Monday, 30 June 2014

Obesiti punca ketidaksuburan




Obesiti atau masalah kegemukan ni memang selalu dikaitkan dengan masalah kesihatan lain macam sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan hipertensi. Tapi dalam masa yg sama, obesiti jugak menyebabkan masalah ketidaksuburan.

Masalah obesiti ni sebenarnya bukan sahaja menyebabkan masalah ketidaksuburan kepada wanita. Lelaki pon mendapat masalah yg serupa kalau obes.

Dalam 1 kajian yg dilakukan oleh pakar2 di Sweden terhadap sperma yg diberikan oleh 2000 org lelaki dan dibandingkan dengan berat badan mereka. Mereka mendapati lelaki yg mempunyai berat badan yg lebih mempunyai bilangan sperma 10% lebih rendah berbanding dengan lelaki normal. Sementara tu, lelaki yg obes pula mempunyai bilangan sperma 20% lebih rendah daripada lelaki normal.

Prod Dr. Paul Cohen Bacrie menjelaskan berat yg berlebihan akibat kegemukan menyebabkan gangguan keseimbangan hormon lelaki yg seterusnya menyebabkan bilangan, pergerakan dan kualiti sperma menjadi tak normal. 

See. Masalah obesiti ni punca kepada ketidaksuburan lelaki di samping masalah gaya hidup yg lain macam merokok dan minum arak.

Untuk perempuan pulak, obesiti menyebabkan peningkatan pengeluaran hormon estrogen yg menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Kalau kitaran haid kita teratur, berat badan mungkin takkan mengganggu peluang kita untuk hamil. Tapi bagi kes2 bila kita terlalu gemuk, kita mungkin akan mengalami ketidakseimbangan hormon yg menyebabkan kitaran haid yg tak rata di mana ovulasi tak berlaku. Bila ovulasi tak berlaku, kehamilan tak akan terjadi.

Berat badan yg berlebihan jugak berkait rapat dengan keadaan yg dinamakan Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS). Mereka yg menghadapi masalah ni tak mempunyai cukup hormon untuk menyebabkan telur matang dalam ovari seterusnya gagal untuk dikeluarkan semasa ovulasi.

Kalau nak tahu, tubuh wanita yg obes jugak kurang bertindak balas terhadap ubat kesuburan disebabkan lemak yg terkumpul di tubuh yg berlebihan yg mengganggu penyerapan ubat secara optimum. 

Sebab tu jugakla ada kes2 bila mana pasangan yg cuba mendapatkan anak melalui kaedah tabung uji (IVF) gagal mendapatkan bayi yg diinginkan disebabkan kegemukan yg mengganggu pemindahan janin ke rahim. Kajian menunjukkan peratusan kejayaan untuk mencapai kehamilan melalui IVF agak rendah di kalangan individu yg mempunyai BMI obes atau BMI yg terlalu kurus.

So pendekkan cerita, adalah penting untuk kita mengekalkan berat badan ideal. Bukan sahaja sebab kita nak sihat dan mengurangkan risiko penyakit berbahaya, tapi dalam masa yg sama kita nak meningkatkan peratusan kesuburan jugak.

Sebab tu bila ada customer yg bertanya mengenai set kesuburan, saya akan tanya dulu berapa lama kahwin dan ada ke tidak masalah kegemukan. Bukannya nak insult prospek yg ada, tapi saya sehabis baik nak bantu bagi nasihat dan konsultasi yg betul berdasarkan situasi mereka. =)

Nak cuba set kesuburan Shaklee??

Sebelum cuba set kesuburan Shaklee, bg mereka yg ada masalah berat badan, apa kata kita ambil sekali set kuruskan badan. Mana tau bila berat berkurang, potensi untuk hamil tu lebih banyak. =)

Ok, ni set kurus Shaklee. Sebagaimana yg kita tahu dalam Shaklee ada 3B kan. Bakar, Buang dan Bina Otot, maka ni la set yg sempurna untuk kita2 yg nak turunkan berat badan.


Dan set kesuburan Shaklee pulak adalah:



Gambar ihsan google =P

Set kesuburan ni yg paling basic la. Satu untuk isteri. Satu untuk suami. Kalau nak yg complete set pon hado. Ikut bajet kita kan. =)

Nak cuba?

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 sekarang ok. Siap dengan konsultasi. Zasss!! Berdesup perginya. =)


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)




Friday, 27 June 2014

Faedah berbengkung selepas bersalin

Tu dia. Tajuk macam poyo je. Padahal baru 14 minggu. Haha. Tapi tu la realitinya. Ketika usia kandungan 14 minggu, saya sibuk mencari bengkung yg best. Sebelum ni ada pakai bengkung amway. Tu pon dalam 2 minggu lepas bersalinkan Zidane. Dan pakai pon on & off sebab sakit belakang yg teramat. Kesan suntikan inferon rasanya. Sebab tu mak2 yg ngandung ni pastikan la HB kita ni stabil. Kalau tak, jadi lah macam saya. Sakit belakang tu nak dekat setahun baru hilang. Kalau baring usah cakapla sakitnya macam mana. Nak gerak dari satu posisi ketika tidur tu memang payah. Huhu.

So berbalik kepada cerita berbengkung tu. Selepas membelek halaman orang, maka saya rasa saya nak bengkung lilit jawa. Kah kah. Walau pon tiada kaitan dengan jawa, tapi teringin nak berpantang secara proper kali ni. Bukannya dulu tak berpantang cara elok, cuma dari segi penjagaan badan tu lambat sket la. Kalah org kena csect. Macam mana bengkung lilit jawa tu? Meh tengok gambonye nak?



Haaa. Ni dia bengkung lilit. Panjangnya selalu dalam 12 ke 15 meter. Tapi kalau saya punye saiz 12 meter tu dah just nice. Dan dah tentu ada cara lilitannya. Tapi nampak macam mudah. Atau kan. Kalau malas nak lilit gini, ada cara lain yg lagi mudah. Cuma kalau guna cara atas ni lebih kemas dan kejap la. Satu lagi cara nak lilit bengkung ni macam kat bawah ni.

.

Takdela simpulan2 macam lilitan yg pertama. Nampak lebih simple kan. Ye la, kalau org pas bersalin ni nak tengok anak lagi, nak jaga diri lagi. Takut tak menyempat la kan. Sebab tu la saya pilih bengkung ni. Hehe. Masa rajin boleh lilit dengan simpulan macam gambar yg 1st tu. Kalau masa malas atau nak cepat, kita lilit macam gambar kedua ni.

Apa sebenarnya kebaikan berbengkung ni?

  • Mempercepatkan proses pengecutan rahim
  • Merampingkan pinggang dengan lebih mudah
  • Memberi bentuk yg sekata dari badan sampai ke pinggul. Takdela bengkung perut je pinggul mengaum besonye. Hehe.
  • Mengelakkan angin masuk dalam perut. Maklumla org berpantang kan. Sebab tu kita digalakkan sapu minyak angin atau ada benda yg nak disapu kat perut kalau beli set bersalin kan. Param ke apa namanya. 
  • Mengelakkan otot perut kendur dan menggelebeh.
  • Mengelakkan perut dari buncit.
  • Menyokong tulang belakang.
  • Membaiki postur pelvik untuk kembali ke ukuran asal.
  • Memudahkan pengaliran susu.

Dan tips yg paling best untuk elakkan perut buncit adalah... MAKAN SELEPAS BERBENGKUNG. Betul ni. 


Ok, tu dia cerita hari ni. Pencarian bengkung lilit ni akan dilakukan secara thoroughly lagi lepas ni. Pembelian akan dilakukan lepas 6 bulan kandungan. Kah kah. Eager beno nak try.

Nak cuba set berpantang Shaklee??

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)


Wednesday, 25 June 2014

Tips berpuasa untuk ibu menyusukan anak

Ok, semalam dah cerita pasal tips ibu hamil berpuasa. Memandangkan saya ni termasuk dalam golongan yg 2 ni i.e ibu hamil dan menyusukan, maka saya nak kongsi jugak tips berpuasa untuk ibu2 yg menyusukan anak ni.
Zidane dah nak masuk 2 tahun. Maka susu ibu bukanlah makanan priority untuk Zidane. Macam mana pulak kesnya untuk ibu2 yg anak2nya masih kecil terutama sekali yg bawah 6 bulan yg belum makan makanan pejal? Jom kita cekidaut!!
Perlu ke kita berpuasa semasa menyusu badan?
Kalau kita menyusu badan memang betul kita ada rukhsah untuk tidak berpuasa di bulan Ramadhan. Wanita yg menyusukan ni diibaratkan seperti wnaita yg tidak sihat atau wanita yg sedang bermusafir. Maka dek kerana itulah, rukhsah diberikan. Malah ada ulama yg mengatakan adalah salah untuk tidak menghiraukan kelonggaran ini dengan berpuasa sedangkan sebenarnya rukhsah ini tersedia.
Tapi, keputusan samada hendak berpuasa atau tidak bergantung kepada beberapa perkara, dan usia bayi adalah pertimbangan utama. Memang ada perbezaan di antara bayi yang masih kecil dan hanya menyusu, dengan bayi berusia satu tahun yang sihat dan sudah makan makanan lain dan menyusu hanya pada waktu malam. Berbincanglah dengan doktor, perunding penyusuan atau ahli agama untuk mendapat lebih keyakinan dalam membuat keputusan.

Adakah berpuasa semasa menyusukan akan membahayakan bayi kita?
Tidak. Berpuasa tidak membahayakan bayi kerana badan kita masih boleh menghasilkan susu semasa kita berpuasa. Kurang pengambilan kalori sepatutnya tidak menjejaskan jumlah susu yang dihasilkan. Malah, walaupun wanita yang menyusu badan itu tidak makan apa-apa selama 24 jam, ia masih tidak menjejaskan kuantiti dan nilai nutrisi susu kita. Jika terdapat kesan berpuasa terhadap badan kita, kitaa pasti sudah merasainya terlebih dahulu dan tentu sekali kita perlu menghentikan puasa sebelum kesan itu menjejaskan penghasilan susu.

Adakah perubahan dalam susu badan akan memberi kesan ke atas bayi kita?
Perubahan dalam susu badan kita tidak akan memberi kesan ke atas bayi. Dia sudah pun dapat menerima perubahan-perubahan kecil pada susu kita bergantung kepada apa yang kita makan dan berapa banyak dia perlu menyusu. Kajian menunjukkan bahawa walaupun si ibu berpuasa selama 24 jam, kandungan lemak dalam susunya tidak akan berubah.

Jika kita makan terlalu sedikit dan berat badan mula turun, jenis lemak dalam susu kita mungkin berubah, tetapi jumlahnya tidak berubah. Walaupun payudara itu sendiri boleh menghasilkan lemak susu, jenis-jenis lemak yang lain akan diperolehi daripada simpanan lemak dalam badan kita sekiranya ia tidak diperolehi melalui pemakanan kita.

Adakah berpuasa semasa menyusukan membahayakan kita?
Badan kita biasanya dapat bertahan jika kita berpuasa. Dalam satu kajian, ujian darah dilakukan terhadap sekumpulan kecil wanita yang berpuasa sepanjang bulan Ramadan. Wanita yang menyusu badan didapati mempunyai imbangan kimia dalam darah yang agak sama dengan mereka yang tidak menyusu badan atau yang sedang hamil. So takde masalah la sebenarnya. Hebat kan ciptaan Allah? =)

Walau bagaimanapun, menyusu badan membuatkan kita sangat dahaga. Yg ni saya memang setuju. Jika kita ternyahhidrat, kita akan rasa tidak sihat. Macam mana nak tau bila kita ternyahidrat ni? Kita boleh mengagak bahawa kita sedang ternyahhidrat apabila:
  • Kita rasa dahaga
  • Air kencing berwarna gelap dan berbau kuat
  • Rasa seperti nak pitam, lemah atau lesu
  • Mula sakit kepala atau mengalami kesakitan lain


Jika kita mula sedar akan tanda-tanda ini, eloklah dan harusla berbuka dengan meminum air dan berehat. Selepas setengah jam, jika a masih rasa tidak sihat, hubungilah doktor.

Minum banyak air semasa berbuka dan terutamanya semasa sahur. Adalah disarankan untuk kita makan makanan yang mempunyai indeks glicemik (glycemic index - GI) yang rendah. GI ialah unit pengiraan bagi kesan karbohidrat pada tahap gula dalam darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat semasa penghadaman mempunyai GI yang tinggi manakala karbohidrat yang terurai lebih lambat dan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam darah mempunyai GI yang rendah. Makanan yang rendah GI termasuk banyak jenis sayur-sayuran dan kekacang, kacang pis, mi dan nasi. Oh ye, ESP pon indeks glisemiknya rendah tau!! Hehe.

Jangan sekadar minum sahaja. Penting untuk kira mendapatkan nutrien, kalori dan serat daripada makanan. Jika sukar untuk kita makan secukupnya pada waktu malam dan kalauberat badan kita mula turun, bincanglah dengan doktor. Mungkin perlu untuk kita tidak berpuasa.

Walau bagaimanapun, jika kita sihat dan tidak kisah berat badan turun sedikit, penurunan sehingga 1kg seminggu sepanjang bulan Ramadan sepatutnya tidak menjejaskan penghasilan susu.

Apakah yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan sebarang masalah?

Membuat persiapan untuk berpuasa boleh membantu kita mengelakkan masalah-masalah yang mungkin berlaku:

·         Beli barang keperluan dan buat kerja-kerja rumah yang lebih berat sebelum kita mula berpuasa.
·         Simpan diari makanan supaya kita boleh memastikan kita makan dan minum dengan cukup pada waktu malam.
·         Berehat dan duduk di tempat sejuk sebanyak mungkin pada waktu siang.
Bilakah kita harus meminta bantuan?
Kalau kita mula rasa tidak sihat atau mula ternyahhidrat, hubungilah doktor. Kalau kita bimbang sama ada bayi kita mendapat susu yang cukup ataupun tidak, dapatkanlah nasihat daripada doktor atau pakar kanak-kanak.

Tanda-tanda bayi tidak mendapat cukup susu termasuk:
  • Kurang membuang air (bayi baru lahir sepatutnya buang air kecil beberapa kali sehari)
  • Najis berwarna kehijauan
  • Tangisan yg nyaring dan berpanjangan atau kerap meragam
  • Turun berat badan atau berat badan tak bertambah


Dan kalau nak cuba set berpuasa Shaklee, memang sangat digalakkan. Bukan sekadar membekalkan tenaga dan memastikan kita cergas, dalam masa yg sama, bekalan nutrient, mineral dan vitamin yg kita perlukan pon terjaga jugak.

Apa ada dalam set berpuasa Shaklee ni?




Nak cuba?

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 sekarang ok!!

Regards,
Marina, Ibu Zidane

Your Trusted Shaklee Independent Distributor =)

Kredit : Baby Center

Monday, 23 June 2014

Tips puasa untuk ibu hamil



Tahun ni saya berpuasa dengan anak dalam kandungan. Hehe. Sebelum nip on pernah jugak puasa sambil mengandungkan anak. Bezanya, masa mengandungkan anak sulung tu dah memang sarat la kiranya. Zidane pon lahir dalam bulan puasa. Selain dari kes bleeding awal, memang takde masalah lain. Dek kerana terlalu aktif, doktor sarankan untuk tak berpuasa masa bleeding 34 minggu. Tanya doktor “sayangkan anak ke tidak?”. Memang terkena den. So banyak jugakla hari yg tak dapat berpuasa. Dah tu, bersalinkan Zidane pon dah bulan puasa. Huhu.

So ramai ibu2 mesti tertanya2. Macam mana nak kekalkan kesihatan semasa hamil dan berpuasa?
Sebenarnya nak kekalkan kesihatan dan kecergasan masa hamil dan berpuasa ni agak susah sikit. Tapi tak mustahil. Biasanya kalau hari2 biasa kita boleh makan sekerap yg boleh, tapi bulan puasa ni kita hanya boleh makan masa sahur dan jugak berbuka. Maka kita ambilla peluang bersahur dan berbuka dengan makanan yg seimbang dan berkhasiat supaya kesihatan dan kecergasan kita tu bertahan dan dalam masa yg sama untuk kita mengelakkan masalah2 macam sembelit, sakit kepala dan ketidakhadaman, lesu, pedih ulu hati, gastrik etc etc.
 Cara terbaik untuk wanita hamil berbuka puasa pulak macam mana?
Tiada pelan makanan khas yang perlu kita boleh ikuti, tetapi kita bolehla mencuba tips-tips berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka. Mulakan dengan:

·         Tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah);
·         Susu atau yogurt rendah lemak;
·         Sup jernih.

Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi:

·         Sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera;
·         Protein daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang pis atau kekacang;
·         Karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh;
·         Banyakkan sayur-sayuran.

Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketidakhadaman. 

 Penting ke bersahur untuk kita yg hamil ni?

Bersahur sangat penting kalau kita berpuasa. Dengan bersahurlah kita dapat mengekalkan tahap tenaga kita pada waktu siang. Ibarat macam sarapan yg diawalkan la. Kalau boleh jangan tinggalkan sahur sebab dengan sahurlah kita dapat nutrien2 penting dan tenaga yg kita perlukan pada waktu siang. Simptom2 kelaparan macam sakit kepala dan mengantuk pon dapat dikurangkan kalau kita bersahur. Dan ye, sahur tu la yg membezakan puasa seorang Muslim dengan org lain. So jom lah kita semarakkan sunnah bersahur ni. =)

Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:

·         Nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau korma cair;
·         Bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak;
·         Buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.

Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat kita ternyahidrat.

Kalau kita ni jenis suka minum kopi atau the selepas berbuka macam mana? Apa yg boleh kita minum untuk gantikannya?

Minumlah jus buah-buahan segar dan bukannya minuman bergas, kopi atau teh. Minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan buah adalah minuman yang menyegarkan dan membekalkan banyak keperluan buah-buahan harian anda. Sup sayur-sayuran pula membolehkan kita makan sayur-sayuran berbeza dan memberi vitamin, mineral dan serat tambahan dalam diet kita. 

Apa yg perlu kita masukkan dalam diet kita ketika Ramadhan?

Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan:

·         Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
·         Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan kita bangun dan makan sahur.
·         Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat.

Ok, tu dia antara tips untuk ibu hamil. Insya Allah, dengan azam dan kuat kita mampu berpuasa penuh tahun ni.

Dan kalau la teringin nak ambil set berpuasa Shaklee, memang la sangat digalakkan. Apa ada dalam set bepuasa Shaklee ni? 


Memang sesuai sangat untuk ibu hamil macam kita ni. Sebab ESP memberikan rasa kenyang yg lebih lama. Performance Drink membantu mengekalkan bendalir dalam badan kita so kita takkan cepat dahaga dan terhidrat. Mealshakes pulak membantu membekalkan nutrien, mineral dan vitamin penting dalam badan sepanjang hari kita berpuasa. Pendek kata memang bertenaga dan berbaloi!!


Kalau minat, boleh PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor =)


kredit : Baby Center

Friday, 20 June 2014

Set berpuasa Shaklee!!

Tu dia. Ingat bulan biasa je ada set2 gini. Hehe.

Gempak je tu. Padahal penggunaan set ni boleh pada bila2 masa. Hehe. Set apa tu? Meh tengok.


Ni la yg dikatakan set mighty 3 gems shaklee. 

Memang la ada kemudahan atau pun rukhsah untuk ibu yg mengandung dan untuk ibu yg menyusukan anak ni. Tapi kalau kita boleh lakukan ibadah puasa tanpa masalah kan lebih bagus. =) Best kan.

Apa ada dalam set 3 gems ni? Produk ni terbahagi kepada 3 fungsi utama. Membekalkan vitamin, tenaga, zat galian dan mengekalkan kandungan bendalir dalam badan. Sebagaimana dalam gambar di atas, set ni ada 3 jenis produk. Mealshakes, ESP dan jugak Performance Drink. 

Ketiga2 produk ni memang fungsinya memberikan tenaga, membekalkan vitamin dan mineral yg diperlukan oleh badan dan juga mengekalkan bendalir dalam badan. So takdela ibu mengandung dan ibu menyusukan ni terhidrat cepat. Lagi2 ibu yg menyusukan anak kan. Dah la cepat lapar, pastu berlakula dehidrasi sebab anak kita menyusu.

Anyways, set ni bukan je untuk bulan puasa. Sebab kalau kita biasa tertinggal sarapan, atau waktu ramadhan kita tak sempat bersahur atau bangun lambat untuk sahur & tak sempat nak prepare makanan yg berat, bolehla amik Mighty 3 Gems ni untuk back up. Tapi seelok2nya makan la makanan berkhasiat. Lagi2 ibu hamil & ibu menyusukan anak ni.

Dan kalau lepas berbuka, boleh la amik set mighty 3 gems ni jugak sebab ianya memberi kita tenaga untuk menunaikan ibadah wajib dan tarawikh dan kemudian boleh mengaji bertadarrus sampai tengah malam. Insya Allah bertenaga & khusyuk. 

Nak tengok testimoni?



Tengok? Bukan omongan kosong tau!!

Meh cuba set ni. Sama2 la kita imarahkan bulan Ramadhan ni dengan ibadah. Semoga dengan pengambilan suplemen menjadikan kita lebih khusyuk dan bertenaga dalam melaksanakan ibadah.

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 sekarang ok! Especially ibu hamil & ibu menyusukan anak tu!!



Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)




Wednesday, 18 June 2014

Nyah lemak jahat dengan Phytocol ST Shaklee!!






Wow!! Ni dia produk terbaru Shaklee. Baru je launch masa National Conference kat Sunway aritu. 


Tahukah kita lebih 6 juta rakyat Malaysia mempunyai masalah kolesterol tinggi? Ramai orang takut gemuk tapi tidak pedulikan kolesterol. Kalau gemuk, lemak-lemak akan terkumpul di bawah kulit.

Pengambilan produk pembakar lemak boleh membantu sedikit sebanyak dalam pengurangan lemak bawah kulit.

Kolesterol pula akan terkumpul dalam arteri atau pembuluh darah tempat di mana darah kita mengalir ke seluruh badan. Pembuluh darah yang tersumbat akan menyebabkan risiko untuk mendapat strok, sakit jantung, darah tinggi dan berkemungkinan menyebabkan kematian. Seram kan?

Jangan salah sangka. Orang yg kurus pon belum tentu paras kolesterolnya bagus.

Apa guna slim ala model tapi arteri penuh dengan kolesterol? Betul kan?



So apa istimewa dan bagusnye Phytocol-ST Shaklee ni?


  • Rumusan daripada beberapa jenis fitosterol asli yg aktif daripada tumbuhan, buahan, sayuran dan bijirin.
  • Membekalkan 2000mg fitosterol tumbuhan setiap hari.
  • Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolesterol dalam lebih 80 kajian.
  • Membekalkan 100% nilai fitosterol harian sepertimana disyorkan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).
  • Tiada pengawet, pewarna, perisa atau pemanis tambahan.
  • Dijamin halal.
Macam mana fitosterol ni bertindak?

Dengan struktur yg sama seperti kolesterol, fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam usus. Ini bermaksud apabila kita mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yg akan diserap di dalam tubuh kita dan semakin tinggi peluang kita untuk merendahkan paras kolesterol LDL kita.




Tu dia. 

Jangan ingat kita yg selim melim ni takde masalah kolesterol ye. Sebab kolesterol ni dalam arteri, maka kita takkan nampak. Lainlah kalau masalah kegemukan. Sebab lemak berkumpul bawah kulit.

Hakikatnya, masalah kolesterol dalam arteri ni lebih serius kalau nak dibandingkan dengan masalah gemuk. Kalau gemuk, amik fat burner, diet dan kemudian bersenam, insya Allah berkesan. 

Nak testimoni? Meh tengok.


Jom tengok result sebelum dan selepas mencuba Phytocol ni. Yang mula2 ni result sebelum consume phytocol.



Kemudian yg ni pulak selepas consume phytocol selama 2 bulan. =)



Haaa. Kan elok sangat tu kan. Lebih2 lagi untuk rakyat Malaysia macam kita ni. Sebab Malaysia ni syurga makanan sedap. Makanan bergoreng, berminyak, berlemak, semua sedap belaka. Hehe.

So apa tunggu lagi? Nak tunggu arteri penuh dengan plak? 

Nak tunggu sakit dulu baru nak mencegah?? Mana lebih mahal harganya? Sebotol suplemen setiap bulan ataupun kesihatan yg tiada tolok bandingnya??

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 sekarang ok!!


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

Monday, 16 June 2014

Keistimewaan dan kelebihan memiliki anak perempuan

Setiap anak adalah anugerah. Dan setiap anak ada rezekinya. Betul. Yg ni saya betul2 setuju. Cuma kita janganlah terlalu mencari apa rezekinya tu. Mungkin dalam bentuk wang ringgit. Mungkin dalam bentuk kesenangan. Mungkin dalam bentuk keamanan rumahtangga. Wallahu a'lam. Jangan terlalu fikir yg rezeki tu dalam bentuk material semata.

Ni nak kongsi artikel pasal kelebihan mempunyai anak perempuan. Berangan nak ada anak perempuan. Kih kih. So apa kata pasang angan2 sebelum 20 minggu pregnancy. Nanti dah cukup 20 minggu boleh nengok jantinanya. Hehe.

Artikel ni dari we love Islam

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yg bermaksud: "Sesiapa yg memiliki 3 anak perempuan lalu bersabar dengan karenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah S.W.T akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka."

Seorang lelaki bertanya, : "Juga untuk 2 anak perempuan wahai Rasulullah?"

Sabda Baginda : :Juga untuk 2 anak perempuan."

Seorang lelaki berkata : "Atau untuk seorang wahai Rasulullah?"

Rasulullah S.A.W menjawab : "Juga untuk seorang."

(Hadith Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun Riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yg memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah S.A.W yg bermaksud. "Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga."

(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Daripada Aisyah R.A, dari Rasulullah S.A.W, baginda telah bersabda yg maksudnya, "Sesiapa yg diperhati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka." 

(Hadith Riwayat Bukhari, Muslim & Tirmidzi)

Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yg amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. Daripada hadith2 di atas, dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak2 perempuan lantaran anak2 perempuan merupakan aset penting yg menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka. 

Rasulullah S.A.W pernah bersabda dalam hadith baginda yg bermaksud, "Takutlah kamu kepada Allah S.W.T dalam perkara2 yg berhubung dengan kaum wanita."

Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yg bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak2 perempuan mereka dan juga isteri merreka agar berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah S.W.T.

Pernah dengar kan bila org tua cakap menjaga sekandang lembu adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan? Kemungkinan ada benarnya lagi2 bila kita melihat ramai ibu bapa yg menjaga anak2 mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata2 seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yg hanya bertujuan menggemukkan dan mengenyangkan sahaja.

Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yg sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yg menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai2 keburukan yg mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

Sesungguhnya anak2 yg diajar dengan didikan agama yg baik akan memberi faedah kepada ibu bapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibu bapa yg inginkan anak2 mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apatah lagi di akhirat kelak.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yg mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yg besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi karenah mereka, Allah Taala dan RasulNya telah menjanjikan balasan yg amat besar, Insya Allah.

Ok tu dia cerita mengenai kelebihan memiliki anak perempuan.

Tapi bila tak memiliki anak perempuan tapi ada anak lelaki sahaja tak bermakna kita tak mempunyai keistimewaan pulak.

Setiap anak ni saham akhirat kita nanti. Baik lelaki mahu pun perempuan, semuanya membawa rezeki. Jangan terlalu taksub dengan jantina tertentu sahaja ok!!

Ok, ni anak teruna saya. Hehe.



Nak cuba set kesuburan Shaklee?

Nak cuba set kehamilan Shaklee?

Nak cuba set berpantang Shaklee?

Nak cuba set bfeeding Shaklee?

Apa kata roger nombor ni. 016.331.4797. Saya ada selalu. =)


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

Friday, 13 June 2014

Jom take 5!!

Penat? Stress? Kerja bertimbun? Setiap hari kita mesti menghadap kerja2 yg berlambak di pejabat sehinggakan takde masa berehat untuk diri sendiri. Rutin kerja ni bukan sahaja mengurangkan tenaga dan memenatkan badan, malah memenatkan fikiran jugak. Tambah lagi kalau dapat bos yg berkira atau rakan sekerja yg suka cari masalah. Balik rumah plak stress pasal benda lain. Kerja rumah plak. Kalau kita teruskan kitaran hidup yg tak sihat macam ni, kita mungkin akan bertambah stress dan lebih teruk lagi produktiviti kita semakin merosot.

Macam saya sekarang tengah sibuk cari tempat untuk retreat & getaways. Haha. Takde keje kan. Tak tau bila boleh bercuti memandangkan cuti tahunan dah tinggal sket. Tapi saje suke survey.

Apa kata kita amik peluang untuk buat benda simple kat bawah ni untuk take 5.




  • Berjalan seketika : Bila kita rasa kita tak boleh beri tumpuan pada kerja yg kita lakukan, lebih baik kita luangkan masa untuk berjalan2 di kawasan pejabat kita. Sambil berjalan, cuba bayangkan 3 perkara yg menyenangkan dalam hidup kita. Contohnya, fikir pasal suami yg penyayang dan anak yg comel atau baik atau mungkin kita ingat temujanji kita dengan pasangan kita. Fikir benda yg menggembirakan la kiranya ni. Baru best berangan. Haha.

  • Lakukan regangan : Cuba berdiri dan lakukan beberapa gerakan regangan yg bermula dari lengan, pergelangan tangan dan leher. Gerakan ini akan melegakan ketegangan otot kita. Lakukan regangan sambil mendengar lagu2 berirama perlahan tentu mengasyikkan dan hilang rasa tekanan.

  • Mencuci tangan : Berjalan ke bilik air dan cucilah tangan dengan air sejuk. Basuhlah pergelangan tangan dengan lembut. Pada bahagian ini, terdapat beberapa otot utama di bawah lapisan kulit yg boleh membantu membuatkan kita tenang.

  • Aromaterapi : Pastikan kita bawa minyak wangi atau cologne dengan aromaterapi di tempat kerja. Dengan menghidu bauan aromaterapi ini, ia dapat membantu meredakan ketegangan dalam badan. Antara aromaterapi yg disarankan adalah lavender, chamomile, oren atau epal.

  • Urutan : Cubalah membuat urutan sendiri pada badan yg terasa tegang. Contohnya di leher, lengan, pergelangan tangan dan sebagainya. Tekan pada bahagian yg tegang itu sehingga kita merasa sakit. Lepaskan dan ulang menekan beberapa kali.

  • Rawatan scrub : Kita tak perlu pergi ke spa rawatan untuk mendapatkan urutan. Caranya mudah dengan membeli scrub yg sesuai dengan kulit. Lakukan pada waktu terluang pada bahagian tangan, kaki dan badan. Secara tak langsung, badan kita akan merasa lebih segar kembali.

  • Mandi air suam : Untuk mendapatkan kesegaran satu badan, ada baiknya kita berendam atau mandi dengan menggunakan air suam. Air suam dipercayai dapat membuatkan badan kita kembali bertenaga.

  • Rendam kaki : Sediakan air suam dan satu senduk garam dan bekas. Masukkan kuntuman bunga mawar atau gantikan dengan aroma wangian aromaterapi. Rendam kaki kita dalam air aromaterapi itu. Kehangatan dan wangian aroma ini dapat membuatkan kita nyaman dan tenang.

  • Minum teh : Teh adalah minuman yg mempunyai banyak manfaat dan kebaikan pada badan. Teh dapat membantu mengembalikan rasa segar dan semangat setelah penat seharian. Jumlah kafein dalam teh membantu membuatkan kita merasa tenang.

Ok, tu dia cara nak take 5. Tak susah pon sebenarnya. At least dapatla kita kurangkan tekanan di tempat kerja.

Nak kurangkan tekanan dengan suplemen Shaklee??

Meh PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797. Saya ada B-Complex untuk kurangkan stress anda!!!



Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

Wednesday, 11 June 2014

10 cara mudah untuk kurus





Hai korang, arini nak cerita tips untuk kurus. Pokok pangkalnya benda ni kena cuba amalkan setiap hari. Lagi kerap kita amalkan, insya Allah lagi cepat kita kurus. Hehe. Nak kurus pon ada cara yg betul. Dan sebenarnya kalau nak kurus ni sebenarnya kunci utama adalah konsisten. Jangan beri alasan kalau nak kurus. Kena kuat semangat!! Ok kat bawah ni ada 10 cara mudah untuk kita dapatkan berat badan impian. Dah nak raya kan? Jom amalkan!!


  • Air masak nombor 1 : Tak menjadi kesalahan kalau kita nak minum jus atau kopi ketika bersarapan. Tapi selepas tamat tempoh bersarapan tu, jadikan air masak sebagai minuman utama kita. Elakkan terus minuman manis. Tahukah kita secara puratanya kebanyakan orang mengambil sehingga 245 kalori setiap hari dengan hanya meminum air manis? Jumlahnya hampir 90000 kalori setahun, bersamaan dengan 11kg penambahan berat badan. Ouch. Camna nak kurus kalau camtu kan? Hehe.
  • Makan 5-6 kali sehari : Jangan salah faham. Ni yg dikatakan makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yg sikit. Satu hidangan yg dibahagikan kepada 2 boleh membuatkan kita kurang 30% pengambilan makanan. Membahagikan sarapan kita kepada 2 bahagian boleh mendorong kita untuk makan sedikit ketika makan tengah hari. Badan kurang mengeluarkan insulin yg mengawal kandungan gula dalam darah dan perasaan lapar.
  • Berjalan 45 minit sehari : Dengan hanya berjalan selama 45 minit sehari tanpa sebarang senaman sekalipon, kita mampu menurunkan berat badan. Bukan sedikit ye. Tapi hampir 13kg dalam tempoh setahun tanpa kita sedari. Wow!!
  • Banyakkan warna biru : Warna biru menghalang selera. Tak hairanlah kenapa restoran tak memilih warna biru untuk menghiasi ruang makan mereka. Untuk mengurangkan selera makan, apa kata kita gunakan alas meja rona biru? Kemudian elakkan penggunaan warna merah, oren atau kuning sebab rona2 ini mencetus rasa lapar. Ok, yg ni saya pon nak try tengok jadi ke tidak. Hehe.
  • Jangan simpan 'si besar' : Kalau dah kurus, tahniah! Segeralah buang semua pakaian lama kita yg sudah gelebeh. Menurut pakar psikologi, bila kita dah kurus, kita harus membeli pakaian baru. Rasa ini akan menjadi pendorong untuk kita terus mengekalkan berat badan kita.
  • Makan dengan pinggan kecil : Penggunaan pinggan besar meningkatkan tendency untuk kita makan lebih banyak. Yg ni memang betul. Sebenarnya pinggan besar akan membuatkan kita makan secara lebih tanpa mengira tahap kelaparan kita. Kita cenderung untuk makan apa sahaja yg ada di depan mata. Sebab tu penggunaan pinggan kecil amat disarankan supaya kita tak makan terlalu banyak.
  • Banyakkan pengambilan bijirin : Pengambilan bijirin sebanyak 5 kali seminggu boleh mengurangkan risiko obesiti dan diabetis. Terbaik, ambillah bijirin ketika bersarapan kerana ia membekalkan tenaga secara pantas. Bijirin mengandungi serat, kalsium dan paling penting kurang lemak. Tak sedap? Makanan sihat memang kurang sedap. Hehe.
  • Makan bila lapar : Kedengaran macam remeh tapi kebanyakan orang cenderung untuk makan setiap masa. Mungkinkah kita asyik mengunyah setiap hari? Kalau ye, maka nampaknya kita tak mengamalkan gaya makan yg sihat sebab kita asyik mengunyah. Untuk tahu sama ada kita makan kerana lapar atau nafsu, elakkan mengambil makanan yg kita idamkan.
  • Bertenang ketika makan: Otak manusia lewat hampir 20 minit untuk mendapat isyarat kenyang. Sebab tu sunnah nabi mengunyah sampai 44 kali. Makan la perlahan-lahan sebab otak kita berpeluang untuk memproses isyarat kenyang dan membuatkan kita lebih bersedia untuk berhenti makan.
  • Sedapnya makan buah : Daripada menikmati jus buah, lebih baik kita makan secara segar. Buah-buahan yg dimakan terus memberi lebih kepuasan dan mengenyangkan berbanding menikmatinya sebagai jus. Minum akan menyebabkan kita kurang makan dan lebih mudah untuk mengambil makanan lain yg mungkin tak sihat dan menggemukkan.

Ok tu dia 10 tips mudah untuk kurus. Kalau diamalkan setiap hari, Insya Allah kita akan dapat berat badan yg kita idamkan. 

Rasa susah sangat?? Meh tengok ni.


Buatlah pilihan. Nak kurus dan sihat atau macam mana??


Nak cuba set kurus Shaklee??

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!

Apa tunggu lagi?


Kredit: Majalah Rapi =)

Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)



Monday, 9 June 2014

Saya pengedar Shaklee anda ke seluruh Malaysia!!





Hai korang. Saje nak bgtau. Kalau nak beli produk Shaklee bole aje roger saya. Sama ada nak COD - cash on delivery mahu pun nak minta saya pos.

Cuma saya nak mintak tolong. Kalau nak COD biar la betul2 nak COD. Ini tidak. Janji nak COD tapi tunggu punya tunggu tak kunjung tiba. Tapi takpela. Adat berniaga. Bila jadi begini bukan rezeki kita. =)

Dan kalau COD, kadang2 untuk produk yg mahal memang saya akan minta deposit. Kalau gitu bukan la cash on delivery kan? Kih kih. Name it what u want to name it. Sebab saya beri contoh ye. Ada yg order Vivix. Vivix ni mahal. RM400++ retail price. Dan saya cakap benar yg saya takkan simpan benda mahal sebagai stok di rumah. Sebab barang baik macam ni kalau ada kat rumah saya selalunya takkan selamat dan takkan lama. Sebab saya risau end up, saya yg makan. Haha. Dan benda mahal mestila saya nak secure sikit. Bagi deposit sikit pon takpe. Sekurang2nya kalau saya tunggu customer yg nak COD tu takdela terasa sangat kalau tiba2 tak kunjung tiba. Huhu. 

Ape la meroyan. Tak elok kan. Memang tak elok. Tapi semua ni kena bgtau jugak la. Give n take. Insya Allah segalanya baik. =)

Kalau nak COD boleh. Area Kuala Selangor, Sg Buloh dan Ipoh. Kalau nak post lagi boleh. Berat macam mana pon harga pos nya adalah flat rate RM10. Dan kalau beli lagi banyak mungkin dapat free postage. Hehe.

So saya, Marina Abdul Rahman, bukan sekadar pengedar Shaklee di Ipoh, Kuala Selangor dan Sg Buloh. Tapi hakikatnya saya pengedar anda ke seluruh pelusuk dunia. Hehe.

Kalau nak cuba produk Shaklee meh roger saya. Siap consultation & tips kesihatan. Itu bezanya kami dan orang lain.

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!




Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

Friday, 6 June 2014

Ajak bayi bercakap betul

Pernah tak dengar orang dewasa bercakap pelat dengan bayinya? Mesti pernah kan. Malah boleh dikatakan seolah-olah suara dan cara percakapan dibuat2 comel supaya selari comel seperti bayi. Hehe. Dulu saya pon ada rasa camtu. Tapi sejak ada Zidane, memang tak pernah pulak saya bercakap pelat hanya sebab nak ikut gaya dia.

Nways, hakikatnya, bahasa bayi seharusnya sama macam kita yg dewasa. Sebab bayi atau anak kecil meniru apa yg kita buat dan meniru apa yg kita kata. So tak payahla bercapak pelat dengan anak2 ye. =)

Mengajak bayi bercakap dalam bahasa yg betul adalah cara yg paling tepat untuk membantu perkembangan pertuturannya. Satu kajian yg dilakukan oleh profesor psikologi dari Stanford University menunjukkan bahawa otak bayi boleh bertindak balas dengan bahasa kompleks dengan susunan tatabahasa yg baik. Sebab tu bila kita bercakap dengan anak kecil, gunakan ayat yg sempurna dengan tatabahasa yg betul. Kita akan terkejut sebenarnya dengan kemampuan otak mereka menerima input dan akhirnya bila sesuai meluahkannya semula. 

Saya pernah menghadiri kursus psikologi kanak2. Malah penceramah dalam kursus tu pon sarankan supaya kita gunakan bahasa2 tinggi dengan anak. Dont ever underestimate their abilities. Yg tu sudah pasti. 

Secara realitinya, anak kecil meningkatkan pembelajaran bahasa dan meningkatkan kemampuan kognitif kecerdasannya daripada hubungan sesama manusia secara langsung. Untuk memastikan anak boleh belajar bahasa dengan baik, sebaiknya ibu bapa selalu menggunakan hubungan mata secara langsung dan menggunakan kosa kata sederhana untuk bercakap. Sebenarnya, bayi dah terlebih dahulu boleh belajar bahasa sebelum mereka boleh bercakap.

Sebab tu, bila berbual dengan bayi, pastikan kita tak bercakap bahasa bayi. Bercakaplah dengan jelas sebab bayi dah belajar berkomunikasi sebaik sahaja dilahirkan. Bayi belajar mendengar suara daripada orang2 di sekitarnya dan belajar bahawa suara yg dia dengar tu memounyai kekuatan untuk memebuhi keperluan mereka dan boleh menarik perhatian mereka.

Semakin kerap kita bercakap dengan kosa kata yg jelas dengan bayi, maka semakin kaya kosa kata yg akan dimiliki oleh anak kita nanti. Bila tiba saatnya nanti, kita akan kagum sebab anak kecil kita boleh bercakap dengan jelas tanpa perlu bercakap pelat.

Alhamdulillah, Zidane dah mula bercakap. Malah Zidane dah boleh bezakan apa itu lori, kereta, van, motor, basikal dan ambulans. Untuk anak2 seusia Zidane, saya percaya yg dapat membezakan antara crane dan backhoe jugak adalah satu kebijaksanaan yg zidane miliki. Hehe. Ni cerita dari hati seorang ibu. Saya memang takde teman bercakap di rumah. Maklumla, suami pon jauh. Maka dengan Zidane la saya bercakap. Dan saya tak pernah bercakap bahasa bayi dengan Zidane. 

Takde istilah nenen, mamam, amin untuk salam. Semuanya bahasa yg tepat. Susu, makan dan salam.

Anak2 memang dah dilahirkan bijak dan istimewa. Kita sebagai ibu bapa la yg kena rajin merangsang anak2. 

Ni video zidane belajar bercakap. Dari betul2 tak berapa jelas pelatnya sampai skang dah clear sket. Hehe. Saya cakap penuh dengan zidane. Tapi dia pastila ada pelatnya. Cuma kita ni. Takyah nak bucuk cayang sangat. Hehe.


video


video


video


Ok, tu dia cite pasal cara nak ajak anak bercakap. Kredit untuk majalah PaMa. =)

Kalau nak beli suplemen Shaklee roger saya ok!!

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 naaaaa.


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)