Wednesday, 11 June 2014

10 cara mudah untuk kurus





Hai korang, arini nak cerita tips untuk kurus. Pokok pangkalnya benda ni kena cuba amalkan setiap hari. Lagi kerap kita amalkan, insya Allah lagi cepat kita kurus. Hehe. Nak kurus pon ada cara yg betul. Dan sebenarnya kalau nak kurus ni sebenarnya kunci utama adalah konsisten. Jangan beri alasan kalau nak kurus. Kena kuat semangat!! Ok kat bawah ni ada 10 cara mudah untuk kita dapatkan berat badan impian. Dah nak raya kan? Jom amalkan!!


  • Air masak nombor 1 : Tak menjadi kesalahan kalau kita nak minum jus atau kopi ketika bersarapan. Tapi selepas tamat tempoh bersarapan tu, jadikan air masak sebagai minuman utama kita. Elakkan terus minuman manis. Tahukah kita secara puratanya kebanyakan orang mengambil sehingga 245 kalori setiap hari dengan hanya meminum air manis? Jumlahnya hampir 90000 kalori setahun, bersamaan dengan 11kg penambahan berat badan. Ouch. Camna nak kurus kalau camtu kan? Hehe.
  • Makan 5-6 kali sehari : Jangan salah faham. Ni yg dikatakan makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yg sikit. Satu hidangan yg dibahagikan kepada 2 boleh membuatkan kita kurang 30% pengambilan makanan. Membahagikan sarapan kita kepada 2 bahagian boleh mendorong kita untuk makan sedikit ketika makan tengah hari. Badan kurang mengeluarkan insulin yg mengawal kandungan gula dalam darah dan perasaan lapar.
  • Berjalan 45 minit sehari : Dengan hanya berjalan selama 45 minit sehari tanpa sebarang senaman sekalipon, kita mampu menurunkan berat badan. Bukan sedikit ye. Tapi hampir 13kg dalam tempoh setahun tanpa kita sedari. Wow!!
  • Banyakkan warna biru : Warna biru menghalang selera. Tak hairanlah kenapa restoran tak memilih warna biru untuk menghiasi ruang makan mereka. Untuk mengurangkan selera makan, apa kata kita gunakan alas meja rona biru? Kemudian elakkan penggunaan warna merah, oren atau kuning sebab rona2 ini mencetus rasa lapar. Ok, yg ni saya pon nak try tengok jadi ke tidak. Hehe.
  • Jangan simpan 'si besar' : Kalau dah kurus, tahniah! Segeralah buang semua pakaian lama kita yg sudah gelebeh. Menurut pakar psikologi, bila kita dah kurus, kita harus membeli pakaian baru. Rasa ini akan menjadi pendorong untuk kita terus mengekalkan berat badan kita.
  • Makan dengan pinggan kecil : Penggunaan pinggan besar meningkatkan tendency untuk kita makan lebih banyak. Yg ni memang betul. Sebenarnya pinggan besar akan membuatkan kita makan secara lebih tanpa mengira tahap kelaparan kita. Kita cenderung untuk makan apa sahaja yg ada di depan mata. Sebab tu penggunaan pinggan kecil amat disarankan supaya kita tak makan terlalu banyak.
  • Banyakkan pengambilan bijirin : Pengambilan bijirin sebanyak 5 kali seminggu boleh mengurangkan risiko obesiti dan diabetis. Terbaik, ambillah bijirin ketika bersarapan kerana ia membekalkan tenaga secara pantas. Bijirin mengandungi serat, kalsium dan paling penting kurang lemak. Tak sedap? Makanan sihat memang kurang sedap. Hehe.
  • Makan bila lapar : Kedengaran macam remeh tapi kebanyakan orang cenderung untuk makan setiap masa. Mungkinkah kita asyik mengunyah setiap hari? Kalau ye, maka nampaknya kita tak mengamalkan gaya makan yg sihat sebab kita asyik mengunyah. Untuk tahu sama ada kita makan kerana lapar atau nafsu, elakkan mengambil makanan yg kita idamkan.
  • Bertenang ketika makan: Otak manusia lewat hampir 20 minit untuk mendapat isyarat kenyang. Sebab tu sunnah nabi mengunyah sampai 44 kali. Makan la perlahan-lahan sebab otak kita berpeluang untuk memproses isyarat kenyang dan membuatkan kita lebih bersedia untuk berhenti makan.
  • Sedapnya makan buah : Daripada menikmati jus buah, lebih baik kita makan secara segar. Buah-buahan yg dimakan terus memberi lebih kepuasan dan mengenyangkan berbanding menikmatinya sebagai jus. Minum akan menyebabkan kita kurang makan dan lebih mudah untuk mengambil makanan lain yg mungkin tak sihat dan menggemukkan.

Ok tu dia 10 tips mudah untuk kurus. Kalau diamalkan setiap hari, Insya Allah kita akan dapat berat badan yg kita idamkan. 

Rasa susah sangat?? Meh tengok ni.


Buatlah pilihan. Nak kurus dan sihat atau macam mana??


Nak cuba set kurus Shaklee??

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!

Apa tunggu lagi?


Kredit: Majalah Rapi =)

Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)



No comments:

Post a Comment