Friday, 29 August 2014

Kawal Ekzema dengan Shaklee

Ekzema ni boleh diibaratkan sebagai kulit sensitif. Antara yg paling banyak dialami di seluruh dunia dengan peratusan sebanyak 10% hingga 20% terdiri daripada kanak2 dan 1 hingga 3 % pula orang dewasa adalah Ekzema Atopik.

Ekzema Atopik atau dermatitis atopic ni sejenis penyakit radang kulit yg mencetuskan ruam gatal sehingga menyebabkan rasa sakit dan resah. Punca utama biasanya adalah genetik dan keturunan. Tapi walau pon ekzema jenis ni boleh dikatakan diwarisi, tidak dapat tidak kita kena kawal dan Insya Allah dengan cara yg betul memang kita boleh kawal daripada terus merebak.

Ada juga kaitan ekzema atopik ni dengan asma dan rintis alergi iaitu simptom hidung berhingus, bersin teruk dan gatal yg berulang. Ekzema atopik ni jugak berpunca daripada sistem kekebalan tubuh ataupon imun badan yg tidak normal sehingga membawa kepada kerosakan kulit.

Area yg biasanya terkena ekzema ni adalah di bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala. Yg ni biasanya terjadi pada budak2 la. Tapi untuk orang dewasa pulak biasanya kesan lebih ketara di belakang lutut serta pelipat siku.

Biasanya orang yg ada ekzema ni akan selalu rasa gatal dan selalu menggaru. Akibatnya bila dah garu banyak kali lapisan kulit akan terkoyak dan mula luka dan jadi ruam. Gatal ni jadi lagi gatal lebih2 lagi bila waktu kulit kering. Masa menggaru mak aih tak ingat dunia. Sedap katanya. Berenti bila dah luka je. Sebab tu penghidap ekzema ni digalakkan untuk mengelak daripada makanan yg boleh jadi punca dan digalakkan sangat untuk tingkatkan sistem imun badan.

Macam mana cara nak jaga kulit bagi penghidap ekzema ni?

  • Hadkan penggunaan produk. Jangan ambil produk yg berisiko. Elakkan daripada guna losyen lepas bercukur, gasolin dan turpentin. Produk macam ni mungkin menyumbang kepada iritasi kepada kulit.
  • Selektif dalam memilih losyen. Pelembab menjadikan kulit kita lebih lembut dan fleksibel. Kalau boleh elakkan pelembab yg mengandungi pewangi dan bahan tambahan lain. Gunakan pelembab berbentuk krim yg sesuai untuk kulit kanak2 sebab biasanya kandungan dalam krim untuk kanak2 dan bayi ni tak berminyak dan mengandungi agen anti keradangan yg sangat sesuai untuk mengekalkan kelembapan.
  • Gunakan sabun yang lembut. Mandi dengan sabun yg lembut tanpa pembersih yg boleh digunakan dengan atau tanpa air. Kekalkan suhu air pada kadar dingin atau suam dan bukan panas sebab tabiat mandi dengan air panas sebenarnya boleh menyebabkan kulit kering. Bila kulit kering, maka gatal lebih. Bila gatal lebih, garu lebih. Bila garu lebih, sakit dan luka pon lebih. Faham? Hehe.
  • Pilih tuala yg lembut. Gunakan tuala lembut untuk mengelap kulit. Jangan sesekali menggaru kulit. Lepas mandi, sapukan losyen atau minyak bayi untuk mengekalkan kelembaban kulit.
  • Gunakan kain kapas. Fabrik bulu atau sesetengah tekstil sintetik boleh menyebabkan iritasi kepada kulit. Orang yg ada kulit sensitif ni akan rasa lebih selesa kalau guna pakaian yg diperbuat daripada kapas atau kombinasi kapas. Serap peluh dan selesa.
  • Hentikan tabiat menggaru. Elakkan menggaru kawasan yg terdedah biarpun rasa gatal. Menggaru boleh menyebabkan kulit luka dan merekah. Seeloknya gunakan pelembab kalau rasa gatal. Minyak kelapa atau minyak bayi pon boleh.
  • Kawal aktiviti harian. Kepanasan dan peluh boleh menyebabkan kegatalan kulit. Kalau boleh, elakkan aktiviti yg menyebabkan kita berpeluh secara berlebihan.

Antara tips lain untuk kawal ekzema dalam kehidupan seharian kita pulak adalah:
  • Pastikan bilik tidur selesa dan nyaman, tak terlalu panas dan tak terlalu sejuk.
  • Elakkan menggunakan karpet dalam rumah. Kalau terpaksa, pastikan karpet selalu dibersihkan dan tak berdebu.
  • Elakkan daripada memelihara binatang peliharaan macam kucing dan anjing kalau ada alahan terhadap bulu kucing dan anjing.
  • Elakkan mandi air panas atau suam.
  • Elakkan memakai baju berlapis2 bagi mengelakkan kita berpeluh berlebihan.
  • Pastikan kuku sentiasa pendek untuk mengelakkan luka dan jangkitab kuman pada kulit.
  • Bagi pesakit yg mempunyai alahan makanan, elakkan makanan yg menyebabkan alahan seperti makanan laut, telur dan sebagainya. Kalau tak tau apa sebenarnya makanan alahan kita, elokla rujuk kepada doktor.

Ok, macam yg kita sedia maklum tadi cara nak kontrol ekzema ni adalah dengan cara meningkatkan tahap imun badan kita kan.

Haaaa... Ni mak buyung nak tunjuk sket apa dia produk Shaklee yg boleh kita gunakan untuk masalah ni. Hehe.


Nutriferon. Haa. Yg ni memang terbaik untuk sistem imun badan kita. Basically nutrifeon ni membantu untuk mempertingkatkan keseluruhan sistem imun dan menggalakkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi dengan baik untuk membunuh bakteria. Shaklee je ada interferon semulajadi ni. Malah dah dipatenkan khas untuk Shaklee sahaja. 


Garlic Shaklee. Kita sedia maklum yg bawang putih ni memang bagus untuk pertahanan badan manusia kan? Sebab tu la saya sarankan kalau ada masalah dengan sistem pertahanan badan apa kata cuba Garlic ni. Insya Allah dapat bantu kita mempertingkatkan imun kita.


Sustained Release Vita C ni pon bagus. Sebab sememangnya vitamin C bagus untuk tingkatkan imun kita. Sebab tu kalau selalu demam atau selesema atau batuk disarankan amik vitamin C secukupnya.


Omega Guard Shaklee ni pulak adalah minyak ikan tulen yg dihasilkan oleh Shaklee melalui proses penyulingan molekul berperingkat bagi menghasilkan minyak ikan tulen yg berkhasiat di samping menyingkirkan bahan berbahaya macam merkuri dan plumbum. Dan omega guard ni jugak membantu mengurangkan keradangan kulit. Dan, kalau ibu mengandung makan makanan tinggi omega 3 masa mengandung, insya Allah masalah alahan kepada kulit bayi tu kurang. =)


Yg ni bukan untuk dimakan tapi untuk disapukan. Herbal Blend multipurpose cream. Insya Allah ok. Ni pengalaman sendiri. Bukan orang lain. Dan biasanya herbal blend ni selalu je out of stock. Laku keras. Terlajak laris. Hehe. Tengok gamba bawah ni. Ni bukti dari mak buyung sendiri.


Gatal2 kat keliling mulut sampai lebam dan berair. Nak senyum salah. Tak senyum pon sakit jugak. Cuba sapu macam2 sebenanye. Krim aloe vera, minyak kelapa dara, semua tak jalan. Huhu. Sebab lepas pakai je tak sampai 2 3 minit kering balik. Alhamdulillah, dengan Herbal Blend, beransur baik dan akhirnya pulih macam biasa. Skang dah tak kering dah. Hehe.


So kalau la korang ada masalah sama ni, apa kata kita tingkatkan sistem imun dalam badan kita dan kemudian kita cuba Herbal Blend ni. Insya Allah berkesan. Nak cuba?


PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)


Thursday, 28 August 2014

My Shaklee Effect

Assalamualaikum semua.

Arini mak buyung nak cerita pasal shaklee effect ni. Ramai dok heboh pasal shaklee effect. Apa sebenarnya fenomena ni?

Well, untuk memudahkan, sebenanye shaklee effect ni lebih kepada berkongsi apa sebenarnya kesan Shaklee ni ke atas kehidupan seharian kita. Bila kita nak pilih suplemen atau makanan tambahan yg sesuai, dah tentula kita kaji dan tengok kebaikannya. Ke ada yg ikut ikutan je? Orang cakap ok, kita beli. Ada ke ek? Saya ni pulak bukan jenis camtu. Memang akan buat kajian thoroughly dan kemudian buat keputusan sendiri. 

Macam shaklee ni pon bermula dengan minat nak menyusukan zidane dulu. Memang mak buyung buat research bagai nak rak u olls. Abis pro & cons segala macam mak nenek suplemen dah buat. Dalam masa yg sama nak jugak turunkan berat badan. Maklumla. Orang2 keliling ni suka beno berkata2. Padahal kita ambik masa 9 bulan kot membesarkan badan, bawak anak dalam perut. Takkan tup2 lepas bersalin kurus kan? Haha. Yg penting sekali nak kurus dengan cara sihat la. Sebab menyusukan zidane.

So belek punya belek, research demi research maka jumpala dengan Shaklee ni haa. So dah berkenan terusla mula. Pendekkan cerita bila dah konsisten makan suplemen dan rasa perbezaannya, dah tentu la kita nak jadi ahli sebab dengan jadi ahli la kita boleh enjoy harga ahli. Bukan beribu riban pon nak baya ahli seumur hidup Shaklee ni. RM75 je. Believe it or not. Lepas tu dapatla beli harga ahli dan dalam masa yg sama kumpul point sendiri. Point tu plak nanti dapat cash balik. Sape tak mau kan? Hehe.

Cakap banyak pon takleh. Meh la kita tengok gambar yg ada. Let the photos do the talking. Eceh. =P


Ni gambar 1st. Cuba compare. Gambar yg atas kiri tu masa 3 bulan lepas bersalin. Mak ngai. Cer tengok lengan. Comel sangat kan. Haha. Gambar kanan atas tu 4 bulan lepas bersalin. Masih comel. Haha. Gambar bawah kanan tu 7 bulan lepas bersalin. Nampak lagi kan debab kat situ. Gambar bawah kanan tu 10 bulan lepas bersalin. Dah ramping. =P Haha. Alhamdulillah, tanpa perlu nak kontrol makan sebab mak buyung masa tu menyusukan zidane. Tak koser la nak kontrol makan. Dengan pengambilan suplemen, sedikit senaman & proses penyusuan berterusan even sampai zidane umo dah 2 tahun ni. Beruntung ibu2 yg boleh susukan anak ni. Kita pon dapat bakar kalori sama. Tu yg best. Mujur kesedaran nak menyusukan anak tu timbul. Tambahan pulak nak bantu suami berjimat cermat. Hehe. Alhamdulillah. Zidane sihat dan jarang sakit. He is a very happy person since baby lagi. 


Ni gambar kedua. Tadi citer pasa dapat slim & menyusukan anak tanpa gagal kan? So shaklee effect yg kedua ni pulak khusus mengenai kulit. Sebab dulu masa mengandungkan zidane, muka tak berseri. Kulit kusam. HB usah cakap la. Rendah. Sebab mula amik suplemen pon lepas lahirkan zidane. Takde kesedaran nak amik suplemen masa mengandung dulu. Sampaila kena cucuk inferon. Apa inferon tu? Tu cucuk paling sakit untuk ibu mengandung dek kerana HB yg rendah. Sakit woo. Sampai skang ni lebam cucuk masih ada. Bila diurut memang terkinja la sat. Sakit sangat sampai tak tau nak explain camna. Pregnant kali ni saya makan ubat klinik TAMBAH suplemen sekaligus. Alhamdulillah. Walaupon mula2 aritu HB 9.7 je tapi dek kerana rajin dan konsisten, HB mencanak naik jadi 10.7. Alhamdulillah. Maklumla, bila mengandung ni HB memang akan low sket tambahan plak jenis makan makanan yg tak seimbang zatnya. So sekarang dah belajar dari kesilapan. Hehe. Tu kulit muka pon makin flawless. Best tau. Pregnant kali ni takde la macam dulu. Pucat lesi. Kali ni berseri2. Nak tengok gamba pregnant kali ni? Hehe.


Yg kiri tu gamba pregnant sebelum ni. Pucat, tak berseri. Kulit kering. Huhu. Yg gamba belah kanan tu raya baru2 ni. Dah membulat standard macam org mengandung la kan. Tapi amazingly kulit tak kering dan takde pucat lesi. Gambar bawah ni pulak beza mekap dengan tak mekap. Kiri tanpa mekap. Kanan dengan mekap. Tak nak apa bezanya? Memang takkan nampak sebab memang itu lah point nak cakap. Muka berseri, tak pucat walaupon tanpa mekap. Hehe. 


Tu la dia sedikit sebanyak perkongsian pasal shaklee dalam kehidupan seharian mak buyung ni. Alhamdulillah, dengan pengambilan suplemen, hidup jadi lebih sihat, bertenaga. Lebih2 lagi dalam keadaan menyusukan anak sambil mengandung lagi ni. 

Ini kira testimoni sendiri ni. Takde tokok tambah dan segalanya yg benar belaka. Ada org cakap bukan semua suplemen sesuai dengan kita. Setuju. Tapi kalau la jenama yg kita pakai dah lebih 50 tahun dan masih bertahan dan dalam masa yg sama para atlet Olimpik pon ada jugak yg guna, memang dah terbuktila kan kualiti dan keberkesanannya. Ingat senang nak masuk Olimpik? Saringan kesihatan, segala ujian di makmal dengan standard Olimpik dilalui. Bukan macam kita nak masuk U dulu. Medical Check up biasa2 je. Hehe.

Elok sangat la kalau kita start menjaga kesihatan dari sekarang. Lebih2 lagi pompuan. Sebab pompuan ni tulang belakang keluarga. Kalau sakit, demam, dapur pon tak berasap. Tapi kalo malas pon tak berasap jugak. Hehe. Kita jaga kesihatan sebab kita nak jaga keluarga kita kan. Sebab tu mula dari sekarang. Jom ikut seruan untuk jaga kesihatan sebaiknya. Bila kita sihat, keluarga terjaga, anak gembira, suami ceria. Dah macam cogankata pulaks.

Nways, kalau nak try Shaklee boleh roger saya.

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)







Wednesday, 27 August 2014

Atasi menopaus gaya Shaklee!!

Assalamualaikum korang. 

Arini nak sembang sket pasal menopaus ni. Sebab ada dengar orang bisik2 pasal tanda2 menopaus. Mak buyung pantang dengar isu. Mula la membaca dan buat kajian sendiri. Hehe.

Apa sebenarnya menopaus ni? Dalam kata ringkas lain menopaus ni putus haid. Selalunya berlaku semasa pertengahan umur wanita bila mana haid dan berhenti sebab ovari dah tak lagi menghasilkan telur. Menopaus ni biasanya ada tanda2 nya dan takkan jadi mengejut tanpa simptom. Pun begitu ada jugak yg berlaku cepat dan tiba2.

Sebelum menopaus, paras estrogen dalam badan kita semakin menurun beberapa tahun sebelum tu dan dalam masa yg sama badan kita akan alami perubahan sama ada sedar atau pon tidak. Tapi macam saya cakap sebelum ni bukan semua ada simptom dan gejala yg sama sebab ada yg terus jadi gitu je. Tapi dari segi emosi, biasanya kebanyakan wanita akan menghadapi perubahan emosi yg tak menentu. Masa ni la kita akan rasa sensitif terlebih, tak dapat kawal perasaan, sedih manjang, cepat benar nak naik marah, mengamuk tak tentu hala, menangis tanpa sebab dan mengalami tekanan. Sebab tu kalau pompuan yg moody ni org cakap nak menopaus. Hehe. Tak lawak ok. =P Yg tu perubahan secara emosi la. Secara fizikalnya pulak, akan berlakula pertambahan berat badan terutama di bahagian perut dan pinggang, kulit jadi makin nipis, mulut kering dan lapisan faraj jadi kering. Dalam masa yg sama jugak kita akan rasa hot flushes, rasa panas pada muka, sakit sendi, susah nak tido, jantung berdebar2, keletihan dan mudah berpeluh. Dalam masa jangka panjang, kita akan terdedah kepada osteoporosis, peningkatan kolesterol dalam badan yg akhirnya menjadi punca kepada sakit jantung.

Pesanan untuk suami pulak, tengok2 la isteri tu. Sebab bukan semua suami sensitif. Malah ada yg tak tau pon pasal gejala menopaus ni.

Cara menghadapi menopaus ni pulak macam mana?

Well, kita kena ingat, kita jangan tunggu dah tua baru nak bersiap sedia. Jangan tunggu sampai umur menopaus baru la kita nak siapkan diri. Sebab tu la kita digalakkan menjaga kesihatan, pastikan berat badan terkawal, selalu la bersenam dan lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Biasanya wanita yg sihat atau yg amalkan gaya hidup sihat sejak dari usia muda akan kurang mengalami simptom menopaus ni. Sebab tu la kita digalakkan untuk kekal aktif secara fizikal mahupon mental. Macam nak pegi main sudoku terus plak kan. Kih kih. Nak aktif mental katakan. Orang kita sekarang aktifkan mental dengan masalah je. Pastu sibuk hal orang. =P Kurang2 kan la aktiviti gini ok!! Bila kita hidup dengan gaya hidup aktif, kita tak akan rasa sangat simptom ni. Ye la sebab kita aktif. =)

Selain daripada gaya hidup aktif, kita digalakkan untuk ambil vitamin dan suplemen yg membantu mengurangkan masalah semasa menopaus. Dan take note, jangan tunggu tua jugak baru nak ambil suplemen. Mula la dari muda. Sebab we are preparing ourselves for the future. Eceh. Betulla kan. Kita sedang siapkan diri kita untuk masa akan datang. Selalunye orang ambil suplemen sebab nak mencegah. Sebab kalau dah sakit baru orang ambil ubat. Masa tu bukan masa pencegahan dah. Dah jadi masa berubat. Bila kena makan ubat maka boleh la dikatakan terlambat. 

Antara vitamin yg dapat bantu menguruskan masalah menopaus ni termasuklah Vitamin B untuk tenaga, minyak ikan bagi mengawal kolesterol dan baik untuk kulit dan jugak kalsium bagi kekuatan tulang untuk cegah osteoporosis. 

Nak tau cara hadapi menopaus gaya Shaklee?? Satgi mak buyung cite naa.

Anyways, dalam masa yg sama, suami pon kena la memainkan peranan sama sebab masa ni la suami kena bantu isteri menguruskan emosi. Bantu la isteri untuk uruskan keluarga dan anak2 supaya isteri ada masa lebih untuk berehat dan tenteramkan fikiran. Selain tu kalau simptom terlampau teruk atau rasa perlukan rawatan, bawalah isteri tu pergi. Ingat, isteri dok bawak anak 9 bulan dalam perut tak komplen pon tau. =P 

Ok, camna nak hadapi menopaus gaya Shaklee? 

Saya sarankan untuk kita mula dari muda ok. Bukan tunggu dah jadi makcik2 baru nak amal.


B Complex Shaklee. Tadi kata nak tenaga kan? Tadi kata kalau nak menopaus ada rasa stress, emotional semua tu kan? Ini makannya. Hehe. Sesuai sangat sebab bantu kita kontrol emosi dan bagi sensasi ketenangan pada kita. And yes, dalam masa yg sama bantu menukar makanan menjadi tenaga. Baru la bertambah tenaga dan gembira menghadapi menopaus tanpa stress. =)


Omega Guard Shaklee. Minyak ikan terbaik ni. Sebab melalui proses penyulingan berperingkat yg dapat menyingkirkan bahan berbahaya macam plumbum dan merkuri tapi dalam masa yg sama mengekalkan khasiatnya. Ini minyak ikan sebenar. Bukan minyak hati ikan. Minyak ikan bagus untuk kolesterol. Makin bertambah usia, makin berisi salur darah kita dengan kolesterol kan. So amalkan la ni. Dapat cuci salur darah kita dan bantu kita elak sakit jantung. Insya Allah.


Ostematrix Shaklee. Sedih bila tau yg ramai menghidap osteoporosis ni perempuan. Bila nak menopaus kita akan mula sakit sendi jugak kan. Dah la sepanjang hidup kita dok mengandung dan melahirkan anak. Dan ada antara kita yg bukan jenis peminum susu. Jadi ambilla ostematrix ni. Bukan sekadar kalsium biasa sebab ada magnesium dan Vitamin D sama. =)


GLA Complex. Ni yg paling best sebab GLA ni membantu mengurangkan simptom menopaus. Kalau dari muda amik GLA ni, insya Allah haid teratur, PMS kurang. Dan kalau ambil secara konsisten bagi menghadapi menopaus ni pulak, Insya Allah dapat memperlahankan penuaan di samping membantu menangani gejala menopaus.


Ok, itu dia cara hadapi menopaus gaya Shaklee. 

Nak cuba? PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok! Kita hadiahkan pada mak2 kita supaya diorang hepi menghadapi gejala menopaus ni. Dan kita sekali kena get ready. =)


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)




Monday, 25 August 2014

Tips anak pintar : Panduan ibu mengandung

Assalamualaikum semua.

Sebenarnya saya baru je baca pasal pil cerdik ni. Bukannya apa. Bila baca macam pelik ada. 

Apa tu pil cerdik? Pil cerdik ni dikenali sebagai Nootropics dan dikatakan membantu meningkatkan memori, konsentrasi dan kebijaksanaan. Dan ajaibnya pil cerdik macam ni dah jadi fenomena macam dalam cerita Limitless yg dilakonkan oleh Bradley Cooper.


Tapi memang betul pon, kalau kita tanya pada majoriti mak ayah sekarang, sape tak nak anak2 bijak bestari kan? Dan sampai ke satu tahap bila anak2 kita di masa akan datang nanti jadi terlalu exam oriented sebab nak semua keputusan exam di sekolah dan universiti cemerlang belaka. Masalahnya, bukan semua individu sama keupayaan mindanya. Sebab tu dah jadi trend bagi suplemen kepada anak2 tanpa kita lihat kandungan dalamnya.

Kalau la pil yg diambil tu mengandungi DHA dan AA, mungkinla dapat membantu kanak2 jadi cerdik sebab DHA dan AA ni memang nutrisi penting untuk perkembangan otak kanak2 dan penglihatan diorang. Tapi yg jenis sapu semua, asal ada org introduce suplemen pintar je mula la nak bagi anak makan. Yg ni bahaya. At least cekla betul ke suplemen tu ada kelulusan daripada KKM. Nak bijak punya pasal. Hehe.

Meh la kita amalkan tips untuk cerdik secara semulajadi nak? Haha. Acaner caranya? Kena mula dari dalam kandungan sampaila umur anak2 3 tahun sebab lepas 3 tahun otak anak2 akan berkembang bagi membolehkan diorang belajar dan menyimpan maklumat melalui memori sepanjang hidup diorang. Sebab tu la orang cakap first 3 years anak2 tu penting.

Selain merangsang perkembangan otak dan memori anak dengan benda baik atau aktiviti bermanfaat, kita kena jugak ingat yg perkembangan otak anak2 ni berhubung kait dengan nutrisi seimbang dalam pemakanan diorang seharian. Sebab tu zat penting macam karbohidrat, protein, lemak penting macam DHA dan AA dan vitamin2 lain memang sangat diperlukan sepanjang proses perkembangan otak diorang.

Sebab tu anak2 digalakkan ambil makanan berkhasiat dan seimbang sebab kalau ada masalah malnutrisi sama ada obesiti atau pon kurang nutrisi, diorang akan mengalami masalah kurang daya tumpuan dan masalah mengantuk dalam kelas. Sebab tu cek balik piramid makanan ok!!

Untuk mak buyung sekalian pulak, since perkembangan otak anak2 ni bermula semenjak di dalam kandungan, apa kata kita amalkan benda2 di bawah ni untuk merangsang perkembangan sel otak anak2. Bila sel otak anak terangsang, dapatla anak cerdik. Kih kih. Ikhtiar kan. =)
  • Pastikan si ibu mengambil makanan seimbang sebelum mengandung sehinggalah sebelum waktu melahirkan.
  • Sebelum hamil, ibu2 kena memastikan yg kita ni dapat semua nutrisi yg diperlukan macam zat asid folik, zat besi, kalsium dan vitamin2 bagi menyiapkan badan kita untuk melahirkan anak yg sihat dan tidak mempunyai kecacatan disebabkan kekurangan zat. Take note ye. Kecacatan bukan sahaja disebabkan oleh genetik tapi boleh jadi disebabkan oleh kekurangan zat. Huhu. Nauzubillahi min zalik.
  • Semasa mengandung, ambilla sumber makanan yg mengandungi protein dan LEMAK YANG BAIK. Sebabnya 60% daripada otak bayi dibuat daripada lemak dan yg selebihnya memerlukan protein. Sebab tu LEMAK BAIK tu PENTING!!
  • Ambilla DHA dan AA sebab dua2 ni LEMAK BAIK. Sumber makanan yg mengandungi lemak tinggi dengan DHA dan AA penting untuk perkembangan otak janin.
  • Ibu2 digalakkan untuk menyusukan bayi sebab susu ibu ni merupakan sumber yg paling penting untuk mendapatkan nutrisi yg baik dan seimbang selain daripada susu formula. 
  • Amalkan cara hidup dan pemakanan yg sihat sebab 2 amalan ni menyumbang kepada kecerdikan seseorang anak. You are what you eat. =)


Dok cakap pasal nutrisi seimbang, lemak baik bagai ni kan, meh saya nak share apa yg saya ambil sepanjang kehamilan untuk pastikan saya dan baby dapat zat yg diperlukan dan dalam masa yg sama merangsang otak anak sejak dalam kandungan lagi. Hehe.


Yang ni Insya Allah complete. Asid folik, kalsium, multivitamin, minyak ikan (lemak baik) semua ada dalam 1 pakej. 

Nak cuba? PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 sekarang ok!!

Apa kata dalam pada kita menyediakan keperluan bayi selepas dilahirkan, kita sediakan sekali keperluan mereka dari dalam kandungan.

Mak gembira, anak sihat. Insya Allah dengan izinNya jugak!



Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

Friday, 22 August 2014

Sustained Release Vita C Shaklee - Vitamin C TERBAIK!!

Semua orang tau vitamin C ni banyak manfaatnya. Antara manfaat lain vitamin C ni adalah sebagai antioksidan, kofaktor pembentukan kolagen dan pelbagai jenis hormon, dapat meningkatkan sistem imun dan mencegah penyakit. Sebab tu la vitamin C ni bagus. Kalau ingat dari dulu lagi, dari zaman kita kecik2, mak ayah kita mesti providekan kita dengan vitamin C ni. Dan yg bestnya selalunya vitamin C ni sedap2 je. Sedap dikunyah. Haha. 

Kalau la kita nak ambil vitamin C, memang betul lebih elok kita amik terus daripada buah. Sebab menurut penyelidik dari Universiti Otago, vitamin C bertahan lebih lama dalam tubuh kalau kita dapatkan daripada buah.

Tapi!! Takdela bermaksud tak boleh ambil suplemen pula. Real foods memang bagus. Tak ragu lagi. Tapi real foods jugak terdedah kepada banyak benda sampai boleh mengurangkan khasiatnya. Tu je.

Macam yg kita sedia maklum, vitamin C ni jenis vitamin yg mudah rapuh. Dek kerana stress pon boleh menyebabkan kita hilang vitamin C dalam badan. Vitamin C ni pon mudah teroksida oleh oksigen dan mudah dimusnahkan oleh pencemaran air dan udara. Dan yg paling penting vitamin C ni jenis larut air dan tak boleh disimpan lama dalam badan dan mesti diganti setiap hari. Vitamin larut air ni penting untuk pertumbuhan dan tumbesaran. 

Dek kerana rapuhnya vitamin C ni la setakat makan real foods yg ada sumber vitamin C tak cukup. Apa kata cuba Sustained Release Vita C Shaklee ni?


Kalau korang nak tau Sustained Release Vita C Shaklee ni bersifat "sustained release". Maksudnya, setiap 100mg vitamin C akan dilepaskan. Kan tadi dah cakap yg vitamin C ni jenis mudah rapuh, mudah teroksida segala macam tu kan. So dengan kaedah sustained release ni la memastikan bekalan vitamin C dalam badan kita cukup untuk sehari. Ada 500mg vitamin C dalam vitamin ni. So maksudnya pelepasan vitamin C dilakukan 5 jam tanpa henti. =)

Sustained Release Vita C ni jugak mengandungi Bioflavonoids yg membantu penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C daripada teroksida. Maklumla, vitamin C ni manja. Cepat teroksida oleh oksigen.

Antara lain, kalau nak tau, sebiji tablet Sustained Release Vita C Shaklee ni bersamaan dengan 7  1/2 biji oren tau!! Takyah bersusah payah nak makan sampai 7 1/2 biji oren semata2 nak pastikan kandungan vitamin C dalam badan ni cukup. Kot sakit perut plak makan oren bebanyak. Hehe.

Dan yg paling penting dan best sekali, Sustained Release Vita C Shaklee ni bersumberkan bahan2 semulajadi. Takde perasa tiruan, takde pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. =)

Nak cuba tak? PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ye.

Insya Allah lepas ni kulit jadi cantik, gusi tak berdarah, luka cepat sembuh, sistem imun badan pon akan jadi bertambah baik. =)

Nak order jangan segan ok!!


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)



Wednesday, 20 August 2014

Cara atasi tekanan darah tinggi ketika hamil

Assalamualaikum semua.

Hari ni nak sambung entri tekanan darah tinggi ni haa. Kalau nak tau kronologi cerita pasal tekanan darah tinggi dalam blog ni sebelum ni, boleh rujuk Risiko tekanan darah tinggi ketika hamil dan Faktor tekanan darah tinggi jugak. Baca betul2. Baru boleh baca entri ni plak. Hehe.

Aritu dah janji nak kongsi cara mencegah dan mengatasi tekanan darah tinggi. So here we go. Jom baca!!


  • Kurangkan pengambilan garam dalam makanan. Kalau dah disahkan ada tekanan darah tinggi sebaiknya kita jangan ambil makanan yg bergaram. Kena tabah kontrol. Kalau nak sihat la kan. Hehe.
  • Ambil makanan mengandungi kalium, magnesium dan kalsium. Pengambilan makanan yg ada 3 benda ni mampu membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.
  • Jauhi makanan dan minuman yg beralkohol.
  • Buat jadual bersenam. Bersenamla dengan teratur sebab senaman yg teratur boleh menurunkan tekanan darah tinggi. Kalau kita memang dah ada tekanan darah tinggi, lebih2 lagi untuk ibu hamil ni, pilihlah olahraga yg ringan macam berjalan kaki, berbasikal, lari santai dan berenang. Lakukan selama 30 hingga 45 minit sehari sebanyak 3 kali seminggu. Tak lama pon kan.
  • Makan sayur dan buah-buahan yg berserat tinggi macam sayuran hijau, pisang, tomato, saderi, tembikai dan oren.
  • Kalau yg stress tu jalani la terapi anti stress untuk mengurangkan stress dan kendalikan emosi kita dengan sebaiknya.
  • Berhenti merokok.
  • Kendalikan kolesterol kita. Kontrol.
  • Kendalikan diabetis kita.
  • Hindari ubat atau rumusan yg dapat meningkatkan tekanan darah. Dapatkan nasihat doktor.
Nak cuba Shaklee? Hehe. Boleh aje.


Omega Guard Shaklee

Boleh cuba ni. Ni minyak ikan Shaklee yg membantu mencegah penyakit salur darah dan stroke. Kan kita faham yg tekanan darah tinggi boleh jadi disebabkan timbunan kolesterol dalam saluran darah. Maka kalau ambil Omega Guard Shaklee ni boleh bantu bersihkan salur darah kita. Anyways, minyak ikan kan dah memang bagus. DHA dan EPA dalam Omega Guard pulak boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi, melincirkan salur darah dan membantu peredaran darah jadi lancar. Sebab tu lah Omega Guard Shaklee membantu mengekalkan tekanan darah yg normal dan mengelakkan ketegangan leher atau sakit kepala. Dalam masa yg sama Omega ni jugak merendahkan kolesterol, menghindarkan pembekuan darah di dalam badan, mengawal masalah obesiti dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Memang terbaik kan!!



B - Complex Shaklee

Kita sedia maklum kan antara punca tekanan darah tinggi ni adalah stress. Apa kata ambil B Complex ni untuk atasi masalah stress. 

B-Complex Shaklee mengandungi keluarga vitamin B yg ada kat bawah ni.
  • B1 : Menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan meningkatkan metabolisme.
  • B2 : Memproses asid amino dan lemak dan membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik.
  • B3 : Membantu mengurangkan kolesterol dalam darah dan pengaliran kolesterol dalam darah, membantu dalam kesihatan kulit yg baik dan membantu pencernaa. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yg rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar untuk menjadikan seseorang tu dapat sakit mental.
  • B5 : Membantu mengurangkan stress fizikal dan mental, membantu mengurangkan penuaan pramatang.
  • B6 : Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin di dalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depresi.
  • B9 : Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter dan juga aktiviti mengurangkan depresi dalam badan.
  • B12 : Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depresi dan tak tenteram.
Kalau nak tau lebih lanjut pasal B-Complex Shaklee yg bantu atasi stress tu boleh la ke cara atasi stress dengan Shaklee.

Anyways, tekanan darah tinggi ni bukan la kategori penyakit yg tak dapat dihilangkan. Nak kendalikan memang boleh cuma kena tabah la sikit kan.

So apa kata, ibu2 hamil yg ada masalah tekanan darah tinggi ketika hamil tu, cubalah amik 2 benda di atas. Insya Allah berkesan.

Nak cuba? PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!



Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

Monday, 18 August 2014

3D/4D Scan termurah di Ipoh!!

Ini kenyataan. Betul2 dan bukan cubaan. Hehe. Mak buyung ni sibuk nak pegi buat details scan atau anamoly scan untuk anak nombo dua ni haa. Mana tidaknya, dulu masa Zidane pon saya buat detail scan sebab nak tengok perkembangan dan pertumbuhan anak. Sihat ke dia. Cukup tak sifatnya. Sekurang2nya kalau jadi pape, kita boleh get prepared. Physically or mentally. Penting sangat tau.

So memandangkan every weekend mak buyung balik Ipoh kembali ke pangkuan suami, eceh. Maka, kena la cari kat mana tempat yg ada buat details scan kat Ipoh. Gigih search & google tak tau la nak cakap. Akhirnya, masa buat blogwalking tu ada la jumpe komen yg mengatakan ada klinik baru bukak kat Tanjung Rambutan.

Mak buyung apa lagi. Terus search kat FB. Dan terhasilla carian seperti berikut:


Yes. Poliklinik Tanjung Perdana. Memang rezeki mak buyung la kiranya. Haha. Sebab kalau nak tau sebelum ni pernah buat details scan untuk Zidane kan. Harganya bila disurvey skang RM250. Uhuk uhuk. Tersedak kot. 

Mujur. Allah bantu di saat kita perlukan. Dapatla harga yg ni. Yg bestnya promo sampai hujung tahun. So kalau rasa tak puas ati nak usha jantina anak boleh la pegi banyak kali. Kih kih kih.

So terus call klinik buat appointment. Kemudian semalam jam 1.30 petang sepertimana yg dah dijanjikan pergila ke klinik ni. Sebenarnya terdatang lambat sket. So kebetulan doktor ada patient. So saya patiently la tunggu turn. Salah sendiri gak sebab datang lambat. Hehe.

Dalam kul 2 gitu masukla bilik doktor dan mula la aktiviti scan2 ni. So since nak buat details scan, amikla terus pakej nak buat 3D 4D scan. Sebab tengah murah kan. Kalau compare kat tempat lain memang jauh gile harganya. Amik kesempatan. Jangan tak amik. Hehe.

So details scan berlangsung dengan jayanya. Anak Alhamdulillah sihat. Sempurna. Cukup sifat. Syukur sangat. =)

Untuk 3D 4D plak doktor dah pesan kalau nampak muka anak baru la doktor charge harga 3D 4D. Kalau tak, kita charge details scan je. So ok la. Tapi malangnya anak bertuah ni sikit pon tak nak tunjuk muka dia kat ibu, ayah dengan abang dia ni haa. Habis ditutup muka dengan bukan tangan je. Kaki pon diangkat sekali naik ke muka. Tu dia. Akrobat sungguh. Haha.

Jantina pulak? Haha. Sebelum ni pernah try kat klinik kesihatan. Dia kepit wei. Takmo tunjuk. So kali ni doktor cek la kot2 ada tanda anak lelaki. Pengalaman sebelum ni memang senang giler nak menengoknya. Memang zidane takde nak malu2. Tapi kali ni tak nampak macam lelaki. Doktor cakap 80% perempuan. Sebab dia ada nampak 1 garis which i dunno what. Haha. Dia nak commit 100% perempuan tak boleh tapi doktor cakap 80% perempuan.

Alhamdulillah.

Kalau benar bagai dikata, maka rezeki sungguh. Hehe. Dapat sepasang boleh la kitorg plan. Tapi instinct sendiri dari awal pregnancy pon rasa perempuan. Instinct ni boleh tahan kuat sebab mula2 instinct mengandung memang betul mengandung. Pastu instinct kata perempuan. Kalau betul, memang Alhamdulillah sangat.

Tapi Insya Allah nanti masa 28 weeks nak buat 1 lagi scan untuk confirmkan jantina. Hehe. Semoga masih kekal perempuan. =) Sungguh bukan niat saya untuk buat org cemburu atau apa bila saya declare yg saya sedang 80% membawa anak perempuan. Semua tu rezeki kan. Saya cuma kongsi kegembiraan.

Untuk yg masih belum dikurniakan dengan jantina anak yg kita inginkan, jangan jemu cuba dan berdoa. Insya Allah. Kalau kita mintak, takkan Allah tak bagi. Ye tak? =)

Gambar scan nantila saya belanja. Tertinggal dalam kereta suami. Hehe.

So untuk ibu2 hamil kat Ipoh tu, saya cadangkan pergila ke Poliklinik Tanjung Perdana ni. Betul2 sebelah mee ketam sempoi diraja. Kalau nak ke tanjung rambutan tu lokasinya kat belakang petronas. Kalau nak tau info lebih boleh call terus klinik tu.

Nak suplemen kesihatan untuk ibu hamil? Boleh roger saya.

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ye!!



Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)



Friday, 15 August 2014

Faktor tekanan darah tinggi

Assalamualaikum semua. Ingat tak entri sebelum ni yg cerita pasal tekanan darah tinggi ketika hamil tu? Kalau tak ingat boleh refer risiko tekanan darah tinggi ketika hamil. Baca kasi hadam. Kemudian kita sambung dengan entri ni pulaks. Hehe.

Nak tau tak apa penyebab darah tinggi ni? Jom cekidaut!


  • Keturunan : Faktor ni memang di luar kawalan kita sebab kalau la kita ada orang tua dalam keluarga ataupon saudara yg ada masalah tekanan darah tinggi, maka kemungkinan kita untuk dapat tekanan darah tinggi adalah besar. Sebab tu masa bukak buku pink tu, misi akan tanya sejarah kesihatan keluarga. Just in case kalau ada sejarah penyakit2 ni maka diorang akan ambil extra caution la. Statistik ada menunjukkan bahawa masalah tekanan darah tinggi lebih tinggi pada kembar seiras daripada kembar yg tak seiras. Dan ada kajian yg menunjukkan bahawa ada bukti gen yg diturunkan ni termasuklah masalah tekanan darah tinggi ni.
  • Usia : Ini pon bukan di bawah kawalan kita. Tapi melalui kajian memang semakin bertambah usia, maka tekanan darah makin meningkat. Janganlah ingat tekanan darah masa kita tua dan muda tu sama. Sebab tu masalah kesihatan datang seiring usia. Cara nak atasi memang kena daripada muda la. Jangan nak tunggu tua baru la nak jaga kesihatan. Amalkan kehidupan sihat sementara kita ni muda. Jom!!
  • Pengambilan garam. Ok yg ni kita boleh kontrol. Garam dapat meningkatkan tekanan darah dengan cepat pada sesetengah orang, khususnya pesakit diabetis, pesakit hipertensi ringan dan orang tua. Sebab tu la kita kena amalkan pengambilan garam yg kurang. Sihat sangat tu. =)
  • Kolesterol. Ini pon kita boleh kontrol. Kandungan lemak yg berlebihan dalam darah akan menyebabkan timbunan kolesterol pada dinding arteri atau pembuluh darah. Bila kolesterol bertimbun makan sempitla saluran darah. Bila saluran darah sempit, peredaran darah jadi tak stabil. Bila ada bahagian yg tersepit pengaliran darah dan bila darah tak sampai kat sesetengah kawasan badan, di situ bahaya bermula. Sebab tu banyak kaitannya tekanan darah tinggi ni dengan strok, sakit jantung dan sebagainya. Dari 1 boleh timbul masalah lain jugak. Huhu. Kendalikan la kolesterol kita dengan sebaik mungkin.
  • Obesiti : Yg ni pon memang kita boleh kontrol. Baik dari permakanan ataupon dengan gaya hidup yg sihat macam senaman. Orang yg memiliki berat badan lebih 30% daripada berat badan ideal berkemungkinan besar menderita tekanan darah tinggi lebih daripada org yg ada berat badan ideal. Sebab tu nak kurus tu bukan untuk sekadar cantik. Tapi lebih penting untuk sihat. =)
  • Stress : Stress dan emosi yg tak stabil pon boleh jadi punca tekanan darah jadi tinggi. Yg ni kita pon boleh kawal. Kena banyak bermeditasi la kot. Hehe. Untuk org Islam, boleh selalu mintak yg terbaik daripada DIA. =)
  • Gaya hidup yg tak sihat : Merokok, pengambilan kafein berlebihan, alkohol dan kurang berolahraga dah jadi trend dan gaya hidup manusia sekarang. Terlalu busy la katakan. Kita tau merokon dapat meningkatkan tekanan darah, meningkatkan risiko diabetis, serangan jantung dan stroke. Kafein yg berlebihan dalam kopi, teh dan minuman cola pon boleh meningkatkan tekanan darah. Pengambilan alkohol secara berlebihan pon boleh meningkatkan tekanan darah kita. Dah la 3 benda ni diamalkan, kemudian kita kurang pulak bersenam. Bila kita kurang bersenam dan bergerak, tekanan darah dalam tubuh boleh meningkat. Olahraga atau senaman yg teratur mampu menurunkan tekanan darah tinggi. Tapi takdela sampai nak suruh ibu hamil yg ada masalah tekanan darah tinggi ni buat senaman berat. Yg ringan pon dah ok. Asalkan bersenam. Hehe.

Ok, itu dia antara faktor kenapa kita kena tekanan darah tinggi ketika hamil. Rasanya cukupla takat ni. Tapi no worries. Lepas dah berkenalan dengan penyakit darah tinggi ni, entri akan datang saya kongsikan cara nak atasi tekanan darah tinggi pulak. Hehe.

Nak beli produk Shaklee? Nak jadi ahli?

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)



Wednesday, 13 August 2014

Selamat hari lahir anakku Muslim Wajdi Zidane

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Muslim Wajdi Zidane berusia 2 tahun pada jam 3.26 petang ni. 


Selamat hari lahir Muslim Wajdi Zidane Bin Mohd Norhafiz. Semoga menjadi anak yg soleh, saham ibu dan ayah di akhirat, pelindung kami dan adik2nya dari api neraka. 

Doa kami mengiringi setiap langkah & nafas Zidane sentiasa.

Walau macam mana marah & geram sekalipun saya pada dia, Zidane masih "nak ibu" sepanjang masa.

Thank you Allah for the wonderful first 2 years. Zidane, no matter how many birthdays come & go, u'll always be my little boy. 

Nways, Zidane la inspirasi saya dok meniaga Shaklee sampai la blog ibuzidane.blogspot.com ni dikaryakan. Eceh. Karya epik sangat. Ada jugak yg pernah cakap ibu zidane je ke? Adik2 dia camna? Well, let me make it clear. 

Zidane adalah nama semua anak2 kami. Ibarat surname la kiranya. Maka takde isu la kat situ. Adik zidane pon masih zidane. Cuma maybe lepas ni akan ada panggilan lain la.

Dulu masa kami bagi nama Muslim Wajdi Zidane ramai yg cakap nama sampai 3 ni ibarat trend. Tu pon saya nak clearkan kat sini. Bukan trend yg jadi ikutan. Kami suka maksud nama tu. Asalkan ada nama yg baik kan dah cukup bagus? IC sampai 2, jenuh nak tulis nama, itu semua masalah yg kita dok tengok. Anak2 nanti lama2 biasala dengan nama diorang. Takkan jadi isu anak lenguh tangan nak tulis nama. Takkan jadi isu nanti kotak tak cukup nak tulis nama. Kita je yg besarkan cerita. Kan?

Okla, nak belanja gamba zidane dari kecik sampai la skang ni. Hehe. Enjoy korang!!


I love u Muslim Wajdi Zidane!!

Mmuah! Mmuah! Mmuah!!


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)






Monday, 11 August 2014

Risiko tekanan darah tinggi ketika hamil

Assalamualaikum semua.


Entri dalam blog ibuzidane ni lately banyak beno pasal ibu hamil kan. Yela. Sementelah saya pon hamil ni, sama2 la kita manfaatkan pengalaman ni  bersama. Hehe.

Kali ni nak share pasal blood pressure atau tekanan darah untuk ibu hamil. Entri lepas ni maybe boleh fokus dengan tekanan darah rendah. Kali ni kita fokus tekanan darah tinggi ok!!

Perasan tak kalau masa check up di klinik tu misi akan cek tekanan darah kita, kemudian cek pergelangan kaki kita bengkak ke tak? Dan ujian air kencing pon ada dilakukan tiap kali check up untuk cek kandungan protein dalam air kencing dan pemeriksaan kandungan hemoglobin dalam darah. Perasan tak? Kenapa kena cek ye semua tu?

Tak lain tak bukan untuk pastikan kita takde tekanan darah tinggi. Bahaya tau kalau tengah mengandung ni tekanan darah naik tinggi. Sebab tu kadang2 kalau tetiba tekanan darah naik tinggi, doktor akan suruh kita admit ke ward. 

Peningkatan tekanan darah ni boleh menyebabkan gangguan peredaran darah terutamanya pada uri. Bila jadi macam tu, janin kurang dapat zat dan akhirnya mengganggu perkembangan bayi dalam rahim. Perkembangan bayi ni penting sangat sebagai indikasi yg anak kita nanti akan lahir sihat. Dan sekiranya tekanan darah tinggi ni tak dipantau, berkemungkinan sawan akan terjadi kepada si ibu. Bila sawan terjadi kita takut boleh menyebabkan kematian kepada si ibu dan anaknya sekali. Tu la bahaya nya tekanan darah tinggi ni.

Ada lagi kesan sampingan lain. Walau tak menyebabkan kematian, kadang2 bayi yg dilahirkan mungkin akan lahir dengan saiz yg kecil, ada masalah kerencatan otak, uri berpisah dari rahim sebelum proses kelahiran bermula, bayi lemas dalam proses kelahiran, bayi lahir tak cukup bulan dan macam2 la lagi. Sebab tu kalau dah tekanan darah tu naik tiba2, doktor akan suruh kita rest dan mungkin kemudian akan admit ke ward terus.

Yang paling membimbangkan pulak, bila mana tekanan darah tinggi ni mengakibatkan si ibu tu mengalami sakit buah pinggang ketika hamil, kegagalan fungsi hati, pembengkakan otak sehingga sawan, darah sukar nak membeku bila berlaku pendarahan, strok dan akhirnya boleh menyebabkan kematian. Nauzubillahi min zalik.

Dalam sesetengah keadaan, demi menyelamatkan nyawa ibu bagi kes2 tekanan darah tinggi ketika hamil ni kan, ada kalanya janin terpaksa dikorbankan. Ini lah yg paling kita tak nak kan. Sebab kita nak besarkan anak kita. Huhu.

Antara komplikasi serius yg boleh terjadi sejurus selepas ibu hamil ni terkena darah tinggi dan sekiranya tak dikawal dan dipantau termasuklah:
  • Angin ahmar
  • Uri lekang (Abruption) yg boleh menyebabkan kematian janian dan pendarahan serius pada ibu
  • Kegagalan jantung
  • Kegagalan fungsi buah pinggang
  • Kegagalan hati
Banyak faktor yg menyebabkan kematian ibu. Antaranya:
  • Kegagalan memberikan rawatan seperti gagal mengesan tahap keseriusan penyakit tersebut
  • Kegagalan bertindak cepat iaitu melahirkan bayi secepat mungkin walaupun sudah terdapat tanda atau gejala tekanan darah tinggi
  • Kegagalan memulakan atau memberikan rawatan yg secukupnya untuk mengawal tekanan darah tinggi dan juga mengawal sawat
  • Pesakit yg tak memahami dan tak memberikan kerjasama
Macam mana kita nak tau tekanan darah kita normal atau pon tidak?

Tekanan DarahSistolik (angka pertama)Diastolik (angka kedua)
Darah rendah atau hipotensiDi bawah 90Di bawah 60
Normal90 – 12060 – 80
Pre-hipertensi120 – 14080 – 90
Darah tinggi atau hipertensi(stadium 1)140 – 16090 – 100
Darah tinggi atau hipertensi(stadium 2 / berbahaya)Di atas 160Di atas 100

Lepas ni, ibu2 hamil kena cek apa yg misi buat masa cek tekanan darah diambil. Kena ambil tahu dan ambil peduli sebab tu kan berkaitan dengan kesihatan kita sendiri. 

Nak tau cara atasi tekanan darah tinggi ketika hamil? Nak tau apa faktor terjadinya tekanan darah tinggi ni? Tunggu entri yg akan datang nanti ok!! Hehe.


Kalau nak cuba produk Shaklee, boleh roger saya. PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ye. Kalau saya tak angkat call, boleh mesej 24/7. Takde masalah.


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor. =)

Wednesday, 6 August 2014

Masalah haid tidak teratur

Assalamualaikum & hi semua!!

Hari tu kita ada diskas pasal hormon yg tak seimbang dan apa kesannya kan?

So arini kita nak cakap pasal kitaran haid plak. Macam mana kita nak tau kitaran haid kita ni adalah normal? Mudah je sebenarnya. Cuba buat kiraan. Dari hari pertama haid datang sampai la ke hari period yg berikutnya datang. Kitaran normal biasanya antara 21 ke 35 hari je. Kalau lebih atau kurang, maka ada la masalahnya tu. Maksud masalah kat sini bukanla serius. Cuma mungkin kita mengalami hormon yg tak seimbang macam kita bincang dalam entri sebelum ni atau pon mungkin haid kita sendiri yg tak teratur. =)

Ada banyak sebab kenapa haid kita ni tak teratur. Nak tau tak apa punca haid tak teratur? Jom sambung baca.


  • Berat badan yg berlebihan. Ramai org amik mudah je masalah berat badan ni. Selain daripada masalah kesihatan lain macam sakit jantung, kencing manis, darah tinggi etc yg dikaitkan dengan berat badan berlebihan, masalah haid yg tak teratur pon boleh terjadi kalau berat badan kita berlebihan. Bila berat badan berlebihan, maka keseimbangan hormon estrogen pon boleh terganggu. Sebab tu kan kalau ada yg consult pasal period yg tak teratur ni saya suka tanya ada masalah berat badan berlebihan ke tak. Bukan saje2 nak insult ke apa tau. Tapi sebab kita nak cari punca. Kalau la dek kerana berat badan yg berlebihan tu la period kita tak teratur, why not kita cuba turunkan berat badan dulu kan. Insya Allah bila berat badan dah kembali normal, period kita pon akan ikut normal jugak. Macam mana nak tau berat kita normal ke tak? Boleh cek BMI kita. =)
  • Pola pemakanan yg tak sihat. Ni pon boleh jadi punca. Bila kita terlalu jaga sangat makan atau kita selalu sangat nak diet kononnya, badan kita tak dapat terima vitamin, mineral yg secukupnya. Kalau tak cukup vitamin dan mineral maksudnya apa? Maksudnya kita tak sihat la kan. Hehe. Sebab tu la ada sebab kenapa kita ada piramid makanan. Sebab kita kena ambil certain portion untuk setiap jenis makanan. Bukan pakai makan je. Terlalu berdiet sampai tak amik kisah pasal kandungan vitamin dan mineral pon tak boleh tau uolls. Sebab tu kena diet dengan caranya. =)
  • Stress & tekanan. Ni pon antara sebab kenapa haid boleh jadi macam yo yo. Kejap datang kejap tak. Bila kita stress atau tertekan, maka akan mempengaruhi jumlah hormon yg boleh ganggu ovulasi. Akibatnya boleh jadi sampai period pon berhenti. Sebab tu kalau boleh jangan stress. Kenapa nak stress kan? Semua org ada masalah dalam hidup. Cuma cara kita handle stress dan tekanan tu la yg membezakan kita dengan org lain. Tau tak kalau kita ada masalah maknanya Allah sayangkan kita? =)
  • Menyusukan anak. Bila kita susukan anak, hormon dalam badan dah tentu terganggu. Sebab tu kalau perasan kan, ibu yg baru lepas melahirkan kalau susukan anak, period mula2 datang lambat. Pastu ada kes yg datang kemudian tak datang. Macam chipsmore. Tapi jangan risau. Itu normal. Unless kalau ada yg termengandung balik. Memang la period tak datang. Hehe.
  • Melakukan aktiviti berat. Aktiviti berat macam senaman berat seperti marathon pon boleh ganggu ovulasi kita sebab tekanan bertambah ke atas badan. Sebab tu digalakkan untuk kita dapat rehat yg cukup. 
  • Perubatan. Mana tau kita ada ambik ubat doktor yg mengakibatkan hormon kita terganggu. Sebab tu cek balik dengan doktor adakah pengambilan certain ubat tu menyebabkan period kita terganggu.
  • Masalah kesihatan. Period boleh lambat kalau disebabkan masalah kesihatan macam PCOS, diabetis, demam panas. Kawan saya period tak datang 6 bulan dek kerana diabetis. Lepas turunkan berat, Alhamdulillah period datang setiap bulan tanpa gagal. =)
  • Pengambilan pil perancang. Haaa. Yg ni betul jugak. Kalau yg jenis suntikan atau ubat tu memang boleh ganggu hormon kita dan menyebabkan ovulasi terganggu. Kalau lepas kita berhenti amik pil perancang ni pon, akan amik masa untuk badan kita sesuaikan balik. Lepas tu barula period ok balik.

Ok, tu dia antara sebab kenapa period kita lambat atau tak teratur. Nak tau cara nak pastikan period jadi teratur semula gaya Shaklee??

Boleh cuba GLA Complex Shaklee. =)


GLA Complex Shaklee ni memang glamer untuk betulkan hormon dan regularkan period setiap bulan. Dalam masa yg sama kalau ada ibu2 yg ada masalah hormon dan nak cuba hamil memang digalakkan ambik GLA Complex Shaklee ni. 

Banyak testimoni kalau nak tengok. Jap saya belanja 1 testi k.


See. Proven kan. Nak cuba?

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!

Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)






Monday, 4 August 2014

Tanda-tanda hormon tak stabil

Assalamualaikum semua.

Hari ni nak celoteh pasal hormon tak stabil. Macam mana kita nak tau yg sebenarnya hormon kita ni tak stabil? Adakah kehadiran period setiap bulan tu tanda hormon kita teratur? Eceh. Skema sangat kan. Haha.

Nways, antara indikasi hormon kita tak stabil memang betulla daripada pemantauan kehadiran period setiap bulan. Tapi ada jugak kes yg period regular tapi masih hormon tak stabil jugak. Apa kes tu?

Sebab tu la penting untuk kita tau apa dia indikasi lain yg menunjukkan hormon kita tak stabil. Nak tau apa dia? Jom jenguk!!

Antara tanda hormon x stabil adalah seperti berikut:

♡ Perubahan perasaan yg tak menentu sama ada dalam fasa pra haid atau tak. Pendek kata asyik berubah2 perasaan tak kira masa. 

♡ Selalu cepat marah & sukar kawal perasaan.

♡ Lesu & kurang bertenaga.

♡ Kemerosotan daya ingatan.

♡ Kerap pening kepala.

♡ Hipoglisemia.

♡ Nafsu makan yg meningkat.

♡ Sukar untuk turunkan berat badan atau berat badan naik mendadak.

♡ Mengalami jerawat degil.

♡ Mengalami ruam panas serta berpeluh lebih2 lagi pada waktu malam.

♡ Keguguran rambut. 

♡ Hilang minat terhadap seks.

♡ Kulit kusam & tak berseri.

♡ Kulit berminyak. 

♡ Peningkatan jumlah rambut halus pada tubuh badan atau wajah.

♡ Lemak berkumpul di perut & kehilangan jisim otot.

♡ Kemurungan.

♡ Insomnia & pola tidur tak menentu.

Bahaya ke hormon tak stabil ni? Takdela bahaya. Tapi biasala. Bila hormon tak stabil ni macam2 la kan. Antara kesan ke atas kita perempuan ni bila hormon tak stabil adalah cepat menopaus, pusingan haid tak teratur, sukar hamil dan kemudiannya mungkin boleh mengakibatkan kanser rahim. Tu worse come to worst la.

Cara nak atasi masalah hormon tak stabil ni pulak macam mana?

Kalau di Shaklee kita ada GLA Complex Shaklee. Macam mana rupa GLA Complex Shaklee?


GLA ni sejenis asid lemak omega 6 yg digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin. Prostaglandin ni bahan berkesan berupa hormon yg membantu badan mengawal atur proses2 badan yg normal. Minyak benih bunga matahari adalah salah satu sumber asid lemak Omega 6 yg mengandungi vitamin E untuk membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

Pengambilan sebiji GLA Complex 2 kali sehari dapat bantu stabilkan hormon & dalam masa yg sama GLA ni mmg glamer utk org yg tgh cuba dapatkan cahaya mata.

Nak cuba GLA Complex Shaklee ni??

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!

Nak tau apa lagi kebaikan GLA Complex Shaklee ni?? Boleh belek2 GLA bukan sekadar untuk hamil & GLA lancarkan haid & Rawat sengugut dengan GLA Shaklee jugak!!



Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)