Wednesday, 4 June 2014

Resepi Spagetti Aglio Olio mudah

Haha. Apa kes hari ni nak share resepi spagetti??

Rasa macam nak masak spagetti la kat kedai. Gilir2 antara mee dengan spagetti. Sedap gak kan. Haha. Dulu masa bengkel kat Concorde Hotel KLIA, ada la try makan spagetti aglio olio ni. Memang terbaik. Walau dah try makan spagetti bolognaise, carbonara, marinara, tangy chicken. Haha. Kenny Rogers sangat kan. Tapi rasanya Aglio Olio ada lah yg terbaik. Jom tengok resepi. Nanti boleh makan kat Rumahapi ok!!

Bahan-bahan

  • spagetti dicelur dengan garam & butter. Nak buh minyak masak je pon boleh
  • 2 sudu besar minyak zaiton
  • 3 ulas bawang putih. Ini lah penyedap spagetti aglio olio ni. Lebih banyak lebih sedap
  • seafood - sotong, udang, kepah, lala
  • cendawan butang di potong slice. Tak nak pon takpe
  • 1 sudu teh pati ayam
  • 2-3 capsicum dipotong dadu atau memanjang
  • 1 sudu teh oregano flakes
  • daun parlsey dicincang. Boleh ganti dengan daun sup
  • Kalau nak pedas boleh letak chilli flakes yg macam dominos tu atau cili padi
  • Garam & lada sulah untuk perasa. Blackpepper pon ok je

Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak zaiton dan tumis bawang putih hingga kekuningan. Pastu tambahkan sedikit air untuk elakkan bawang dari terus hangit. Nak tambah bawang holland sket pon ok gak. Manis la sket. Hehe.
  2. Masukkan seafood dan pati ayam
  3. Setelah seafood dah masak atau kemerahan, masukkan capsicum dan cendawan butang tadi
  4. Masukkan spagetti, garam, lada sulah, chilli flakes atau cili padi, oregano flakes, daun parsley atau daun sup yg dicincang dan kacau rata
  5. Kalau spagetti nampak kering boleh gaulkan dengan minyak zaiton. Jangan risau minyak zaiton takde kolesterol. Jadi boleh tuangkan di spagetti supaya tak nampak kering. Siap!!


Nak tengok gambanya? Meh2.


Kalau nak sedap memang tambah seafood la. Kalau nak biasa2 punye bole aje tambah ayam ataupon sosej.

Ok, lapa la plak.

Kalau nak potong lemak lepas makan banyak dengan produk Shaklee, bole roger saya.

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!!


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

No comments:

Post a Comment