Wednesday, 30 July 2014

Amalan baik untuk ibu mengandung

Assalamualaikum semua.

Bersiaran selepas habis berhari raya. Raya aritu kitorg balik ikut jalan lama. Dari Kuala Selangor ke Sabak Bernam kemudian ke Teluk Intan, Ayer Tawar pastu Seri Iskandar ke Ipoh. Kami memang genius. Hehe. Alhamdulillah. Dalam masa 3 jam lebih sket sampai la tanpa menempuh jem yg teruk. Dengar cerita PLUS memang jem gile. Anak Shaklee saya dari Shah Alam ke Slim River pon dah 2 jam lebih. Huhu. Kalau bawak anak kecik ke, ibu mengandung ke orang tua ke kena sabar la jawabnya.

Ok, arini nak kongsi pasal amalan ibu mengandung. Maklumla, mak buyung ni dah nak masuk 20 minggu. Pejam celik je dah nak 5 bulan. Hehe. Apa sebenarnya amalan untuk ibu mengandung ni?

Seeloknya amalan2 ni bukanlah terhad ketika mengandung je. Benda baik kalau diamalkan kan bagus. Takyah tunggu ngandung baru nak buat. Ye tak??

Ni perkongsian yg Ustazah Nor Bahyah bagi ye. Kalau nak lebih lagi boleh je Google atau search kat YouTube apa dia amalan ibu mengandung yg Ustazah kongsikan.


  • Jangan bergaduh dengan pasangan ketika mengandung bagi mengelakkan anak yg panas baran dan ganas. Nauzubillah. Kalau dapat pasangan yg jenis baran plak, biarla kita beralah. Tak rugi pape pon dik non. Dapat pahala ada la sebab kita nak elakkan krisis dalam rumahtangga. Anak dalam perut kita ni kan ada sense. Boleh dengar semuanya sebenarnya.
  • Kalau nak lahirkan anak yg jiwanya lembut, banyakkanlah bersedekah. Bersedekah ni bagus. Takkan luak pon harta benda kita. Lagi banyak bersedekah, lagi luas rezeki kita. Kalau yg ada kesempitan tu bila bersedekah ketika sempit, lagilah Allah lapangkan rezeki kita. Percaya dengan rezeki Allah tau. Insya Allah.
  • Elakkan mengidam yg pelik2. Rasanya mengidam ni bukan nak tunggu pregnant. Kadang yg tak pregnant pon ada gak teringin makan pape. Takde kajian saintifik yg mengatakan org yg pregnant confirm mengidam sebab kalau diikutkan, sebenarnya mengidam terjadi dek kerana kita ni kurang sesetengah nutrisi.
  • Ibu bapa perlulah rajin solat bagi melahirkan anak yg mudah mendapat Hidayah dan petunjuk. Yg ni memang jelas lah. Solat tu kan tiang agama. Kalau tiang tak kukuh macam mana nak bina rumahnya. =)
  • Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah. Iman kita ni selalu bertambah dan berkurang. Masa insaf kemain lagi beribadah. Masa terleka sket tu mula la. Sebab tu kita digalakkan selalu untuk bertaubat dan beristighfar sebab kita takut ada dosa yg tak disengajakan. Mati tu dengan kita dekat je. Apa la susah sangat kalau setakat beristighfar. Ye tak?
  • Banyak berdoa kepada Allah. Kita selalu nak anak yg itu anak yg ini. Kita nak anak kita sihat. Kita nak macam2 tapi kalau kita tak berdoa pon tak guna. Kenapa nak sombong berdoa dan meminta ek? Hehe.
  • Rajin berpuasa sunat. Kalau ibunya tak larat, galakkanlah si suami berpuasa sunat ketika isteri mengandung. Bukan setiap hari. Isnin dan Khamis pon dah cukup.
  • Sempurnakan solat wajib dan perbanyakkan solat sunat contohnya sunat hajat dan taubat. Kalau dah buat semua, yg solat wajib tu kita solat di awal waktu pulak.
  • Banyakkan zikir kepada Allah. Si suami digalakkan sentiasa berzikir contohnya ketika memandu. Ini akan melahirkan anak yg kuat jiwanya, akalnya dan kuat fizikalnya. 
  • Banyakkan membaca Al-Quran. Yg ni kalau tak ngandung pon elok sangat amalkan. Sehari 2 muka apa la salahnya. Kalau FB dan blog boleh bukak selalu kenapa tak selak Al-Quran. Huhu.
  • Banyakkan membaca buku2 ilmiah contohnya kisah para anbia, para sahabat dan lain2.
  • Berbual dengan anak yg masih dalam kandungan sambil mengusap perut. Jangan usap perut ayah plak. Hehe.
  • Lakukan kerja2 ringan di rumah sebagai senaman contohnya memasak, melipat baju dan lain2 bagi memudahkan proses melahirkan anak nanti. Tapi janganla buat sorang. Suami sila tolong ye. =)
  • Tak terlalu tertekan atau stress setelah melihat fizikal badan yg membesar tetapi berseronoklah melihat anak kita yg sedang membesar. Sebab tu suami kena sentiasa bersama isteri kalau penat, pening atau sakit.
  • Menjaga adab dan emosi. Akhlak si suami dan isteri akan diwarisi oleh anak mereka.
  • Makan makanan yg baik.
  • Jauhi sifat dendam dan dengki dan sentiasa bersangka baik.
  • Rajin mengukirkan senyuman.
  • Rajin menghadiri majlis ilmu.


Ok, tu dia antara amalan untuk ibu mengandung. Tapi take note, dalam masa yg sama, Ustazah Nor Bahyah ada kongsikan amalan si ayahnya jugak.

Macam yg saya cakap tadi, amalan ni bukan terhad ketika mengandung je. Bila2 pon bagus. =)

Nak beli suplemen untuk ibu hamil? Sebab ibu hamil kena makan suplemen kesihatan. Hehe.

Apa kata PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 sekarang ok!!


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

Monday, 28 July 2014

Selamat Hari Raya!




Di kesempatan ni, saya nak ambil kesempatan untuk mengucapka Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog ni.

Tanpa korang, tidak meriahla blog saya. Dan tanpa pembaca semua, semangat nak menaip dan berkongsi apa yg ada tu dah tentu takde. Eceh.

Apa pon, terimalah gambar kami sekeluarga. Gambar sama. Edit aje. I guess we need more photoshoot later on. Tunggu adik Zidane keluar dulu hujung tahun ni Insya Allah. 

Terimalah gambar kami ni. Haha. Macam nak tuju lagu je. =P


Anyway gambar ni diedit untuk kegunaan kedai suami. Tapi apa ada hal. Orangnya sama. Kih kih.

Dalam kita bergembira tu ingat jugak rakan2 di Palestin dan Syria sama. Kami raya biasa2 aje. Takde yg terlebih tahun ni. =)


Regards, 

Marina Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

Friday, 25 July 2014

Sembelit ketika berpuasa


Walaupun dah nak dekat abis puasa, tak salah kita nak tambah ilmu kan? Hehe. Saje nak justify entri kali ni sebab macam dah terlewat. Tapi takde hal la. Apa salahnya. Tak busuk pon ilmu dalam blog ni. Bukan macam makanan. Hehe.

Tapi yg pasti busuk plak bila kita sembelit. Sekali keluar angin, ya Allah. Rasa nak pengsan baunya kan. Tapi tu lah. Bulan puasa memang gitu kebiasaannya. Makan banyak lepas berbuka, kalau nasib baik senang la nak membuang. Kalau yg jenis penghadaman dan sistem perkumuhan slow motion tu memang amik masa dan makan hari jugak lah. Senak perut oit. Mana tidaknya, tangki dah penuh tapi tak dapek nak keluarkan lagi. Kalau lama tak membuang ni sebenarnya bole timbul masalah lain jugak tau. Antaranya masalah lesu badan, kurang bendalir sebab banyak air dah diserap ke usus untuk mudahkan proses pembuangan, sakit kepala - anginla sebab tak dapat membuang. Sampai naik ke kepala. Huhu. Perut kita pon boleh jadi tak selesa dan worse come to worst boleh jadi buasir. Alamak ngai. Takut la kalau buasir sebab org cakap macam benda dalam dubur kita terkeluar. Pastu nanti kena tolak masuk plak. Huhu. Ngeri.

Kenapa sembelit menjadi2 di bulan puasa ek?

Antara sebabnya adalah:

  • Perubahan waktu makan
  • Kurang ambil makanan berserat atau berfiber ketika berbuka dan bersahur
  • Kurang pengambilan air kosong
  • Kurang vitamin dan mineral
Sebab tu la penting untuk kita cukupkan keperluan tubuh waktu berpuasa ni. Ambil makanan yg perlu tapi dalam masa yg sama berkhasiat juga sepaya kita dapat jalani puasa tanpa masalah sembelit ni. Pengambilan makanan seimbang dan sihat dan cukup mineral dan vitamin macam buah-buahan dan sayuran, bijirin dan pengambilan air sebanyak 5 hingga 8 gelas air pada waktu berbuka sehingga sahur pon penting. 

Selain daripada tu, boleh jugak cuba produk Shaklee ni haa. Hehe. Maklumla, akak ni jual Shaklee. Mesti la promote Shaklee. Hehe.


Mealshakes


Macam yg semua org tahu, mealshakes ni adalah multivitamin dan multi mineral dalam bentuk serbuk yg kaya dengan serat. Kalau ambil 3 sudu mealshakes sehari insya Allah takde dah masalah membuang ni. Lega habaq hg. Haha.


Alfalfa Complex



Alfalfa ni memang ejen detoks glamer dalam Shaklee. Bila sebut detoks maka alfalfa ni membantu untuk angkut bahan buangan serta lemak dari dalam badan ni keluar melalui proses pembuangan manusia. Haha. Dalam masa yg sama jugak, alfalfa ni membantu mencuci darah, usus dan hati. Standardla kan, bila dah dicuci, maka lebih bersih dan suci. Maka sel2 akan jadi lebih sihat insya Allah.


Ostematrix



Ostematrix ni memang membantu mengurangkan sembelit macam yg saya cerita dalam entri sebelum ni. Boleh cek kat sembelit ketika hamil. Misal kata kalau kita pregnant kan, better amik ostematrix ni. Ibu lepas bersalin pon kalau yg jenis susah membuang ni elok sangat ambil ostematrix ni untuk melancarkan pembuangan air besar dan memberi keselesaan kepada kita. Ibu lepas bersalin kan. Kalau nak membuang mesti ada sakit. Huhu.


Herblax


Selain daripada alfalfa tadi sebagai ejen detoks, herblax ni pon memang power bab detoks ni. Boleh dikatakan pelawas dan pencuci usus dalam Shaklee. Seminggu tak yah amik banyak pon. Boleh tahan lama ni. Mau 3 bulan tahannya. Kalau dah nama pencuci usus, so paham2 la. Tapi yg bestnye pulak, bukan makan herblax terus membuang. Amik masa sampai 6 jam. So kalau ambik malam sebelum tido, esok pagi bangun memang lega oiii. Hehe.

Ok, itu dia antara produk Shaklee yg boleh bantu mengurangkan sembelit di bulan puasa ni. Cuba lah. Insya Allah berkesan.

Kalau nak baca lagi entri pasal sembelit boleh la rujuk sembelit bukan penyakit rawat sembelit dengan herblax set sayang usus jugak!!

Nak cuba? PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!



Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)


Wednesday, 23 July 2014

Sembelit ketika hamil

Rasanya sembelit ketika hamil ni normal di kalangan ibu mengandung. Saya pon tak terkecuali. Bayangkanlah. 2 ke 3 hari baru boleh membuang. Nak amik herblax atau alfalfa memang tak boleh la. Hehe. Sebab mengandung kan. 

Apa sebab terjadinya sembelit ni?

Banyak faktor sebenarnya kenapa terjadinya sembelit ni. Antaranya kurang pergerakan fizikal, kurang pengambilan makanan yg berserat atau berfiber dan rasa kerisauan. Wah, risau pon boleh jadi punca sembelit. Hehe. 

Dalam masa yg sama, tubuh wanita hamil ni menghasilkan hormon progesterone yg banyak yg menyebabkan usus memproses makanan dengan lebih perlahan. Rahim yg makin membesar pon dikatakan sebagai punca terjadinya sembelit ni. Yelah, bila rahim membesar, tekanan fizikal pada usus terjadi sehingga menghalang pergerakan najis ke usus besar dan rektum. Kurang minum air pon dikatakan punca kenapa terjadinya sembelit. Sebab tu lah kita yg mengandung ni disarankan minum air lebih. Jangan minum air manis ye mak buyung sekalian. Minumla air kosong. Kang tak pasal diabetis ketika hamil. Hehe. Kena minum air gula plak kat klinik nanti. Haru. 

Antara sebab lain kan, pengambilan pil suplemen zat besi. Kalau ikutkan pengalaman memang betul, kalau amik je pil zat besi yg klinik bagi memang najis bukan saje keras malah hitam. Sebab tu la pengambilan pil zat besi tu kena ikut description dan cara makan yg doktor bagi dan andai kata kalau la sembelit berlarutan, consult la dengan doktor. Atau kalau malas, ambilla lebih banyak serat.

Antara tips untuk elak sembelit ketika hamil :


  • Makan makanan yg banyak serat macam beras perang, sayur2an hijau, buah2an, kekacang etc.
  • Minum air secukupnya. 6 ke 8 gelas sehari. Lagi2 sebaik saja lepas bangun tido. Petua tu. Boleh jugak minum air buah macam jus oren dan makan yogurt untuk bantu melancarkan sistem pembuangan najis. Kalau zidane kan, lepas je makan yogurt confirm 100% yg dia akan membuang. Hehe. 
  • Melakukan senaman ringan. Banyakkan berjalan atau kayuh basikal. Bukan suruh pecut atau lumba basikal pon. Hehe. Asalkan pergerakan fizikal kita ni sekaligus dapat merangsang pergerakan usus besar sebab punca sembelit tadi pon sebab kurang pergerakan fizikal kan.
  • Makan pil pelembut najis. Tapi pada pendapat saya la pil ni tak bagus untuk ibu hamil. Lagi2 kalau yg dah di akhir kehamilan tu. Serius. Sebab rasa nak membuang dan rasa nak meneran ni sama. Kot takleh beza. Hehe. Ni pendapat sendiri. Bukan pendapat pakar pon. 

Nak tahu cara saya elakkan sembelit ketika hamil??

Saya ambil ostematrix. 4 biji sebelum tido. Hehe. Esok pagi memang Insya Allah membuang. Lagi pon ostematrix ni pil kalsium. Sesuai sangatla untuk yg tak suka minum susu macam saya ni haa. Ostematrix bukan pil pelembut najis yg mungkin bagi kesan pada ibu2 hamil. Sebab dalam masa yg sama dapat mengurangkan masalah cramp dan kurang kalsium kita jugak. Maklumla, selain mengandung, saya pon masih menyusukan zidane jugak. Sebab tu perlukan kalsium lebih.

Macam mana rupa ostematrix tu??



PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 sekarang ok!!


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

Monday, 21 July 2014

Raya gaya Shaklee!!




Bersempena dengan lebaran yg bakal menjelang ni, mesti ramai yg sibuk buat persiapan kan? Dalam sibuk2 tu, apa kata kita selitkan sekali persiapan hari raya dengan suplemen yg diperlukan.

Ramai yg nak kulit cantik sebelum raya ni. Sempat ke? Dah tentu sempat. Yg penting kena la bertanya produk apa yg sesuai dengan kita. Bukan sekadar hentam kromo je. Kat sini ada 2 jenis set yg insya Allah memberikan kesan berseri2 kepada si pengguna. Betul. Tak tipu. Tipu pon bukan dapat apa. Hehe.

Set Kulit Cantik



Memang betul hangat di pasaran ni. Gabungan Vitamin E dan Vitamin C memang betul mantoppp!! 



Set Jerawat



Untuk yg ada masalah jerawat pulak, boleh la cuba set jerawat Shaklee ni. Selalu yg ada masalah muka berjerawat ni ada masalah hormon. Sebab tu la ambil GLA Shaklee untuk stabilkan hormon kembali. Dalam masa yg sama, hormon kembali seimbang, jerawat pon kurang. Vitamin E pulak memang terkenal dengan antioksidan yg tinggi. Boleh awet muda gitu. Hehe.



Memandangkan sebulan berpuasa, mesti ada yg nak melunaskan misi membalas dendam. Mana taknya, sebulan puasa menahan diri dari makan benda2 sedap. Maka bila tiba hari raya, diet kita pon entah ke mana. Badan yg dah slim melim dek kerana puasa mengembang semula. Mimpi ngeri kan?

Sebelum kita tengok apa yg boleh diambil, apa kata kita tengok sikit jumlah kalori dalam makanan yg dihidangkan ketika hari raya. Hehe.


Takut ke tidak? Kalau yg betul2 jaga pengambilan makanan dan kira kalori, benda ni memang menakutkan. Hehe.

Sebab tu kita buat persiapan bukan sekadar luaran. Baru la misi cantik dalam dan luaran dengan Shaklee terlaksana kan?? Boleh la makan sedap & tak perlu risau pasal terlebih makan.


Set Detoks


Set detoks Shaklee pulak terdiri daripada Lecithin & Herblax. Sepertimana yg semua tahu, lecithin ni membantu memecahkan lemak dalam badan kita ni. Kalau lemak dah dipecahkan, dengan bantuan Herblax, maka kita boleh la nak buang lemak yg berlebihan tu dengan mudah. Kalau ada masalah sembelit atau masalah susah membuang, amik set ni memang berbaloi!!


Set Buang Lemak



Ni satu lagi set untuk buang lemak. Fungsi lecithin untuk pecahkan lemak dan alfalfa pulak untuk detoks. Sama macam set detoks tadi cuma set ni bolehla diambil oleh ibu2 yg menyusukan anak. Sebabnya sambil detoks, alfalfa membantu untuk menghasilkan susu jugak. Jangan lupa konsep demand & supply sama tau!!


Ok, apa tunggu lagi? Jom beraya dengan Shaklee. Sambil melaram dengan baju raya, kita makan suplemen sekali. Baru kuat & sihat!! Boleh la nak beraya sampai lewat malam. Hehe.


PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!

Nak beli sendiri? Boleh je. Klik link kat bawah ni dan terus beli dari Shaklee. =)



Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

Friday, 18 July 2014

Pray for MH17





Malaysia dikejutkan lagi dengan tragedi pesawat MH17 ditembak di sempadan Ukraine dan Russia. Banyak spekulasi. Banyak yg beri pendapat. Tapi apa yg pasti, semua dah ditentukan. Apa pon, kalau benarlah MH17 ditembak, memang wajar sangat pihak yg bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan. Sebab kalau diikutkan, antara banyak2 kes pesawat jatuh ditembak ni, MH17 la yg paling banyak mengorbankan nyawa. Bukan sekadar rakyat Malaysia, rakyat negara lain jugak. Huhu. Sedih. Sebab belum sampai 3 bulan kes MH370 dan kes MH370 sendiri pon masih belum selesai, timbul pulak isu baru.

Semoga MAS Airlines tabah. Semoga semua ahli keluarga dan rakan2 penumpang MH17 tabah.

Al-Fatihah kepada mereka yg beragama Islam.



Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

Tuesday, 15 July 2014

Happy Birthday to Me!!

Haha. Sendiri wish diri sendiri. Apa ada hal kan? Genap usia 30 tahun pada hari ni.

Alhamdulillah, diberikan nikmat usia oleh Allah sehingga la ke 30 tahun. Semoga usia yg diberikan ini memang betul nikmat dan bukan sekadar mengingatkan yg diri ni bersisa dosa. Huhu.

Makin bertambah usia, makin dekat kita kepada DIA. Sama ada kita kembali terus kepada NYA atau kita sendiri pilih untuk lebih rapat dan berdamping dengan Allah.

Kalau diikutkan, memang betul dalam usia kita ni ada 1 fasa di mana kita akan buat salah dan dosa. Mesti ada kan. Kita bukan ma'sum. Kita insan berdosa.

Tapi Allah panjangkan umur kita supaya kita boleh buat U-Turn untuk kembali ke arah jalan NYA. Syukur, walau tidak sealim orang lain namun diri sendiri sedar kepentingan untuk menyemai saham akhirat dan buat kebaikan selagi bernyawa. Kejar akhirat maka insya Allah dunia ada di tangan kita. Eceh. Macam ustazah kan. What do u expect? I read syariah law. Belajar pon di sekolah agama. Biarla nak cakap ustazah pon. Benda betul. Kenapa nak segan? Hehe.

Akhir kata, there is no such thing as being too far to return. U can always make a U Turn and return to Him. 

And yes, age is just an issue of mind over matter. If u dun mind, it doesn't matter. =)





Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

Friday, 11 July 2014

Jenis Ujian Ultrasound Ketika Hamil

Assalamualaikum semua.

Untuk ibu2 yg hamil dah tentu waktu ujian ultrasound atau pon scan tu merupakan saat yg paling dinantikan. Ye lah. Kalau rezeki murah, boleh tengok jantina anak kan. 

Tapi, sedarkah kita sebenarnya ujian ultrasound atau pon scan ni bukan semata untuk tengok jantina anak semata. Sebab sebenarnya tujuan utama imbasan dilakukan adalah untuk meneliti kesihatan janin. Imbasan ni boleh dilakukan pada bila2 masa sepanjang tempoh kehamilan. Tapi ada yg cakap 2 kali scan pon dah cukup kalau takde masalah dengan kandungan. Kalau diikutkan sekarang ni ada trend scan 3d atau 4d anak dalam kandungan. Nak tahu jenis2 scan yg available untuk ibu? Meh baca.


  • Imbasan awal kehamilan atau Dating scan ( 5 - 10 minggu ) : Mengesahkan usia jania setelah ujian kehamilan dilakukan. Boleh juga mengesan punca kesakitan di bahagian pelvik dan seterusnya mengesahkan kalau terjadinya kandungan luar rahim. Mengesahkan jugak yg janin tu hidup melalui denyutan jantung bayi seawal minggu ke 6. Menentukan kehamilan tunggal atau kembar dan menentukan usia sebenar bayi, menentukan tarikh jangkaan bersalin dan mengukur panjang bayi.
  • Imbasan tengkuk atau Nuchal Translucency - NT Scan ( 11 - 13 minggu ) : Tempoh masa yg sesuai untuk mengukur translusen nukal dan tulang hidung. Gelombang bunyi yg timbul pada nukal dan keadaan tulang hidung boleh mengesahkan sama ada bayi mengalami sindrom down atau sebaliknya. Dapat mengesan hampir 90% soft marker (kecacatan bayi) dengan mengukur ketebalan cecair di belakang leher bayi.
  • Imbasan Anamoli Teliti atau Detail Scan ( 18 - 24 minggu ) : Meliputi imbasan kepala, otak, muka, tulang belakang, jantung, dada, abdomen, buah pinggang, tangan dan kaki. Ketika ini, masalah spina bifida, bibir sumbing dan jantung berlubang dapat dikesan. Dapat menilai umur bayi, perkembangan dan kedudukan bayi. Tetapi scan ini tak dapat mengesan kecacatan kromosom seperti Sindrom Down.
  • Imbasan kesihatan keseluruhan atau Growth Scan ( 24 - 34 minggu ) : Ujian imbasan dilakukan bagi meneliti kedudukan bayi, placenta, menilai pertumbuhan bayi, isipadu ketuban dan sebagainya. Waktu terbaik ujian ni adalah pada minggu 30 hingga 32 sebab kebanyakan masalah perkembangan bayi berlaku semasa awal trimester ke 3.

Itu dia sebenarnya jenis2 scan yg ada sepanjang kehamilan. Macam saya dulu masa mengandungkan Zidane, saya pergi anamoly scan dan jugak 3d & 4d scan. Anamoly scan tu penting jugak. Boleh dikatakan lebih penting daripada 3d 4d scan ni sebab kita nak tahu perkembangan anak macam mana n let say kalau ada kecacatan maka kita lebih bersedia. Nauzubillah. Semoga anak kita lahir sihat semuanya. =) Dan pada saya 3d dan 4d scan tu hanya suka2. Kadang sebab teringin nak tengok apa sebenarnya yg dia buat dalam perut kita. Hehe.

Saya buat anamoly scan & 3d 4d scan dulu kat vision college. Kali ni belum decide lg kat mana. Tapi memang nak buat dalam 24 minggu nanti. Semoga semuanya selamat dan sihat. Insya Allah.

Ok, ni dia scan anakku dulu. Enjoice!!


Masa 10 minggu. Dah nampak kaki ngan tangan dia. Tapi macam bud gitu. Hehe.


Masa 16 minggu. Time ni tak kenal dah mana part mana. Haha. Maklumla bukan dokte. 


Ok, yg tengah tu masa buat 3d. Memang muka kuar sebijik gitu la. Haha.


Tu je kot kali ni. Nanti roger lagi k.

Kalau nak beli suplemen Shaklee PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)



Wednesday, 9 July 2014

Keep praying for freedom of Palestine





Itu lah hakikatnya. Setiap kali Ramadhan, maka sahabat2 di Palestin diserang. Anak2 kehilangan ibu bapa. Ibu bapa kehilangan anak. Keluarga kehilangan rumah tempat berteduh mereka. Allahu. Sedih kan? Tapi janji Allah itu pasti. Akan datang satu masa nanti bila mana Israel akan hilang dari peta dunia.

Tengok newsfeed sana sini semua cakap pasal Palestin. Apa pulak peranan kita dalam membantu sahabat2 di Palestin ni?




Paling mudah dah tentulah kita boikot benda2 yg dah secara terang2an memberikan dana dan sumbangan kepada Israel. McD misalnya. Kenapa la kita ni susah sangat nak tinggalkan benda2 yg dah sah2 tak elok untuk kesihatan kita. Sedangkan Jamie Oliver sendiri mengakui yg makanan McD tidak berkhasiat langsung dan tak berkualiti. Mati ke kalau seminggu tak makan McD? Dahaga ke kalau seminggu tak minum starbucks? Banyak lagi benda lain ada. Instead of McD makanlah ayam penyet. Boleh makan dengan nasik ngan sambal kebabom yg pedas tu sekali. Instead of Starbucks minumlah kopi yg sah2 buatan Malaysia. Kata nak sokong barangan tempatan kan. Kalau belajar dah tentu hasilnya setanding starbucks tu. Apa ada hal??

Jadi saya menyeru kepada semua, sama2 la kita mendoakan kesejahteraan sahabat2 di Palestin. Sedang kita berbelanja mewah untuk persiapan raya, mereka kehilangan ahli keluarga mereka. Sedang kita makan berbuka puasa dengan sempurna, mereka berbuka puasa juga namun di syurga. Sedang anak2 kita main dengan gembira, anak2 Palestin menyelamatkan diri dari tentera israel durjana. Allah. Besar sungguh ujian mereka.

Walau tak ada sekelumit rasa kasihan, fikir2kan la. Mungkin kali ini berlaku kepada mereka, mana tahu nanti berlaku pula pada kita. Apakah kita kuat untuk menghadapinya??

Ok, tu je kot untuk kali ni. Rasa sedih menyelubungi. Memang tak tahu la sampai bila. Tapi hari tu pasti akan tiba. Percaya dengan janji Allah. Semua tu dah tertulis. Bersiap sajalah!!




Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)


Monday, 7 July 2014

Vivix memang da boomm!!



Ok, tajuk memang gempak kan? Haha.

Ramai sedia maklum yg vivix ni memang anti aging tonic. Namum bukanla bermaksud vivix ni untuk org nak awet muda je. Hakikatnya banyak kebaikan vivix ni yg kita tak tau. Ingatkan untuk awet muda je kan. Tu la, meh kita gali lagi kegunaan vivix ni.

Kalau nak tahu, vivix melindungi dan memperbaiki sellular dna. Bila sebut je sellular tu, maka kena faham, vivix ni makanan sel. Sebab vivix membantu melindungi dan repair sel kita. Setiap hari setiap sel dalam tubuh kita ni rosak. Banyakla puncanya yg menyumbang kepada kerosakan sel ni. Bila serangan ke atas sel ni berlaku, pengkalan data genetik akan menghasilkan satu kesilapan yg akan mengganggu fungsi sel yg asal. Macam kena jangkitan kuman la. Bila dah kena jangkitan kuman kat telinga misalnya, maka pendengaran kita akan terganggu. Itu analogi lah. Umpamanya begitu.

Vivix ni jugak memberi impak positif kepada pengawalan genetik. Vivix ni membantu mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yg menolong melambatkan penuaan pada tahap sellular. 

Vivix menggalakkan pembentukan baru mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel. Mitochondria ni adalah penjana tenaga dalam sel yg menghasilkan tenaga yg kita perluka. Bila kecekapa mitochondria menurun, maka fungsi sel pon akan turut menurun. Bila kita ambil vivix, maka pembentukan baru mitochodria akan terhasil, maka, lebih bertenagalah kita!!

VIvix melambatkan pembentukan protein AGE (Advenced Glycation End Products). Penimbunan berlebihan AGE ni boleh menyebabkan kerosakan tahap sellular yg akan mengganggu keutuhan sel. Disebabkan dalam vivix ada 10 kali lebih kuat resveratrol, maka pembentukan protein AGE ni dapat dilambatkan. Resveratrol dalam vivix ni dari anggur muscadine atau anggur liar yg ada 20 kromosom. Dek kerana kromosom tambahan ni la ianya mempunyai lebih banyak faedah kesihatan kalau nak dibandingkan dengan anggur biasa. Fungsi imun yg lebih tinggi dan sifat antioksidan pon lebih kukuh jugak.

Dalam masa yg sama jugak, vivix membantu menjaga kesihatan jantung, kesihatan otak, kesihatan sistem imun, kesihatan sendi, memberikan perlindungan antioksidan dan memberikan peningkatan tenaga pada tahap sellular.

Sebab tu la ramai yg anggap vivix ni tonik ajaib. Sebab bukan je untuk kecantikan tapi untuk kesihatan jugak. Mujur la ibu zidane ni pregnant. Kalau tak dah makan jugak. Vivix ni takleh dimakan oleh ibu mengandung sebab vivix ni mengubah hormon dan sel. Ibu mengandung perlukan certain hormon berlebihan dan certain hormon tu kurang. So ibu hamil lepas bersalin baru amik ok!!

Nak cuba? Beli 2 vivix dapat keahlian percuma tau!! Boleh dapat bonus terus bulan depan.

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)




Wednesday, 2 July 2014

Tips bersahur & berbuka dengan sihat!!

Alhamdulillah, dah masuk 6 hari kita berpuasa. Bila punya bila, makin lama Ramadhan bakal meninggalkan kita. Nanti dah nak akhir2 Ramadhan mula la lagu Maher Zain mendayu2. Ramadhan Ramadhan Ku mohon usah pergi. 

Nways, time flies. Dan dah tentu tiap hari kita kena lalui jugak. Yg penting setiap hari lebih baik. Macam mana nak evaluate tu? Mudah je sebenarnya. Kira kebaikan dan kejahatan yg kita buat. Kalau hari ni 5 kebaikan, maka esok kita tambah jadi 6, 7, 8 dan seterusnya. Sama jugak dengan kejahatan. Kalau hari ni 5 maka esok seharusnya jadi 4, 3 dan seterusnya.

Ape pon, arini saya nak kongsi tips sahur & tips berbuka secara sihat. Jom baca jom!!

Tips bersahur secara sihat

  • Utamakan minum air, pengambilan vitamin dan bahan elektrolit untuk mengekalkan bendalir dalam badan. Perbanyakkan minum air putih, buah-buahan dan jus buah tanpa gula. Minum air kelapa pon sangat digalakkan. Dan kalau boleh, minum air kelapa dulu sebab sifat elektrolit dalam air kelapa. Kalau masih dahaga, minum air putih. Sedar atau tidak, ketika tidur, badan kita kehilangan berat sekitar 1 ke 2 kg dan itu sebenarnya adalah air. Sebab tu bila nak mula puasa kita kena restore cecair dan bendalir dalam badan kita.
  • Untuk menu utama, pilihlah jenis makanan yg terdiri daripada karbohidrat kompleks macam nasi perang, ubi, spagetti atau bubur kacang hijau. Kenapa karbohidrat kompleks? Sebab karbohidrat jenis ni lebih tahan lama dalam membuat gula dalam darah stabil dan menimbulkan rasa kenyang yg lebih lama.
  • Jangan lupa ambil serat sama ada daripada sayur ataupun buah2an. Selain membersihkan usus, serat jugak mampu membantu membersihkan sisa daging di dalam usus secara alami.
  • Pilih lemak sihat atau minyak yg tak digoreng macam minyak zaitun atau minyak kelapa. Lemak membuat pergerakan makanan di dalam perut menjadi lambat sehinggakan mampu membuat kita menahan lapar dengan lebih lama.


Tips berbuka secara sihat
  • Jangan terburu2 bila mendengar iklan berbuka dengan benda2 manis yg tak berfaedah. Pilih minuman yg manis secara semulajadi tanpa gula. Contohnya air kelapa dan jus tembikai. Kurangkan pengambilan gula sebab kandungan gula yg banyak menyebabkan kita cepat mengantuk dan dah tentu pengambilan gula tak bagus untuk kesihatan.
  • Makan makanan berasaskan karbohidrat kompleks bersama dengan makanan yg tak digoreng. Sama jugak macam tips yg pertama, nasi putih dan makanan bergoreng menyebabkan kita cepat mengantuk ketika tarawikh dan makanan bergoreng mengikat oksigen darah sehingga 20%.
  • Selepas berbuka puasa, minum air putih lagi. Cuba untuk minum air minimum sebanyak 1 liter mulai waktu berbuka sehingga kita masuk tidur.


Ok, itu dia tips bersahur dan berbuka dengan lebih sihat. Semua ni untuk kita sama2 memastikan yg kita boleh melaksanakan ibadah walaupun berpuasa. Dan lepas berbuka dah tentu kita bertenaga dan lakukan solat tarawikh pula.

Nak sihat dan bertenaga cara kami? Boleh cuba ni...





Insya Allah bertenaga!!

Nak cuba?

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!



Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)