Tuesday, 3 June 2014

Perbezaan Vitamin E Shaklee

Wow wow. Kenapa wow? Sebab arini nak cite pasal Vitamin E Shaklee. 

Setiap suplemen yg kita ambik, kita kena tahu macam mana nak pilih 'best of the best'. Betul banyak vitamin dan suplemen di pasaran. Tapi macam mana sebenarnya cara untuk kita pilih yg terbaik??



Vitamin E misalnya. Dah tentu ada cara dan garis panduan untuk pilih vitamin E. Antara tips nak pilih vitamin E yg bagus adalah:

  • Pilih Vitamin E yang bersumberkan semulajadi. Nak lagi mudah, boleh tengok pada label. Ada huruf d kecil yg menunjukkan bahawa ianya dari sumber semulajadi. Huruf d kecik tu macam ni : d-alfatocoferol. Take note kalau ada satu huruf 'I' atau 'dl', maka ianya adalah dari sumber tiruan ataupun kimia.
  • Cara kedua pulak dengan mencari perkataan 'mixed tocopherol' dalam label. Kalau ada maka memang bagus.
  • Cara yg ketiga pulak adalah dengan memilih vitamin E yg berserta selenium.
Penting sangat ke pilih vitamin E semulajadi ni? Penting sebab dah tentu sumber semulajadi adalah lebih baik sebab lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber kimia atau sumber tiruan kan? =)

Kalau nak tahu, vitamin E ni adalah sejenis antioksidan yg terkenal dengan fungsinya melindungi sel-sel dan tisu dalam badan daripada kerosakan akibat radikal bebas. 

Dan kalau nak tahu, vitamin E Shaklee terdiri daripada alpha-tocopherol concentrate yg lengkap dengan selenium (as selenium yeast). Kenapa kena ada selenium ni? Sebab kalau takde selenium ni, vitamin E yg kita ambil boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka masa panjang sebab tak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik. Dalam niat nak jaga kesihatan dan kecantikan, at last jadi toksik. Tak ke seram?? Huhu. Selenium ni sebenarnya adalah unsur surih yg amat penting untuk fungsi sistem imun. Fungsi semulajadi selenium dalam tubuh adalah memudahkan glutanione, satu enzim yg melawan radikal bebas. Selain meningkatkan sistem imun, selenium membantu meningkatkan keanjalan kulit dengan cara melawan radikal bebas yg boleh merosakkan kolagen kulit. Sebab tu jugak, produk yg mengandungi selenium ni dipercayai sangat membantu untuk melawan dan mencegah kanser terutamanya kanser payudara dan kanser prostat.

Vitamin E sebenarnya adalah kombinasi beberapa bentuk berbeza - 4 tocopherol dan 4 tocotrienols. Banyak suplemen diet mengandungi alpha tocopherol daripada vitamin E. Gamma tocopherol adalah bentuk utama vitamin E dalam makanan yg menentang radikal bebas yg berbeza dalam tubuh daripada alpha tocopherol dan mempunyai kesai anti-inflammatory yg lebih baik. Sebab tu la mixed tocopherol dalam vitamin E Shaklee adalah kombinasi terbaik antara lain2 tocopherol yg wujud dalam alam semulajadi. Penting untuk kita ambil vitamin E dengan bentuk yg berbeza ni termasuk aras yg tinggi bagi kedua-dua jenis tocopherol.


Vitamin E Shaklee ni pon dah tentu bersumber semulajadi. Ada label huruf (d). Maknanya dari sumber asli dan lebih mudah diserap oleh badan. Lagi best sebab vitamin E Shaklee sekarang dan ditambah dengan grape seed.

Apa kebaikan grape seed ni?
  • Mengandungi bioflavonoids yg menguat dan melindungi sel hidup dalam tubuh
  • Bahan aktifnya adalah procyanidin. Procyanidins dalam biji anggur memmbantu melindungi tubuh daripada penuaan sebelum masa dengan cara meningkatkan vitamin C dan menyingkirkan toksin daripada tubuh. Procyanidins jugak akan mengikat kolagen dalam tubuh untuk mempertingkatkan kesihatan sel kulit dan keanjalan kulit. Dalam masa yg sama, procyanidins jugan memperbaiki penglihatan, memperbaiki kesihatan arteri dan tisu tubuh seperti jantung dan fleksibiliti sendi. Ia membantu mencerahkan wajah, mempercepatkan baik pulih luka, menguatkan kapilari dan vena yg mana akan memperbaiki sistem peredaran darah dan kesihatan jantung.
  • Super anti oksidan iaitu 20-50 kali lebih efektif berbanding antioksidan biasa macam vitamin E, C dan beta karotena
  • Ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai manfaat kesihatan, mengandungi bahan2 macam protein, karbohidrat dan lipids (lemak baik)
  • Anti penuaan
  • Anti carsinogenic (anti kanser) dan agen anti tumor
  • Resveratrol - Mempunyai keupayaan untuk membantu proses otak berjalan dengan efektif

Vitamin E biasa yg lain adalah vitamin sintetik. Selain label yg ada menunjukkan sumbernya adalah sumber tiruan atau dari sumber kimia, kebiasaannya jenama lain takde selenium dalam vitamin E tu.

Antara kebaikan lain Vitamin E:
  • Bertindak sebagai antikoagula yg mengurangkan kebolehan darah untuk membeku. Ini membantu mengurangkan risiko penyakit strok akibat darah beku dan penyakit jantung.
  • Membantu menguatkan 2 enzim penting yg menjana sejenis bahan dipanggil prostacyclin, iaitu sejenis komponen yg menghalang blood cot dan memastikan saluran darah dalam keadaan baik.
  • Membantu menjaga permukaan dalam salur darah agar sentiasa licin, mengelakkan pembentukan plak kolesterol.
  • Bertindak sebagai antioksidan yg menghalang radikal bebas dari merosakkan sel2 badan kita.
  • Membantu pembesaran tulang yg sihat dengan melawan bahan kimia dan asid yg boleh mengganggu pembentukan tulang.
  • Membantu fungsi sistem saraf, sistem otot dan sistem pembiakan.

Masalah kekurangan vitamin E biasanya berkait rapat dengan sel badan yg tak boleh menyimpan lemak sedangkan vitamin E adalah bersifat larut lemak dan perlukan lemak untuk bergerak ke bahagian yg diperlukan di dalam badan. Kekurangan vitamin E alpha tocopherol menyebabkan sel darah merah menjadi rapuh dan meningkatkan penghasilan radikal bebas dalam tubuh. Akibatnya, badan kita mudah rosak disebabkan oksidasi.

Apa dia gejala kekurangan vitamin E?
  • Anemia 
  • Masalah berkaitan sistem pembiakan
  • Susah mengandung
  • Senang keguguran
  • Tanda penuaan pada kulit
  • Katarak
  • Hilang nafsu seksual
  • Rambut kering dan gugur
  • Kelemahan otot
  • Luka lambat sembuh
  • Kebas kaki
  • Penyakit berkaitan usus
  • Mati pucuk
  • Prostat membesar
Kalau terlebih vitamin E pulak boleh menyebabkan dan memudahkan berlakunya pendarahan seperti hidung berdarah. Sebab vitamin E bertindak sebagai antikoagulan yg mengurangkan risiko pembekuan darah dan berfungsi mencairkan darah supaya peredaran darah dalam badan adalah lancar.

Sember makanan yg mengandungi vitamin E pulak adalah:
  • Avokado
  • Biji bunga matahari
  • Kacang soya
  • Buah Zaitun
  • Badam
  • Labu
  • Kacang buncis
  • Ubi keledek
  • Sayuran hijau
  • Minyak sayuran, minyak zaitu, minyak jagung 

Ok, tu dia sedikit sebanyak info pasal vitamin E ni. Nak dapatkan vitamin E Shaklee? Meh roger saya.

PM/Call/SMS/Whatsapp 016.331.4797 ok!!


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

No comments:

Post a Comment