Friday, 27 June 2014

Faedah berbengkung selepas bersalin

Tu dia. Tajuk macam poyo je. Padahal baru 14 minggu. Haha. Tapi tu la realitinya. Ketika usia kandungan 14 minggu, saya sibuk mencari bengkung yg best. Sebelum ni ada pakai bengkung amway. Tu pon dalam 2 minggu lepas bersalinkan Zidane. Dan pakai pon on & off sebab sakit belakang yg teramat. Kesan suntikan inferon rasanya. Sebab tu mak2 yg ngandung ni pastikan la HB kita ni stabil. Kalau tak, jadi lah macam saya. Sakit belakang tu nak dekat setahun baru hilang. Kalau baring usah cakapla sakitnya macam mana. Nak gerak dari satu posisi ketika tidur tu memang payah. Huhu.

So berbalik kepada cerita berbengkung tu. Selepas membelek halaman orang, maka saya rasa saya nak bengkung lilit jawa. Kah kah. Walau pon tiada kaitan dengan jawa, tapi teringin nak berpantang secara proper kali ni. Bukannya dulu tak berpantang cara elok, cuma dari segi penjagaan badan tu lambat sket la. Kalah org kena csect. Macam mana bengkung lilit jawa tu? Meh tengok gambonye nak?



Haaa. Ni dia bengkung lilit. Panjangnya selalu dalam 12 ke 15 meter. Tapi kalau saya punye saiz 12 meter tu dah just nice. Dan dah tentu ada cara lilitannya. Tapi nampak macam mudah. Atau kan. Kalau malas nak lilit gini, ada cara lain yg lagi mudah. Cuma kalau guna cara atas ni lebih kemas dan kejap la. Satu lagi cara nak lilit bengkung ni macam kat bawah ni.

.

Takdela simpulan2 macam lilitan yg pertama. Nampak lebih simple kan. Ye la, kalau org pas bersalin ni nak tengok anak lagi, nak jaga diri lagi. Takut tak menyempat la kan. Sebab tu la saya pilih bengkung ni. Hehe. Masa rajin boleh lilit dengan simpulan macam gambar yg 1st tu. Kalau masa malas atau nak cepat, kita lilit macam gambar kedua ni.

Apa sebenarnya kebaikan berbengkung ni?

  • Mempercepatkan proses pengecutan rahim
  • Merampingkan pinggang dengan lebih mudah
  • Memberi bentuk yg sekata dari badan sampai ke pinggul. Takdela bengkung perut je pinggul mengaum besonye. Hehe.
  • Mengelakkan angin masuk dalam perut. Maklumla org berpantang kan. Sebab tu kita digalakkan sapu minyak angin atau ada benda yg nak disapu kat perut kalau beli set bersalin kan. Param ke apa namanya. 
  • Mengelakkan otot perut kendur dan menggelebeh.
  • Mengelakkan perut dari buncit.
  • Menyokong tulang belakang.
  • Membaiki postur pelvik untuk kembali ke ukuran asal.
  • Memudahkan pengaliran susu.

Dan tips yg paling best untuk elakkan perut buncit adalah... MAKAN SELEPAS BERBENGKUNG. Betul ni. 


Ok, tu dia cerita hari ni. Pencarian bengkung lilit ni akan dilakukan secara thoroughly lagi lepas ni. Pembelian akan dilakukan lepas 6 bulan kandungan. Kah kah. Eager beno nak try.

Nak cuba set berpantang Shaklee??

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)


No comments:

Post a Comment