Wednesday, 30 July 2014

Amalan baik untuk ibu mengandung

Assalamualaikum semua.

Bersiaran selepas habis berhari raya. Raya aritu kitorg balik ikut jalan lama. Dari Kuala Selangor ke Sabak Bernam kemudian ke Teluk Intan, Ayer Tawar pastu Seri Iskandar ke Ipoh. Kami memang genius. Hehe. Alhamdulillah. Dalam masa 3 jam lebih sket sampai la tanpa menempuh jem yg teruk. Dengar cerita PLUS memang jem gile. Anak Shaklee saya dari Shah Alam ke Slim River pon dah 2 jam lebih. Huhu. Kalau bawak anak kecik ke, ibu mengandung ke orang tua ke kena sabar la jawabnya.

Ok, arini nak kongsi pasal amalan ibu mengandung. Maklumla, mak buyung ni dah nak masuk 20 minggu. Pejam celik je dah nak 5 bulan. Hehe. Apa sebenarnya amalan untuk ibu mengandung ni?

Seeloknya amalan2 ni bukanlah terhad ketika mengandung je. Benda baik kalau diamalkan kan bagus. Takyah tunggu ngandung baru nak buat. Ye tak??

Ni perkongsian yg Ustazah Nor Bahyah bagi ye. Kalau nak lebih lagi boleh je Google atau search kat YouTube apa dia amalan ibu mengandung yg Ustazah kongsikan.


  • Jangan bergaduh dengan pasangan ketika mengandung bagi mengelakkan anak yg panas baran dan ganas. Nauzubillah. Kalau dapat pasangan yg jenis baran plak, biarla kita beralah. Tak rugi pape pon dik non. Dapat pahala ada la sebab kita nak elakkan krisis dalam rumahtangga. Anak dalam perut kita ni kan ada sense. Boleh dengar semuanya sebenarnya.
  • Kalau nak lahirkan anak yg jiwanya lembut, banyakkanlah bersedekah. Bersedekah ni bagus. Takkan luak pon harta benda kita. Lagi banyak bersedekah, lagi luas rezeki kita. Kalau yg ada kesempitan tu bila bersedekah ketika sempit, lagilah Allah lapangkan rezeki kita. Percaya dengan rezeki Allah tau. Insya Allah.
  • Elakkan mengidam yg pelik2. Rasanya mengidam ni bukan nak tunggu pregnant. Kadang yg tak pregnant pon ada gak teringin makan pape. Takde kajian saintifik yg mengatakan org yg pregnant confirm mengidam sebab kalau diikutkan, sebenarnya mengidam terjadi dek kerana kita ni kurang sesetengah nutrisi.
  • Ibu bapa perlulah rajin solat bagi melahirkan anak yg mudah mendapat Hidayah dan petunjuk. Yg ni memang jelas lah. Solat tu kan tiang agama. Kalau tiang tak kukuh macam mana nak bina rumahnya. =)
  • Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah. Iman kita ni selalu bertambah dan berkurang. Masa insaf kemain lagi beribadah. Masa terleka sket tu mula la. Sebab tu kita digalakkan selalu untuk bertaubat dan beristighfar sebab kita takut ada dosa yg tak disengajakan. Mati tu dengan kita dekat je. Apa la susah sangat kalau setakat beristighfar. Ye tak?
  • Banyak berdoa kepada Allah. Kita selalu nak anak yg itu anak yg ini. Kita nak anak kita sihat. Kita nak macam2 tapi kalau kita tak berdoa pon tak guna. Kenapa nak sombong berdoa dan meminta ek? Hehe.
  • Rajin berpuasa sunat. Kalau ibunya tak larat, galakkanlah si suami berpuasa sunat ketika isteri mengandung. Bukan setiap hari. Isnin dan Khamis pon dah cukup.
  • Sempurnakan solat wajib dan perbanyakkan solat sunat contohnya sunat hajat dan taubat. Kalau dah buat semua, yg solat wajib tu kita solat di awal waktu pulak.
  • Banyakkan zikir kepada Allah. Si suami digalakkan sentiasa berzikir contohnya ketika memandu. Ini akan melahirkan anak yg kuat jiwanya, akalnya dan kuat fizikalnya. 
  • Banyakkan membaca Al-Quran. Yg ni kalau tak ngandung pon elok sangat amalkan. Sehari 2 muka apa la salahnya. Kalau FB dan blog boleh bukak selalu kenapa tak selak Al-Quran. Huhu.
  • Banyakkan membaca buku2 ilmiah contohnya kisah para anbia, para sahabat dan lain2.
  • Berbual dengan anak yg masih dalam kandungan sambil mengusap perut. Jangan usap perut ayah plak. Hehe.
  • Lakukan kerja2 ringan di rumah sebagai senaman contohnya memasak, melipat baju dan lain2 bagi memudahkan proses melahirkan anak nanti. Tapi janganla buat sorang. Suami sila tolong ye. =)
  • Tak terlalu tertekan atau stress setelah melihat fizikal badan yg membesar tetapi berseronoklah melihat anak kita yg sedang membesar. Sebab tu suami kena sentiasa bersama isteri kalau penat, pening atau sakit.
  • Menjaga adab dan emosi. Akhlak si suami dan isteri akan diwarisi oleh anak mereka.
  • Makan makanan yg baik.
  • Jauhi sifat dendam dan dengki dan sentiasa bersangka baik.
  • Rajin mengukirkan senyuman.
  • Rajin menghadiri majlis ilmu.


Ok, tu dia antara amalan untuk ibu mengandung. Tapi take note, dalam masa yg sama, Ustazah Nor Bahyah ada kongsikan amalan si ayahnya jugak.

Macam yg saya cakap tadi, amalan ni bukan terhad ketika mengandung je. Bila2 pon bagus. =)

Nak beli suplemen untuk ibu hamil? Sebab ibu hamil kena makan suplemen kesihatan. Hehe.

Apa kata PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 sekarang ok!!


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

No comments:

Post a Comment