Wednesday, 2 July 2014

Tips bersahur & berbuka dengan sihat!!

Alhamdulillah, dah masuk 6 hari kita berpuasa. Bila punya bila, makin lama Ramadhan bakal meninggalkan kita. Nanti dah nak akhir2 Ramadhan mula la lagu Maher Zain mendayu2. Ramadhan Ramadhan Ku mohon usah pergi. 

Nways, time flies. Dan dah tentu tiap hari kita kena lalui jugak. Yg penting setiap hari lebih baik. Macam mana nak evaluate tu? Mudah je sebenarnya. Kira kebaikan dan kejahatan yg kita buat. Kalau hari ni 5 kebaikan, maka esok kita tambah jadi 6, 7, 8 dan seterusnya. Sama jugak dengan kejahatan. Kalau hari ni 5 maka esok seharusnya jadi 4, 3 dan seterusnya.

Ape pon, arini saya nak kongsi tips sahur & tips berbuka secara sihat. Jom baca jom!!

Tips bersahur secara sihat

  • Utamakan minum air, pengambilan vitamin dan bahan elektrolit untuk mengekalkan bendalir dalam badan. Perbanyakkan minum air putih, buah-buahan dan jus buah tanpa gula. Minum air kelapa pon sangat digalakkan. Dan kalau boleh, minum air kelapa dulu sebab sifat elektrolit dalam air kelapa. Kalau masih dahaga, minum air putih. Sedar atau tidak, ketika tidur, badan kita kehilangan berat sekitar 1 ke 2 kg dan itu sebenarnya adalah air. Sebab tu bila nak mula puasa kita kena restore cecair dan bendalir dalam badan kita.
  • Untuk menu utama, pilihlah jenis makanan yg terdiri daripada karbohidrat kompleks macam nasi perang, ubi, spagetti atau bubur kacang hijau. Kenapa karbohidrat kompleks? Sebab karbohidrat jenis ni lebih tahan lama dalam membuat gula dalam darah stabil dan menimbulkan rasa kenyang yg lebih lama.
  • Jangan lupa ambil serat sama ada daripada sayur ataupun buah2an. Selain membersihkan usus, serat jugak mampu membantu membersihkan sisa daging di dalam usus secara alami.
  • Pilih lemak sihat atau minyak yg tak digoreng macam minyak zaitun atau minyak kelapa. Lemak membuat pergerakan makanan di dalam perut menjadi lambat sehinggakan mampu membuat kita menahan lapar dengan lebih lama.


Tips berbuka secara sihat
  • Jangan terburu2 bila mendengar iklan berbuka dengan benda2 manis yg tak berfaedah. Pilih minuman yg manis secara semulajadi tanpa gula. Contohnya air kelapa dan jus tembikai. Kurangkan pengambilan gula sebab kandungan gula yg banyak menyebabkan kita cepat mengantuk dan dah tentu pengambilan gula tak bagus untuk kesihatan.
  • Makan makanan berasaskan karbohidrat kompleks bersama dengan makanan yg tak digoreng. Sama jugak macam tips yg pertama, nasi putih dan makanan bergoreng menyebabkan kita cepat mengantuk ketika tarawikh dan makanan bergoreng mengikat oksigen darah sehingga 20%.
  • Selepas berbuka puasa, minum air putih lagi. Cuba untuk minum air minimum sebanyak 1 liter mulai waktu berbuka sehingga kita masuk tidur.


Ok, itu dia tips bersahur dan berbuka dengan lebih sihat. Semua ni untuk kita sama2 memastikan yg kita boleh melaksanakan ibadah walaupun berpuasa. Dan lepas berbuka dah tentu kita bertenaga dan lakukan solat tarawikh pula.

Nak sihat dan bertenaga cara kami? Boleh cuba ni...





Insya Allah bertenaga!!

Nak cuba?

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!



Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

No comments:

Post a Comment