Monday, 16 June 2014

Keistimewaan dan kelebihan memiliki anak perempuan

Setiap anak adalah anugerah. Dan setiap anak ada rezekinya. Betul. Yg ni saya betul2 setuju. Cuma kita janganlah terlalu mencari apa rezekinya tu. Mungkin dalam bentuk wang ringgit. Mungkin dalam bentuk kesenangan. Mungkin dalam bentuk keamanan rumahtangga. Wallahu a'lam. Jangan terlalu fikir yg rezeki tu dalam bentuk material semata.

Ni nak kongsi artikel pasal kelebihan mempunyai anak perempuan. Berangan nak ada anak perempuan. Kih kih. So apa kata pasang angan2 sebelum 20 minggu pregnancy. Nanti dah cukup 20 minggu boleh nengok jantinanya. Hehe.

Artikel ni dari we love Islam

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yg bermaksud: "Sesiapa yg memiliki 3 anak perempuan lalu bersabar dengan karenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah S.W.T akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka."

Seorang lelaki bertanya, : "Juga untuk 2 anak perempuan wahai Rasulullah?"

Sabda Baginda : :Juga untuk 2 anak perempuan."

Seorang lelaki berkata : "Atau untuk seorang wahai Rasulullah?"

Rasulullah S.A.W menjawab : "Juga untuk seorang."

(Hadith Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun Riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yg memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah S.A.W yg bermaksud. "Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga."

(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Daripada Aisyah R.A, dari Rasulullah S.A.W, baginda telah bersabda yg maksudnya, "Sesiapa yg diperhati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka." 

(Hadith Riwayat Bukhari, Muslim & Tirmidzi)

Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yg amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. Daripada hadith2 di atas, dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak2 perempuan lantaran anak2 perempuan merupakan aset penting yg menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka. 

Rasulullah S.A.W pernah bersabda dalam hadith baginda yg bermaksud, "Takutlah kamu kepada Allah S.W.T dalam perkara2 yg berhubung dengan kaum wanita."

Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yg bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak2 perempuan mereka dan juga isteri merreka agar berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah S.W.T.

Pernah dengar kan bila org tua cakap menjaga sekandang lembu adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan? Kemungkinan ada benarnya lagi2 bila kita melihat ramai ibu bapa yg menjaga anak2 mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata2 seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yg hanya bertujuan menggemukkan dan mengenyangkan sahaja.

Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yg sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yg menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai2 keburukan yg mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

Sesungguhnya anak2 yg diajar dengan didikan agama yg baik akan memberi faedah kepada ibu bapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibu bapa yg inginkan anak2 mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apatah lagi di akhirat kelak.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yg mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yg besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi karenah mereka, Allah Taala dan RasulNya telah menjanjikan balasan yg amat besar, Insya Allah.

Ok tu dia cerita mengenai kelebihan memiliki anak perempuan.

Tapi bila tak memiliki anak perempuan tapi ada anak lelaki sahaja tak bermakna kita tak mempunyai keistimewaan pulak.

Setiap anak ni saham akhirat kita nanti. Baik lelaki mahu pun perempuan, semuanya membawa rezeki. Jangan terlalu taksub dengan jantina tertentu sahaja ok!!

Ok, ni anak teruna saya. Hehe.



Nak cuba set kesuburan Shaklee?

Nak cuba set kehamilan Shaklee?

Nak cuba set berpantang Shaklee?

Nak cuba set bfeeding Shaklee?

Apa kata roger nombor ni. 016.331.4797. Saya ada selalu. =)


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

No comments:

Post a Comment