Friday, 13 June 2014

Jom take 5!!

Penat? Stress? Kerja bertimbun? Setiap hari kita mesti menghadap kerja2 yg berlambak di pejabat sehinggakan takde masa berehat untuk diri sendiri. Rutin kerja ni bukan sahaja mengurangkan tenaga dan memenatkan badan, malah memenatkan fikiran jugak. Tambah lagi kalau dapat bos yg berkira atau rakan sekerja yg suka cari masalah. Balik rumah plak stress pasal benda lain. Kerja rumah plak. Kalau kita teruskan kitaran hidup yg tak sihat macam ni, kita mungkin akan bertambah stress dan lebih teruk lagi produktiviti kita semakin merosot.

Macam saya sekarang tengah sibuk cari tempat untuk retreat & getaways. Haha. Takde keje kan. Tak tau bila boleh bercuti memandangkan cuti tahunan dah tinggal sket. Tapi saje suke survey.

Apa kata kita amik peluang untuk buat benda simple kat bawah ni untuk take 5.




  • Berjalan seketika : Bila kita rasa kita tak boleh beri tumpuan pada kerja yg kita lakukan, lebih baik kita luangkan masa untuk berjalan2 di kawasan pejabat kita. Sambil berjalan, cuba bayangkan 3 perkara yg menyenangkan dalam hidup kita. Contohnya, fikir pasal suami yg penyayang dan anak yg comel atau baik atau mungkin kita ingat temujanji kita dengan pasangan kita. Fikir benda yg menggembirakan la kiranya ni. Baru best berangan. Haha.

  • Lakukan regangan : Cuba berdiri dan lakukan beberapa gerakan regangan yg bermula dari lengan, pergelangan tangan dan leher. Gerakan ini akan melegakan ketegangan otot kita. Lakukan regangan sambil mendengar lagu2 berirama perlahan tentu mengasyikkan dan hilang rasa tekanan.

  • Mencuci tangan : Berjalan ke bilik air dan cucilah tangan dengan air sejuk. Basuhlah pergelangan tangan dengan lembut. Pada bahagian ini, terdapat beberapa otot utama di bawah lapisan kulit yg boleh membantu membuatkan kita tenang.

  • Aromaterapi : Pastikan kita bawa minyak wangi atau cologne dengan aromaterapi di tempat kerja. Dengan menghidu bauan aromaterapi ini, ia dapat membantu meredakan ketegangan dalam badan. Antara aromaterapi yg disarankan adalah lavender, chamomile, oren atau epal.

  • Urutan : Cubalah membuat urutan sendiri pada badan yg terasa tegang. Contohnya di leher, lengan, pergelangan tangan dan sebagainya. Tekan pada bahagian yg tegang itu sehingga kita merasa sakit. Lepaskan dan ulang menekan beberapa kali.

  • Rawatan scrub : Kita tak perlu pergi ke spa rawatan untuk mendapatkan urutan. Caranya mudah dengan membeli scrub yg sesuai dengan kulit. Lakukan pada waktu terluang pada bahagian tangan, kaki dan badan. Secara tak langsung, badan kita akan merasa lebih segar kembali.

  • Mandi air suam : Untuk mendapatkan kesegaran satu badan, ada baiknya kita berendam atau mandi dengan menggunakan air suam. Air suam dipercayai dapat membuatkan badan kita kembali bertenaga.

  • Rendam kaki : Sediakan air suam dan satu senduk garam dan bekas. Masukkan kuntuman bunga mawar atau gantikan dengan aroma wangian aromaterapi. Rendam kaki kita dalam air aromaterapi itu. Kehangatan dan wangian aroma ini dapat membuatkan kita nyaman dan tenang.

  • Minum teh : Teh adalah minuman yg mempunyai banyak manfaat dan kebaikan pada badan. Teh dapat membantu mengembalikan rasa segar dan semangat setelah penat seharian. Jumlah kafein dalam teh membantu membuatkan kita merasa tenang.

Ok, tu dia cara nak take 5. Tak susah pon sebenarnya. At least dapatla kita kurangkan tekanan di tempat kerja.

Nak kurangkan tekanan dengan suplemen Shaklee??

Meh PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797. Saya ada B-Complex untuk kurangkan stress anda!!!



Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

No comments:

Post a Comment