Monday, 23 June 2014

Tips puasa untuk ibu hamil



Tahun ni saya berpuasa dengan anak dalam kandungan. Hehe. Sebelum nip on pernah jugak puasa sambil mengandungkan anak. Bezanya, masa mengandungkan anak sulung tu dah memang sarat la kiranya. Zidane pon lahir dalam bulan puasa. Selain dari kes bleeding awal, memang takde masalah lain. Dek kerana terlalu aktif, doktor sarankan untuk tak berpuasa masa bleeding 34 minggu. Tanya doktor “sayangkan anak ke tidak?”. Memang terkena den. So banyak jugakla hari yg tak dapat berpuasa. Dah tu, bersalinkan Zidane pon dah bulan puasa. Huhu.

So ramai ibu2 mesti tertanya2. Macam mana nak kekalkan kesihatan semasa hamil dan berpuasa?
Sebenarnya nak kekalkan kesihatan dan kecergasan masa hamil dan berpuasa ni agak susah sikit. Tapi tak mustahil. Biasanya kalau hari2 biasa kita boleh makan sekerap yg boleh, tapi bulan puasa ni kita hanya boleh makan masa sahur dan jugak berbuka. Maka kita ambilla peluang bersahur dan berbuka dengan makanan yg seimbang dan berkhasiat supaya kesihatan dan kecergasan kita tu bertahan dan dalam masa yg sama untuk kita mengelakkan masalah2 macam sembelit, sakit kepala dan ketidakhadaman, lesu, pedih ulu hati, gastrik etc etc.
 Cara terbaik untuk wanita hamil berbuka puasa pulak macam mana?
Tiada pelan makanan khas yang perlu kita boleh ikuti, tetapi kita bolehla mencuba tips-tips berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka. Mulakan dengan:

·         Tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah);
·         Susu atau yogurt rendah lemak;
·         Sup jernih.

Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi:

·         Sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera;
·         Protein daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang pis atau kekacang;
·         Karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh;
·         Banyakkan sayur-sayuran.

Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketidakhadaman. 

 Penting ke bersahur untuk kita yg hamil ni?

Bersahur sangat penting kalau kita berpuasa. Dengan bersahurlah kita dapat mengekalkan tahap tenaga kita pada waktu siang. Ibarat macam sarapan yg diawalkan la. Kalau boleh jangan tinggalkan sahur sebab dengan sahurlah kita dapat nutrien2 penting dan tenaga yg kita perlukan pada waktu siang. Simptom2 kelaparan macam sakit kepala dan mengantuk pon dapat dikurangkan kalau kita bersahur. Dan ye, sahur tu la yg membezakan puasa seorang Muslim dengan org lain. So jom lah kita semarakkan sunnah bersahur ni. =)

Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:

·         Nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau korma cair;
·         Bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak;
·         Buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.

Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat kita ternyahidrat.

Kalau kita ni jenis suka minum kopi atau the selepas berbuka macam mana? Apa yg boleh kita minum untuk gantikannya?

Minumlah jus buah-buahan segar dan bukannya minuman bergas, kopi atau teh. Minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan buah adalah minuman yang menyegarkan dan membekalkan banyak keperluan buah-buahan harian anda. Sup sayur-sayuran pula membolehkan kita makan sayur-sayuran berbeza dan memberi vitamin, mineral dan serat tambahan dalam diet kita. 

Apa yg perlu kita masukkan dalam diet kita ketika Ramadhan?

Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan:

·         Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
·         Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan kita bangun dan makan sahur.
·         Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat.

Ok, tu dia antara tips untuk ibu hamil. Insya Allah, dengan azam dan kuat kita mampu berpuasa penuh tahun ni.

Dan kalau la teringin nak ambil set berpuasa Shaklee, memang la sangat digalakkan. Apa ada dalam set bepuasa Shaklee ni? 


Memang sesuai sangat untuk ibu hamil macam kita ni. Sebab ESP memberikan rasa kenyang yg lebih lama. Performance Drink membantu mengekalkan bendalir dalam badan kita so kita takkan cepat dahaga dan terhidrat. Mealshakes pulak membantu membekalkan nutrien, mineral dan vitamin penting dalam badan sepanjang hari kita berpuasa. Pendek kata memang bertenaga dan berbaloi!!


Kalau minat, boleh PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor =)


kredit : Baby Center

No comments:

Post a Comment