Friday, 11 July 2014

Jenis Ujian Ultrasound Ketika Hamil

Assalamualaikum semua.

Untuk ibu2 yg hamil dah tentu waktu ujian ultrasound atau pon scan tu merupakan saat yg paling dinantikan. Ye lah. Kalau rezeki murah, boleh tengok jantina anak kan. 

Tapi, sedarkah kita sebenarnya ujian ultrasound atau pon scan ni bukan semata untuk tengok jantina anak semata. Sebab sebenarnya tujuan utama imbasan dilakukan adalah untuk meneliti kesihatan janin. Imbasan ni boleh dilakukan pada bila2 masa sepanjang tempoh kehamilan. Tapi ada yg cakap 2 kali scan pon dah cukup kalau takde masalah dengan kandungan. Kalau diikutkan sekarang ni ada trend scan 3d atau 4d anak dalam kandungan. Nak tahu jenis2 scan yg available untuk ibu? Meh baca.


  • Imbasan awal kehamilan atau Dating scan ( 5 - 10 minggu ) : Mengesahkan usia jania setelah ujian kehamilan dilakukan. Boleh juga mengesan punca kesakitan di bahagian pelvik dan seterusnya mengesahkan kalau terjadinya kandungan luar rahim. Mengesahkan jugak yg janin tu hidup melalui denyutan jantung bayi seawal minggu ke 6. Menentukan kehamilan tunggal atau kembar dan menentukan usia sebenar bayi, menentukan tarikh jangkaan bersalin dan mengukur panjang bayi.
  • Imbasan tengkuk atau Nuchal Translucency - NT Scan ( 11 - 13 minggu ) : Tempoh masa yg sesuai untuk mengukur translusen nukal dan tulang hidung. Gelombang bunyi yg timbul pada nukal dan keadaan tulang hidung boleh mengesahkan sama ada bayi mengalami sindrom down atau sebaliknya. Dapat mengesan hampir 90% soft marker (kecacatan bayi) dengan mengukur ketebalan cecair di belakang leher bayi.
  • Imbasan Anamoli Teliti atau Detail Scan ( 18 - 24 minggu ) : Meliputi imbasan kepala, otak, muka, tulang belakang, jantung, dada, abdomen, buah pinggang, tangan dan kaki. Ketika ini, masalah spina bifida, bibir sumbing dan jantung berlubang dapat dikesan. Dapat menilai umur bayi, perkembangan dan kedudukan bayi. Tetapi scan ini tak dapat mengesan kecacatan kromosom seperti Sindrom Down.
  • Imbasan kesihatan keseluruhan atau Growth Scan ( 24 - 34 minggu ) : Ujian imbasan dilakukan bagi meneliti kedudukan bayi, placenta, menilai pertumbuhan bayi, isipadu ketuban dan sebagainya. Waktu terbaik ujian ni adalah pada minggu 30 hingga 32 sebab kebanyakan masalah perkembangan bayi berlaku semasa awal trimester ke 3.

Itu dia sebenarnya jenis2 scan yg ada sepanjang kehamilan. Macam saya dulu masa mengandungkan Zidane, saya pergi anamoly scan dan jugak 3d & 4d scan. Anamoly scan tu penting jugak. Boleh dikatakan lebih penting daripada 3d 4d scan ni sebab kita nak tahu perkembangan anak macam mana n let say kalau ada kecacatan maka kita lebih bersedia. Nauzubillah. Semoga anak kita lahir sihat semuanya. =) Dan pada saya 3d dan 4d scan tu hanya suka2. Kadang sebab teringin nak tengok apa sebenarnya yg dia buat dalam perut kita. Hehe.

Saya buat anamoly scan & 3d 4d scan dulu kat vision college. Kali ni belum decide lg kat mana. Tapi memang nak buat dalam 24 minggu nanti. Semoga semuanya selamat dan sihat. Insya Allah.

Ok, ni dia scan anakku dulu. Enjoice!!


Masa 10 minggu. Dah nampak kaki ngan tangan dia. Tapi macam bud gitu. Hehe.


Masa 16 minggu. Time ni tak kenal dah mana part mana. Haha. Maklumla bukan dokte. 


Ok, yg tengah tu masa buat 3d. Memang muka kuar sebijik gitu la. Haha.


Tu je kot kali ni. Nanti roger lagi k.

Kalau nak beli suplemen Shaklee PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)



No comments:

Post a Comment