Friday, 6 June 2014

Ajak bayi bercakap betul

Pernah tak dengar orang dewasa bercakap pelat dengan bayinya? Mesti pernah kan. Malah boleh dikatakan seolah-olah suara dan cara percakapan dibuat2 comel supaya selari comel seperti bayi. Hehe. Dulu saya pon ada rasa camtu. Tapi sejak ada Zidane, memang tak pernah pulak saya bercakap pelat hanya sebab nak ikut gaya dia.

Nways, hakikatnya, bahasa bayi seharusnya sama macam kita yg dewasa. Sebab bayi atau anak kecil meniru apa yg kita buat dan meniru apa yg kita kata. So tak payahla bercapak pelat dengan anak2 ye. =)

Mengajak bayi bercakap dalam bahasa yg betul adalah cara yg paling tepat untuk membantu perkembangan pertuturannya. Satu kajian yg dilakukan oleh profesor psikologi dari Stanford University menunjukkan bahawa otak bayi boleh bertindak balas dengan bahasa kompleks dengan susunan tatabahasa yg baik. Sebab tu bila kita bercakap dengan anak kecil, gunakan ayat yg sempurna dengan tatabahasa yg betul. Kita akan terkejut sebenarnya dengan kemampuan otak mereka menerima input dan akhirnya bila sesuai meluahkannya semula. 

Saya pernah menghadiri kursus psikologi kanak2. Malah penceramah dalam kursus tu pon sarankan supaya kita gunakan bahasa2 tinggi dengan anak. Dont ever underestimate their abilities. Yg tu sudah pasti. 

Secara realitinya, anak kecil meningkatkan pembelajaran bahasa dan meningkatkan kemampuan kognitif kecerdasannya daripada hubungan sesama manusia secara langsung. Untuk memastikan anak boleh belajar bahasa dengan baik, sebaiknya ibu bapa selalu menggunakan hubungan mata secara langsung dan menggunakan kosa kata sederhana untuk bercakap. Sebenarnya, bayi dah terlebih dahulu boleh belajar bahasa sebelum mereka boleh bercakap.

Sebab tu, bila berbual dengan bayi, pastikan kita tak bercakap bahasa bayi. Bercakaplah dengan jelas sebab bayi dah belajar berkomunikasi sebaik sahaja dilahirkan. Bayi belajar mendengar suara daripada orang2 di sekitarnya dan belajar bahawa suara yg dia dengar tu memounyai kekuatan untuk memebuhi keperluan mereka dan boleh menarik perhatian mereka.

Semakin kerap kita bercakap dengan kosa kata yg jelas dengan bayi, maka semakin kaya kosa kata yg akan dimiliki oleh anak kita nanti. Bila tiba saatnya nanti, kita akan kagum sebab anak kecil kita boleh bercakap dengan jelas tanpa perlu bercakap pelat.

Alhamdulillah, Zidane dah mula bercakap. Malah Zidane dah boleh bezakan apa itu lori, kereta, van, motor, basikal dan ambulans. Untuk anak2 seusia Zidane, saya percaya yg dapat membezakan antara crane dan backhoe jugak adalah satu kebijaksanaan yg zidane miliki. Hehe. Ni cerita dari hati seorang ibu. Saya memang takde teman bercakap di rumah. Maklumla, suami pon jauh. Maka dengan Zidane la saya bercakap. Dan saya tak pernah bercakap bahasa bayi dengan Zidane. 

Takde istilah nenen, mamam, amin untuk salam. Semuanya bahasa yg tepat. Susu, makan dan salam.

Anak2 memang dah dilahirkan bijak dan istimewa. Kita sebagai ibu bapa la yg kena rajin merangsang anak2. 

Ni video zidane belajar bercakap. Dari betul2 tak berapa jelas pelatnya sampai skang dah clear sket. Hehe. Saya cakap penuh dengan zidane. Tapi dia pastila ada pelatnya. Cuma kita ni. Takyah nak bucuk cayang sangat. Hehe.


video


video


video


Ok, tu dia cite pasal cara nak ajak anak bercakap. Kredit untuk majalah PaMa. =)

Kalau nak beli suplemen Shaklee roger saya ok!!

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 naaaaa.


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)


No comments:

Post a Comment