Wednesday, 25 June 2014

Tips berpuasa untuk ibu menyusukan anak

Ok, semalam dah cerita pasal tips ibu hamil berpuasa. Memandangkan saya ni termasuk dalam golongan yg 2 ni i.e ibu hamil dan menyusukan, maka saya nak kongsi jugak tips berpuasa untuk ibu2 yg menyusukan anak ni.
Zidane dah nak masuk 2 tahun. Maka susu ibu bukanlah makanan priority untuk Zidane. Macam mana pulak kesnya untuk ibu2 yg anak2nya masih kecil terutama sekali yg bawah 6 bulan yg belum makan makanan pejal? Jom kita cekidaut!!
Perlu ke kita berpuasa semasa menyusu badan?
Kalau kita menyusu badan memang betul kita ada rukhsah untuk tidak berpuasa di bulan Ramadhan. Wanita yg menyusukan ni diibaratkan seperti wnaita yg tidak sihat atau wanita yg sedang bermusafir. Maka dek kerana itulah, rukhsah diberikan. Malah ada ulama yg mengatakan adalah salah untuk tidak menghiraukan kelonggaran ini dengan berpuasa sedangkan sebenarnya rukhsah ini tersedia.
Tapi, keputusan samada hendak berpuasa atau tidak bergantung kepada beberapa perkara, dan usia bayi adalah pertimbangan utama. Memang ada perbezaan di antara bayi yang masih kecil dan hanya menyusu, dengan bayi berusia satu tahun yang sihat dan sudah makan makanan lain dan menyusu hanya pada waktu malam. Berbincanglah dengan doktor, perunding penyusuan atau ahli agama untuk mendapat lebih keyakinan dalam membuat keputusan.

Adakah berpuasa semasa menyusukan akan membahayakan bayi kita?
Tidak. Berpuasa tidak membahayakan bayi kerana badan kita masih boleh menghasilkan susu semasa kita berpuasa. Kurang pengambilan kalori sepatutnya tidak menjejaskan jumlah susu yang dihasilkan. Malah, walaupun wanita yang menyusu badan itu tidak makan apa-apa selama 24 jam, ia masih tidak menjejaskan kuantiti dan nilai nutrisi susu kita. Jika terdapat kesan berpuasa terhadap badan kita, kitaa pasti sudah merasainya terlebih dahulu dan tentu sekali kita perlu menghentikan puasa sebelum kesan itu menjejaskan penghasilan susu.

Adakah perubahan dalam susu badan akan memberi kesan ke atas bayi kita?
Perubahan dalam susu badan kita tidak akan memberi kesan ke atas bayi. Dia sudah pun dapat menerima perubahan-perubahan kecil pada susu kita bergantung kepada apa yang kita makan dan berapa banyak dia perlu menyusu. Kajian menunjukkan bahawa walaupun si ibu berpuasa selama 24 jam, kandungan lemak dalam susunya tidak akan berubah.

Jika kita makan terlalu sedikit dan berat badan mula turun, jenis lemak dalam susu kita mungkin berubah, tetapi jumlahnya tidak berubah. Walaupun payudara itu sendiri boleh menghasilkan lemak susu, jenis-jenis lemak yang lain akan diperolehi daripada simpanan lemak dalam badan kita sekiranya ia tidak diperolehi melalui pemakanan kita.

Adakah berpuasa semasa menyusukan membahayakan kita?
Badan kita biasanya dapat bertahan jika kita berpuasa. Dalam satu kajian, ujian darah dilakukan terhadap sekumpulan kecil wanita yang berpuasa sepanjang bulan Ramadan. Wanita yang menyusu badan didapati mempunyai imbangan kimia dalam darah yang agak sama dengan mereka yang tidak menyusu badan atau yang sedang hamil. So takde masalah la sebenarnya. Hebat kan ciptaan Allah? =)

Walau bagaimanapun, menyusu badan membuatkan kita sangat dahaga. Yg ni saya memang setuju. Jika kita ternyahhidrat, kita akan rasa tidak sihat. Macam mana nak tau bila kita ternyahidrat ni? Kita boleh mengagak bahawa kita sedang ternyahhidrat apabila:
  • Kita rasa dahaga
  • Air kencing berwarna gelap dan berbau kuat
  • Rasa seperti nak pitam, lemah atau lesu
  • Mula sakit kepala atau mengalami kesakitan lain


Jika kita mula sedar akan tanda-tanda ini, eloklah dan harusla berbuka dengan meminum air dan berehat. Selepas setengah jam, jika a masih rasa tidak sihat, hubungilah doktor.

Minum banyak air semasa berbuka dan terutamanya semasa sahur. Adalah disarankan untuk kita makan makanan yang mempunyai indeks glicemik (glycemic index - GI) yang rendah. GI ialah unit pengiraan bagi kesan karbohidrat pada tahap gula dalam darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat semasa penghadaman mempunyai GI yang tinggi manakala karbohidrat yang terurai lebih lambat dan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam darah mempunyai GI yang rendah. Makanan yang rendah GI termasuk banyak jenis sayur-sayuran dan kekacang, kacang pis, mi dan nasi. Oh ye, ESP pon indeks glisemiknya rendah tau!! Hehe.

Jangan sekadar minum sahaja. Penting untuk kira mendapatkan nutrien, kalori dan serat daripada makanan. Jika sukar untuk kita makan secukupnya pada waktu malam dan kalauberat badan kita mula turun, bincanglah dengan doktor. Mungkin perlu untuk kita tidak berpuasa.

Walau bagaimanapun, jika kita sihat dan tidak kisah berat badan turun sedikit, penurunan sehingga 1kg seminggu sepanjang bulan Ramadan sepatutnya tidak menjejaskan penghasilan susu.

Apakah yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan sebarang masalah?

Membuat persiapan untuk berpuasa boleh membantu kita mengelakkan masalah-masalah yang mungkin berlaku:

·         Beli barang keperluan dan buat kerja-kerja rumah yang lebih berat sebelum kita mula berpuasa.
·         Simpan diari makanan supaya kita boleh memastikan kita makan dan minum dengan cukup pada waktu malam.
·         Berehat dan duduk di tempat sejuk sebanyak mungkin pada waktu siang.
Bilakah kita harus meminta bantuan?
Kalau kita mula rasa tidak sihat atau mula ternyahhidrat, hubungilah doktor. Kalau kita bimbang sama ada bayi kita mendapat susu yang cukup ataupun tidak, dapatkanlah nasihat daripada doktor atau pakar kanak-kanak.

Tanda-tanda bayi tidak mendapat cukup susu termasuk:
  • Kurang membuang air (bayi baru lahir sepatutnya buang air kecil beberapa kali sehari)
  • Najis berwarna kehijauan
  • Tangisan yg nyaring dan berpanjangan atau kerap meragam
  • Turun berat badan atau berat badan tak bertambah


Dan kalau nak cuba set berpuasa Shaklee, memang sangat digalakkan. Bukan sekadar membekalkan tenaga dan memastikan kita cergas, dalam masa yg sama, bekalan nutrient, mineral dan vitamin yg kita perlukan pon terjaga jugak.

Apa ada dalam set berpuasa Shaklee ni?




Nak cuba?

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 sekarang ok!!

Regards,
Marina, Ibu Zidane

Your Trusted Shaklee Independent Distributor =)

Kredit : Baby Center

No comments:

Post a Comment