lebih boleh call terus klinik tu.

Nak suplemen kesihatan untuk ibu hamil? Boleh roger saya.

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ye!!



Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)



No comments:

Post a Comment