Wednesday, 9 July 2014

Keep praying for freedom of Palestine





Itu lah hakikatnya. Setiap kali Ramadhan, maka sahabat2 di Palestin diserang. Anak2 kehilangan ibu bapa. Ibu bapa kehilangan anak. Keluarga kehilangan rumah tempat berteduh mereka. Allahu. Sedih kan? Tapi janji Allah itu pasti. Akan datang satu masa nanti bila mana Israel akan hilang dari peta dunia.

Tengok newsfeed sana sini semua cakap pasal Palestin. Apa pulak peranan kita dalam membantu sahabat2 di Palestin ni?




Paling mudah dah tentulah kita boikot benda2 yg dah secara terang2an memberikan dana dan sumbangan kepada Israel. McD misalnya. Kenapa la kita ni susah sangat nak tinggalkan benda2 yg dah sah2 tak elok untuk kesihatan kita. Sedangkan Jamie Oliver sendiri mengakui yg makanan McD tidak berkhasiat langsung dan tak berkualiti. Mati ke kalau seminggu tak makan McD? Dahaga ke kalau seminggu tak minum starbucks? Banyak lagi benda lain ada. Instead of McD makanlah ayam penyet. Boleh makan dengan nasik ngan sambal kebabom yg pedas tu sekali. Instead of Starbucks minumlah kopi yg sah2 buatan Malaysia. Kata nak sokong barangan tempatan kan. Kalau belajar dah tentu hasilnya setanding starbucks tu. Apa ada hal??

Jadi saya menyeru kepada semua, sama2 la kita mendoakan kesejahteraan sahabat2 di Palestin. Sedang kita berbelanja mewah untuk persiapan raya, mereka kehilangan ahli keluarga mereka. Sedang kita makan berbuka puasa dengan sempurna, mereka berbuka puasa juga namun di syurga. Sedang anak2 kita main dengan gembira, anak2 Palestin menyelamatkan diri dari tentera israel durjana. Allah. Besar sungguh ujian mereka.

Walau tak ada sekelumit rasa kasihan, fikir2kan la. Mungkin kali ini berlaku kepada mereka, mana tahu nanti berlaku pula pada kita. Apakah kita kuat untuk menghadapinya??

Ok, tu je kot untuk kali ni. Rasa sedih menyelubungi. Memang tak tahu la sampai bila. Tapi hari tu pasti akan tiba. Percaya dengan janji Allah. Semua tu dah tertulis. Bersiap sajalah!!




Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)


No comments:

Post a Comment